Saturday, March 03, 2012

Lama

Dah sebulan, eh.?2 bln gak eh x terupdate entry. Anyway, aku sihat. Anak2 pun sihat. Cuma, my parents la... Last week demam teruk. Mak abah ku.. Kesian diorg. Tu yg last sunday, pagi tu aku sekeluarga balik gak kg. Risau dan rindu yg amat kat mak abah. Dpt jenguk n tatap muka diorg, lega lah hati. Semlm tepon kg, dgr suara mak pun masih sengau2 demam lg. Abah pun masih batuk2. Ya Allah, kurniakan lah kesihatan yg cemerlang buat mak abah ku, mak abah mertua ku...adik beradik kami semua, anak2 dan keluarga ku, org di sekeliling ku serta seluruh manusia, muslimin muslimat semua. Amin!
Hr ni, ABANG p english course kat UIA.
Iman pulak, replacement school.
Yg tinggal kat umah, aku dgn Afiq Khair n Asha Zahra je la... Jap lg tgh hr bak kena p amik Iman kat sekolah...
Oh ye, hr ni for the 1st time, aku mencuba hidangan breakfast kfc. Cheezy egg bun dgn kopi. Sedap sgt!!! Rm4 x termasuk tax hokey!!!

Labels: , , , , ,

Sunday, December 18, 2011

Setelah seminggu cuti...

alamak. Esok aku dah nak masuk keje semula lepas seminggu bercuti. Saja aku amik cuti, kononnye nak abiskan annual leave. Syok cuti ...hehe. Sempat balik kg, p kenduri kendara, layan anak2, settlekan urusan2 di bank n post office, dating dgn ABANG, bwk anak2 p zoo, survey tadika baru utk Afiq Khair, etc.

Sebut psl tadika baru ni, mmg bercadang nak pindahkn Afiq Khair ke sekolah lain. Next year, dia masuk 5 thn. Hari tu dah p jenguk2 Genius Aulad Putra Heights. Kebetulan jumpa Teacher Dila, guru kelas Iman thn lepas. Syok gak masa tu. Iman lak yg beria pujuk Afiq Khair utk bersekolah kat situ. Tapi Afiq Khair mmg taknak.

Jumaat baru2 ni, aku n ABANG mmg sama2 cuti. So, amik peluang tu bwk anak2 p jenguk tadika Dzul Iman Putra Heights Sec 9 lak. Afiq Khair ok pulak. Dia kalo tanak tu, dari awal, blom pegi pun lagi dia dah beria kata "taknak! Taknak!"...this time, ok pulak. Dia sendiri yg kata, nak sekolah Dzul Iman. So, hari ni sempena ada Open Day Dzul Iman...we all pun sekeluarga p sekali lagi jenguk tadika tu. Jumpa guru2 dan founder nye; ustazah Badariah...or kak Bada. Ada taklimat pasal tadika, etc. Byk kali tanye Afiq Khair, best tak Dzul Iman? Dia kata "best!". Then, betul ke ni nak sekolah Dzul Iman? Dia jwb, "iye... Betullah Afiq nak sekolah Dzul Iman!". So, tadi we all dah slmt register utk Afiq Khair di tadika Dzul Iman tu. Afiq Khair pun mcm happy je kat situ. Harapnye dia ok aje nnti bersekolah kat situ. Mama n abah pun mmg dah tertarik dgn pendekatan yg ditunjukkan oleh tadika tu. Guru2 pun nampak ok. InsyaAllah. Afiq Khair...ganbare ne.

Labels: , , ,

Zoo Negara, KL


Last week punye kisah lagi. Sabtu, 10 Dec, aku n ABANG bwk anak2 p zoo. Buat diri ku sendiri, kunjungan ke zoo kali ni, adalah selepas 24 thn lamanye.. Yg kali akhir aku jejak kaki ke zoo, masa zaman aku sekolah rendah. Masa tu, aku sekeluarga, join dgn makcik2, pakcik n sepupu belah abahku buat 'rombongan' ke KL dari kg. Waktu tu sempat melawat zoo, masjid negeri s'gor ke masjid negara ntah...kurang pasti, pastu melawat batu caves. Lain2 tempat, x ingat la pegi mana dah.
Lawatan ke zoo kali ni, aku dah jadik mama. Lain sket perasaannye. Happy bila tgk anak2 happy. Syok bila dgr Iman kata "abah, mama...terima kasih sbb bwk pegi zoo. Iman rasa best sgt!!!" Tiket masuk utk dewasa rm20, kanak2 umur 3thn ke atas rm6 kalo x silap. Sgt best dpt jalan2 dgn family mcm ni. Afiq Khair masuk je zoo, memula sibuk nak tgk ular. Tp bila ABANG letak ular kat badan, Afiq Khair melalak nangis sbb takut kut. Haha... Aku suka zirafah. Mmg itu le haiwan yg aku cari2 bila meronda dlm zoo tu. Dari kecik aku minat tgk zirafah sbb leher yg jinjang n cantik rupa dia..
Anak2 sibuk tagih minta dibawa ke zoo lagi!!!

Labels: , , ,

Friday, April 29, 2011

Melaka Lagi

ada planning mau over night kat melaka.

aku sgt suka dgn melaka. pernah bersekolah kat melaka...selama 2 thn.
lepas tu, pernah kerja di melaka...tapi tak sampai pun setahun.
menyulam rindu, zaman bercinta dgn "pakwe" ku pun byk kenangan di melaka.
lepas berkahwin pun, "pakwe" ku yg dah jadik encik hubby tersayang sampai
sekrg, masih bekerja di melaka. aku yg masa tu dah pindah dan kerja
di shah alam, hampir setiap weekend akan balik ke melaka.
maka....byk kenangan sgt le kat melaka ni.

sekali pun aku dan encik hubby tersayang dah pindah dan masing2
kerja kat sekitar lembah klang, kami sgt seronok kalo dpt peluang
ke melaka. lebih2 lagi kalo ada jemputan utk hadiri kenduri
kat sekitar melaka... selalunye, kami akan tidur kat melaka.
cari hotel, apartment, resort utk penginapan kami satu mlm kat sana.
sambil tu, boleh ronda2 sambil imbau kenangan lama kat melaka tu.
menjamu selera tu dah tentu la...

so, next...dlm bln 5 ada jemputan kenduri kat Johol, negeri sembilan.
kami bercadang nak tidur 1 malam kat melaka. yeayyyy!!!

tak sabar. anyway, sebelum tu...aku harap moga kami sekeluarga
sentiasa sihat dan ceria. boleh pegi jalan2, makan2 dan ronda2
dgn senang hati. insyaALLAH!

selamat berhujung minggu dan selamat Hari Pekerja.
esok nak balik kg. yeayyyyyy lagi!

Labels: , , ,

Tuesday, March 22, 2011

Dinos Alive

Dah tengok kat blog Izan, dan Turin pun ada bercerita yg diorg p Pusat Sains Negara bawak anak2 tengok dinasor. So, aku pun excited gak la...nak bawak anak2 ke sana. Iman mesti suka tengok dinasor.

Sempena weekend dan cuti sekolah juga la, Sabtu 19/3/2011 baru2 ni...lepas Iman abis training taekwondo, kitorg bersiap utk keluar ke Pusat Sains Negara. Kat area Bukit Kiara sana. we all pun tak tau jalan. aku dok harap kat ABANG je le. kesian ABANG dok pusing2 cari jalan ke sana. ehehe..












Last year, Iman dah pegi Pusat Sains Negara dgn rombongan sekolah tadika Genius Aulad dia masa tu. seronok sgt dia. tapi masa tu takde Dinasor...












Pagi Sabtu tu, sebelum bertolak, aku dah siap2 masak bekalan makanan. nasi putih, sardin dlm tin ditumis, telur dadar, ikan bilis/kacang tanah digoreng dan pack sekali cekodok tepung baki dari sarapan pagi tu.












dlm perjalanan, hujan. sampai sana alhamdulillah hujan dah takde. tanah basah aje le. dlm kol 12 sampai kat car park area. berpusing gak la nak park kereta. penuh! Iman excited sbb nampak dinasor. yuran masuk utk dewasa ialah RM10 dan kanak-kanak 4-12 tahun kena RM5 sempena ada festival Dinos Alive ni.












ni le pertama kali aku jejak kaki ke pusat sains negara. sama2 belajar memacam benda kat situ...dgn ABANG dan anak2. anak2 mmg seronok. byk benda baru yg diorg cuba. bila masuk kat area pameran Dinasor tu...Afiq Khair sibuk nak berdukong dgn ABANG. Afiq Khair dgn Asha Zahra nangis2 takut kat dinasor yg ala2 hidup tu. ekor dan kepala boleh bergerak. mulut pun boleh nganga sebesar besarnye. huhuhu.... tapi, lelama, ok la dah. mau la Afiq Khair bergelak tawa.. Iman pun ada masa nye, dia macam takut2 gak bila tengok pelbagai dinasor yg macam hidup tu. huhuhu...












paling syok bila anak2 layan pelbagai permainan kat kids zone...ala2 playground la gituk. macam2 jenis ada. semua diorg nak naik main. perut lapar...dah kol 4pm masih kat dlm tu. bekalan nasi yg dibawak, ada dlm kereta. alhamdulillah aku masukkan biskut2 ke dlm beg sandang yg dibawa masuk ke dlm pusat sains tu. boleh la kami sambil kunyah2 biskut utk alas perut. anak2 seronok layan main...tak hingat lapo. tapi, diorg berebut gak bila nampak biskut2 tu. hehhehe..












dekat kol 4 setgh ptg, we all keluar dari pusat sains negara. anak2 sibuk nak beli air minuman. kami beli choclate ice blended kat van yg ada jual air kat depan pusat sains tu. satu gelas share berlima. mahal wo! rm6.90 ke rm7.90 ntah...rege segelas air yg kami beli tu. ABANG yg belanja.










* Asha Zahra nunggu giliran dgn abang2 nye utk minum ice blended*

alhamdulillah anak2 enjoy. mama dan abah diorg pun seronok. jalan2 sambil nambah ilmu di samping bersuka ria dan habiskan masa bersama sekeluarga. puas hati. dah keluar dari Pusat Sains tu, Iman tanya kat ABANG, "esok kita pegi pusat sains lagi ke abah?"... hoho...seronok sgt la tu. siap nak dtg hari2 ke pusat sains...ye?












at last, bekal makanan yg aku siap pack tu...we all mkn kat rumah je. balik dari pusat sains negara, singgah giant kejap. lepas tu baru le balik umah...kol 6.30 ptg baru nak mkn LUNCH! hahaha...
Alhamdulillah. kita semua enjoy. thank you ABANG sbb approved my proposal utk ke pusat sains. thank you juga sbb drive kitorg ke sana... we love you ABANG!!! lain kali cuti sekolah kita p jalan2 lagi ye...tak pun beraktiviti / beriadah bersama sama lagi ye..

Labels: , , , , , , , , ,

Thursday, March 03, 2011

Karnival Putra Heights

ni kisah dah beberapa minggu lalu. 18-20 feb 2011, ada karnival putra heights. taman kediaman aku le. buat kat masjid Baiturrahman dan padang bola di sebelahnye. meriah. macam2 ada. ada gerai2 jualan, ada persembahan dan pertandingan nasyid, ada pertandingan bercerita utk kanak2, ada ceramah agama, ada acara walk a tone, ada sukaneka, ada persembahan silat, ada treasure hunt..dan macam2 lagi aktiviti.


anak2 paling seronok. ada disediakan taman permainan...

gambar ni diambil oleh Afiq Khair. pagi ahad, 20 feb tu...kami dah pegi ke tapak sukaneka. kononnye nak suruh Iman dan Afiq Khair join bersukaneka. tapi diorg tanak. seronok lagi diorg main kat playground yg berdekatan tu. maka nye, kami just lepak2..tgk org bersukaneka la. dah anak2 tanak join, mama dan abah pun malas le join apa2 acara sukaneka tu. ada gak acara utk para ibu dan bapa. bila cuaca dah mula panas...dah tgh hari...perut pun lapar..kami pun balik umah....

Labels: , , ,

Wednesday, February 09, 2011

Sabah Lagi


kisah jalan2 ku sekeluarga masa di Sabah tempohari. (Gambar2 kat Sabah ni, ku cilok dari adikku..Ajer dan Diba. ada gak le yg dari kamera henpon ku...)

Khamis, 27/1/2011.


mak, abah, busu Ipah dan sepupu kami (Ejal) bertolak dari kg terus ke LCCT. Aku pulak sekeluarga, dan adik2...Dikyah, Ida & Fazmi, dan Ajer berkumpul kat putra heights. bertolak naik 1 kereta (jiranku), 1 teksi (Wak teksi...dulu2 masa aku keje FSAP, selalu minta tolong dia deliver urgent brg ke clients. pastu, ABANG pun kalo nak p airport, minta tolong dia juga utk hantarkan). kol 4.30am keluar dari umahku menuju LCCT.


Lepas solat subuh, kitorg bergegas utk naik flight. penerbangan kol 6.50am. sampai Kota Kinabalu (KK) dekat kol 9am. ada van yg Duan & Misa arrange-kan utk pick up kami kat airport menuju ke hotel. Marina Court Resort Condominium . apartment 3 bilik tidur. sgt puas hati. ada dapur dan perkakas2 utk memasak. tapi sepjg kat sana, tak sempat pun nak masak2. masak air aje le. makanan, kami tapau dari luar..



ptg, masing2 berjln kaki menuju Handicraft Bazaar (Pasar Filipino). ada bahagian jual manik2/ mutiara/ cenderamata... ada pasar basah, ada pasar jual buah2, ada pasar jual brg2 kering (ikan kering/ udang kering/ kuih cincin/ etc...).




Jumaat, 28/1/2011.


bertolak dgn 2 buah van. 15 dewasa, 6 kanak-kanak. tujuan utama nak ke kaki gunung Kinabalu. on the way ke sana, singgah di Nabalu utk toilet, tengok2 pemandangan Gunung Kinabalu, beli cenderamat dan berehat kejap.



2 jam lebih juga le utk sampai ke kaki gunung kinabalu, perjalanan dari hotel kami. sejuk!! anak2 kesejukan. aku pun terlupa nak pakaikan anak2 dgn pakaian yg sewajarnye. lagipun tak tau, kat sana sejuk macam tu sekali. cuaca mendung pulak tu. tak berapa clear utk tengok pemandangan Gunung Kinabalu dari kaki gunung nye tu.


Sempat juga ke Kundasang..terkenal dgn jualan sayur2, buah2, bunga2 yg segar. mak abahku membeli buah salak. aku cuma beli jagung aje.







Lepas tu ke Jambatan Tamparuli, kemudian baru le pegi cari tempat mkn utk lunch. hujan lebat masa tu. anak2 aku pun semua nye bad mood sbb diorg baru je terlelap, dah nak kena turun utk mkn. tu yg masing2 ngamuk sakan. Iman yg dah nak masuk 7 thn tu pun bleh nangis2. huhu.. tapi, bila makanan sampai, alhamdulillah semua nye OK. mkn dgn berselera.


lepas mkn, kitorg menuju ke rumah pakcik kitorang kat Kg. Meruntum, Putatan. Umah Angah Aris ni terapung kat atas laut. idak le terapung mana...ada gak le tiang yg dipacak ke dasar laut tu utk mengampu tapak rumah nye. rumah dia luas. seronok sgt...luas mata memandang...terus je boleh nampak laut!! Subhanallah! Sebelum Maghrib, bertolak ke rumah Abang Sani (anak kpd Angah Aris). rumahnye pun tak jauh dari hotel kami dan tak jauh dari airport. siap mkn2 kat sana. nasi berlauk ada, mi grg ada, pisang goreng ada, tembikai pun ada. kenyang! alhamdulillah. moga mereka sekeluarga dilimpahi rahmat dan lebih byk rezqi. Aminn! layanan pun sgt superb!!


mlm tu lps balik hotel, adik2, mak dan busu ipah keluar menuju Uptown. uptown nye pun, kol 10pm dah sibuk bersiap siap nak tutup kedai. memula aku tanak pegi. dah terlena pun. tapi Afiq Khair ngamuk sakan sbb nak ikut diorg2 tu keluar. maka nye aku dan ABANG pun keluar le berjln kaki ke uptown. Iman tinggal dgn Ejal dan abahku kat hotel. (ada kisah pasal Iman..nanti2 bila free aku karang cerita nyer...). sampai uptown, Afiq Khair dah terlena kat dukongan ABANG. kedai pun masing2 dah nak tutup. hohoho...


Sabtu, 29/1/2011.


kol 8 setgh am bertolak ke Beaufort. kenduri kat kg Duan. nama kampung dia...Kg Padas Damit.



kol 11 setgh sampai sana. aku pun siap boleh terlena dlm van tu. anak2 pun tido. dekat kol 2pm, we all keluar dari rumah kenduri. singgah solat kat surau yg berhampiran. sebelum kol 5pm, dah sampai kat dpn Pasar Filipino. ada yg request nak shopping lagi. tapi aku dan ABANG tak lama kat situ sbb anak2 mengamuk. so, sapa2 yg dah settle shopping, kitorg balik ke hotel dulu la. kat hotel, aku, ABANG dan adikku (Diba) bawa anak2 bermain air. ada pool kat hotel tu. Mlm tu, diorg ke uptown lagi. aku sekeluarga lepak dpn tv. tgk bola...selangor lwn Kelantan. selangor kalah!!




Ahad, 30/1/2011


kol 12 tgh hari check out hotel. p airport kat KK. sempat jumpa sepupu aku...Kak Leha sekeluarga. diorg dok kat KK. flight kol 2.05pm. lepas solat kat surau, terus je kitorg sibuk2 naik flight. alhamdulillah selamat kembali ke semenanjung. mak, abah, busu ipah, ejal terus balik ke kg. Paksu (suami busu ipah) dtg jemput. kitorg...geng2 yg masa pegi hari tu bertolak dari putra heights, kena sewa 1 van dan 1 teksi utk balik ke putra heights. (total kena bayar rm250 utk 2 buah kenderaan ni). kitorg ingat nak amik 2 teksi aje macam masa pegi hari tu. tapi syarikat yg menguruskan pengangkutan kereta sewa kat LCCT tu tak benarkan. sbb we all ramai. tu yg kena amik gak le van 1 buah dgn teksi 1 buah. anyway, alhamdulillah selamat sampai umah dlm hujan renyai2 gituk.



keseluruhannye...sangat seronok p jalan2 ke sabah. bukannye selalu boleh jalan2 cenggitu reramai dgn family tercinta. cuma nye, aku tak berapa byk meronda la. anak2 macam Afiq Khair dan Asha Zahra tu...byk kerenah. kecik lagi...memacam yg depa ngamukkan. penat..mengamuk! lapar...mengamuk! panas...mengamuk! ngantuk...mengamuk!! sabar je lah!!!!

Labels: , , ,

Wednesday, January 26, 2011

Sabah

Hati melonjak riang. jasad aje di opis tapi minda, hati, telah terbang menyeberangi laut china selatan menuju negeri di bawah bayu...(sabah). eh, betul la kan...org dok kata sabah tu sebagai negeri di bwh bayu? ehehhe..

esok kami sekeluarga naik penerbangan AirAsia pukul 6.50 pagi menuju ke Kota Kinabalu. family aku...termasuk le mak, abah, semua adik beradik, para menantu kpd mak abahku, dan cucu2 kpd mak abahku...dan juga busu ipah (adik bongsu kpd abah) dan Ijal (anak bongsu kpd busu ipah)...turut serta misi kami ke Sabah kali ini. (macam le ada misi lain nak ke sabah di lain kali nanti.)

actually, kami ke sana sbb nak menghadiri majlis kawin adikku Misa dgn suami nye (Duan). Duan kan org Sabah... so, majlis di pihak lelaki ni, mmg buat kat kg halaman Duan le. kat Beaufort sana. kami seluruh keluarga amik peluang le...p sana meraikan majlis beramai ramai. di samping tu, nak lihat2 dan jalan2 di negeri org. bagi yg byk duit tu, boleh le bershopping sekali kan... macam aku ni, duit tak berapa nak byk, senyap2 je la kot. cuci mata pun ok. tu kat sana nanti, byk guna duit utk mkn minum je la kot. since transport dah ditaja sepenuhnye oleh Misa dan Duan. errr....tiket flight KL ke KK serta duit teksi kat semenanjung ni kami tanggung sendri le. kesian pengantin...takkan le semua depa nak taja...kan? penginapan kat sana pun, lebih dari 50% ditaja juga oleh pengantin. alhamdulillah. semoga sang pengantin akan lebih murah rezqi sampai bila2...terima kasih misa dan duan!!! muahmuahmuahhhhh!!!

kenduri kawin nye pada hari sabtu ni. so, esok (khamis) dan jumaat masa utk kami ronda2 la. tak tau la nak pegi mana. yg pasti hotel penginapan kami tu dekat je dgn Pasar Filipino. Ahad tgh hari dah terbang balik ke KL semula.

anyway, moga majlis kawin dirahmati. moga pemergian kami ke sana juga dlm perlindungan dan rahmat Illahi. Ya ALLAH, selamatkan lah perjalanan pegi dan balik kami ke Sabah nanti. Peliharalah kami dari sebarang mara bahaya, penyakit dan sebarang kesulitan dan kesempitan. permudahkanlah Ya ALLAH segala urusan kami. aaamiiiinn!

ps: maka nye, esok dan jumaat...I"ll be on leave ye. Iman dan Afiq Khair pun "cuti" sekolah :-)
aku siap tulis surat utk beritahu bahawase nye Iman terpaksa bercuti tau! surat utk sekolah kebangsaan dan juga surat ke KAFA dia. owh, aku telah mengasah semula "kepandaian" ku dlm penulisan jawi. sbb aku tulis surat utk KAFA tu dlm tulisan jawi tau. tulis tgn gituk! alhamdulillah!

Labels: ,

Monday, December 13, 2010

Chickenpox

Baru2 ni Asha Zahra kena chickenpox.

Selasa, 7 dec. cuti awal muharram. mmg perasan ada 1 bintat kat kaki. bintat berair. aku dan ABANG berkata kata...chickenpox ke ni? tapi, aku kata, mungkin bekas gigitan semut ke apa ke.. tgh hari tu, kami biarkan je Asha Zahra berendam dlm "kolam" plastik dgn abang2 nye. mlm tu, lepas balik jalan2 dgn family ABANG kat i-city, aku rasa badan Asha Zahra dah mula panas. mlm tu dia tak tido lena. ngamuk2 aje.

Rabu, 8 dec. aku nampak ada keluar lagi bintat2 berair kat dahi. 1 belah kiri, 1 belah kanan dahi dia. kat dada pun dah ada. badan pun panas. aku tak sedap hati nak p keje dan biarkan dia p neseri. aku kata kat ABANG, biar aku bawak Asha Zahra p klinik dulu. kalo confirm chickenpox, aku amik cuti hari tu utk jaga Asha Zahra kat umah. kebetulan Iman pun sakit mata. kat bahagian bwh mata kiri dia bengkak. p klinik...amik ubat utk Asha Zahra dan Iman. aku minta ubat khas utk chcikenpox...yg macam aku pernah dpt masa Afiq Khair kena chickenpox dulu. ubat tu, mujarab kalo diambil segera dlm sehari atau 2 hari lepas terkena chickenpox. ubat ni macam antibiotik gitu. supaya chickenpox cepat sembuh, cepat kering. tak amik masa yg lama la utk sembuh. kat klinik Famili yg kami pegi tu, ubat nye dah abis. aku cuba pegi klinik NoorHajar. alhamdulillah ubat Zorax Suspension tu ada. RM40 sebotol.

Khamis, 9 dec. ABANG jaga Asha Zahra dan Iman. aku p keje. tapi Iman ikut sepupu2 dan acik2 nye p tgk Rapunzel kat Sunway Pyramid. Asha Zahra je la dgn ABANG. setiap 4,5 jam kena kasi ubat demam...ubat tahan gatal/selsema..dan ubat Zorax. aku balik keje ptg tu, terkejut tgk muka Asha Zahra. merah semacam. mungkin sbb suhu badan yg panas kot. yg aku perasan, kaki dan tgn dia naik macam ruam. merah2 dan nampak jadi bengkak le tgn dan kaki dia. Asha Zahra pun asyik menggaru garu je. kesian tgk. aku agak, dia mungkin alah pada Zorax.

Jumaat, 10 dec. aku punya turn jaga Asha Zahra kat umah. Iman pun dok umah. ok la. ada peneman aku nak jaga Asha Zahra. Afiq Khair kat neseri. Asha Zahra takmo diam sgt. nak meragam...nak berdukong sokmo. asal celik mata je, dia ngamuk2. pagi dlm kol 4 am, ABANG dah kasi ubat demam lalu b*nt*t. sejak tu, alhamdulillah panas badannye reda. sampai ke siang dah tak panas. cuma, dia sibuk gatal le kot. nak ngamuk aje. lepas zuhor, bawak p klinik Famili. sah le kut yg Asha Zahra alah pada ubat Zorax. doktor kata jgn kasi mkn zorax dah. dpt le satu lagi ubat utk legakan alahan dia tu. rm15 sebotol. kena kasi mkn sekali dgn ubat selsema/tahan gatal yg dpt hari tu. ptg tu, alhamdulillah..ruam nye dah berkurang. mood pun agak OK lepas ABANG dan Afiq Khair balik ke umah. aku pun dah siap2 packing apa yg patut utk balik kg mlm tu. dlm kol 11pm, bertolak balik kg. sampai kg aku...sekinchan ...dlm kol 1am. Asha Zahra ngamuk2. sampai kol 4am still takmo tido. aku baru teringat yg sejak ptg tu aku tak kasi dia mkn ubat. maka nye, terus aku kasi dia mkn ubat. emmm...ngamuk jugak. jenuh aku usap2, urut2 kaki/ badan/ tgn dia...kejap dia lena...kejap dia ngamuk2. aku tak tahan sungguh. mmg rasa macam nak pecah kepala. dari siang dukong Asha Zahra...mlm tak tido lagi. tension pun ada. tapi, aku kuatkan hati le...sambil berzikir tak henti2...alhamdulillah dlm kol 5am baru dia mau tido.

mamai sungguh aku dibuatnye. lepas solat subuh, aku bantai tido!!! kesian mak...aku tak tolong apa2 pun kat dapur. alhamdulillah adik2 ku ada...Baya, Diba, Dikyah... bangun pagi tu, depa semua tgh breakfast. ada donut yg mak buat. sedapnye!!! donut mak buat mmg aku suka. tapi aku tak pernah belajar men-donut dari mak. huhuhu... Sabtu, 11 dec. Asha Zahra dah ok kot. chickenpox dah kering. actually sejak jumaat tu dah kering. doktor pun kata dia dah OK. cuma tinggal sakit alahan dia tu je le. still kena mkn ubat. Ahad pun nampak macam semua dah OK. ruam dia pun dah surut. dia pun dah tak garu2...alhamdulillah.

pagi ni, kami hantar Asha Zahra ke neseri. sampai sana...kata nye ada la juga 2,3 org budak kena chickenpox. pastu ada sorg penjaga kat neseri tu pun kena chickenpox. kesian....dah tua-tua baru nak kena chickenpox. anyway....moga semua nye ok. moga semua tak melarat teruk. sekrg ni musim org kena chickenpox kata doktor. betul la kot. masing2 sana sini kena penyakit tu.

tak sabar nak abis keje hari ni. nak balik. nak amik anak2. rindu nye kat diorg!! harap2 semua nye sihat ceria. moga Asha Zahra kembali sihat dan seronok duduk kat neseri...

Labels: , , ,

Tuesday, September 21, 2010

Syawal 1431H/ Sept 2010

Gambar dgn keluarga ABANG. Abg Jali sekeluarga dan KakYu sekeluarga takde dlm gambar.




coti raya dah abis. minggu ni beramai ramai kita masuk keje semula :-)






cikpuan ume masih mood raya. boss takde kat opis. tapi keje ada byk nak kena settle. anyway, sbb boss takde, suka2 hati je le buat keje. idak terlalu tertekan. janji keje siap bila dia masuk opis esok2. insya-ALLAH.






Raya tahun ni sambut kat kg aku. Mlm raya seperti biasa, kami bertakbir beramai ramai. sekeluarga. mak abah ada 3 menantu lelaki, ada sorg anak lelaki. so, gilir2 la org lelaki baca takbir solo dan diikuti kami beramai ramai. suasana ni yg paling aku suka. takbir raya beramai ramai. syahdu je tau!!






1st day raya. waktu sarapan, seawal kol 7am dah mula bersiap siap. makcik pakcik yg dok umah dekat2 dtg berkumpul kat umah mak abah aku. kali ni giliran berkumpul kat umah kami. yeayy! lepas baca doa, lepas wirid, zikrullah, we all mkn dan mkn. lepas tu bermaafan dgn sepupu2 dan pakcik makcik yg ada. pastu org lelaki p solat raya kat masjid. yg pompuan lps kemas2 apa yg patut, buat solat raya sendirian. lepas org lelaki balik solat, abah ajak kami p beraya umah pakcik makcik yg dekat2 umah kami tu. kami semua serba PINK. lepas zuhor, ABANG ajak p balik Sabak. jenguk mak abah belah sana pulak. lepas asar kami bertolak balik sekinchan semula.


My family. semua org ada dlm gambar. mak abah. anak2 ada 7 org, menantu lelaki 3 org, cucu ada 5 org.



2nd day raya...baru le kami pakai baju baru. baju raya. kalo kat kg aku mmg cenggini le. baju baru/ baju raya bukan dipakai pada raya pertama. huhu..raya pertama pakai baju raya ntah thn bila punya la. 2nd day raya, we all nak p beraya ke rumah sedara mara yg agak jauh. dari tg krg hingga ke sg besar. tu yg baru kami pakai baju raya. tema thn ni serba merah menyala.


BBQ kat umah mbah Sayah, kat Pasir Pjg, sekinchan. (umah paman/bibik kpd mak aku).



3rd day raya..pagi tu dah balik ke Sabak. dok umah je. sedara mara dtg bertandang. kami layan sedara mara kat umah. masuk 4th day raya, we all p beraya ke sana sini. 5th day raya, pagi tu pun p beraya juga. mak abah aku dok sms kata nye nak p ronda besan2 diorg yg semua nye org sabak bernam. ada 3 besan. semua nye depa p ronda. bila tiba kat umah mak abah mentua ku, kitorg tak balik lagi. alhamdulillah ada KakYu dan Pana kat umah. Pana tolong layan mak abah ku yg dtg beraya. lepas zuhor, ABANG ajak balik sekinchan. lepak kat sekinchan. mlm lps Isya' baru bertolak balik ke Putra Heights.






Alhamdulillah selamat sampai umah sendiri dlm kol 12 mlm. mlm tu Asha Zahra dok melalak takmo tido lena. jenuh aku dukong, usap2 badan, kasi minyak telon dan urut2 badan, kasi mimik, nyanyi2, zikir2...semua takmo. dia melalak jugak. atlast, kasi air suam dlm btl...dia mau diam dan minum. lps tu baru dia sibuk nak mimik dan lena. tu pun dah kol 4am. huh!!! ngantuk mama nye..






Rabu, 15 sep, 6 Syawal, aku dah masuk keje. jln lengang! best. cuma risau kot2 anak2 kat umah tu byk hal nye. kesian ABANG nak kena handle sendri. neseri still OFF. alhamdulillah ABANG kata semua OK je.






Khamis, 16 sep, 7 Syawal..coti sempena Hari Malaysia. syoknye...






Jumaat, 17 sep, 8 Syawal...aku apply coti gak. supaya senang ABANG nak p solat Jumaat. aku jaga anak2 kat umah. coti pjg sampai Ahad, 19 sep, 10 Syawal.






buat masa ni...tu je le dulu entry aku. (cheh...macam ada sambungan nye je???). ehhe..

Labels: , , ,

Tuesday, September 07, 2010

Pancake

dah lama aku tak masak2 kat rumah. letih plus malas. hoho...anyway, weekend baru2 ni agak terajin. lebih2 lagi anak2 tak byk ragam...semua behave. so, mama boleh beroperasi di dapur dgn tenang dan aman. yeayy!! teringin nak buat pancake dan makan dgn aiskrim atau madu. dok godek resepi dlm buku2 nota. terjumpa la resepi pancake ni. so, aku pun buat mmg follow bulat2 resepi dia. ntah copy dari mana ntah..tak ingat. tak tulis lak kat nota tu, aku amik dari mana. huhu.. mintak maaf le kpd pemilik resepi ni. cikpuan umeboshi yg manis dok cilok resepi anda ye. mintak halal. moga hidup anda diberkati ALLAH dan murah rezqi sentiasa. amin!!
Pancake ni, rasa nye mmg best dan bau nye pun harum..




resepi Pancake (lempeng ala2 org putih kata ABANG):


BAHAN-BAHAN


1 1/2 cawan tepung


3 1/2 sudu teh baking powder


1/2 - 1 sudu teh garam


1-2 sudu besar gula


1 1/2 cawan susu segar


1 biji telur


3 sudu besar mentega dicairkan


1 sudu teh esen vanilla




CARA-CARA


1. Blend je semua


2. Panaskan pan atas api


3. Tanpa minyak, tuang adunan atas pan. Lapisan atas akan berlubang lubang.


4. Bila agak2 lapisan atas dah agak kering, boleh diterbalikkan.


5. Biar kejap dan angkat.




Boleh mkn dgn coklat cair, madu, aiskrim, peanut butter...sos cili or rendang pun boleh. (Iman mkn cicah dgn sos cili dan rendang ayam..)




Tarraaaa!!!




Yang ni, mkn dgn aiskrim vanilla-strawberry. sedap!!

Labels: , ,

Wednesday, September 01, 2010

Merdeka ke 53

salam Merdeka buat semua warganegara Malaysia. tahun ini, kemerdekaan negara kali ke 53. semalam public holiday le..sempena Merdeka, kan.

cerita pasal semalam.
lepas solat subuh..lepas baca Ma'tsurat..lepas termenung dan telek2 muka Asha Zahra yg sdg lena tidur.. (ABANG masih di masjid, anak2 lain tido kat tingkat bwh)..aku pun nonton cd cerita 1 Litre Tears. Cerita drama Jepun (ichi rittoru no namida), dilakonkan berdasarkan sebuah buku, karya dari kisah benar.

kisah nye pasal seorg gadis yg berusia 15 thn, Aya, yg disahkan sejenis penyakit yg tak boleh sembuh; Spinocerebellar Degeneration. penyakit yg menyebabkan dia jadi semakin lama semakin tak boleh berjalan, tgn tak boleh menggenggam, susah utk bercakap, mata jadi agak kabur, etc... sejak disahkan sakit, setiap hari dia menulis diari hingga lah dia tak mampu utk menulis. Diari Aya telah dibukukan oleh syarikat pencetak di Jepun dan telah diulang cetak beberapa kali dari tahun 1986 hingga kini. hayat Aya ( July 19, 1962 - May 23, 1988 ).. 25 thn, hingga dia meninggal dunia. boleh baca kat :- http://en.wikipedia.org/wiki/1_Litre_no_Namida
cerita ni agak sedih. mmg boleh nangis!

Tgh hari, p beli pampers anak2 kat Tesco Puchong. Kemudian, p Sunway Pyramid. saja je jalan2 cuci mata. tgk train KTM dan station KTM buatan kat situ. Sunway Pyramid dok hias premis diorg dgn tema keretapi sempena nak sambut raya kali ni. konon2 nye nak kembalikan nostalgia balik kg dgn train le. p sana...kitorg anak beranak berposing, bergambo. lepas tu balik umah. err... yes! p sunway pyramid without shopping apa2 pun. just p utk tgk train, dan bergambar je. ehehhe.. buang tebiat ke apa. sanggup membelah lautan jem kenderaan, jem manusia utk ke sunway pyramid tu? emmm...kesian ABANG kena layan kerenah dan permintaan wife dia ni. huhu..

balik umah, masing2 dah kepenatan.

Labels: , ,

Thursday, August 19, 2010

Selepas seminggu Ramadhan

alamak!! lama nye tak update. seminggu gituk. cikpuan ume sgt busy le. keje2 kat opis ni berlambak. ditambah pulak last week dari rabu ptg sampai jumaat aku terpaksa amik coti. jaga Asha Zahra kat umah.




rabu tu, 1st ramadhan..kan? 1st day puasa gituk. tgh hari tu dpt sms dari school, kata Asha Zahra meragam. takmo diletak, nak dukong je. pastu nampak tak berapa sihat dan naik chickenpox kat badan nye. terus aku tak senang nak buat keje. baik le aku balik umah. drpd dok opis tapi pikiran dok ingat anak je.




amik Asha Zahra kat school, terus aku p klinik. doktor kata, tu bukan chickenpox, tapi HFMD. Hand Food and Mouth Disease. owh...ye ke. tumbuh bintik2nye mmg kat kaki, tgn, mulut je. byk kat lutut dan siku. kat tapak tgn, tapak kaki, tekak, dlm mulut, tepi mulut pun ada. doktor kasi antibiotik utk dimakan dan ubat sapu.




punca nye, doktor kata..sbb keadaan persekitaran yg tak berapa bersih. tu, yg utama. bila aku sms kasi tau kat pengetua school, dia macam tak tau lak apa itu HFMD. ditanya nye balik kat aku punca nye apa ek? huhu...kawan2 aku dok kata, kalo taska yg prihatin dan bertanggungjwb, depa patut report kat kementerian kesihatan. pastu taska kena tutup buat sementara, dan kena buat kerja2 pembersihan taska sambil di-monitor dek kementerian kesihatan. wallahua'lam.




so, sejak rabu ptg sampai jumaat...aku dok lepak kat umah je le jaga Asha Zahra. mmg jaga anak je. tak buat keje lain. huhu..tak bleh nak buat keje lain. Asha Zahra sibuk nangis kalo mama dia p jauh dari dia. nak bangun p toilet ke, solat ke...pun dia sibuk nangis.




gara2 Asha Zahra kena HFMD gak le, aku tak dpt nak join gathering buka posa dgn adik beradik ABANG dan mak abah ABANG di puncak alam. umah kakak (kaklong ABANG). kebetulan k.akish (kak ipar ABANG) yg ngikut abg jali kat dubai tu balik m'sia sbb ada meeting kat KL. dia balik siap bawak baby Khaleefa tu. khaleefa yg hensem. tapi, agak terkilan le sbb aku tak dpt nak jumpa diorg. ABANG p sana dgn Iman dan Afiq Khair je. aku tinggal kat umah. buka posa dgn Asha Zahra je. tu pun Asha Zahra dok ngamuk2 masa buka puasa tu. hhuh..




sabtu, 14/8/2010, aku sekeluarga balik kg. rindu nye kat kg. jumpa adik beradik dan buka puasa/ sahur bersama sama. tu pun, tak cukup geng sbb adik aku; diba dan ida serta suami nye tak dpt balik kg..on the way balik ke kg tu, kami singgah tg karang. shopping baju raya. dpt beli baju raya anak2 lanang je le. (lanang is in jowo. BM nye ialah lelaki). tu pun jenuh dok handle kerenah diorg. dah la panas terik. Afiq Khair ngamuk2 nak gula2. gula2 nye kami simpan dlm kereta...tak bawak masa turun shopping. selagi tak dpt gula2 dia tu, ngamuk sakan le dia. nak acu-kan baju melayu ke badan dia pun payah. nyampah sungguh. iman pulak, tetiba je ngada2 kata sakit perut. lapar. nak makan. huh!!! geram sungguh. kebetulan masa sampai tg karang tu, kami parked kereta kat area dpn KFC. tu yg ligat Iman dok sibuk nak makan. siap nangis2 teresak tu...masa dlm kereta lps shopping. huhu...Asha Zahra ngamuk sikit2 je.




sampai kat kg...dok tgk tv cerita kartun la..dan cerita apa2 ntah, leka la pulak anak2 tu. dah jumpa sepupu2..main kejar2 lagi tu...boleh pulak Iman lupa kat sakit perut nye tu. lupa gak kat rasa lapar dia tu. huhu...alhamdulillah selamat sampai maghrib puasa Iman hari sabtu tu.




Ahad, 15/8/2010. bertolak balik kg ABANG kat sabak pulak. singgah sg besar. shopping baju raya lagi. dpt le baju utk ABANG. aku yg pada mula nye tanak beli baju raya utk thn ni... tetiba tukar pikiran bila jumpa baju yg kaler nye boleh ngam dgn baju melayu ABANG. ahahha. sabar je le. RM59 je sepasang. ok la tu. tgh shopping kat Pari collection kot, yg dekat2 Arked Man tu, terserempak dgn Rin...member sekolah masa kat mrsm jasin dulu. wahh...dia pun shopping baju raya gak. ehhe..




sebenarnye, jumaat, 13/8/2010, ABANG amik coti. aku pun kebetulan coti jaga Asha Zahra...kan? kami sempat p confirmkan kemasukan darjah 1 Iman ke sekolah utk thn depan. lepas tu p shopping kat PKNS dan SACC kat shah alam. pusing sana, sini pun, tak jumpa baju raya nye. dpt saiz, tapi kaler tak cantik. dpt kaler lawa, jahitan tak kemas pulak.. ish... atlast, utk baju raya kami sekeluarga, dpt settle dgn shopping kat kg sahaja. huhu..alhamdulillah. rege pun ok. tak mahal mana. baju Asha Zahra je takde. pakai skirt atau yukata je la ek? Asha Zahra kecik lagi...tak pakai baju kurung, ok tak? hehhe..




so, ahad tu kami buka puasa di Sabak. dgn MIL dan FIL sahaja. sempat jejak kaki ke PARAM (pasar ramadhan) kat pekan parit baru tu. ramai nye manusia. penuh PARAM. semua org balik kg ke? huhu..




lepas buka puasa, kami terus siap2 dan bertolak balik ke putra heights. jalan pun jem. mmg ramai org dok balik kg kot?!! next, coti nuzul quran pulak nak balik kg. time tu pun, agaknye ramai org balik kg juga. huhu...jln jem lagi!!! takpe. sabar2...sabar.. dpt jumpa family, dah cukup bagus dan amat berbaloi kalo nak bandingkan dgn jalan yg jem tu.




*************************


pagi tadi bgn lambat!!! tu pun ABANG yg kejut pada pukul 5 setgh lebih. cepat2 minum se-mug susu segar, se-mug air putih dan sebiji kurma. huhu...lepas tu baru le kejutkan Iman. takpe le..baru belajar puasa. mkn sahur dah dekat waktu subuh gituk Iman.






Labels: , , , , , , ,

Wednesday, June 16, 2010

Muar 28-29 Mei 2010




ini cerita tertunggak dekat 2 minggu sudah berlalu.








29 mei ada jemputan kenduri kahwin staff ABANG di muar. Aku agak excited nak jalan2 cari mkn di muar. maka nye, aku ajak ABANG book hotel kat muar. boleh jalan2 kat bandar muar, sambil cari mi bandung kegemaran aku dan shopping rempah mi bandung kat sana. sebelum tu, aku dok sibuk survey kat internet dan juga tanya kat member2 hal berkenaan muar ni. info dari diorg mmg sgt2 membantu.






maka nye, Jumaat 28 mei, lepas solat jumaat, kitorg bertolak p muar. jln agak jem kat highway. masuk muar, terus p cari hotel. Hotel Pelangi..betul2 kat bandar muar. tersorok hotel tu di celah2pasaraya Wetex ngan Hotel Classic. family suite...dpt rm145 net.tapi takde breakfast la. ok jugak room dan hotel nye. puas hati! sampai muar kol 6pm. solat n rehat2. lepas maghrib we all keluar ke bus station (utk bus express). kat sana ada gerai2..lapangan tempat org makan2. open air jek. ada medan selera gak tapi tak byk kedai buka n tak ramai org mkn kat situ.kat dataran yg open air tu ramai giler org. kitorg pun join meramaikan suasana. cari mi bandung ngan satay. murah nye mkn kat situ!!! mi bandung sepinggan cuma rm3. satay lak45sen sebtg. air jus belimbing rm1.50 segelas. milo ais pun sama gak rm1.50 segelas. yummy sungguh mi bandung ngan satay tu.lepas mkn...balik hotel semula.
* Afiq Khair ngan mama.... nak tercekik mama kena peluk dek Afiq Khair ni.*


pagi sabtu,29 mei, dekat kol 8am we all keluar p cari breakfast. nak cari mi rebus ngan satay.dok pusing2 ..at last mkn kat restoran Haba, dekat dgn muar trade center. mi rebus, satay, kopi o, kopi+ susu, milo panas.mmg sedap! satay nye depa hantar sepinggan. depa akan bill ikut berapa btg yg kita mkn je. share sebtg satay perut..mkn ngan ABANG. ahahhaha..geli mulutku mengunyah satay perut tu. aku mmg x reti nak mkn perut. ekekke...tapi, satay muar saikou (best) lah!! daging nye depa potong slice memanjang nipis dan cucuk ke lidi/ buluh. kalo kat selangor ni, depa dok potong kecik2...petak2 ke...dan susun, cucuk ke lidi/ buluh. kat hujung mmg daging. kat tgh2 depa dok selitkan lemak/ kulit.kekadang tak berapa masak pun depa bakar. huh..mmg chigau (berbeza).yg muar punya, aji (rasa) nye serupa je kalo beli kat mana2 pun. mlm tu mkn kat bus sta...pagi lak mkn kat restoran haba...rasa nye, rempah adunan nye sama je.cara potong dan cucuk satay ke lidi pun sama juga. mmg satay muar gitu ek olahan resepi dan cara buatnye? aji mmg sedap la!!alhamdulillah!!lepas mkn...p drive pusing2 muar. tengok pekan muar. p tg emas.lepas tu balik bilik. mandi n siap2 nak check out n p kenduri kat taman maharani. dekat gak ngan town. kenduri, mkn nasi briani.kol 3 setgh pm baru keluar dari kenduri. p pantai leka kat parit jawa utk tapau asam pedas. nak mkn x larat dah. tu yg tapau tu.kat situ, dekat ngan jeti...mmg food court depa semua nye ada asam pedas eh. lepas tapau asam pedas...kami menuju ke highway.on d'way, singgah kat tg agas. dekat2 petronas tu ada restoran murtabak singapore. ingat nak tapau. tapi, org ramai giler nunggu turn. terpaksa la cancel hajat nak tapau murtabak special tu.lain kali la. terus we all chow. balik kg..sekinchan terus. ahhah!kol 9 setgh pm sampai kg. sempat dinner ngan family. panaskan lauk asam pedas ikan takal yg kami tapau tu. mmg sedap masak asam pedas tu. pekat!






alhamdulillah. keseluruhannya, mmg puas hati jalan2 cari mkn di muar. next time kena cuba juga dptkan murtabak s'pore tu. tebal, besar dan nampak sedap kata ABANG. syukran sangat2 kat sahabat2, adik2 beradik...yg kasi info pasal makanan kat muar ni. aku sempat beli rempah mi bandung, mi rebus dan kurma kat kedai Haji Sernan. alhamdulillah!!

Labels: , , ,

Friday, February 19, 2010

Bagan Lalang

cerita dah basi sebenar nye. sebulan yg lalu punya cerita.


16 jan, 17 jan (sabtu, ahad), aku,ABANG dan anak2 berada di Bagan Lalang. sebelum tu, jenuh set date dgn kawan2...nak p makan2 seafood kat sana tapi semua nye tak dapat kata putus tarikh mana yg semua org OK. maka nye, pepandai sendiri je le! ehehhe..



16 jan. ptg sabtu tu kami bertolak ke Bagan Lalang. agak jauh juga ek nak ke sana dari putra heights. we all check in kat chalet kepunyaan Pusat Latihan LKIM. http://www.sungaipelek.com/bagan/camarlaut.html



stay kat rumah Kerisi B. RM100/night. rumah tu OK. aku suka! iman, masa mula2 masuk rumah tu, ulang kali dia kata tanak dok situ. nak tido hotel yg best kata nye. tapi, bila dah stay 1 malam kat situ.. "Iman suka dgn rumah Kerisi B ni la..mama!!". ha...baru tau?! ehhehe..aku teringin nak tido kat chalet. tu yg saja je booking chalet kat Bagan Lalang tu.



bagan lalang best! lepas check in, solat asar kat bilik dan lepak2 sat. kol 6 setgh drive kat tepi pantai. amik2 gambo...pastu cari restoran terapung HM seri bagan yg agak famous tu.

http://www.hmsribagan.net/index.html
http://hmsribagan2.blogspot.com/


kalo kuar dari lorong LKIM menuju ke pantai tu, belok ke kanan sampai ujung. kat situ le HM seri bagan ni. kalo dari lorong LKIM menuju ke pantai tu, belok kiri...mmg byk gak restoran. gerai2 jual jeruk asam, mainan, pelampung etc pun byk. lalu la nanti kat depan gold coast resort yg masih dlm pembinaan tu. happening gak ek bagan lalang ni. best. esok, kalo gold coast bagan lalang nye siap, sure laaagi meriah. cuma, rege brg, makanan dan hotel kat area situ pun mungkin akan naik gak kot. kat hm seri bagan, we all pilih le seafood utk dinner. siakap masak steam, udang masak butter(sedap!), sotong goreng tepung, ikan cencaru bakar, ketam masak sop serai. utk sayur, kitorg amik ulam timun (50 sen) dan sambal belacan(50 sen). air lak...jus oren suam, jus apple suam, sirap limau ais dan air limau ais,...amik nasi 1 pinggan je. share berempat beranak. semua2 ni je pun dah kena RM96. emmm...ok le. lauk2 dan menu yg kami pilih tu mmg sedap belaka. kecuali sop ketam, kurenggg.. ABANG kata, sop ketam yg aku masak lagi ummpphh.. cheh! kembang aku dibuat nye. ekekke...ops, air minuman semua2 yg kami order tu, nanka tak berapa sedap le. heheh.. tgh tunggu menu kami siap dimasak, my friend; hada sekeluarga pun sampai. sempat le kami borak2. hada nyer booking dlm kol 8pm. so....depa p solat maghrib dulu. aku pun, sambil nunggu menu yg diorder sampai, p le solat maghrib jugak dulu. surau mmg dekat2 situ je. senang! lepas mkn, terus balik bilik je. bebudak kecik 2 org tu dah meragam. tak sempat nak p cari hada and say babai.



utk ingatan, kalo nak mkn kat hm seri bagan sambil nengok sunset, kena dtg awal2. tak pun, buat booking (by phone). so, depa akan reserve meja yg kat atas pelantar...(ala2 terapung atas air). ops, better buat booking la. kalo dtg main terjah je, mmg penuh dah meja kat pelantar tu. macam aku hari tu, mmg tak booking. dtg situ....byk meja dah under reservation. so, dpt meja yg kat ceruk. tak kisah le. kitorg dtg kali ni pun saja nak mkn seafood yg fresh gituk.






pagi ahad...p main air kat pantai. pasir dia halus dari pasir kat teluk batik. cuma nye...pasir dia tak putih la. pantai pun tak secantik pantai kat pahang/ terengganu nun. lepas main air...p sarap kat restoran tepi2 pantai tu. pekena roti canai telur (tak best..), nasi lemak (pun tak best. sambal manissss!!).. air teh tarik, milo tarik, nescafe tarik. ..tambah dgn karipap 3 ketul (singgit). balik bilik, mandi...kemas2...terus check out. gitu le seada nye di bagan lalang....





*Iman dan Afiq Khair terlena masa on d'way balik dari Bagan Lalang. kami terus ke hospital Klang, melawat Pana (adik ABANG). kena demam denggi.

*gambo makanan ada snap. tapi guna kamera. tak leh nak upload lak kat pc opis ni. maka nye, gambo2 yg ada dlm henset je le yg aku pamerkan nih..

*selamat berhujung minggu!! esok aku ada perjumpaan dgn cikgu kat sekolah Iman.

Labels: , ,

Friday, January 15, 2010

Tahun Baru 2010

Lukisan Iman pada hari ke2 persekolahan tahun ini. Rumah Sponge Bob dan kawan2 di darat!!!




dah 15 hari masuk tahun 2010. aku agak busy dgn keje2 opis. errr...lebih kepada keje2 tambahan , membantu big boss and his 'assistant' buat translation. tu yg agak suntuk masa nak ngarang entry.




coti tahun baru hari tu...1 dan 2 jan, aku sempat pegi Teluk Batik. rombongan bersama keluarga aku. best! mak abah, adik2 ku....baya sekeluarga, ida n suami, diba dan ajer. anak2 kecil la paling seronok...puas bermain air. aku dan ABANG serta anak2, sampai lewat dari yg lain2. diorg semua sampai teluk batik pada pagi jumaat, 1 jan tu. sempat bersolat jumaat kat teluk batik...




aku, ABANG dan anak2 pulak...jumaat ptg ada orientasi kat sekolah baru Iman. tahun ini kami tukar sekolah Iman...dari Nur Ummi ke Genius Aulad sec 21 USJ. Iman yg bersungguh nak tukar sekolah. mungkin nak bertukar angin sbb 2 thn dah bersekolah kat Nur Ummi.. lepas dok survey online, p tgk sekolah yg berdekatan...akhir nye Iman 'jatuh cinta' dgn GA. so, tahun ini...serba baru utk Iman. sekolah baru, kwn baru, teacher baru, suasana baru, buku2 baru etc... moga Iman lebih bersemangat utk belajar.




abis orientasi...dekat pukul 4ptg juga la, baru kami bertolak ke Teluk Batik. ikut highway. masa tu hujan pun lebat. berhenti solat asar kat masjid mana ntah. aku pun tak ingat. tapi...dah kat area teluk intan gitu. akhir nye, sampai juga kami kat tempat penginapan kat Teluk Batik tu... Marina Cove Resort. style apartment...3 bilik. dlm kol 8 setgh mlm kot baru kami sampai. Ida n hubby serta Diba dok sibuk nak keluar tapau makanan utk dinner mlm tu. so, mlm tu kami menjamu selera kat apartment saja. hampar "saprah"...susun lauk pauk dan nasi...dan dok bersila makan ramai2. meriah! adik2 ku, dikyah dan misa je yg tak dpt join trip kali ni sbb diorg ada keje kena bereskan. next time...nak plan lagi trip. moga semua org boleh join. insya-ALLAH.




sabtu pagi...lepas sarapan, kitorg semua keluar menuju pantai teluk batik. bawak juga bekalan makanan roti, sandwich dan jajan2. piknik kat tepi pantai. sambil tu main air. aku tak join main air...just amik gambar je. malas le nak basah2kan diri...sbb sibuk jaga baby. (chehwah...alasan bagus punya!). aku lepak dok tepi pantai dgn mak abah. yg tak best nye....Afiq Khair takmo turun dari dukongan ABANG. dok rendam dia dlm air, menjerit takmo. adik2 aku..dan juga ABANG serta Iman, sempat juga naik Banana-boat. RM5/person. lepas main air, kitorg balik apartment. kemas2 dan check out. menuju ke Lumut. lunch dan shopping sket kat sana. lepas tu, terus balik. alhamdulillah....aku sangat suka dgn trip kali ini. anak2 pun gembira. itu yg utama...di samping dpt menggembirakan mak abah, serta dpt berkumpul sekeluarga. trip kali ini, atas usaha keras Baya n Pyan yg buat plan..booking hotel etc. aku bawak diri, jajan dan roti jek. ekeke...




oh, ye...Asha Zahra dah 6 bulan. mlm tadi pegi klinik utk 'cucuk' 6 bulan. doktor siap kata, 'cucuk' ubat kali ni agak sakit. mungkin baby akan menangis. aku la pulak yg risau. ehhehe... mmg pun, lepas doktor 'cucuk' je...terus menjerit nangis si Asha Zahra ku yg comel itu. masa kat klinik, aku dan ABANG sgt tension dgn ntah anak sapa tu...dok main berlari lari dan menjerit bising kat klinik. mmg bising la. macam batak je, kata ABANG!! parents diaorg tak tegur pun! at last, pembantu klinik dok sound bebudak tu suruh senyap. kat klinik, kan?!! org yg sakit, jadi betambah sakit bila keadaan bising macam tu. teruk la. kena sound tu, senyap la diorg. tapi kejap je. lepas beberapa minit, diorg bising semula. ada 3 dak laki, 1 dak pompuan. diorg mmg siap dok berguling guling kat lantai klinik tu. aduih....jgn la anak2 ku buat perangai macam tu. mmg nyusahkan org!!




bila masuk tahun baru ni...bertambah lagi setahun umur dunia...umur manusia...dan semua. makin lanjut usia kita, kan? my sweet, smart and caring ABANG pun dah sambut ulang tahun kelahiran nye pada 9 jan lalu. aku tak buatkan party pun. pagi sabtu tu, ingat nak hantar anak2 ke neseri dan aku bleh p dating dgn ABANG ke mana2 berdua sahaja. tapi Iman dan Afiq Khair taknak la pulak. Iman lagi la...dah tahu hari tu adalah birthday ABANG. dia nak sambut birthday abah, kata nye. so...lunch time, we all keluar ke Sunway Pyramid. sangat jem...dan payah nak dpt parking. anyway, alhamdulillah....lepas beberapa kali pusing2...dpt gak le park kereta. aku belanja ABANG dan anak2 mkn kat Sakae Sushi. sebenar nye...dah agak tension sbb Afiq Khair bad mood. menangis tak tentu pasal. siap duduk2 kat lantai. aku dan ABANG biarkan aje. sampai Afiq Khair penat. ye lah...dipujuk pun tanak diam. kalo marah2 pun tanak diam. at last...biarkan aje dia. nangis melalak tak hingat!!! aduih....makin menjadi jadi la pulak ciwek si Afiq Khair ni. ya ALLAH...berikan lah kesabaran, keimanan yg teguh dan kemudahan ke atas aku dan ABANG dlm melayan kerenah anak2 kami ini. amin!!!!!!!




pagi Ahad, 10 jan tu...baru le aku minta Iman kasikan kad birthday kat ABANG. kad yg aku dan Iman tulis bersama. Happy Birthday, my dear ABANG!!!! sorry, takde hadiah special pun. tapi, you are always special in my heart. then, tgh hari tu, aku dan Iman keluar p cari food utk lunch. sambil tu, kitorg beli kek. 2 cheese tart, dan 2 potong kek comel. masa minum ptg, kitorg pun nyanyi la lagu Happy Birthday utk ABANG dan mkn kek bersama-sama.




Moga tahun ini membawa lebih byk kebaikan buat semua. happy new year!!






Labels: , , , , , , , ,

Wednesday, December 02, 2009

Balik Kampung!

sekarang, mmg agak jarang aku balik ke kg. tapi, still sebulan tu..sekali mesti la ada balik kg. baru2 ni, bersempena dgn raya haji, kami balik kg. yeyyy!!!




khamis 26 nov, aku dan ABANG mmg amik coti. pagi tu...kami round2 area putra heights dan subang jaya. cari tadika utk Iman for the next year session. Iman dah 2 tahun bersekolah di sekolah Nur Ummi. dia dah bosan kat situ agak nye. lepas majlis anugerah sekolah Nur Ummi hari tu, Iman sibuk nak pindah sekolah. dah taknak kat Nur Ummi. aku berbincang dgn guru besar sekolah Nur Ummi. Cikgu Lijah kata...mmg elok kalo nak bertukar sekolah. elok utk perkembangan anak2. lagi pun, anak2 cepat boring...takut nanti dia tak berapa nak belajar dan tak elok utk perkembangan nye. cuba tukar environment...terkejut gak aku, cikgu lijah kata macam tu. ye lah...macam mengalu-alukan aje kalo nak tukarkan Iman ke sekolah lain. tapi, yg sebetul nye...cikgu lijah bercakap secara jujur. bukan dia nak pikirkan keuntungan sekolah nur umi saja. better dia bercakap secara positif demi anak2 didik nye. emmm...tu yg pagi khamis tu, kami meronda cari sekolah. tapi, byk yg dah bercuti raya.




lepas tu, pegi DEMC pulak. lepas asar baru kami bertolak balik kg. dekat kol 6pm juga la baru keluar rumah. aduih...letih la perjalanan dgn anak2 seramai 3 org ni. macam2 kerenah. lagi2 Afiq Khair. mmg macam2 hal!!! tension je aku. tahun ni patut nye giliran sambut raya haji di kg aku..kat sekinchan. tapi, sebab sabtu nanti ada majlis pertunangan adik aku; misa...maka nye, kami decided utk sambut raya kat kg mertua masing2. mak yg cadangkan begitu. khamis tu, kami sampai kat kg ABANG...kat sabak dekat2 kol 8pm. alhamdulillah selamat sampai.




















jumaat tu...hari raya, kan? MIL ada masak ketupat daun, rendang ayam, masak lontong, sambal kacang, sambal tumis bilis + tempoyak. semua nye yummy!! sepjg hari kami dok makan... makan..makan...sambil layan tv. ptg, ada kenduri korban kat umah wak (abang sulung kpd FIL). balik dari kenduri tu, ABANG singgah membeli durian. 6 biji kot. amboi...sekeluarga melantak durian pulak kat beranda rumah. meriah gituk. hehhe..




lepas asar, kami bertolak balik ke sekinchan. mak aku punya menu..yg aku perasan, ada nasi impit, rendang ayam, soto bersama sambal kicap nye..makan, dan makan lagik!! mlm tu, aku sambil nengok2 misa siapkan barang2 hantaran nye..(nengok aje!!!)...aku ke dapur gak le. nolong sikit2 apa yg perlu utk menu hari esok nye.




sabtu pagi...sambil siapkan breakfast, kami sibuk2 siapkan bahan utk masak menu tgh hari nanti. majlis pertunangan nye lepas zuhur..dlm kol 2pm. menu utk tgh hari ialah nasi putih, ulam timun, sambal belacan, pajeri nanas, tomyam, ikan kembung goreng disiram sambal tumis, daging masak kicap (menu pilihan last minute sbb aku bawak byk daging korban dari kg sabak). ada jugak yg bawak berguni rambutan dan durian. alhamdlillah! kemudian, aku sponsor kek yg sedap2 belaka. order dari lili lagik. dia siap hantar ke kg gituk. kek choc fudge dan kek pandan. semua org suka dan busu ipah siap kata...next punya event, buleh la mintak aku order-kan lagi kek2 tu. hehhehe...thanks lili for the nice cakes. sangat suka! aku order gak choc fudge cup cake lili sebagai hantaran pertunangan misa. kedai lili:-http://www.chocncheezz.com/




majlis tunang tu tak le besar-besaran. hanya sekadar menyambut rombongan keluarga pihak lelaki. kata nye dtg 5 kereta. tapi, 7 buah kereta yg dtg. penuh ruang tamu tu. keluarga kami pun, just menjemput sedara yg rumah nye dekat2 aje. mmg betul2 keluarga sahaja. cuma, ada sorang best friend mak yg diajak dtg. cik sa'adiah. dia le yg selalu join tolong kami bila ada apa2 majlis. alhamdulilah semua berjalan lancar. moga jodoh berpanjangan ke gerbang perkahwinan nanti. moga diberkati ALLAH sentiasa buat Misa dan Duan.



mlm tu...Afiq Khair, Iman bukan main seronok nye lagi berlari sana sini. main dgn sepupu nye...Nabil dan Najah. Asha Zahra meragam je la pulak. aku sibuk tidurkan asha zahra, ABANG pun tertidur juga...tau-tau, Afiq Khair dah terlena kat luar. dia tidur dgn mak andak (Misa) nye...dan juga nenek nye (mak aku). kami biarkan aje le dia tidur kat situ.




Ahad pagi...tengok Afiq Khair yg masih lena kat ruang depan tu. rerupa nye kena gigit nyamuk. abis badan, muka, kaki berbial dgn gigitan nyamuk! kesian anak mama. pagi, tolong kemas2 apa yg patut. pukul 11am...lepas p jumpa nenek, busu ipah dan angah ajis/angah andung...aku bertolak balik ke putra heights. sekali lagi kena bersabar dgn kerenah anak2 kat dlm kereta. Afiq Khair tu yg mmg byk ragam nye. asyik nak cari pasal je utk menangis. letih melayan. at last, dia sambil menangis nangis tu...siap buleh terlena la pulak!! ahhahha..selamat sampai rumah kami, dekat pukul 2pm gitu. alhamdulillah...





mlm tu, Afiq Khair sangat ceria. asyik gelak dan bergurau aje.

Iman: kenapa Afiq ni? suka sangat je..

ABANG: sebab balik dari kg...dia suka la. seronok balik kg.

Iman: a ah la....Iman pun suka balik kampung!!!

hehhehe, lain kali balik kg lagi ye..tapi, harap2, anak2 mama semua nye duduk elok2 dlm kereta.

Labels: , , , , , , , ,

Thursday, October 01, 2009

Syawal 1430H..Sept 2009

salam aidilfitri buat semua. maaf zahir batin!!





aku macam selalu. balik kg le masa raya hari tu. tahun ni sambut raya kat kg ABANG. tema baju raya kali ni kat kg ABANG ialah ala2 coklat gitu. raya ke3, kami balik ke sekinchan. raya ke4, beraya dgn family aku pulak..menziarah sedara mara kami. tema baju family aku pulak, hijau!



jumaat, raya ke6..aku dan ABANG bersiap utk balik ke putra heights, petang lepas solat jumaat. sebelum bertolak balik, macam selalu, aku pegi ke rumah nenek utk bersalam dan bagi tau nenek yg aku dah nak balik. masa raya ke3 hari tu...bila aku bersalam dgn nenek, nenek masih ingat pada aku bila aku sebut aku siapa. (nenek dah tak nampak. penglihatan nenek, mungkin serba gelap je pandangan mata dia...tu sbb, bila bersalam, kena sebut kita siapa..). tapi, masa hari yg aku nak balik ke putra heights tu, byk kali nenek tanya aku siapa. jenuh aku jelaskan, aku siapa..nama aku apa...aku anak siapa..dan segala! ohh...paling aku tak tahan, bila nenek tanya, "anak2 ada yg dah berkahwin ke?"..ohhhh!!! terkedu aku. terus aku mengalir air mata...



sah! nenek dah TERlupakan aku. aku, cucu nye yg dulu masa kecik2 selalu dtg tidur kat rumah nenek. tidur dlm kelambu sama nenek. menemankan nenek bila hari coti. esok pagi nye, bila nak balik umah, nenek atau busu ipah akan kasi duit...seposen, dua posen gitu. upah sbb menemankan nenek. kalo mak abah dan adik2 aku pegi bermalam di rumah kami yg satu lagi kat taman ria sekinchan tu, aku selalu taknak ngikut. aku lebih suka tinggal kat rumah nenek. aku suka sgt dgn 'cacapan' asam nenek yg dimakan dgn ikan goreng atau ikan bakar. 'cacapan' nenek selalu ada hirisan pelam muda, kadang tu ada hirisan pisang muda...rasa agak masam2 kelat gitu, kekadang ada hirisan belimbing jari. sedap sgt 'cacapan' nenek.



aku suka berborak dan bertanya tanya kat nenek. sambil nenek membersihkan halaman rumah, memotong rumput2 kat depan rumah. atau pun, sambil nenek mengacip pinang dgn daun sireh dan kapur utk disontel ke mulut nye. k.nizah pun akan join berborak sekali. (k.nizah ni, sepupu aku belah abah aku..). nenek, kalo menggosok gigi, dia akan tanggalkan satu set gigi palsu dia tu dan akan menggosok gigi dia tu kat tgn. dan, aku akan gelak2 tengok muka nenek yg kecut gara2 tak bergigi tu. lagi, kalo aku lepak kat umah nenek...selalu aku jadi mangsa sakat abang mi (adik k.nizah). abang mi mmg suka kacau aku. suka sgt dengar aku terjerit jerit marah kot? nanti, bila aku dah tak mampu melawan dan rasa kalah gitu, aku akan menjerit jerit dan ngadu kat nenek. yg kemudian nye, nenek akan pujuk aku..nenek akan marah dan bebel2 kat abang mi. selalu gak nenek kata, "nanti dikahwinkan aje korang berdua ni...gatal sgt **mi ngacau adik". tapi, nenek bersurah (berakap) banjar lah.

yg paling aku ingat, masa aku bersekolah tabika. tabika tu, letaknye dlm kawasan sekolah kebangsaan kami je. satu hari, kwn karib aku masa tu, zana, ajak aku main2 kat kawasan sekolah kebangsaan tu lepas abis waktu sekolah tabika. kami bermain kat tepi kelas kak zam (kakak nye zana..). zana ni pun kira sedara bau2 bacang gak le dgn aku. sedara belah mak. leka bermain...dan tak ingat nak balik umah aku masa tu. sampai satu masa, tetiba aku terpandangkan nenek sdg berjalan kat kawasan sekolah tu ditemani dgn pakcik tukang kebun sekolah. nenek, bila terpandangkan aku, terus dia meluru ke arah aku dan dipegangnye tgn aku. ditarik tgn aku ajak balik. kata nye, dah lewat tgh hari kenapa aku tak balik umah lagi. sbb risaukan aku, tu yg nenek dtg mencari aku ke sekolah. mak kat rumah...menjaga adik2 aku yg masih kecik masa tu. kesian nenek. sejak tu aku dah tak ngikut kwn2 utk bermain lepas abis sekolah. aku terus balik umah. aku taknak dgr nenek marah2, membebel lagik. tu yg paling aku ingat!

lagi, waktu bulan ramadhan...aku selalu ngikut nenek ke masjid. naik kereta sama2 dgn abah. join tarawikh kat masjid.

lagi, aku..tiap kali nak masuk 'alam' baru...macam nak masuk sekolah berasrama, nak masuk mendaftar ke um, nak berlepas ke jepun...nenek akan mintak mak aku masak 'wadai kipeng' (tu bahasa banjar le. jawa kata bubur candil..melayu kata apa entah!! sila rujuk resepi ke sini http://-maisya-.blogspot.com/2007/02/wadey-kepeng.html atau http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1662817 ). lepas tu, abah akan bacakan doa selamat sebelum kami menjamah bubur tu. nenek byk pantang larang. byk peraturan nye.

emm..tu semua, kenangan waktu nenek masih sihat, masih hawas (jelas) penglihatan, masih elok pendengaran, masih kuat ingatan. sekarang, nenek dah jauh berbeza. makin uzur. makin kurus sangat2!! badan tinggal tulang je rasa nye. kalo pegang tgn nenek, mmg tak terasa daging. terus rasa tulang yg dilapisi oleh kulit nipis sahaja. pendengaran nenek pun dah kurang. kalo bercakap dgn nenek, kena cakap kuat sikit. mata nenek mmg dah tak nampak apa kot. berjalan ke dapur, ke bilik air mmg teraba raba sendiri. dia, kalo dlm umah sendiri..nenek mmg boleh menuju sendirian. tapi sejak akhir2 ni...selalu tersasar arah. sbb dah tak nampak apa, nenek pun dah tak tahu siang ke...mlm ke...hari apa ke..mmg tak tahu! so, bila masuk waktu solat, kena bagi tau dia. "dah masuk waktu asar!" gituk. tapi, sejak akhir2 ni...ingatan nenek macam dah makin pudar. memori dah makin OUT.cuma, nenek masih waras dan tak nyanyuk. busu ipah cerita, kadang tu, nenek baru je dikasi mkn malam. tup..tup, tak lama tu, nenek dah tanya balik.. "cepat la pah, nak sarapan nih..". nenek mintak busu ipah sediakan sarapan!!

ohh ohh..hari tu, raya ke6 yg aku bersalam dgn nenek masa nak bertolak balik ke putra heights.. byk kali aku ulang2 kata, "kesian nenek, busu. dgn kiter pun dah tak ingat lagi.." aku nangis. busu ipah pun nangis. mmg tak tahan. baru aku sedar, yg nenek dah mmg makin uzur. aku pujuk diri sendiri.. yg nenek mungkin kepenatan. maklum le, musim raya ni...mmg ramai yg dtg menziarah nenek. dah ramai sgt org...mungkin nenek TERlupa seketika sama aku. busu ipah kata, nenek ok la lagi tu. dia masih boleh berjalan ke toilet kalo terasa nak buang air. harap dan doa aje le...moga nenek sihat2 aje. tak nyanyok. moga nenek masih upaya utk solat, dan tetap iman nye. amin!!

ni, masih musim raya, kan? so..selamat beraya kepada semua. jaga diri. jaga family. pandu hati-hati. sabtu ni, macam selalu, aku dan adik2 bercadang nak p beraya umah bibik2 (makcik) kami. umah biksu (nong, ada kat umah mak tak nanti???), umah pmn lem, umah bik ijah kalo pmn matnor dah kuar ward...kalo idak, kami p hospital le melawat..., umah bik inem, umah bik ton....emm, byk nye plan umah nak p. tak tau le sempat sampai ke tak semua tu. kalo tak abis round sabtu ni... kami sambung di lain hari lah. insya-ALLAH.

Labels: , ,

Tuesday, May 19, 2009

KLCC







Hisashiburi ni, jalan2 kat KLCC dgn geng kamcing...merangkap best friend. dulu pun, kitorg pernah dok serumah masa keje kat KL. seharian lepak bersama. di hari org lain bekerja, kitorg bercoti. hihihi.. tanoshikatta!!! tak abis lagi berborak. next time...kena plan lagik nih :-)

Labels: , , , ,

Thursday, April 30, 2009

Selamat Bercuti!!

Esok Coti.

Hari Buruh! yeyyy!!!

yg sebenar nye, aku akan bercoti pjg sket. sampai selasa dpn. adikku, ida...bakal melangsungkan perkahwinan nye pada hari sabtu ni kat kg. so...aku amik kesempatan le, isnin amik coti. company aku kasi coti khas utk staff nye sempena adik beradik nyer majlis kawin. then, aku apply sehari lagi coti..guna annual leave le. maka nye...aku coti esok sampai selasa. hurray!!



yg tak syok nye, ABANG coti sampai isnin jek. so, apa2 pun, isnin tu dah mmg kena balik putra heights le jugak ikut ABANG. selasa...aku rileks sendiri jek la. ni tgh buat plan nak jumpa member aku...insya-ALLAH!



mlm tadi, pagi tadi...aku dah siap2 packing brg2 utk balik kg. mlm ni insya-ALLAH kami bertolak balik kg. harap2 majlis walimah Ida ni nanti, akan berjalan lancar, sempurna dan diberkati ALLAH hendak nye. amin!

** Selamat Hari Pekerja buat semua!! dan selamat ber-weekend...**






ni gambo anak2 yg sedang menyonyot botol sambil tengok tv. gambo entah bila entah ni. time gambo ni diambil, Iman masih membotol. sekarang dah tak membotol pun. masa tu, Afiq Khair mmg suka main periuk tu. asal ke dapur je, sure dia amik periuk tu dari rak dapur dan akan diusung nye ke sana ke sini.

Labels: , , ,