Tuesday, March 22, 2011

Dinos Alive

Dah tengok kat blog Izan, dan Turin pun ada bercerita yg diorg p Pusat Sains Negara bawak anak2 tengok dinasor. So, aku pun excited gak la...nak bawak anak2 ke sana. Iman mesti suka tengok dinasor.

Sempena weekend dan cuti sekolah juga la, Sabtu 19/3/2011 baru2 ni...lepas Iman abis training taekwondo, kitorg bersiap utk keluar ke Pusat Sains Negara. Kat area Bukit Kiara sana. we all pun tak tau jalan. aku dok harap kat ABANG je le. kesian ABANG dok pusing2 cari jalan ke sana. ehehe..












Last year, Iman dah pegi Pusat Sains Negara dgn rombongan sekolah tadika Genius Aulad dia masa tu. seronok sgt dia. tapi masa tu takde Dinasor...












Pagi Sabtu tu, sebelum bertolak, aku dah siap2 masak bekalan makanan. nasi putih, sardin dlm tin ditumis, telur dadar, ikan bilis/kacang tanah digoreng dan pack sekali cekodok tepung baki dari sarapan pagi tu.












dlm perjalanan, hujan. sampai sana alhamdulillah hujan dah takde. tanah basah aje le. dlm kol 12 sampai kat car park area. berpusing gak la nak park kereta. penuh! Iman excited sbb nampak dinasor. yuran masuk utk dewasa ialah RM10 dan kanak-kanak 4-12 tahun kena RM5 sempena ada festival Dinos Alive ni.












ni le pertama kali aku jejak kaki ke pusat sains negara. sama2 belajar memacam benda kat situ...dgn ABANG dan anak2. anak2 mmg seronok. byk benda baru yg diorg cuba. bila masuk kat area pameran Dinasor tu...Afiq Khair sibuk nak berdukong dgn ABANG. Afiq Khair dgn Asha Zahra nangis2 takut kat dinasor yg ala2 hidup tu. ekor dan kepala boleh bergerak. mulut pun boleh nganga sebesar besarnye. huhuhu.... tapi, lelama, ok la dah. mau la Afiq Khair bergelak tawa.. Iman pun ada masa nye, dia macam takut2 gak bila tengok pelbagai dinasor yg macam hidup tu. huhuhu...












paling syok bila anak2 layan pelbagai permainan kat kids zone...ala2 playground la gituk. macam2 jenis ada. semua diorg nak naik main. perut lapar...dah kol 4pm masih kat dlm tu. bekalan nasi yg dibawak, ada dlm kereta. alhamdulillah aku masukkan biskut2 ke dlm beg sandang yg dibawa masuk ke dlm pusat sains tu. boleh la kami sambil kunyah2 biskut utk alas perut. anak2 seronok layan main...tak hingat lapo. tapi, diorg berebut gak bila nampak biskut2 tu. hehhehe..












dekat kol 4 setgh ptg, we all keluar dari pusat sains negara. anak2 sibuk nak beli air minuman. kami beli choclate ice blended kat van yg ada jual air kat depan pusat sains tu. satu gelas share berlima. mahal wo! rm6.90 ke rm7.90 ntah...rege segelas air yg kami beli tu. ABANG yg belanja.










* Asha Zahra nunggu giliran dgn abang2 nye utk minum ice blended*

alhamdulillah anak2 enjoy. mama dan abah diorg pun seronok. jalan2 sambil nambah ilmu di samping bersuka ria dan habiskan masa bersama sekeluarga. puas hati. dah keluar dari Pusat Sains tu, Iman tanya kat ABANG, "esok kita pegi pusat sains lagi ke abah?"... hoho...seronok sgt la tu. siap nak dtg hari2 ke pusat sains...ye?












at last, bekal makanan yg aku siap pack tu...we all mkn kat rumah je. balik dari pusat sains negara, singgah giant kejap. lepas tu baru le balik umah...kol 6.30 ptg baru nak mkn LUNCH! hahaha...
Alhamdulillah. kita semua enjoy. thank you ABANG sbb approved my proposal utk ke pusat sains. thank you juga sbb drive kitorg ke sana... we love you ABANG!!! lain kali cuti sekolah kita p jalan2 lagi ye...tak pun beraktiviti / beriadah bersama sama lagi ye..

Labels: , , , , , , , , ,

6 Comments:

At Tue Mar 22, 12:23:00 PM, Blogger Nor Ramli said...

Noora ingat tak masa kita form 5 kita ada pergi rombongan ke KL...masa tu ada pergi pusat sains negara kan....am pun ingat2 lupa ...hehehe

 
At Tue Mar 22, 12:23:00 PM, Blogger aNIe said...

Umeboshi...wah!! nanti nak ajak anak akak pi pusat sains tu lah... dah abis pameron dino pun takpelah...dpt tgl yang lain

 
At Tue Mar 22, 01:50:00 PM, Blogger umeboshi said...

Am...kita p KL masa tu...yg pakai baju blazer/coat..kan? sibuk pinjam dari ajk tertinggi ko-op, pusat sumber, LDP, prs, bwp..etc...yg tu ke yg Am maksudkan..? p parlimen, jalan2 kat sogo..tu je yg kiter ingat. tak p pusat sains pun..ehehe.. ker, kiter pun dah "ilang ingatan". huhuhu..

k.anie,
p la pusat sains. jalan2 menambah ilmu. best gak p sana. memacam ada. meliputi pelbagai ilmu sains.. (fizik, kimia, bio..etc).

 
At Tue Mar 22, 05:02:00 PM, Blogger Nor Ramli said...

bukan cik noora...bukan yg tu...masa kita pegi tu berbas2....mula2 kelas A-D dan E-H pergi minggu sebelumnya...the next week barulah 2 blok seterusnya pergi...tp memang pergi muzium, masjid negara, pusat sains negara...mana ntah lagi tak ingat...heheheh...tp takde plak blazer2 bagai...am pakai baju maktab warna kuning/cekelat...

 
At Wed Mar 23, 12:08:00 AM, Blogger KakNi said...

Takot nya makcik tengok dinasor tu beso nya....

 
At Wed Mar 23, 10:08:00 AM, Blogger umeboshi said...

Am...owh, ciknoora mmg tak ingat langsung bab kita p KL reramai yg melawat muzium, masjid negara, pusat sains segala tu. kot2 ciknoora tak pegi? ahahha... teruk la ingatan masing2 camni. huhu..

K.ahnie, akak pun takot eh? ehehe.. mulut dia mmg boleh nganga seluas luas nye tau. tu yg Afiq khair dgn Asha zahra pun takut masa memula nampak. huhu..

 

Post a Comment

<< Home