umEbOshi wo tAbetAi
Thursday, April 28, 2011
Thursday, March 31, 2011
Ms S.wah
seminggu gak la aku tak update blog ni. macam2 yg berlaku. keje pun busy gak kat opis.
aku tgh agak DOWN.
huhu...my opis mate...yg selalu jadik teman berbual, bergossip, ber-msn (dok ngadap depan depan meja pun boleh ber-msn sesama kami), berkongsi suka duka, berkongsi kisah anak2 dan serba serbi cerita...dah tender resign letter semalam. short notice, esok dah last day. next week dia dah takde. huhuhuhu!!! nangis aku! terkejut sgt!
tapi, idak le aku nangis depan org. heheh...semalam, masa dia bagi tau yg dia resign (tu pun dia bg tau lalu msn..)...aku shock gitu2 je. tak rasa sedih lagi. selama ni pun, aku dah agak2 la yg dia akan pegi. mmg ayashiiiiiii (pelik) je tgk dia lately ni. mmm...bila drive keluar dari parking kereta ptg semalam, baru aku rasa sangat2 sedihnye... bangun pagi tadi pun rasa tak bermaya. otak dah beku rasa nye. huhu..
Ms. s.wah yg slim, yg kiut, yg baik hati, yg rajin membantu aku bila aku in trouble, yg sgt ringan tulang, yg caring, dan macam2 yg serba baik lah...akan pergi juga dari company ni. lepas 10 thn setia keje sini. selama ni aku ingat, dia akan keje terus kat sini until die... but, ternyata keadaan sekrg ..macam2 yg berlaku kat company dan org atasannye, yg jadi penyebab kpd ms.s.wah utk pegi.
tak leh lupa, masa aku mula2 keje sini dulu, kena print byk helai gak utk sales person in charge. color printing. siap paper jammed kat copier machine tu. ms. s.wah dgn sabar tolong aku betulkan machine tu. huhu...
2 thn lebih sket le...aku keje sama2 dia. aku senang sgt bekerja dgn dia. tak lokek ilmu. apa yg dia tahu, dia tunjuk ajar aku. apa aku tak paham, aku tak tahu, aku mesti tanya dia tanpa ragu tanpa malu... sbb aku tahu, dia akan ajar aku dgn manis muka...aku suka macam tu. senang berurusan dgn org macam dia.
aduih...boringnye kalo dia takde. dgn sapa la aku nak ngadu apa2 hal kalo kat opis ni nanti. dgn sapa la aku nak kongsi cerita Iman, Afiq Khair dan Asha Zahra nanti...selama ni mmg dgn ms. s.wah je geng aku kat opis ni. maklum le...kita dua org je pompuan kat opis. dia je la kan geng utk kepoh2...
nanti kat opis ni, takde dah dengar cerita pasal Jamaine (anak ms. s.wah yg chubby dan comel..) kanak2 ribena tu.... kisah "Big Baby" ms. s.wah and Big Baby dia punya mak tiri and family.. also, when i tension with perangai pakcik2 dlm opis ni, kat sapa la nak aku luahkan dgn kadar segera.. macam selama ni, kalo aku geram dgn sesapa antara pakcik2 tu, terus je aku "buzz" ms. s.wah dgn MSN.. hoho.. lepas perasaan gituk. sabo je la...
time lunch...kita sama2 ngadap bentou..dia dgn bentou dia...aku dgn bentou aku. ms.s.wah yg slalu bancuh air milo panas, minum oat utk jaga kolestrol dlm tubuh (org nye kecik tapi tahap kolestrol tinggi...), slalu mkn cornflakes cenggitu jek...macam makan jajan tuh! ehhehe... kalo aku, mkn coco krunch atau cornflakes, nak kena tuang susu segar tu dulu baru lalu nak mkn.
ms. s.wah, we will miss you. especially aku le....ntah bila boleh dpt kawan sekerja yg ngam macam ni. sampai mati akan aku kenang dia as my opis-mate yg sehati sejiwa...dan sangat2 best gituk!
aduhh...cam tak caya je. hari ni macam tak boleh nak pandang muka dia... tak boleh nak cakap2 dgn dia macam selalu. sbb, aku takut termenangis! teruk kan aku ni? sentimental sangat. alahai...!
apa2 pun, aku happy for her. pilihan dia utk pegi dari sini ni, adalah pilihan yg tepat. semoga my best friend ms. s.wah will be success and happy forever. selamat bekerja di tempat baru. selamat berkenalan dgn kwn2 baru, boss baru, opis baru dan serba serbi baru... mesti boleh ya! moga ada peluang utk kita org jumpa2 lagi lain kali nanti...
doii....syahdu la pulak.
aku? masih kat company ni. dah pun cuba2 cari "lobang" tempat lain. tapi, nampaknye belum laku lagi di pasaran. takpe, redha jek. ajal maut, rezqi...semua nye di tangan ALLAH. kita hanya berusaha, berusaha dan berusaha semampu yg boleh tanpa jemu dan putus asa...doa dan tawakkal pun kena konsisten. kalo jodoh ku dekat sini lagi panjang dan lagi baik buat agama ku, kehidupan ku, keluarga ku...maka aku kena terima lah hakikat nye... kan ALLAH itu Maha Kuasa, Maha Mengetahui. tunggu dan lihat je lah...kan?!!
walau apa pun, alhamdullillah aku punyai ABANG dan anak2 serta keluarga yg sentiasa bersama ku..sentiasa menyokong dan menyayangi ku. yg penting, aku harus kuat. ganbarou cikpuan Ume!!
Thursday, March 17, 2011
Share
Blog yg aku nak share...pengalaman malaysians yg berdepan dgn kejadian bencana alam di Jepun baru2 ni..
1) scenesofsendai
2) yatiechomeyl
3) hanasakura
4) mazniaziz
PS: ptg selasa baru2 ni aku dah dpt contact Aini Zuraida kat Nihon. Aini ni....my room mate masa study kat UM dulu2. my classmate juga la masa tu. now, dia dgn suami dan 2 anak lelaki nye stay kat Saitama,Jepun. bekerja kat sana. Tempat dia OK. cuma shaking je la masa gempa bumi tu. now, dok kat umah je kata nye. nak dptkan bekalan makanan, minyak petrol pun susah. semua kena beratur nunggu giliran dgn sabar.. alhamdulillah aini dan family selamat dan sihat. moga semua nye akan beransur baik secepat mungkin. take care aini!!
Labels: Bencana Alam, Jepun, Lain2, peristiwa, Teman2
Tuesday, March 15, 2011
Makan Kenduri dan Jepun
Iman di majlis kenduri.Labels: Aku, Bencana Alam, Gambar, Iman, Istimewa, Jepun, Keluarga, Makan2, peristiwa, Teman2
Friday, March 11, 2011
Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun
tgh hari ni kita dikejutkan dgn berita...yg gempa bumi dan tsunami melanda Jepun..kat Tokyo area. boss ni pun org jepun...and most of us graduated from Japan...so, kami masing2 sibuk dgr news dan tgk berita through online. teruk gak kesan dari gempa bumi dan tsunami tu.
gempa berukuran 8.9 magnitude!!! ukuran tertinggi tsunami 7 meter! ker...ada yg lebih tinggi? huh! aku terus teringatkan kawan2 dan keluarga angkat kat Jepun sana. moga Shiho-chan, Momo-chan, Koh, Aini Zuraida, Natchan tachi, Furukawa sensei, K.Lela, semua staff fujiiseiko japan, Siha, K.Hanny, dan lain2 nye selamat sejahtera. amiiiiin!
Bala dan bahagia itu, kurniaan ALLAH..yg kita sendiri tak tahu bila akan kita tempuhi. kita hanya boleh merancang...usaha...doa...tawakkal. tapi ketentuannye, ALLAH saja yg tahu.
PS: bahagia kerana berkahwin tu, atleast mmg kita tau la dulu kot. dah plan, dah buat kad kawin, dah tau tarikhnye. if ALLAH perkenankan, maka...selamat lah kita kecapi kebahagiaan pada majlis kawin itu :-)
Tuesday, February 22, 2011
Dari blog Am
Aku rasa terpanggil utk menyebarkan hal ini. rentetan pergolakan di Libya..saudara seIslam kita kat sana sedang dlm kesusahan. Aku amik dari blog Am (kwn lama ku sewaktu sama2 di MRSMJ...masa form 4, form 5...).
sama2 lah kita berdoa moga kita dan seluruh muslimin muslimat di mana pelosok dunia pun, akan sentiasa di dalam kerahmatan ALLAH..akan sentiasa selamat, aman damai dan dijauhkan dari sebarang bencana, serta diberikan kekuatan, kesabaran dan keimanan yg teguh! amiiin Ya Rabb!!!
Nukilan Am:-
Kumpulan penyelidikan kami terdiri daripada 16 pelajar sarjana dan 4 pelajar PhD termasuk saya. Ada 2 orang pelajar antarabangsa yang berasal dari Libya. Ye, Libya yang sedang bergolak dengan sangat dasyat. Aassad selalunya sangat periang dan gemar mengusik akan tetapi semuanya sirna setelah pergolakan bermula. Nagla berendam airmata...Aassad juga begitu. Perkhabaran yang diterima pada hari ini lebih menyedihkan dan kami semua tumpang berdukacita...zalimnya manusia....kerana pangkat, harta, pengaruh...seolah-olah semuanya boleh dibawa ke dalam kubur nanti..Sepupu-sepupu dan saudara rapat mereka dibunuh kejam ketika mempertahankan kehormatan dan maruah ahli keluarga masing-masing. InsyaAllah moga mereka diterima sebagai mujahid dan mujahidah. Semoga syurgalah tempat mereka yang kekal abadi...
Saya tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan apa yang terpendam di lubuk hati. Seruan saya buat semua pembaca...buatlah solat hajat setiap waktu terluang. Doakanlah keselamatan dan mohonlah agar Allah hancurkan kejahatan pemerintah-pemerintah yang zalim dan menindas sebegini rupa. Bacalah Qunut Nazilah....bacalah sahabat-sahabat. Berhentilah berbicara tentang beg tangan mahal atau parti-parti yang dihadiri....saudara-saudara kita sedang menderita di bumi sana.....marilah kita sama-sama berdoa agar mereka selamat dan keamanan akan kembali pada mereka...kasihanilah mereka...kasihanilah mereka ya Allah....selamatkanlah mereka dan musnahkanlah pemimpin-pemimpin yang mendustai amanah yang mereka pikul.....Ameen....
Nota : Pertama kali, kami semua berkumpul membaca surah Yasin dan juga Qunut Nazilah. Nagla broke down...kasihan dia..semoga ukhuwah dan sokongan kami semua mampu menyumbang kekuatan buat Nagla. Aassad sudah pulang dan menuju ke kedutaan Libya di KL.
Thursday, February 17, 2011
Airmata hari ini
airmata ku hari ini beberapa kali gugur. utk beberapa sebab. pada berlainan jam dan masa.
1. bila aku masuk parking kat subang parade, aku tengok masa yg di-print kat kad parking adalah 8.01am. serta merta air mata aku mencurah curah keluar. macam x boleh berhenti. terasa macam sampah je usaha aku pagi tadi...bangun awal, siap awal, Iman pun bangun awal, keluar rumah awal..berkejar hantar Iman ke sekolah dan Afiq Khair ke neseri...pecut kereta keluar dari Putra Heights...tapi, x dpt jugak nak masuk parking sebelum pukul 8am. letih mental, lelah fizikal. bukan nye apa...membayangkan yg aku kena bayar parking RM10 utk hari ini sbb masuk parking lepas pukul 8am. kalo masuk parking sebelum pukul 8am, dpt le bayar RM3/ entry. tu yg aku sedih yg amat. nanti masa keluar nak bayar duit parking ptg ni, aku nak buat muka sedih, nak merayu kat pegawai yg jaga kaunter bayaran tu..supaya diskaun kat aku. supaya pejam mata je...kasi kesian kat aku...bayar RM3 utk entry aku hari ini. tolong lah saya!
2. bila dpt sms ABANG yg berbunyi... "No prob..Apa yg penting.. Kerjasama.." nangis syahdu dan terharu. Aku percaya dan sedar yg aku masih ada orang2 yg tersayang utk aku ngadu nasib, utk aku numpang susah senang dan mohon bantuan serta sokongan. Moga kasih dan sayang serta ukhuwah kami tak akan putus.. Ashita mo ganbarou!!! (esok pun mesti usaha habis baik..).
3. bila berkongsi cerita dgn opis-mate (ms.SW). hal wang juga. diri sendiri dok struggle berjimat cermat. nak mkn yg mewah2, nak belanja apa2 pun, dok kira budget dan sekat nafsu. tapi at the end, terpaksa berhabis duit utk bayarkan duit yg org lain dok suka2 hati pakai. kesian kan..? aku tau, ms.SW dok tahan sebak depan aku...tapi aku nampak mata dia merah dan airmata bergenang je kat mata dia. aku pun diam2...termenangis gak. tak boleh tgk org nangis...aku pun berjangkit nangis gak. sebenarnye, aku sgt sayang kat ms.SW. sayang sebagai sahabat le. sebab dia juga la, aku masih boleh bertahan kat company ni. tapi kami berdua tahu yg kami pun sebenarnye sangat2 dah tak boleh tahan if kerja sampai nak abis bulan DUA pun gaji bulan SATU belum lagi masuk penuh. ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan utk hadapi semua dugaan MU ya ALLAH...dgn penuh keimanan dan kesabaran. amin!!
PS: semalam Iman terlupa bawa kertas lukisan utk subject pendidikan seni. Dia nak minta sehelai dari kwn dia. tapi kwn dia kata, kalo nak...kena bayar seringgit. hah?!!! terus Iman tak jadi mintak. sbb duit seringgit utk dia belanja mkn kat kantin. kalo beli kertas lukisan kat kwn, nanti Iman tak boleh mkn. (walhal mama dah bekalkan bentou. takde duit belanja pun, Iman still boleh mkn...). alhamdulillah cikgu boleh kasi kertas lukisan kat sesapa yg tak bawak. tapi next time kalo terlupa, cikgu kata kena bayar 20 sen kalo nak kertas lukisan cikgu. hebat sungguh kwn Iman tu. boleh pikir utk bisnes tu. baru darjah 1. mak dia bisnes tupperware dan ayah dia bisnes amway kot kan..??
Tuesday, December 21, 2010
Patut ke
emm...aku rasa macam nak Remove someone from my FB friend list. seseorang yg bukan le dah menyakitkan hati aku, atau dah buat onar kat aku atau family. cuma nye, aku termalu sendiri bila terbaca coretan2 kat Wall FB dia tu. selalu lah dia dok update status atau boh komen yg secara tak langsung dah membuka aib orang lain...dan juga aib dia sendiri...serta family dia. owh, malu le as friend. tapi, aku benar2 kutuk diri aku sendiri sbb tak begitu berani nak tegur perbuatan dia tu. just tegur gitu2, agak ringan sekadar ingatan yg biasa2. aduhh..ya ALLAH, ampunkan le kelemahan aku ini. aku mohon moga Engkau bukakan hati "seseorang itu" utk benar2 insaf, sedar, bertaubat dgn apa yg dia dah lakukan. aku mohon moga Engkau peliharalah aku dan keluarga ku drpd perkara2 keji dan mungkar.
kawan2...jangan senang2 update status/ boh komen kat wall FB tentang sesuatu yg mengaibkan diri sendiri atau org lain...atau family...atau sesapa aje le. kita pun bukannye complete sgt as hamba NYA. so...sedar2 la diri, kan???
err...aku nak remove ke tak...nak remove ke tak...remove ke tak...hehehe..
apa2 la aku ni. dulu aku pun dah membebel pasal hal yg sama. tak suka kat org2 yg terlalu OPEN di alam maya gituk.. tapi hari ni, mmg rasa terbeban lak bila terbaca kenyataan2 seseorang itu kat FB dia...
Friday, October 29, 2010
LOL dan GTG
semalam dgn geng2 ojosama dok beremail pasal ejaan2 ringkas dlm sms, email .. then, keluar le LOL...GTG...ada yg tahu makna nye apa....dan ada gak yg tak tahu. heheh..bagi yg ada masa, boleh google je kat internet, boleh dpt apa makna nye.
sebelum tu, ada yg jwb LOL tu:-
Loud Out Loud
Loud Of Laugh
Lot Of Laugh
toLOL
yg sebenarnye...Laugh Out Loud!
GTG pulak, ada yg jwb:-
Go to Goal (Aku le tu yg teka....sbb mmg tak tahu. pagi ni aku google cari makna ..hehe)
then, aku jumpa:-
Good To Go
Got To Go
Get ToGether
Gas Turbine Generator
Green Technology Group!!!
zaman sekrg especially muda mudi dok berSMS/ berEmail dgn ejaan yg simple, short form gituk. kekadang nyampah aku nak baca sbb tak reti nak baca macam mana. tak paham. lagi2 kalo dpt SMS dari adik2 ku yg belajar kat kolej tu. aduih...serba ringkas.
tq (thank you)
10sen (tensen/ tension)
nti (nanti)
on9 (online)
c2 (situ)
sab2 (sabtu)
seX (sekali!!!!!) ..............erkkkkk...
tapi, in japanese pun ada guna nombor utk meringkaskan certain words..
39 (san-kyuu) = thank you
4649 (yo-ro-shi-ku) = please help (digunakan words "yoroshiku" ni bila nak minta tolong kat org, atau nak berkirim salam kat sapa2 pun sebut "yoroshiku"..)
Wednesday, July 28, 2010
Honeybiru
hari ini mmg tahap kritikal. kelam kabut memikirkan mana yg patut aku dahulukan buat. sambil dok surf internet, cari bahan bukti, cari sumber rujukan dan sewaktu dgn nye, sempat aku jeling2 kejap ke Buku Muka. dan melalui Buku Muka kwn x-classmate masa kat AAJ-UM dulu, ludi aka rudy fukushima, aku jumpa Honeybiru. eh, baru aku perasan, hari tu aku pernah juga terjumpa Buku Muka Sera Bagus kat kwn x-mrsmj aku (norhayati che soh). aku yakin yg Sera Bagus dan Honeybiru tu sure le org yg sama...kan?
aku sejak belum kenal blog lagi, aku dah meminati penulisan Honeybiru. suka sgt dgn lenggok gaya penulisan dan luahan hati nye di alam maya ni. dia seorg wanita yg tabah aku rasa. pelbagai dugaan yg dtg dlm hidupnye. sejak usia kecil entah berapa thn, belum masuk sekolah lagi kalo tak silap aku, dia dah kehilangan ibu tercinta. membesar tanpa ibu kandung... kerap sgt merindui ibu nye yg telah lama kembali ke rahmatullah itu. sering depressed. tapi, dia tak mudah mengalah. lepas 10 thn ambl SPM pun, dia tetap tabah teruskan usaha sambung belajar sampai dpt degree. lepas 10 thn ambil SPM tu!! mmg seorg yg gigih. aku respect sungguh dgn "kekuatan" sera itu. moga boleh diteladani kegigihan nye itu.
moga sera akan lebih tabah dan lebih berjaya pada hari ini dan hari2 yg akan dtg. ganbare sera (good luck sera!!). sera/ honeybiru : http://www.honeybiru.org/
owh, hampir terlupa seketika tang bebanan kerja aku yg bertimbun tu. happy tak terkata dek terjumpa semula dgn Honeybiru ni... alhamdulillah.. diizinkan semula utk aku menatap entry2 sera...
Friday, July 02, 2010
Reunion dan Farewell
my x-classmate..yanti, fidah, cikpuan ume, liza, azhar dan farok. (credit to azhar for the photo).
Momo-chan dgn hadiah yg we all kasi. (credit to K.isma for the photo. thanks).
Friday, April 09, 2010
Tag dek k.hanny
K.Hanny tagged aku...
http://hannyzurina.blogspot.com/2010/04/tag.html
1) Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2) Select the 8th photo in that folder.
3) Post that photo along with the story behind it.
4) Then challenge 8 blogging friends to do the same!
so, here are ...gambo yg ke8 dlm photo folder aku:-
gambo dgn opis-mate. Koh dgn Shiho-chan. kedua-dua nye dah takde kat company ni. Koh dah tukar kerja and now keje kat Kitak Kyushu, Japan. Wife dan baby dia pun ikut ke sana. Shiho-chan pun dah resign and balik keje kat Tokyo, Japan. keje dgn syarikat pelancongan...
Gambo ni, diambil pada 16 Jan 2009. masa jamuan pot-luck kat opis sempena sambutan b'day utk Shiho-chan dan k.isma. dedua org ni, b'day sama. sebaya lak tu ..16 jan!! utk jamuan tu, aku order mihun grg je dan tapau ke opis. kalo tgk gambo ni, aku dgn Shiho-chan tgh pegang Canadian Pizza. Shiho-chan sgt suka Canadian Pizza berbanding dgn Pizza Hutt. Jamuan ni diadakan masa lunch time. hari jumaat. yg lelaki2 bersurai awal utk solat jumaat. so, tinggal girls dan Koh (sorg je lelaki) utk mengemas. Tapi, Koh mmg bagus. semua puji sbb dia raaaaajin sgt mengemas. kutip sampah, cuci meja, vacum etc..
sungguh natsukashii gambar ni!!! thanks k.hanny for tagging me. kiter mengorek album dan jumpa gambo yg natsukashii begini :-)
So, kiter pass tag kepada:-
1) zali http://ambrynaa.blogspot.com/
2) wah http://coretankitty.blogspot.com/
3) izan http://sweetomoide.blogspot.com/
4) k.isma http://iroiro-na-hanashi.blogspot.com/
5) nani http://ilhamusafir.blogspot.com/
6) nong http://mycitong.blogspot.com/
7) yanzz http://myhome-jannati.blogspot.com/
8) k.anie http://kaklady.blogspot.com/
Friday, March 12, 2010
Tomoe Jap Rest
k.isma...menyorokkan identiti le konon!! ehehhe..gulp! sanma yg BIG!!Friday, June 26, 2009
Update! Update!
Woh...agak lama aku tak sempat nak update apa2 new entry kat sini. ish ish..nak dekat maternity leave ni, byk gak le projek nak kena settle. pastu kena prepare report dan list apa2 yg patut opis-mate follow up sepjg aku bercuti nanti. Busy! Busy!
Oh ye, boss dah dpt cari staff sementara utk replace tempat aku ni sepjg aku bercuti nanti. dengar nye, temporary staff tu akan masuk opis after 4th July nanti. tunggu je lah. aku nyer due, 21 July. boss tetiap minggu tanya aku...bila aku akan mula cuti. ish ish..aku tak reti nak kata apa. kalo ikut sejarah kelahiran anak2ku...Iman lahir 4 minggu awal dari due. Afiq Khair lak lahir 2 minggu awal dari due. baby kali ni pun bakal lahir awal jugak ke dari due? emmm...wakannai (i don't know) wa...! Mlm ni check up kat DEMC dgn Doktor pilihan kami...Dr Norleen. nak tengok keadaan baby dulu.
eh...dah ujung bulan 6 ek kita ni. aku tak bercerita pun tentang kedatangan my Japanese best friend ke sini ujung bulan 5 yg lalu. dia tiba kat KL dgn flight dari Osaka...28hb Mei (malam). pastu flight balik ke japan pada 30 mei (malam). dedua flight kena transit kat s'pore kejap. kali ni, dia stay kat Corus Hotel, dekat je dgn KLCC. tetiap tahun dia mai Malaysia sejak aku graduate dari Japan dan balik ke malaysia ni. kecuali tahun lepas le, dia tak mai sini.. kali ni dia dtg dgn Natchan (adik dia..). aku tak tau nak bawak ke mana dah. ehehhe.. dia pun request nak p Midvalley sbb belum pernah sampai ke sana. aku pun, dgn pertolongan Ida (my sister)..bawak dia p midvalley. (tapi we all naik train je le..tak reti aku nak drive ke KL dan around KL tu).
Yang dok kat tgh tu le Naochan!!
paling tak tahan, masa nak balik ke shah alam dari KL tu...dah ptg. dlm kol 6 gitu, kan time org balik keje..(jumaat)..mmg ramai giler manusia kat KL Central. aku pun bersesak gak le merebut tempat nak masuk ke dlm komuter dari KL sentral ke shah alam. uhuhu...aku risau org dok tolak dan tolak dan padat gitu...kang pecah lak perut aku yg membesar ni. ahhahahha...alhamdulillah selamat. lepas 2,3 stesen berenti, org kat dlm train pun dah makin kurang. baru le ada org perasan yg aku ni pregnant lady. depa dok panggil2 soh aku duduk. aku pun senyum lebar la. sambil ucap sorry dan terima kasih kat diorg tu sbb kasi tempat duduk. uwaaaahhhh lega nye dpt duduk!!! ahhahaha..moga dimurahkan le rezeki adik yg sanggup bangun kasi seat dia kat aku tu. dan juga, moga murah gak rezeki dan diberi hidayat oleh ALLAH buat org2 sekitar nye yg prihatin dan kasi laluan kat aku utk ke tempat duduk tu.
sabtu next day tu, ABANG bleh drive utk bawak aku dan Nao-chan+Natchan p jalan2. kitorg machiawase tgh hari..terus bawak p mkn kat restoran nasi lemak antarabangsa (nasi lemak kg bharu) kat wangsa maju. emm...tak best sgt lah menu kat situ. sambal nasi lemak nye pedas sgt. tak berapa menarik la bagi aku dan ABANG. jepun2 tu tak tau le. masing2 mkn tak abis. sbb kenyang ke...tak sedap ke..pedas ke..emmm.. lepas lunch, seperti selalu bila depa mai malaysia, mesti mau shopping kat Carrefour. mmg depato pilihan diorg ni. sbb nak shopping segala jenis rencah kari, keropok ikan/udang etc...puding/sweet/jus perisa mango...dan lain2. aku dan ABANG layan anak2 kat tempat mainan yg tersedia kat sana je. lepas shopping, hantar ke hotel. then, aku sekeluarga ke KLIA terus. Naochan lak, ke KLIA dgn bas, agent pelancongan yg uruskan travel diorg ni yg uruskan semua. kitorg jumpa kat KLIA jek. flight diorg pukul 9pm dari KLIA.
sayonara!! moga bleh jumpa lagi lain kali. tapi entah bila la..sbb next month (july) naochan akan ke Switzerland. jadi sensei kat sana. cerita pasal kedatangan Naochan ni pun, ada kat blog Wah. sila lihat : http://coretankitty.blogspot.com/2009/06/nao-chan-datang.html
Anak-anak pulak.
Iman sepjg minggu ni tgh musim peperiksaan. camne lah agaknye dia. hari2 bila balik umah, aku tanya periksa OK tak? dia jawab "OK!! senang je..". hamboi hamboi...
Afiq Khair pulak, macam biasa. suka mengada ngada. ish ish..asal ke dapur je, dia soh bukak peti sejuk. ada je yg dia nak. jelly la, air kotak la, air Yakult la, gula-gula la..suka sgt mkn jajan2. ish ish. kadang2 aku buat tak layan je. kalo dia ngamuk2, aku soh la Afiq Khair tolong buat apa2. tolong amik kain kotor dan masukkan ke dlm mesin basuh ke...atau, tolong bawakkan kain bersih yg aku amik dari ampaian dan bawakkan masuk ke dlm umah. then, senyap la dia dari nangis/ merengek dan dgn suka hati nye dia tolong mama buat kerja. yeyy!! hehhee..
last weekend..kami sekeluarga ke Melaka. ahad 21 jun ada jemputan kenduri kawin. akak opis tempat keje ABANG dulu2 tu...menjemput ke kenduri kawin anak dia. so, kami amik kesempatan p book hotel dan bertolak ke melaka hari sabtu. bertolak pagi. sampai ayer keroh tgh hari. p lunch dulu. then, nak p zoo....aku malas nak berjln sbb zoo tu kan luas. maka nye, aku ajak p Taman Buaya je la. aisey..taman tu macam tak terjaga je. emmm..anyway, ada gak le pelbagai jenis buaya kat dlm tu. Iman dok takut...takut...takut dgn buaya. soh berdiri kat kandang buaya utk bergambar pun dia takut. ajak naik keretapi dinosour yg ada kat dlm taman tu pun dia takut. siap nangis2 tuh!!! ish ish..letih! lepas tu, terus check in kat Straits Meridian Hotel. apartment 1 bilik. OK la hotel ni daripada Mahkota Hotel yg dekat2 mahkota Parade sana tu. Iman dan Afiq Khair pun suka. lagi la ada swimming pool. laaagi diorg suka. asal masuk pool je, bila ajak naik ..masing2 takmo naik. Afiq Khair siap meronta ronta dan nangis2 bila dipaksa naik. huhuhu.. Mlm tu, kami p mkn kat restoran yg mengundang nostalgia. hehehhe..restoran Sri Percik kat Malim. nyum nyum...mmg sedap, cuma mahal sket le situ. Rancangan tv popular, "jalan jalan cari makan" pun dah ada pernah sampai situ. Hari ahad, tgh hari...kami p kenduri. then, terus bertolak balik ke shah alam. emmm..letih tapi seronok dpt luangkan masa sekeluarga macam ni!!
Ahad 21 Jun tu,kan Hari Bapa. aku just send sms je kat abah aku. then, utk ABANG pulak..wish gitu2 aje. Iman kat sekolah takde buat kad utk Hari Bapa pun!! mungkin sibuk nak m'hadapi minggu peperiksaan kot. cikgu tak sempat nak ajar buat kad Hari Bapa. kesian bapa-bapa.. anyway, Selamat Hari Bapa buat semua yg bergelar bapa!!!
Labels: Afiq Khair, Aku, Gambar, Iman, Keluarga, Kerja, Teman2
Tuesday, May 19, 2009
Monday, October 13, 2008
Raya Lagi.
Wekend, Sabtu Ahad sekarang ni...ramai yg amik peluang utk buat open house. makan2 gituk. tapi, sabtu ahad baru2 ni...aku tak berpeluang nak penuhi jemputan teman2. pagi sabtu, lepas subuh gitu, ABANG dah bertolak ke KLIA naik teksi Wak (pakcik yg selalu tolong aku buat penghantaran brg2/dokumen yg urgent ke customer masa aku keje kat company lama. sejak kenal Wak, aku pun minta tolong dia jugak kalo ABANG nak kena p airport). ABANG out station ke Spain sampai Jumaat 17hb ni. Iman nangis2 nak ikut. sedih sgt dia.. ish ish.. ABANG pujuk nanti abah belikan jajan dan mainan, baru le Iman angguk2 kepala dan senyap. langsung dia takmo keluar rumah utk babai babai kat ABANG.
lepas ABANG p, ..aku sibuk kemas2 rumah. kebetulan kwn lama...yg sejak abis form 3 dari SAMT bt 38 tu..nak dtg. Shiba & razman sekeluarga. gumbira rasa hati sbb nak jumpa kwn lama. ye lah, abis form 3, seingat aku...takde dah terjumpa diorg ni. memasing bawa haluan sendiri. so, pagi sabtu...mmg dok umah je. layan anak2, kemas umah, memasak. ingat nak join Anie p open house Kristi. aku lupakan je la hasrat tu sbb nak menunggu Shiba & family. tak sedap hati lak nak p tinggalkan rumah. dah janji nak terima kunjungan Shiba. kena juga tunggu dia. at last...kol 2pm gitu, sampai la Shiba. dah ada 2 org anak. dedua lelaki.. umur 5 thn (Afiq), dgn 3 thn (Akif). seronok jumpa diorg. memacam nak borak. macam tak cukup je masa... tup tup..diorg dah nak balik. tak puas lagi nak borak dgn Shiba. ish, kalo jumpa kenkawan lain...reramai...lagi le byk benda yg nak diborakkan.
tak lama lepas Shiba balik, Anie sms yg dia lepas kuar umah Kristi..nak singgah beraya umah aku pulak. aku pun , dgn senang hati..ajak je la Anie dtg. seronok jumpa kwn2. dah lama takde peluang jumpa kwn2 dan beborak camni... huhuhu!! alhamdulillah Afiq Khair mood OK. cuma dia nak melekat je le dgn aku.
utk tetamu hari ni...aku sempat siapkan nasi impit segera dgn rendang daging. tapi, rendang daging aku..tak cukup bahan le. tak boh lengkuas, tak boh daun kunyit!! tapi Iman laju je mkn.. seronok aku. cuma, Shiba tak dpt jamah rendang aku tu. terlupa lak aku, dia sejak dulu2..mmg jenis tak mkn daging. masa kat SAMT dulu, kalo ada org yg tak boleh mkn daging/ ayam...pihak dewan mkn akan sediakan kad khas utk diorg. bila time mkn..lauk nye daging atau ayam, diorg ni kena le tunjukkan kad tu, nanti diorg dpt lauk sardin le sebagai ganti. tapi, masa tu... ada jugak yg saja gatal2...bukan le allergic atau tak boleh terima pun makanan daging/ ayam...tapi, kekadang teringin gak nak mkn sardin...kan? org2 camtu, gatal2 gak le p apply buat kad khas tu jugak. ehehhhe...aku pun, ada buat! masa masuk form 3.
ptg...lepas anie balik, anak2 pulak terlena. hujan lebat pulak tu. hajat di hati lepas asar nak p neseri diorg sbb owner nyer buat open house. dekat kol 6pm, aku kejutkan Iman. ajak mandi dan siap2 p neseri. Afiq Khair yg tgh lena...aku cepung je ke dlm kereta. sampai neseri, Afiq Khair dah bangun. ada mee goreng, nasi impit, lontong, kuah kari, ayam masak kicap, laksa, roti jala, agar2 merah, gula2 utk kanak2 dan memacam lagi. aku paling suka laksa nyer. sedappppp sangat! alhamdulillah.
balik rumah je, Iman sibuk2 dok tanya bila abah dia nak balik. aku cakap le, abah pegi lama sikit. sampai 7 hari, baru balik. Iman monyok balik. tak tau dah nak pujuk macam mana. lelama tu, Iman kata kat aku...nanti abah balik belikan jajan dgn mainan, kan mama..? aku a ah kan je le. terus dia sengih. alahai...
ABANG ada gak sms (rm1.50/ sms)..bagi tahu dia dah sampai London, kol 11.30pm waktu m'sia...tapi dia kat sana baru kol 4pm. (7 jam setgh jarak waktu). masa tu ABANG tgh tunggu flight ke Barcelona pulak. ish...16 jam perjalanan...mau sakit punggung...dok dlm flight tu. hehhee..
Ahad, 12/08/2008.
jemputan utk open house rusma, Fendi..aku tak dpt p. pepagi ni aku join mak abah mentua dan ipar2 ke rumah cik awi (mak sedara ABANG)...kat sec 28 shah alam. dekat je umah nye dgn putra heights tu. lepas tu, kami terus ke rumah k.ayu (k.ngah ABANG) yg baru. k.ayu baru pindah rumah kat subang jaya. k.ayu ada buat makan2 jugak. nasi ayam...dia order dari sec 18. peah dan imah lak..siapkan spagethy. mak dan pana..sibuk siapkan pecal. aku tukang makan jek. ehehhe.. ye lah, dok sibuk nak handle Afiq khair je...tak tercapai tgn ku utk menolong apa2 yg patut. lepas solat asar... kol 5pm, aku pun bertolak balik ke rumah. aku drive sendiri. masa dtg, aku follow je kereta Imah. nak balik ni, diorg dok risau2...OK ke aku nak drive sendiri ni balik umah. siap peah pesan, kalo dah sampai umah, sms dia...kasi tahu dah selamat sampai. ahahha..
alhamdulillah...dekat kol 5 setgh ptg aku sampai rumah. best dpt mkn2 dan berkumpul camtu. siap aku tapau spagethy dan pecal. Iman suka sgt mkn spagethy tu!!!
owh, masa kat umah k.ayu...sempat gak le aku tepon ABANG. Iman sibuk sgt dok sebut2 pasal abah dia. risau aku kalo org dtg...dok tanya dia mana abah? mana abah? Iman nanti buat muka...malas dia nak jwb. aku takut Iman nangis je dok teringat kat ABANG, kalo org asyik tanya2.
on the way balik ke rumah, anak2 tertidur dlm kereta. sampai rumah, aku angkat sorang2 masuk ke dlm rumah!! Iman tu dah le berat. takpe le...demi anak2...aku bersabar je le. biarkan diorg lena dulu. sambil tu aku iron baju2 yg akan dipakai dlm seminggu ni. termasuk baju sekolah Iman. sampai azan maghrib, aku kejutkan Iman. ajak mandi. sebelum tu, Afiq Khair dah terjaga dulu. mandikan Afiq khair dulu...baru kejutkan Iman.
mlm...lepas maghrib, aku kemas2 dapur, siap2 basuh pakaian kotor..dan terus terbaring depan tv. sambil tu monitor Iman dok ulangkaji baca buku BM dan english dia tu. sesekali kena bangun sbb Iman dok mintak buatkan susu, mintak mkn..etc. Afiq Khair p merayap memana tah..main. ahaha..bila memasing dah puas main...rasa ngantuk, baru le dua org dak kenit tu dtg berbaring kat mama.
Labels: Abang, Afiq Khair, Aku, Iman, Keluarga, Makan2, Teman2
Monday, August 27, 2007
Lagi, gambo2 gathering pada 12/08/2007 lalu..

para henseman..

yg jelitawan..

antara yg join

lepas hidang2 mknan, sebelum mkn, kita possing dulu yeh!
Gambo2, ada dah forward kat email link geng2 3rd Col (UM-rpkj) hari tu. tapi, ada antara geng2 yg tak dpt receive gambo2 tu sbb size file yg agak besar. bahagian IT company depa dah reject drpd receive email2 yg ada attachement gambo2 semua tu. so, sikit2 gambo yg agak penting gitu, cikpuan Ume tepekkan je le kat blog ni ek. sila cam dan agak2 le nama kwn2 kita yg ada dlm gambo tu. cikpuan Ume takkan kabo nama setiap muka....hehe...
Labels: Teman2
Monday, August 13, 2007
Program di Hujung Minggu
aku terus siap2kan keje yg urgent, then dlm kol 8 setgh am, aku mintak izin kat Mr TM, aku ada hal nak kuar sat. OK! so, cepat2 le aku drive balik umah. isi susu Iman dlm bekas dan hantar ke school. kat school, aku kasi salam, Iman dari dlm walaupun tak nampak lagi muka aku, dah dgr dan kenal suara aku cepat2 dia jerit, "mama...mama" dan berlari ke pintu. kekeke... grill pintu tak bukak lagi pun, Iman dah hulur2 tgn dan peluk2 aku serta kissing aku. hamboi. terharu aku dibuatnye. bila dah bukak grill pintu, terus Iman sambut susu utk dibawa ke dapur. ish ish... sejak bgn tido sampai kol 9am Iman belum minum susu. kesian anak mama. Then, bila aku nak blah p keje semula, ulang2 kali Iman babai2 kat aku sambil layangkan flying kiss nyer tu. saaaayang Iman.
Sabtu, 11/08/2007.
pagi ni memacam plan aku dan ABANG. memula p ziarah kwn kitorg;Turin yg dok dekat2 je dgn umah kitorg. dia baru bersalin anak ke-3, dlm 3 minggu gitu la dah. baby Hazim. comel sgt2!! Iman pun geram dan kiss beberapa kali pipi baby tu.
lepas tu p Giant shah alam yg dekat dgn stadium tu. actually nak bayo duit keta kat RHB bank situ dan nak bukak akaun bersama (aku dgn ABANG nyer..). tapi, byk songeh la pulak diorg ni sbb ABANG dah ada personal account dgn RHB. diorg kalo boleh takmo kasi org yg sama bukak byk2 akaun kat RHB ni. ish ish... so, hari tu belum boleh lagi kitorg nak bukak akaun bersama .
settle kat bank, kitorg masuk shopping kat giant tu. beli brg2 dapur, brg2 umah. sambil shopping, tetiba terserempak dgn kwn lama kitorg. suzi dgn hubby nye dan anak2. depa dah ada anak yg bakal naik darjah 1 next year. huhuhu. tahniah le. Iman lak, dah tgh hari gitu, jadi mengantuk la tu, terus terlena kat troli giant tu. kekeke... kesian nye. sambil nak balik ke kereta, aku dan ABANG benti sat kat kedai CD kat dlm giant tu. ABANG sempat belikan 1 CD utk Iman. Masked Rider.

Balik umah, perut dah lapo. masa tu dah nak kol 2pm. terus aku panaskan lauk dan nasi. pagi2 tadi aku dah siap2 masak. sbb balik jln2 gini, dah penat mesti aku malas masak dah. sbb tu aku masak awal2...balik tinggal hangatkan apa yg perlu dan mkn!! lauk simple je. udang masak lemak tempoyak dan boh kentang sket. then goreng bilis dgn iwak gereh(tu bahasa jowo. melayu nye ikan kering ....). ulamkan dgn timun dan tomato comel, serta sambal belacan. elok je lepas mkn, cik Jin (paman nye ABANG) sekeluarga nak dtg umah. diorg ada jemputan kenduri kat area putra heights tu, sbb dah dekat dgn umah kitorg, tu yg diorg nak dtg ziarah2.
ptg, lepas asar, ABANG ajak keluar. nak p beli batery baru utk henset aku tu. kot2 le dgn tukar batery, henset tu ok. rm39 jugak le rege batery tu. dpt diskaun....so, aku just bayo rm30 gituk. lepas tu p cosway sbb nak belikan brg2 yg kwn aku pesan. then, p singgah ke kedai perabot dekat2 cosway tu jugak. kitorg berhajat nak belikan almari pakaian utk Iman. sbb pakaian Iman dah makin byk. selama ni,sejak Iman baby...pakaian Iman semua nye boh kat dlm bakul plastik jek. termasuk tuala, lap2, sapu tgn, songkok, topi dia! ni dah melimpah ruah, tu yg better kita belikan almari khas utk dia. then, bakul tu nanti buat isi pakaian baby pulak. insya-ALLAH. :D
almari pakaian Iman ada sticker gambo spiderman. suka la Iman. mlm tu jugak ABANG nak pasang siapkan almari nye. tapi bila buka je packing, ada 1 papan nye dah patah. wuh, kecewa. takleh nak pasang dulu. esok kena p tukar le kat kedai tu semula. (rege almari tu rm89)
Ahad, 12/08/2007.
dlm kol 5 setgh am aku dah bangun. siap2 nak masak mee grg, nak buat sandwich telur+mayo+sarada. hari ni ada geder2 (gathering) dgn kwn2 lama yg sama2 dok 1 kolej masa kat UM 10 thn lalu. (1995~1997) . gathering dgn pot-luck style gituk. sedia2kan bahan2 dulu. lepas solat subuh baru le mulakan masak2. lepas tu packing apa2 yg perlu. kitorg bawak sandwich, mee grg, kuih tart(beli dgn Azie wmc), kek buah (beli dgn aziemy wmc), air wuron-cha, jajan double decker,kacang. dlm kol 9 setgh Wah dtg umah sbb Wah akan naik keta sekali dgn kitorg. then, pegi amik Gee dulu kat umah abg dia kat Bandar Bukit Puchong. Gee baru je sampai dari japan..bercuti musim panas kat malaysia. memula Gee takleh join sbb gee ada janji lain. tapi last minute, pagi ni gee tepon wah, kata janji dia tu cancel. so, wah cadangkan kita p amik gee utk join geder2 kat tasik titiwangsa KL.
dlm kol 10 setgh am, naa tepon rerupa nye naa sekeluarga dah sampai kat tempat geder2 tu. aisey... kitorg lewat la nih. ye la kan...janji kol 10 setgh gitu kumpul kat car park Restoran Nelayan, tasik Titiwangsa KL. sorry ne naa. memula pun naa kata, mungkin dia tak leh join geder2 ni sbb naa pun ada janji lain. tapi, last minute jugak janji dia cancel dan naa bleh join kitorg. ok la tu. bertambah meriah la geder2...sbb awal2 lagi hari tu ramai yg kata takleh join. aku pun dah rasa sedih sbb last minute jugak ramai yg tak jadi join sbb ada hal lain. bertambah ramai lak yg tak leh join. kang ntah berapa org je le yg dpt join...aku dok pikir2 gitu. anyway, syukur le... last minute gitu jugak, ada beberapa org bleh jadi join pulak. yatta!
sampai kat sana, dlm kol 11 suku. dah ada naa sekeluarga, astrid sekeluarga. terus la kitorg p cari pot utk lepak2. lepak2 kat tepi sebuah pondok rehat, yg tak jauh dari car park tu. kitorg hampar tikar kat bwh pokok dan mula hidang2. tak lama tu, bilangan geng pun bertambah dan makanan, minuman pun bertambah jugak. ada roti dgn jem kaya, mihun grg, satey daging& ayam, kopok leko dgn sosnye, snack,ais batu,kfc , dan makanan yg aku&ABANG bawak. seronok sungguh dpt sesekali kumpul reramai gitu. dah lama kitorg tak jumpa sesama sendiri. ada yg dah 10 thn (sejak keluar UM dan p Japan..) tak jumpa. huhuhu...memacam yg nak diborakkan. tak cukup masa gituk. sbb ada yg kena balik awal. puas mkn..puas bergambar...tak puas borak2.... hehe.. Iman pun ok je mood nye. yokatta! (good).
around 2pm aku sekeluarga, dgn wah & gee serta astrid sekeluarga pun berangkat pulang. org lain dah beredar balik masa tu... dan alhamdulillah, lepas je kitorg masuk keta...hujan turun. huhuhu... syukur le masa kitorg lepak2 bwh pokok tu, tak hujan lagi. pastu, ada 1 lagi kesyukuran...lepas kitorg semua kemas2 dan gulung tikar dan lepak2 kat bwh pondok rehat tu, tak lama lepas tu angin agak kuat bertiup dan 1 pelepah kelapa jatuh betul2 kat tempat kitorg lepak2 sebelum tu. huhuhu... lucky kitorg dah bangun masa tu. alhamdulillah acara geder2 ni selamat berlangsung walaupun tak semua geng dpt berkumpul. insya-ALLAH bebila bleh jumpa lagik dan moga teman2 lain pun bleh join gak masa tu nanti. terima kasih kpd teman2 yg sudi & dpt hadir dan sama2 menjayakan geder2 kita tuh kali ni; wah, gee, naa sekeluarga, astrid sekeluarga, suswan, fauzi sekeluarga, aini sekeluarga...
lepas anto gee ke rumah abang dia kat puchong, kitorg terus balik umah. Wah lepak2 dan solat kat umah aku. sementara tu, ABANG p bawak papan utk almari Iman yg patah tu ke kedai. alhamdulillah dpt tukar tanpa taukeh tu byk songeh pun. aku dgn wah lepak2 kat bwh sambil borak2, minum2. tak lama lepas asar gituk, wah balik. aku pun naik atas, tengok ABANG pun dah hampir siap memasang almari Iman. suka betul Iman tengok almari spiderman nye tu.
mlm tu, sbb memasing rasa agak kenyang, so aku pun takyah prepare apa2 utk dinner. mee grg ada balance sket lagi. kitorg mkn mee tu je le.
gambo2 time geder2 tu, ada. tapi kang bebila free akan aku tepekkan .
Friday, July 06, 2007
Kerana keterlupaan ku itu..
Hari ni...entah kenapa...aku terlupa bawak handbag p keje. bukannye terkocoh kocoh pun masa kuar umah pagi tadi. kuar pun awal jugak. tapi...lepas letak tabung air, plastik berisi bekalan roti cheese dan majalah SAJI ke dlm kereta, aku pun hidupkan enjin keta...bukak gate depan umah dan salam2 dgn Iman terus terlupa dgn handbag aku. lagipun, ABANG yg tolong kuncikan pintu rumah dan grill nye tu. selalu nye aku yg buat. tu yg menambahkan lagi keterlupaanku kot?!
aduh...dah sampai depan opis, baru aku perasan yg aku tak bawak handbag. udah la dlm tu ada dompet berisi duit+kad pengenalan+lesen mandu etc... ada kunci pintu opis dan kad utk access masuk factory. ..ada buku nota...ada payung...oh, cadangnye nak isi minyak keta masa balik keje ptg nanti sbb tanki dah nak kering wo. termenung jap pagi tadi. ast last aku sms mimi (alhamdulillah henset aku tak lupa. sbb siap2 masuk dlm kocek baju masa bersiap pagi tadi). nak pinjam duit rm15. ohohoho.... rm10 buat isi minyak keta ptg ni, rm5 buat spare utk belanja lunch . alhamdulillah mimi ok. mimi mmg baik hati.
sbb aku takde kad access utk masuk factory ikut pintu utama tu, maka nye terpaksa la aku tekan loceng pingpongpingpong....mintak boss Mr TM bukakan pintu. lunch tadi pulak, mintak mimi tunggu aku kat factory dulu. aku lak p bergegas beli nasi kat gerai depan tu. Mr TM takde sbb dah keluar p amik ubat kat spital, so nanti takde sapa yg boleh tolong bukakan pintu utama utk aku nanti. tu yg mintak mimi tunggu dulu kat factory...nanti boleh dia bukakan pintu.lepas tu baru mimi bleh p merewang ke courts mammoth dgn sepupu dia. ehhehe..
beli nasi putih, lauk ulam silom, sayur apa ntah masak bening, telur grg dimasak sambal tumis, sikit sambal belacan. aku nak amik lauk ayam ke, ikan ke...terpaksa dibatalkan aje hasrat hatiku itu...just amik lauk telur aje le. sbb takut belanja over budget. masa aku tanya makcik tu berapa rege, makcik tu 2,3 kali pandang muka aku sambil sengeh2 sumbing...pastu dia cakap (ker...bertanya ntah...) "lauk telur je..?" aku angguk. "ye ke ni?" dia tanya lagi. ish...dlm hati aku dah geram. apa salah nye kalo lauk telur aje pun? aku jwb " a ah, iye cik. itu je le...berapa rege?" seketul seketul perkataan aku jwb dgn jelas nyata dan terang. tak puas hati kot dia aku just angguk2 je tadi. "2 ringgit je le." emm...alhamdulillah! kira murah la tuh.
aku cepat2 berjln balik ke factory. bila aku sampai depan pintu, ready nak masuk, mimi dah siap sedia nak keluar pulak. then babai babai je le kat dia. aku pun masuk dan menuju ke opis. aisey! pintu opis berkunci? ms s ni,tak pernah2 nak kunci pintu opis ni time lunch..apesal lak hari ni dia kunci? ms s dah selamat pegi ke mana ntah dgn laki dia. ditinggalnye pintu opis ni berkunci. geram nye... selalu tu tak pulak dia sibuk2 nak kunci. bukan dia tak tau, aku selalu lepak kat dlm opis time lunch gini. kalo p keluar pun, just kejap aje utk beli makanan dan akan tapau mkn kat opis. bukan dia tak tau pasal tu. ish ish....apa pasal ntah dia ni. udah mati kutu aku dibuatnye. hari ni hari jumaat. lunch hour lama wo...2 jam. 12.30 sampai 2.30. apa aku nak buat? aku pun lepak la kat depan factory. dok kat luar sambil sedut udara luar tu. alhamdulillah suasana berangin dan nyaman. reda sket perasaan geram aku ni.
hampir kol 1.40pm...baru le Mr TM sampai. aku pun ngikut je le dia p naik opis. lega hati aku. ehhee... so, lepak la aku kat conference room sambil menikmati lunch aku yg rege rm2 tu. sambil rehat2, baca majalah SAJI yg cover depan gambo anita sarawak tu...pastu solat zuhor. dan abis le lunch hour aku tu...kol 2.30pm tadi.
harap2, jgn la pulak time nak balik keje kang ada polis ke...jpj ke...dok jaga2 kat jalan dan periksa lesen atau ic pemandu2 yg lalu kat situ. kalo idak, abis la aku... hohoho..
++++
mlm tadi ABANG ajak aku&Iman p umah Imah dan Peah sbb mak abah mentua aku ada kat sana. Pana pun ada. so, kami berkumpul la kat umah Imah mlm tadi. siap dinner kat sana jugak. aku bawak kek longan. beli punya le. sedap gak kek ni. mak masak ikan masak asam pedas. berselera aku mkn. sedap sgt! dah lama aku tak mkn ikan masak asam pedas yg sedap gitu. dah lama tak mkn masakan mak mentua aku. maklum le...dah lama tak balik kg sabak.
++++
esok,sabtu...ABANG mungkin sibuk dari pagi sbb joint nak menguruskan forum perdana kat putra heights sec.9 tu. forum perdana nye hari sabtu mlm ahad (mlm esok la ni..)
ahad ni pulak, ada jemputan kenduri kawin kat Rawang. kwn aku; Mala, punya adik yg akan kawin. kira nye family Mala ni merupakan family angkat aku sejak zaman sekolah menengah dulu. citer nye gini, masa form 2 , cuti semester nak naik form 3, aku dgn kwn2 sedorm buat plan utk p jln2 ke KL. aku,Fai,Yati, sama2 dari kg kat area sabak bernam...akan p ke KL. aku dgn Yati stay kat umah Mala (dulu family Mala umah nye kat area batu Caves gitu), Fai lak kat umah Amy(kat kepong). sejak tu, hubungan aku dgn family mala alhamdulillah tak putus. sentiasa berhubungan terutama sekali time nak raya. kami akan berbalas balas kad raya. dulu2, masa aku masih sekolah dan belajar lagi (even aku dah kat Jepun pun), family Mala akan sertakan duit raya bersama kad raya. aku harap, hubungan ini akan kekal sampai bila2... insya-ALLAH.
++++
got this from Astrid, seorg teman yg rajin contact aku, dok fwd sms atau email kat kwn2...
when it rains
you don't see the sun
but it's there.
hope we can be like that
we don't see each other
but we'll always
remember each other.
ps: arigatou ne astrid, and also all of my friends in the world!! :D
Monday, May 28, 2007
Port Dickson 19/05/2007
ABANG(baju kuning) dukong Iman(baju kuning), lumba lari. (gambar bwh)
Sudah lama kami (aku&kwn2 yg boh nama geng kami ni OJOSAMA) cadang nak buat gathering sesama kami. sejak keluar UM dan memasing fly ke Japan sejak thn 1997, ada antara kami yg langsung tak pernah jumpa selepas tu. tapi, ada juga yg slalu bleh jumpa2... hehehe..
so, kami semua sepakat 19 May lalu, kami berkumpul kat PD, area pantai Teluk Kemang gitu. Dekat2 dgn Ilham Resort. plan nye dari kol 11am sampai kol 3pm. aktiviti nye...buat BBQ, nabe(steamboat), mkn2...game...borak2...bergambar..dan bersurai. dlm 13 family dan ada juga geng bujang yg join masa tu. masing2 bawak makanan jugak dari rumah. ada mihun grg, nugget ayam, sandwich, salad buah2 (aku bawak..), kek coklat, kuih koci, kuih donut, buah2 (betik, apple, lai, limau, oren sunkist), jajan berjenis2 dan berpeket2, berbotol botol air mineral dan berkotak kotak air soya.
mula2...kami mkn2 dulu. then, baru le main memacam game. game utk ibu2, bapa2 dan anak2. antara nye, kutip&kumpul gula2 (utk anak2,lawan sapa dpt kumpul paling byk. Iman dpt 5 ketul je. aku soh kutip byk2...tapi Iman kata "takyah byk2 mama. sikit2 aje..." lor...), tiup belon sapa paling besar (utk ibu2), tiup belon sampai pecah (utk bapa), lumba lari sambil dukong anak (utk bapa&anak), jln/lari bawak bola pingpong dlm sudu (utk anak2). lebih kurang itu je kot game nye. abis game, semua anak2 dpt cenderahati berupa beg plastik comel yg berisi jajan, jelly, gula2, dan mainan. Iman suka betul dpt beg tu. sampai sekarang dia takmo mkn pun lagi jajan2 yg ada dlm beg tu. sayang sungguh!! dah seminggu lebih dah.
lepas tu, kitorg sambung mkn dan borak2 lagi. seronok sgt borak...mkn memasing mkn sikit2 aje pun dah jadik kenyang. sudahnye...mkn tak puas lagi tapi sbb dah ptg, kena la berkemas-kemas. nak balik. makanan yg lebih2 tu, memasing tapau bawak balik. dlm kol 3pm lebih gitu memasing bersurai. ada juga la family yg masih stay situ utk mandi laut. then, ada beberapa family yg pegi stay ke A famosa resort, Melaka. aku join Turin dan Izan ke Tiara Beach Resort. main air aje. tak tido sana pun.
memasing puas hati dgn gathering kali ni. ada hati nak buat gathering macam ni tetiap thn. anyway, utk kali ni, terima kasih tak terhingga kat organizer; Hada sekeluarga, serta lain2 yg menjayakan gathering kali ni. zarina (sandwich yg digemari ramai, serta in-charge utk minuman), izan(oishii onabe), rusma(mihun grg yg sedap sampai aku ingat2 sampai sekang ni), ziah(supplier buah dan jajan sama2 dgn aku), ani(bawak kek coklat yg best!), jem(sempena coti2 malaysia dari sarawak), turin(last minute kompom bleh join dan bawak kuih koci..), tima(yg tungkus lumus uruskan perapan ayam. memacam perisa ada!!), zali(semua org geram dgn baby dia yg montel dan comel tu...baby amna. Iman pun suka sgt kat baby amna!!), serta kwn2 kitorg ; family suswan dan family ludi(sudi bawak bekal donut yg gebu tuh!). bebila kita geder2 lagi ek.
kat tiara beach resort...anak2 Turin, anak izan dgn Iman dok main air puas2. hampir 2 jam lepak kat situ. then kami keluar utk balik umah memasing. thanks Izan sbb belanja kitorg aiskrim. masa tu aku tgh batuk2. so, ais krim utk aku, abis Iman yg kebas. puas le Iman, mkn 2 btg ais krim. tapi, dia tak larat nak abiskan. kasi kat ABANG, tolong abiskan. ehehe..
aku sampai umah dlm kol 7.40pm gitu. letih. tapi syok sgt. sbb tengok Iman pun syok. sekali sekali pegi main2 dan jln2 gini, ok la. puas hati. alhamdulillah.
**Gambar2 kat atas tu, dari digicam Tima. TQ Tima sbb izinkan kiter tempek gambo tu kat blog ni.










