Wednesday, January 26, 2011

Sabah

Hati melonjak riang. jasad aje di opis tapi minda, hati, telah terbang menyeberangi laut china selatan menuju negeri di bawah bayu...(sabah). eh, betul la kan...org dok kata sabah tu sebagai negeri di bwh bayu? ehehhe..

esok kami sekeluarga naik penerbangan AirAsia pukul 6.50 pagi menuju ke Kota Kinabalu. family aku...termasuk le mak, abah, semua adik beradik, para menantu kpd mak abahku, dan cucu2 kpd mak abahku...dan juga busu ipah (adik bongsu kpd abah) dan Ijal (anak bongsu kpd busu ipah)...turut serta misi kami ke Sabah kali ini. (macam le ada misi lain nak ke sabah di lain kali nanti.)

actually, kami ke sana sbb nak menghadiri majlis kawin adikku Misa dgn suami nye (Duan). Duan kan org Sabah... so, majlis di pihak lelaki ni, mmg buat kat kg halaman Duan le. kat Beaufort sana. kami seluruh keluarga amik peluang le...p sana meraikan majlis beramai ramai. di samping tu, nak lihat2 dan jalan2 di negeri org. bagi yg byk duit tu, boleh le bershopping sekali kan... macam aku ni, duit tak berapa nak byk, senyap2 je la kot. cuci mata pun ok. tu kat sana nanti, byk guna duit utk mkn minum je la kot. since transport dah ditaja sepenuhnye oleh Misa dan Duan. errr....tiket flight KL ke KK serta duit teksi kat semenanjung ni kami tanggung sendri le. kesian pengantin...takkan le semua depa nak taja...kan? penginapan kat sana pun, lebih dari 50% ditaja juga oleh pengantin. alhamdulillah. semoga sang pengantin akan lebih murah rezqi sampai bila2...terima kasih misa dan duan!!! muahmuahmuahhhhh!!!

kenduri kawin nye pada hari sabtu ni. so, esok (khamis) dan jumaat masa utk kami ronda2 la. tak tau la nak pegi mana. yg pasti hotel penginapan kami tu dekat je dgn Pasar Filipino. Ahad tgh hari dah terbang balik ke KL semula.

anyway, moga majlis kawin dirahmati. moga pemergian kami ke sana juga dlm perlindungan dan rahmat Illahi. Ya ALLAH, selamatkan lah perjalanan pegi dan balik kami ke Sabah nanti. Peliharalah kami dari sebarang mara bahaya, penyakit dan sebarang kesulitan dan kesempitan. permudahkanlah Ya ALLAH segala urusan kami. aaamiiiinn!

ps: maka nye, esok dan jumaat...I"ll be on leave ye. Iman dan Afiq Khair pun "cuti" sekolah :-)
aku siap tulis surat utk beritahu bahawase nye Iman terpaksa bercuti tau! surat utk sekolah kebangsaan dan juga surat ke KAFA dia. owh, aku telah mengasah semula "kepandaian" ku dlm penulisan jawi. sbb aku tulis surat utk KAFA tu dlm tulisan jawi tau. tulis tgn gituk! alhamdulillah!

Labels: ,

5 Comments:

At Wed Jan 26, 09:39:00 PM, Anonymous AzizMostafa said...

owh, aku telah mengasah semula "kepandaian" ku dlm penulisan jawi.
-
سماكين ترانچم = Semakin Terancam?!
سمارق جاوي = Semarak Jawi

 
At Sun Jan 30, 05:16:00 AM, Blogger Name: Wah said...

Assalamualaikum..

Lameee tak mask blog. Baru rasa ade peluaang skang. Genki?? hehehe.. skang ni masih di Sabah la ye. tanoshisou.
Lepas ni share2 lah shashin yer.

 
At Tue Feb 01, 12:14:00 PM, Blogger umeboshi said...

en.aziz mostafa,
terima kasih. semarak jawi!

Wah,
wa'alaikumussalam. we all dah balik dari sabah. alhamdulillah slmt pegi dan slmt kembali. seronok pegi jalan2 tgk tempat org...

 
At Thu Feb 03, 03:21:00 PM, Blogger ambrynaa said...

Mana gambar jalan2 sabahnya noora?

 
At Tue Feb 08, 10:32:00 AM, Blogger umeboshi said...

zali..heeh..gambo jalan2 nye belum TERupload le..

 

Post a Comment

<< Home