Tuesday, September 07, 2010

Pancake

dah lama aku tak masak2 kat rumah. letih plus malas. hoho...anyway, weekend baru2 ni agak terajin. lebih2 lagi anak2 tak byk ragam...semua behave. so, mama boleh beroperasi di dapur dgn tenang dan aman. yeayy!! teringin nak buat pancake dan makan dgn aiskrim atau madu. dok godek resepi dlm buku2 nota. terjumpa la resepi pancake ni. so, aku pun buat mmg follow bulat2 resepi dia. ntah copy dari mana ntah..tak ingat. tak tulis lak kat nota tu, aku amik dari mana. huhu.. mintak maaf le kpd pemilik resepi ni. cikpuan umeboshi yg manis dok cilok resepi anda ye. mintak halal. moga hidup anda diberkati ALLAH dan murah rezqi sentiasa. amin!!
Pancake ni, rasa nye mmg best dan bau nye pun harum..




resepi Pancake (lempeng ala2 org putih kata ABANG):


BAHAN-BAHAN


1 1/2 cawan tepung


3 1/2 sudu teh baking powder


1/2 - 1 sudu teh garam


1-2 sudu besar gula


1 1/2 cawan susu segar


1 biji telur


3 sudu besar mentega dicairkan


1 sudu teh esen vanilla




CARA-CARA


1. Blend je semua


2. Panaskan pan atas api


3. Tanpa minyak, tuang adunan atas pan. Lapisan atas akan berlubang lubang.


4. Bila agak2 lapisan atas dah agak kering, boleh diterbalikkan.


5. Biar kejap dan angkat.




Boleh mkn dgn coklat cair, madu, aiskrim, peanut butter...sos cili or rendang pun boleh. (Iman mkn cicah dgn sos cili dan rendang ayam..)




Tarraaaa!!!




Yang ni, mkn dgn aiskrim vanilla-strawberry. sedap!!

Labels: , ,

2 Comments:

At Tue Sep 07, 04:45:00 PM, Blogger Fith said...

oishisouuu,fith pun suka mkn pancake dgn aiskrim.kat nihong ni pancake diorg buat jd swissroll,buat 4segi,buh cream pastu gulung.
pancake versi iman plg mantap,haha pandai tul eh reka...

 
At Wed Sep 08, 10:12:00 AM, Blogger umeboshi said...

fith, tu le. mkn ngan aiskrim..rasa best je. Iman, anak melayu, tekak melayu. ekekke..

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home