Saturday, January 04, 2014

2014

Happy new year 2014!!!
Masuk thn ni, Iman naik tahun 4, Afiq Khair tahun 1 dan Asha Zahra 5 tahun. Mama dan abah? Errrr dah nak menghampiri hujung 30-an!!

27Dec lalu, hari orientasi tahun 1 utk Afiq Khair. Semua nya ok. Dia pun excited. Hari2 sebelum tu asyik la bertanya bila Afiq nak sek. Kwn sama taska nya; Hasya..kwn tadika nye; Wafiy dan Iman pun sama kelas.

2Jan, bermula sesi persekolahan yg sebenar. Dari mlm sebelum tu Afiq Khair demam. Panas sgt! Pagi 2Jan pun masih demam. Kasi ubat demam. Bila ajak mandi dan bersiap, dia merengek taknak sek. Aduh. Dah bermula drama. Bergelut lah kami siapkan dia. Hampir 7:30 am baru gerak dari umah. Sampai sek dah tentu lewat.

Turun dari kereta dgn Iman. Afiq Khair ok aje. Kitorg tinggalkan diorg kat dpn gate sek. Minta Iman bwk Afiq Khair masuk sek dulu. Aku dan ABANG pegi parking kereta. Lepas tu baru masuk sek. Ada assembly..dgr ananat dari guru besar dan guru bertugas.

Selesai ucapan, murid2 berbaris masuk kelas. Time tu Afiq Khair meluru kpd ABANG. Nangis2 nak ikut ABANG. Cikgu pegang Afiq Khair, sementara kami beredar keluar dr sek utk hntr Asha Zahra ke tadika pula.

Alhamdulillah Asha Zahra ok.

Selesai urusan tadika, kami ke sek Iman dan Afiq Khair semula utk urusan di kedai buku. Barisan pjg! Oh oh...hingga anak2 tahun 1 keluar rehat, kami masih berbaris. Udah la ngadap kelas tahun 1...dah tentu Afiq Khair nmpk kami. Dia dtg ke arah kami. Terpaksa ABANG temankan dia di kantin.

Lps rehat, dah tentu taknak masuk kelas. Terpaksa ABANG bwk dia ke kelas dan meraung lagi sbb kena tinggal! Uh uh Afiq Khair yg selalu mcm hero. Mama x sangka dia akan nangis teruk...

Ptg dihantar ke sek KAFA....alhamdulillah ok. Duduk sebelah dgn Darwish....anak pengasuh taska nya.

3Jan...hari kedua persekolahan. Afiq Khair taknak turun dari kereta. Terpaksa ABANG tarik dia hingga ke dataran perhimpunan sek. Kemudian cikgu dan Abang Imannye menemankan dia hingga masuk kelas. Tak pasal2 cikgu kasi seringgit masuk poket Afiq Khair demi nak pujuk dia. Tapi x mkn saman punya org!!! Diam2 Iman keluar dr kelas, Afiq Khair nangis lg...huhu...

Iman kata, time tu Iman pun meleleh air mata sbb kesian dkt Afiq Khair. Alahai Afiq Khair!

Cepat la baik. Dia kata, dia x suka sek pagi...dia malu sbb ramai org. Sek ptg dia suka...lagi2 duduk sebelah Darwish...

Ya Allah...permudahkn lah urusan kami. Mama yg terlebih emo...terlebih risau...terlebih sedih!!

Labels: , ,

2 Comments:

At Sat Jan 04, 01:13:00 PM, Blogger KakNi Sihat Cantik said...

Umeboshi!!! dah lama tak berblog, welcome back. slmt bersekolah ye anak2.

 
At Mon Jan 06, 11:21:00 PM, Blogger umeboshi said...

Kakni sihat cantik!!! I miss u. Mmg lama x nyempat nak blog. Hihi. Ni cuba sedaya upaya nak kembali berceloteh. Syukran..slmt kembali musim sek!

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home