Sunday, March 09, 2014

Pembolehubah...

***hari ni aku kena belajar pasal "pembolehubah"...gara2 nak terangkan kat Iman. Pelajaran sains tahun 4.
1)pembolehubah dimanipulasi
2)pembolehubah bergerak balad
3)pembolehubah dimalarkan

Mari kita belajar! Aku amik ,copy n paste dari http://cikguhamzah.wordpress.com
Syukran jaziilan cikgu hamzah suleiman...

*****************************

Pemboleh ubah ialah sesuatu yang boleh diukur, seperti saiz, tinggi, bilangan, luas permukaan, dan lain-lain.

Pemboleh ubah dimanipulasi ialah ukuran yang ditetapkan oleh kita. Kita yang tetapkan. Hanya berlaku sebelum dan semasa uji kaji.

Pemboleh ubah bergerak balas ialah ukuran yang terhasil akibat eksperimen/uji kaji. Kita hanya memerhati dan membuat ukuran hasilannya.

Permboleh ubah dimalarkan ialah ukuran yang tidak terlibat dalam uji kaji tetapi mesti sama supaya uji kaji kita sahih.

Contoh: Ujian ikan yang dibela dalam akuarium yang kecil dan akuarium yang besar.

Pemboleh ubah dimalarkan : Bilangan ikan. Maksudnya: Bilangan ikan dalam akuarium kecil dan akuarium besar mesti sama banyak. Saiz ikan. Maksudnya saiz ikan mesti sama dalam kedua-dua jenis akuarium. (pemboleh ubah dimalarkan ada banyak yang boleh diterima) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Saiz akuarium. Maksudnya: Saiz akuarium telah ditentukan sebelum eksperimen. Pemboleh ubah bergerak balas : Saiz ikan. Saiz ikan tidak sama, berlaku perubahan saiz selepas diuji kaji.

Didapati, saiz ikan di akuarium yang besar lebih besar berbanding saiz ikan di akuarium kecil kerana ruang yang ditetapkan.

Labels:

1 Comments:

At Mon Mar 10, 06:22:00 AM, Blogger sitiezahim said...

salam kak nora.. eh anak kita sebaya la kalau gitu ek.. sbb izzah pon kalau ikut sekolah msia, darjah 4. tapi penin aaa nak terangkan subjek msia kat dia... huhu

 

Post a Comment

<< Home