Muar 28-29 Mei 2010
ini cerita tertunggak dekat 2 minggu sudah berlalu.
29 mei ada jemputan kenduri kahwin staff ABANG di muar. Aku agak excited nak jalan2 cari mkn di muar. maka nye, aku ajak ABANG book hotel kat muar. boleh jalan2 kat bandar muar, sambil cari mi bandung kegemaran aku dan shopping rempah mi bandung kat sana. sebelum tu, aku dok sibuk survey kat internet dan juga tanya kat member2 hal berkenaan muar ni. info dari diorg mmg sgt2 membantu.
maka nye, Jumaat 28 mei, lepas solat jumaat, kitorg bertolak p muar. jln agak jem kat highway. masuk muar, terus p cari hotel. Hotel Pelangi..betul2 kat bandar muar. tersorok hotel tu di celah2pasaraya Wetex ngan Hotel Classic. family suite...dpt rm145 net.tapi takde breakfast la. ok jugak room dan hotel nye. puas hati! sampai muar kol 6pm. solat n rehat2. lepas maghrib we all keluar ke bus station (utk bus express). kat sana ada gerai2..lapangan tempat org makan2. open air jek. ada medan selera gak tapi tak byk kedai buka n tak ramai org mkn kat situ.kat dataran yg open air tu ramai giler org. kitorg pun join meramaikan suasana. cari mi bandung ngan satay. murah nye mkn kat situ!!! mi bandung sepinggan cuma rm3. satay lak45sen sebtg. air jus belimbing rm1.50 segelas. milo ais pun sama gak rm1.50 segelas. yummy sungguh mi bandung ngan satay tu.lepas mkn...balik hotel semula.
* Afiq Khair ngan mama.... nak tercekik mama kena peluk dek Afiq Khair ni.*
pagi sabtu,29 mei, dekat kol 8am we all keluar p cari breakfast. nak cari mi rebus ngan satay.dok pusing2 ..at last mkn kat restoran Haba, dekat dgn muar trade center. mi rebus, satay, kopi o, kopi+ susu, milo panas.mmg sedap! satay nye depa hantar sepinggan. depa akan bill ikut berapa btg yg kita mkn je. share sebtg satay perut..mkn ngan ABANG. ahahhaha..geli mulutku mengunyah satay perut tu. aku mmg x reti nak mkn perut. ekekke...tapi, satay muar saikou (best) lah!! daging nye depa potong slice memanjang nipis dan cucuk ke lidi/ buluh. kalo kat selangor ni, depa dok potong kecik2...petak2 ke...dan susun, cucuk ke lidi/ buluh. kat hujung mmg daging. kat tgh2 depa dok selitkan lemak/ kulit.kekadang tak berapa masak pun depa bakar. huh..mmg chigau (berbeza).yg muar punya, aji (rasa) nye serupa je kalo beli kat mana2 pun. mlm tu mkn kat bus sta...pagi lak mkn kat restoran haba...rasa nye, rempah adunan nye sama je.cara potong dan cucuk satay ke lidi pun sama juga. mmg satay muar gitu ek olahan resepi dan cara buatnye? aji mmg sedap la!!alhamdulillah!!lepas mkn...p drive pusing2 muar. tengok pekan muar. p tg emas.lepas tu balik bilik. mandi n siap2 nak check out n p kenduri kat taman maharani. dekat gak ngan town. kenduri, mkn nasi briani.kol 3 setgh pm baru keluar dari kenduri. p pantai leka kat parit jawa utk tapau asam pedas. nak mkn x larat dah. tu yg tapau tu.kat situ, dekat ngan jeti...mmg food court depa semua nye ada asam pedas eh. lepas tapau asam pedas...kami menuju ke highway.on d'way, singgah kat tg agas. dekat2 petronas tu ada restoran murtabak singapore. ingat nak tapau. tapi, org ramai giler nunggu turn. terpaksa la cancel hajat nak tapau murtabak special tu.lain kali la. terus we all chow. balik kg..sekinchan terus. ahhah!kol 9 setgh pm sampai kg. sempat dinner ngan family. panaskan lauk asam pedas ikan takal yg kami tapau tu. mmg sedap masak asam pedas tu. pekat!
alhamdulillah. keseluruhannya, mmg puas hati jalan2 cari mkn di muar. next time kena cuba juga dptkan murtabak s'pore tu. tebal, besar dan nampak sedap kata ABANG. syukran sangat2 kat sahabat2, adik2 beradik...yg kasi info pasal makanan kat muar ni. aku sempat beli rempah mi bandung, mi rebus dan kurma kat kedai Haji Sernan. alhamdulillah!!
8 Comments:
salam kak ume... lamanya tak menjenguk kat sini.... akak sihat??
salam minnie...ye la. lama sungguh x dgr kabo. k.ume sihat je. diharap, minnie pun camtu gak :-)
cam ne tuper murtabak singapore ekk.. curios plak nak tau ! Hik hik. mee bandung muor memang terbaekkk he he
kak ume, saya dah malas berblog sejak ada facebook. Pun atas sebab-sebab privacy, terpaksa blog ditutup. huhu... teringin la juga nak berblog balik.. kak ume ada fb? add la saya, ila.andy@live.com. Rindunya... kan kita hampir-hampir nak jumpa tapi tak jadi.. hahaha... kak pb pun dah lama saya tak jumpa... rindu...
izan...tu le. tingin nak rasa aji dia tu. sebelum sampai petronas tg agas menuju muar dari shah alam ni, ada restoran "murtabak singapore" kat deretan kedai kat belah kiri jln. situ mmg ramai org especially public holiday. (kata my friend yg asal muar la...).
minnie..buka la private blog. jgn lupa invite k.ume. rindu nak baca cerita minnie. tu le. x jadi jumpa la pulak masa tu, kan?! len kali kita arrange utk "date" ek. nanti k.ume add minnie dlm FB.
minnie...k.ume dah cuba nak add minnie as friend kat FB, tapi x boleh. cuba minnie add k.ume pulak. noora_ume@yahoo.com atau Noora Binti Ali
Tak suka satay perut noora?? Aku kalau mkn satay, perut mesti order... Hehe.. Kenapa x diambil gambar2 mknan tu.. :p
zali, kitorg tak tertelan rasa nye perut ni. ahahha..geli. gambo makanan x byk snap. sbb x sabar2 nak ngap masuk makanan dlm mulut. ahhaha...lagi pun, amik gambo makanan2 tu guna kamera canon. tak terupload le gambo2 dari kamera tuh. yg ada ni semua nye amik guna kamera henpon jek.
Post a Comment
<< Home