Monday, May 28, 2007

Port Dickson 19/05/2007

Gambar beramai ramai.(gambar atas)
ABANG(baju kuning) dukong Iman(baju kuning), lumba lari. (gambar bwh)


Sudah lama kami (aku&kwn2 yg boh nama geng kami ni OJOSAMA) cadang nak buat gathering sesama kami. sejak keluar UM dan memasing fly ke Japan sejak thn 1997, ada antara kami yg langsung tak pernah jumpa selepas tu. tapi, ada juga yg slalu bleh jumpa2... hehehe..

so, kami semua sepakat 19 May lalu, kami berkumpul kat PD, area pantai Teluk Kemang gitu. Dekat2 dgn Ilham Resort. plan nye dari kol 11am sampai kol 3pm. aktiviti nye...buat BBQ, nabe(steamboat), mkn2...game...borak2...bergambar..dan bersurai. dlm 13 family dan ada juga geng bujang yg join masa tu. masing2 bawak makanan jugak dari rumah. ada mihun grg, nugget ayam, sandwich, salad buah2 (aku bawak..), kek coklat, kuih koci, kuih donut, buah2 (betik, apple, lai, limau, oren sunkist), jajan berjenis2 dan berpeket2, berbotol botol air mineral dan berkotak kotak air soya.

mula2...kami mkn2 dulu. then, baru le main memacam game. game utk ibu2, bapa2 dan anak2. antara nye, kutip&kumpul gula2 (utk anak2,lawan sapa dpt kumpul paling byk. Iman dpt 5 ketul je. aku soh kutip byk2...tapi Iman kata "takyah byk2 mama. sikit2 aje..." lor...), tiup belon sapa paling besar (utk ibu2), tiup belon sampai pecah (utk bapa), lumba lari sambil dukong anak (utk bapa&anak), jln/lari bawak bola pingpong dlm sudu (utk anak2). lebih kurang itu je kot game nye. abis game, semua anak2 dpt cenderahati berupa beg plastik comel yg berisi jajan, jelly, gula2, dan mainan. Iman suka betul dpt beg tu. sampai sekarang dia takmo mkn pun lagi jajan2 yg ada dlm beg tu. sayang sungguh!! dah seminggu lebih dah.

lepas tu, kitorg sambung mkn dan borak2 lagi. seronok sgt borak...mkn memasing mkn sikit2 aje pun dah jadik kenyang. sudahnye...mkn tak puas lagi tapi sbb dah ptg, kena la berkemas-kemas. nak balik. makanan yg lebih2 tu, memasing tapau bawak balik. dlm kol 3pm lebih gitu memasing bersurai. ada juga la family yg masih stay situ utk mandi laut. then, ada beberapa family yg pegi stay ke A famosa resort, Melaka. aku join Turin dan Izan ke Tiara Beach Resort. main air aje. tak tido sana pun.

memasing puas hati dgn gathering kali ni. ada hati nak buat gathering macam ni tetiap thn. anyway, utk kali ni, terima kasih tak terhingga kat organizer; Hada sekeluarga, serta lain2 yg menjayakan gathering kali ni. zarina (sandwich yg digemari ramai, serta in-charge utk minuman), izan(oishii onabe), rusma(mihun grg yg sedap sampai aku ingat2 sampai sekang ni), ziah(supplier buah dan jajan sama2 dgn aku), ani(bawak kek coklat yg best!), jem(sempena coti2 malaysia dari sarawak), turin(last minute kompom bleh join dan bawak kuih koci..), tima(yg tungkus lumus uruskan perapan ayam. memacam perisa ada!!), zali(semua org geram dgn baby dia yg montel dan comel tu...baby amna. Iman pun suka sgt kat baby amna!!), serta kwn2 kitorg ; family suswan dan family ludi(sudi bawak bekal donut yg gebu tuh!). bebila kita geder2 lagi ek.

kat tiara beach resort...anak2 Turin, anak izan dgn Iman dok main air puas2. hampir 2 jam lepak kat situ. then kami keluar utk balik umah memasing. thanks Izan sbb belanja kitorg aiskrim. masa tu aku tgh batuk2. so, ais krim utk aku, abis Iman yg kebas. puas le Iman, mkn 2 btg ais krim. tapi, dia tak larat nak abiskan. kasi kat ABANG, tolong abiskan. ehehe..

aku sampai umah dlm kol 7.40pm gitu. letih. tapi syok sgt. sbb tengok Iman pun syok. sekali sekali pegi main2 dan jln2 gini, ok la. puas hati. alhamdulillah.

**Gambar2 kat atas tu, dari digicam Tima. TQ Tima sbb izinkan kiter tempek gambo tu kat blog ni.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home