ada kawan2 aku yg sdg berpantang lps bersalinkan new baby, dok sibuk mengira hari.. dan megeluh bila nak abis pantang ..bila nak abis pantang. pastu ada gak yg sibuk tanya, kenapa kita berpantang 44 hari.. org cina/ india just 30 hari aje. aduh...aku geram sungguh dgn org yg camni. bukan selalu pun kena berpantang ni. bukan nye senang pun nak dpt waktu istimewa cenggitu. harus redha! kan utk kepentingan dan jaminan kesihatan kita di masa depan juga. sabar aje la kan. harungi tempoh berpantang dgn ceria dan penuh sabar gituk. kalo dpt suami ada sekali bersama sama membantu apa yg patut time berpantang, laaagi bagus. pepagi before dia p keje, tolong masakkan nasi dan lauk2 utk isteri yg berpantang tu. tolong mandikan baby. tolong sediakan keperluan si isteri dan baby serta anak2 lain (kalau ada) sementara dia berpergian ke opis. dpt suami cenggitu, mmg ringan sket beban mengharungi musim2 berpantang nih.
anyway, pantang tetap pantang. follow sehabis baik gituk! kalo ikut org dulu2, tak bleh minum air bebanyak. mkn nasi dgn ikan bakar, atau bilis grg aje. kuahkan dgn air asam jowo bersama lada itam dan rempah2...dan juga bwg putih. halia. dowh...mana nak sihat. macam mana nak lancar pembuangan toksin/ perkumuhan tubuh kita ni kan? alhamdulillah aku berpantang selama ni dgn mak aku yg agak moden gak le. tapi masih follow cara2 tradisional nenek2 kami. bertungku dan berurut dah tentu ada buat. mak aku sediakan menu sihat. ikan rebus/ bakar/ goreng. ada sayur2 masak rebus. selalu nye ada kobis, kentang, carrot, bawang. pastu, mkn buah prune utk melembutkan najis...senang nak membuang air besau!! minum berapa byk pun ok. maklum le, kalo nyusukan baby, harus sentiasa lapar dan dahaga. lepas 2,3 minggu, dah buleh mkn ayam bakar. daging pun boleh...tapi aku tak sentuh pun. huhuhu... itu bab menu/ makanan lah. kalo rasa sayur atau makanan tu jenis sejuk/ berangin, takut tak tahan..better jgn dimakan. macam aku, paling aku ingat cendawan dan kerang..lepas 2,3 bln bersalin pun, aku tak bleh jamah. ada sekali tu aku mkn, lps salinkan Iman le...terus rasa seram sejuk badanku. kepala pening semacam... aku rasa, aku tak kuat lagi le utk jamah benda tu. after 5,6 bln cuba lagi sket, kalo OK...baru le boleh mkn macam biasa.
bab nak "bersama" semula dgn suami. kalo ikut tok nenek nye petua, kena follow sampai 100 hari. aku betul2 setuju. ini utk kebaikan diri juga. kan utk keharmonian rumah tangga juga.. utk suami kita juga...kan? kata org tua2...supaya urat2 terjaga dgn elok, supaya urat2 tak kembang. aku pun tak abis belajar...kalo urat kembang, apa akan jadi...???hehhe..anyway, benda elok juga ni. utk memulihkan dan mengembalikan kesihatan luaran dan dalaman ibu yg lps bersalin, apa salahnye. kan? I follow je. insya-ALLAH ada kebaikan nye... tapi, bukan bermakna kita abaikan layanan kpd suami. layan la macam biasa dan seada nye. suami pun, mesti kena paham dan bertimbangrasa.. yg nak dielakkan tu ialah perkara "bersama" tu le!
cukup la dulu utk kali ini. ni, aku jumpa kat
sini .
Antara kebaikan berpantang :
Dari segi kesihatan - doktor menggalakkan agar hubungan sex tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru saja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi. Apa itu luka episiotomy…? Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.
Dari sudut agama – darah nifas biasanya keluar dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Dalam tempoh ini tidak diwajibkan bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk berpuasa dan sembahyang serta ditegah dari mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.
Bahaya “air embolism“ – Sebab lain kenapa dari segi kesihatan kenapa hubungan kelamin bersama pasangan hanya boleh dilakukan selepas 6 minggu ialah tentang kemungkinan terjadinya air embolism (tak tau apa maknanya dalam bahasa) terutama apabila melibatkan oral sex. Air embolism ialah apabila sejumlah udara yang terperangkap dan masuk ke salur pembuluh darah, dan boleh menyebabkan kematian. Ini kerana pada 6 minggu pertama selepas bersalin bahagian rahim masih lagi belum sembuh sepenuhnya.
Apa-apa pun, biasanya kalau Islam dah tetapkan sesuatu tu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
sekian.
Labels: Aku, Istimewa, Lain2