Raya Lagi.
Wekend, Sabtu Ahad sekarang ni...ramai yg amik peluang utk buat open house. makan2 gituk. tapi, sabtu ahad baru2 ni...aku tak berpeluang nak penuhi jemputan teman2. pagi sabtu, lepas subuh gitu, ABANG dah bertolak ke KLIA naik teksi Wak (pakcik yg selalu tolong aku buat penghantaran brg2/dokumen yg urgent ke customer masa aku keje kat company lama. sejak kenal Wak, aku pun minta tolong dia jugak kalo ABANG nak kena p airport). ABANG out station ke Spain sampai Jumaat 17hb ni. Iman nangis2 nak ikut. sedih sgt dia.. ish ish.. ABANG pujuk nanti abah belikan jajan dan mainan, baru le Iman angguk2 kepala dan senyap. langsung dia takmo keluar rumah utk babai babai kat ABANG.
lepas ABANG p, ..aku sibuk kemas2 rumah. kebetulan kwn lama...yg sejak abis form 3 dari SAMT bt 38 tu..nak dtg. Shiba & razman sekeluarga. gumbira rasa hati sbb nak jumpa kwn lama. ye lah, abis form 3, seingat aku...takde dah terjumpa diorg ni. memasing bawa haluan sendiri. so, pagi sabtu...mmg dok umah je. layan anak2, kemas umah, memasak. ingat nak join Anie p open house Kristi. aku lupakan je la hasrat tu sbb nak menunggu Shiba & family. tak sedap hati lak nak p tinggalkan rumah. dah janji nak terima kunjungan Shiba. kena juga tunggu dia. at last...kol 2pm gitu, sampai la Shiba. dah ada 2 org anak. dedua lelaki.. umur 5 thn (Afiq), dgn 3 thn (Akif). seronok jumpa diorg. memacam nak borak. macam tak cukup je masa... tup tup..diorg dah nak balik. tak puas lagi nak borak dgn Shiba. ish, kalo jumpa kenkawan lain...reramai...lagi le byk benda yg nak diborakkan.
tak lama lepas Shiba balik, Anie sms yg dia lepas kuar umah Kristi..nak singgah beraya umah aku pulak. aku pun , dgn senang hati..ajak je la Anie dtg. seronok jumpa kwn2. dah lama takde peluang jumpa kwn2 dan beborak camni... huhuhu!! alhamdulillah Afiq Khair mood OK. cuma dia nak melekat je le dgn aku.
utk tetamu hari ni...aku sempat siapkan nasi impit segera dgn rendang daging. tapi, rendang daging aku..tak cukup bahan le. tak boh lengkuas, tak boh daun kunyit!! tapi Iman laju je mkn.. seronok aku. cuma, Shiba tak dpt jamah rendang aku tu. terlupa lak aku, dia sejak dulu2..mmg jenis tak mkn daging. masa kat SAMT dulu, kalo ada org yg tak boleh mkn daging/ ayam...pihak dewan mkn akan sediakan kad khas utk diorg. bila time mkn..lauk nye daging atau ayam, diorg ni kena le tunjukkan kad tu, nanti diorg dpt lauk sardin le sebagai ganti. tapi, masa tu... ada jugak yg saja gatal2...bukan le allergic atau tak boleh terima pun makanan daging/ ayam...tapi, kekadang teringin gak nak mkn sardin...kan? org2 camtu, gatal2 gak le p apply buat kad khas tu jugak. ehehhhe...aku pun, ada buat! masa masuk form 3.
ptg...lepas anie balik, anak2 pulak terlena. hujan lebat pulak tu. hajat di hati lepas asar nak p neseri diorg sbb owner nyer buat open house. dekat kol 6pm, aku kejutkan Iman. ajak mandi dan siap2 p neseri. Afiq Khair yg tgh lena...aku cepung je ke dlm kereta. sampai neseri, Afiq Khair dah bangun. ada mee goreng, nasi impit, lontong, kuah kari, ayam masak kicap, laksa, roti jala, agar2 merah, gula2 utk kanak2 dan memacam lagi. aku paling suka laksa nyer. sedappppp sangat! alhamdulillah.
balik rumah je, Iman sibuk2 dok tanya bila abah dia nak balik. aku cakap le, abah pegi lama sikit. sampai 7 hari, baru balik. Iman monyok balik. tak tau dah nak pujuk macam mana. lelama tu, Iman kata kat aku...nanti abah balik belikan jajan dgn mainan, kan mama..? aku a ah kan je le. terus dia sengih. alahai...
ABANG ada gak sms (rm1.50/ sms)..bagi tahu dia dah sampai London, kol 11.30pm waktu m'sia...tapi dia kat sana baru kol 4pm. (7 jam setgh jarak waktu). masa tu ABANG tgh tunggu flight ke Barcelona pulak. ish...16 jam perjalanan...mau sakit punggung...dok dlm flight tu. hehhee..
Ahad, 12/08/2008.
jemputan utk open house rusma, Fendi..aku tak dpt p. pepagi ni aku join mak abah mentua dan ipar2 ke rumah cik awi (mak sedara ABANG)...kat sec 28 shah alam. dekat je umah nye dgn putra heights tu. lepas tu, kami terus ke rumah k.ayu (k.ngah ABANG) yg baru. k.ayu baru pindah rumah kat subang jaya. k.ayu ada buat makan2 jugak. nasi ayam...dia order dari sec 18. peah dan imah lak..siapkan spagethy. mak dan pana..sibuk siapkan pecal. aku tukang makan jek. ehehhe.. ye lah, dok sibuk nak handle Afiq khair je...tak tercapai tgn ku utk menolong apa2 yg patut. lepas solat asar... kol 5pm, aku pun bertolak balik ke rumah. aku drive sendiri. masa dtg, aku follow je kereta Imah. nak balik ni, diorg dok risau2...OK ke aku nak drive sendiri ni balik umah. siap peah pesan, kalo dah sampai umah, sms dia...kasi tahu dah selamat sampai. ahahha..
alhamdulillah...dekat kol 5 setgh ptg aku sampai rumah. best dpt mkn2 dan berkumpul camtu. siap aku tapau spagethy dan pecal. Iman suka sgt mkn spagethy tu!!!
owh, masa kat umah k.ayu...sempat gak le aku tepon ABANG. Iman sibuk sgt dok sebut2 pasal abah dia. risau aku kalo org dtg...dok tanya dia mana abah? mana abah? Iman nanti buat muka...malas dia nak jwb. aku takut Iman nangis je dok teringat kat ABANG, kalo org asyik tanya2.
on the way balik ke rumah, anak2 tertidur dlm kereta. sampai rumah, aku angkat sorang2 masuk ke dlm rumah!! Iman tu dah le berat. takpe le...demi anak2...aku bersabar je le. biarkan diorg lena dulu. sambil tu aku iron baju2 yg akan dipakai dlm seminggu ni. termasuk baju sekolah Iman. sampai azan maghrib, aku kejutkan Iman. ajak mandi. sebelum tu, Afiq Khair dah terjaga dulu. mandikan Afiq khair dulu...baru kejutkan Iman.
mlm...lepas maghrib, aku kemas2 dapur, siap2 basuh pakaian kotor..dan terus terbaring depan tv. sambil tu monitor Iman dok ulangkaji baca buku BM dan english dia tu. sesekali kena bangun sbb Iman dok mintak buatkan susu, mintak mkn..etc. Afiq Khair p merayap memana tah..main. ahaha..bila memasing dah puas main...rasa ngantuk, baru le dua org dak kenit tu dtg berbaring kat mama.
Labels: Abang, Afiq Khair, Aku, Iman, Keluarga, Makan2, Teman2
5 Comments:
Umeboshi...
Meriahnya beraya di Rumah2 terbuka...habis diet kalau camni...
Mesti rindu habis kat cik abg dia nih... sabo sabo....
k.anie,
betul tu. nak pulak semua nye sediakan menu yg sedap2...tercabar nafsu makan kita. eheheheh..
k.ahni,
mmg rindu sgt nih. ehek! esok cik abang akan sampai sini.. yuhuu!
sian che ume..asyik kena tinggal..hehehe..
yan sinaran,
kesian...kan? ehehe..
Post a Comment
<< Home