Friday, June 26, 2009

Update! Update!

Woh...agak lama aku tak sempat nak update apa2 new entry kat sini. ish ish..nak dekat maternity leave ni, byk gak le projek nak kena settle. pastu kena prepare report dan list apa2 yg patut opis-mate follow up sepjg aku bercuti nanti. Busy! Busy!





Oh ye, boss dah dpt cari staff sementara utk replace tempat aku ni sepjg aku bercuti nanti. dengar nye, temporary staff tu akan masuk opis after 4th July nanti. tunggu je lah. aku nyer due, 21 July. boss tetiap minggu tanya aku...bila aku akan mula cuti. ish ish..aku tak reti nak kata apa. kalo ikut sejarah kelahiran anak2ku...Iman lahir 4 minggu awal dari due. Afiq Khair lak lahir 2 minggu awal dari due. baby kali ni pun bakal lahir awal jugak ke dari due? emmm...wakannai (i don't know) wa...! Mlm ni check up kat DEMC dgn Doktor pilihan kami...Dr Norleen. nak tengok keadaan baby dulu.





eh...dah ujung bulan 6 ek kita ni. aku tak bercerita pun tentang kedatangan my Japanese best friend ke sini ujung bulan 5 yg lalu. dia tiba kat KL dgn flight dari Osaka...28hb Mei (malam). pastu flight balik ke japan pada 30 mei (malam). dedua flight kena transit kat s'pore kejap. kali ni, dia stay kat Corus Hotel, dekat je dgn KLCC. tetiap tahun dia mai Malaysia sejak aku graduate dari Japan dan balik ke malaysia ni. kecuali tahun lepas le, dia tak mai sini.. kali ni dia dtg dgn Natchan (adik dia..). aku tak tau nak bawak ke mana dah. ehehhe.. dia pun request nak p Midvalley sbb belum pernah sampai ke sana. aku pun, dgn pertolongan Ida (my sister)..bawak dia p midvalley. (tapi we all naik train je le..tak reti aku nak drive ke KL dan around KL tu).

Yang dok kat tgh tu le Naochan!!



paling tak tahan, masa nak balik ke shah alam dari KL tu...dah ptg. dlm kol 6 gitu, kan time org balik keje..(jumaat)..mmg ramai giler manusia kat KL Central. aku pun bersesak gak le merebut tempat nak masuk ke dlm komuter dari KL sentral ke shah alam. uhuhu...aku risau org dok tolak dan tolak dan padat gitu...kang pecah lak perut aku yg membesar ni. ahhahahha...alhamdulillah selamat. lepas 2,3 stesen berenti, org kat dlm train pun dah makin kurang. baru le ada org perasan yg aku ni pregnant lady. depa dok panggil2 soh aku duduk. aku pun senyum lebar la. sambil ucap sorry dan terima kasih kat diorg tu sbb kasi tempat duduk. uwaaaahhhh lega nye dpt duduk!!! ahhahaha..moga dimurahkan le rezeki adik yg sanggup bangun kasi seat dia kat aku tu. dan juga, moga murah gak rezeki dan diberi hidayat oleh ALLAH buat org2 sekitar nye yg prihatin dan kasi laluan kat aku utk ke tempat duduk tu.



sabtu next day tu, ABANG bleh drive utk bawak aku dan Nao-chan+Natchan p jalan2. kitorg machiawase tgh hari..terus bawak p mkn kat restoran nasi lemak antarabangsa (nasi lemak kg bharu) kat wangsa maju. emm...tak best sgt lah menu kat situ. sambal nasi lemak nye pedas sgt. tak berapa menarik la bagi aku dan ABANG. jepun2 tu tak tau le. masing2 mkn tak abis. sbb kenyang ke...tak sedap ke..pedas ke..emmm.. lepas lunch, seperti selalu bila depa mai malaysia, mesti mau shopping kat Carrefour. mmg depato pilihan diorg ni. sbb nak shopping segala jenis rencah kari, keropok ikan/udang etc...puding/sweet/jus perisa mango...dan lain2. aku dan ABANG layan anak2 kat tempat mainan yg tersedia kat sana je. lepas shopping, hantar ke hotel. then, aku sekeluarga ke KLIA terus. Naochan lak, ke KLIA dgn bas, agent pelancongan yg uruskan travel diorg ni yg uruskan semua. kitorg jumpa kat KLIA jek. flight diorg pukul 9pm dari KLIA.



sayonara!! moga bleh jumpa lagi lain kali. tapi entah bila la..sbb next month (july) naochan akan ke Switzerland. jadi sensei kat sana. cerita pasal kedatangan Naochan ni pun, ada kat blog Wah. sila lihat : http://coretankitty.blogspot.com/2009/06/nao-chan-datang.html



Anak-anak pulak.

Iman sepjg minggu ni tgh musim peperiksaan. camne lah agaknye dia. hari2 bila balik umah, aku tanya periksa OK tak? dia jawab "OK!! senang je..". hamboi hamboi...

Afiq Khair pulak, macam biasa. suka mengada ngada. ish ish..asal ke dapur je, dia soh bukak peti sejuk. ada je yg dia nak. jelly la, air kotak la, air Yakult la, gula-gula la..suka sgt mkn jajan2. ish ish. kadang2 aku buat tak layan je. kalo dia ngamuk2, aku soh la Afiq Khair tolong buat apa2. tolong amik kain kotor dan masukkan ke dlm mesin basuh ke...atau, tolong bawakkan kain bersih yg aku amik dari ampaian dan bawakkan masuk ke dlm umah. then, senyap la dia dari nangis/ merengek dan dgn suka hati nye dia tolong mama buat kerja. yeyy!! hehhee..



last weekend..kami sekeluarga ke Melaka. ahad 21 jun ada jemputan kenduri kawin. akak opis tempat keje ABANG dulu2 tu...menjemput ke kenduri kawin anak dia. so, kami amik kesempatan p book hotel dan bertolak ke melaka hari sabtu. bertolak pagi. sampai ayer keroh tgh hari. p lunch dulu. then, nak p zoo....aku malas nak berjln sbb zoo tu kan luas. maka nye, aku ajak p Taman Buaya je la. aisey..taman tu macam tak terjaga je. emmm..anyway, ada gak le pelbagai jenis buaya kat dlm tu. Iman dok takut...takut...takut dgn buaya. soh berdiri kat kandang buaya utk bergambar pun dia takut. ajak naik keretapi dinosour yg ada kat dlm taman tu pun dia takut. siap nangis2 tuh!!! ish ish..letih! lepas tu, terus check in kat Straits Meridian Hotel. apartment 1 bilik. OK la hotel ni daripada Mahkota Hotel yg dekat2 mahkota Parade sana tu. Iman dan Afiq Khair pun suka. lagi la ada swimming pool. laaagi diorg suka. asal masuk pool je, bila ajak naik ..masing2 takmo naik. Afiq Khair siap meronta ronta dan nangis2 bila dipaksa naik. huhuhu.. Mlm tu, kami p mkn kat restoran yg mengundang nostalgia. hehehhe..restoran Sri Percik kat Malim. nyum nyum...mmg sedap, cuma mahal sket le situ. Rancangan tv popular, "jalan jalan cari makan" pun dah ada pernah sampai situ. Hari ahad, tgh hari...kami p kenduri. then, terus bertolak balik ke shah alam. emmm..letih tapi seronok dpt luangkan masa sekeluarga macam ni!!

Ahad 21 Jun tu,kan Hari Bapa. aku just send sms je kat abah aku. then, utk ABANG pulak..wish gitu2 aje. Iman kat sekolah takde buat kad utk Hari Bapa pun!! mungkin sibuk nak m'hadapi minggu peperiksaan kot. cikgu tak sempat nak ajar buat kad Hari Bapa. kesian bapa-bapa.. anyway, Selamat Hari Bapa buat semua yg bergelar bapa!!!

Labels: , , , , , ,

2 Comments:

At Fri Jul 24, 02:32:00 PM, Anonymous en_me said...

update ghitewww.. ehehe, salammm jumaat

 
At Thu Jul 30, 01:53:00 PM, Blogger Sinaran Xxx! said...

che ume apa kahabar? apa citer..due bila ni??

 

Post a Comment

<< Home