Thursday, March 31, 2011

Ms S.wah

seminggu gak la aku tak update blog ni. macam2 yg berlaku. keje pun busy gak kat opis.



aku tgh agak DOWN.



huhu...my opis mate...yg selalu jadik teman berbual, bergossip, ber-msn (dok ngadap depan depan meja pun boleh ber-msn sesama kami), berkongsi suka duka, berkongsi kisah anak2 dan serba serbi cerita...dah tender resign letter semalam. short notice, esok dah last day. next week dia dah takde. huhuhuhu!!! nangis aku! terkejut sgt!




tapi, idak le aku nangis depan org. heheh...semalam, masa dia bagi tau yg dia resign (tu pun dia bg tau lalu msn..)...aku shock gitu2 je. tak rasa sedih lagi. selama ni pun, aku dah agak2 la yg dia akan pegi. mmg ayashiiiiiii (pelik) je tgk dia lately ni. mmm...bila drive keluar dari parking kereta ptg semalam, baru aku rasa sangat2 sedihnye... bangun pagi tadi pun rasa tak bermaya. otak dah beku rasa nye. huhu..



Ms. s.wah yg slim, yg kiut, yg baik hati, yg rajin membantu aku bila aku in trouble, yg sgt ringan tulang, yg caring, dan macam2 yg serba baik lah...akan pergi juga dari company ni. lepas 10 thn setia keje sini. selama ni aku ingat, dia akan keje terus kat sini until die... but, ternyata keadaan sekrg ..macam2 yg berlaku kat company dan org atasannye, yg jadi penyebab kpd ms.s.wah utk pegi.



tak leh lupa, masa aku mula2 keje sini dulu, kena print byk helai gak utk sales person in charge. color printing. siap paper jammed kat copier machine tu. ms. s.wah dgn sabar tolong aku betulkan machine tu. huhu...



2 thn lebih sket le...aku keje sama2 dia. aku senang sgt bekerja dgn dia. tak lokek ilmu. apa yg dia tahu, dia tunjuk ajar aku. apa aku tak paham, aku tak tahu, aku mesti tanya dia tanpa ragu tanpa malu... sbb aku tahu, dia akan ajar aku dgn manis muka...aku suka macam tu. senang berurusan dgn org macam dia.



aduih...boringnye kalo dia takde. dgn sapa la aku nak ngadu apa2 hal kalo kat opis ni nanti. dgn sapa la aku nak kongsi cerita Iman, Afiq Khair dan Asha Zahra nanti...selama ni mmg dgn ms. s.wah je geng aku kat opis ni. maklum le...kita dua org je pompuan kat opis. dia je la kan geng utk kepoh2...



nanti kat opis ni, takde dah dengar cerita pasal Jamaine (anak ms. s.wah yg chubby dan comel..) kanak2 ribena tu.... kisah "Big Baby" ms. s.wah and Big Baby dia punya mak tiri and family.. also, when i tension with perangai pakcik2 dlm opis ni, kat sapa la nak aku luahkan dgn kadar segera.. macam selama ni, kalo aku geram dgn sesapa antara pakcik2 tu, terus je aku "buzz" ms. s.wah dgn MSN.. hoho.. lepas perasaan gituk. sabo je la...




time lunch...kita sama2 ngadap bentou..dia dgn bentou dia...aku dgn bentou aku. ms.s.wah yg slalu bancuh air milo panas, minum oat utk jaga kolestrol dlm tubuh (org nye kecik tapi tahap kolestrol tinggi...), slalu mkn cornflakes cenggitu jek...macam makan jajan tuh! ehhehe... kalo aku, mkn coco krunch atau cornflakes, nak kena tuang susu segar tu dulu baru lalu nak mkn.




ms. s.wah, we will miss you. especially aku le....ntah bila boleh dpt kawan sekerja yg ngam macam ni. sampai mati akan aku kenang dia as my opis-mate yg sehati sejiwa...dan sangat2 best gituk!




aduhh...cam tak caya je. hari ni macam tak boleh nak pandang muka dia... tak boleh nak cakap2 dgn dia macam selalu. sbb, aku takut termenangis! teruk kan aku ni? sentimental sangat. alahai...!




apa2 pun, aku happy for her. pilihan dia utk pegi dari sini ni, adalah pilihan yg tepat. semoga my best friend ms. s.wah will be success and happy forever. selamat bekerja di tempat baru. selamat berkenalan dgn kwn2 baru, boss baru, opis baru dan serba serbi baru... mesti boleh ya! moga ada peluang utk kita org jumpa2 lagi lain kali nanti...




doii....syahdu la pulak.




aku? masih kat company ni. dah pun cuba2 cari "lobang" tempat lain. tapi, nampaknye belum laku lagi di pasaran. takpe, redha jek. ajal maut, rezqi...semua nye di tangan ALLAH. kita hanya berusaha, berusaha dan berusaha semampu yg boleh tanpa jemu dan putus asa...doa dan tawakkal pun kena konsisten. kalo jodoh ku dekat sini lagi panjang dan lagi baik buat agama ku, kehidupan ku, keluarga ku...maka aku kena terima lah hakikat nye... kan ALLAH itu Maha Kuasa, Maha Mengetahui. tunggu dan lihat je lah...kan?!!




walau apa pun, alhamdullillah aku punyai ABANG dan anak2 serta keluarga yg sentiasa bersama ku..sentiasa menyokong dan menyayangi ku. yg penting, aku harus kuat. ganbarou cikpuan Ume!!

Labels: , , ,

Wednesday, March 23, 2011

7 tahun


pagi tadi, masa aku kelam kabut nak keluar p kerja, Iman dok berdiri kat depan pintu, sambil senyum2, dia kata.."mama, terima kasih krn melahirkan!". ops...terhenti aku dari berjalan. terus senyum kat dia. masa tu gak dia dtg hugged dan kissed aku. owh owh...terharu nya aku..ye lah kan. anak sendri wish camtu masa hari kelahiran dia. buat pertama kali tau..ini kali pertama aku dpt wish macam tu dari anak yg aku lahirkan..


agaknye macam ni lah mak aku bila aku dan mungkin adik2 ku yg lain wish kat dia "terima kasih kerana melahirkan kami ke dunia..ye mak"..tiap kali tiba hari lahir kami. abah pun.

aku tak tau le mana Iman belajar wish camtu. ABANG yg ajar ke... but, tak kisah la. itu pun dah buat aku sgt2 terharu.. alhamdulillah..


anak bujangku yg sulong;Razan Aziman sudah 7 thn usia nye. semakin membesar...semakin byk akal nye.. semakin byk ragamnye...semakin byk soalan2 ntah apa2, kekadang aku dan ABANG tak terlayan nak menjawabnye..semakin byk butir bicara nye...


Happy Birthday anak mama, Iman!!! semoga terus membesar dgn sihat sejahtera, jadi org soleh dan baik2, jadi org yg penyayang kpd mama abah dan semua, jadi org yg berilmu dan berjaya dunia dan akhirat, serta semoga berbahagia selalu... amiiiiin!!


we (mama dan abah) love u so much Iman. walaupun mama selalu suruh Iman buat itu buat ini, tolong amik itu amik ini, walaupun kekadang mama marah2 Iman sbb Iman tanak buat apa yg mama suruh sbb Iman dah penat/ ngantuk masa tu, walaupun kekadang mama tak terlayan Iman bila balik dari school petang2 tu sbb mama sibuk layan kerenah Afiq Khair dan Asha Zahra serta sibuk dgn keje rumah yg lain, walau apa pun.....mama tetap sayang Iman. sayang sangat2...sampai mati mama sayang Iman dan semua anak2 mama!!! insyaALLAH!

Labels: , , ,

Tuesday, March 22, 2011

Dinos Alive

Dah tengok kat blog Izan, dan Turin pun ada bercerita yg diorg p Pusat Sains Negara bawak anak2 tengok dinasor. So, aku pun excited gak la...nak bawak anak2 ke sana. Iman mesti suka tengok dinasor.

Sempena weekend dan cuti sekolah juga la, Sabtu 19/3/2011 baru2 ni...lepas Iman abis training taekwondo, kitorg bersiap utk keluar ke Pusat Sains Negara. Kat area Bukit Kiara sana. we all pun tak tau jalan. aku dok harap kat ABANG je le. kesian ABANG dok pusing2 cari jalan ke sana. ehehe..












Last year, Iman dah pegi Pusat Sains Negara dgn rombongan sekolah tadika Genius Aulad dia masa tu. seronok sgt dia. tapi masa tu takde Dinasor...












Pagi Sabtu tu, sebelum bertolak, aku dah siap2 masak bekalan makanan. nasi putih, sardin dlm tin ditumis, telur dadar, ikan bilis/kacang tanah digoreng dan pack sekali cekodok tepung baki dari sarapan pagi tu.












dlm perjalanan, hujan. sampai sana alhamdulillah hujan dah takde. tanah basah aje le. dlm kol 12 sampai kat car park area. berpusing gak la nak park kereta. penuh! Iman excited sbb nampak dinasor. yuran masuk utk dewasa ialah RM10 dan kanak-kanak 4-12 tahun kena RM5 sempena ada festival Dinos Alive ni.












ni le pertama kali aku jejak kaki ke pusat sains negara. sama2 belajar memacam benda kat situ...dgn ABANG dan anak2. anak2 mmg seronok. byk benda baru yg diorg cuba. bila masuk kat area pameran Dinasor tu...Afiq Khair sibuk nak berdukong dgn ABANG. Afiq Khair dgn Asha Zahra nangis2 takut kat dinasor yg ala2 hidup tu. ekor dan kepala boleh bergerak. mulut pun boleh nganga sebesar besarnye. huhuhu.... tapi, lelama, ok la dah. mau la Afiq Khair bergelak tawa.. Iman pun ada masa nye, dia macam takut2 gak bila tengok pelbagai dinasor yg macam hidup tu. huhuhu...












paling syok bila anak2 layan pelbagai permainan kat kids zone...ala2 playground la gituk. macam2 jenis ada. semua diorg nak naik main. perut lapar...dah kol 4pm masih kat dlm tu. bekalan nasi yg dibawak, ada dlm kereta. alhamdulillah aku masukkan biskut2 ke dlm beg sandang yg dibawa masuk ke dlm pusat sains tu. boleh la kami sambil kunyah2 biskut utk alas perut. anak2 seronok layan main...tak hingat lapo. tapi, diorg berebut gak bila nampak biskut2 tu. hehhehe..












dekat kol 4 setgh ptg, we all keluar dari pusat sains negara. anak2 sibuk nak beli air minuman. kami beli choclate ice blended kat van yg ada jual air kat depan pusat sains tu. satu gelas share berlima. mahal wo! rm6.90 ke rm7.90 ntah...rege segelas air yg kami beli tu. ABANG yg belanja.










* Asha Zahra nunggu giliran dgn abang2 nye utk minum ice blended*

alhamdulillah anak2 enjoy. mama dan abah diorg pun seronok. jalan2 sambil nambah ilmu di samping bersuka ria dan habiskan masa bersama sekeluarga. puas hati. dah keluar dari Pusat Sains tu, Iman tanya kat ABANG, "esok kita pegi pusat sains lagi ke abah?"... hoho...seronok sgt la tu. siap nak dtg hari2 ke pusat sains...ye?












at last, bekal makanan yg aku siap pack tu...we all mkn kat rumah je. balik dari pusat sains negara, singgah giant kejap. lepas tu baru le balik umah...kol 6.30 ptg baru nak mkn LUNCH! hahaha...
Alhamdulillah. kita semua enjoy. thank you ABANG sbb approved my proposal utk ke pusat sains. thank you juga sbb drive kitorg ke sana... we love you ABANG!!! lain kali cuti sekolah kita p jalan2 lagi ye...tak pun beraktiviti / beriadah bersama sama lagi ye..

Labels: , , , , , , , , ,

Thursday, March 17, 2011

Share

Blog yg aku nak share...pengalaman malaysians yg berdepan dgn kejadian bencana alam di Jepun baru2 ni..

1) scenesofsendai
2) yatiechomeyl
3) hanasakura
4) mazniaziz

PS: ptg selasa baru2 ni aku dah dpt contact Aini Zuraida kat Nihon. Aini ni....my room mate masa study kat UM dulu2. my classmate juga la masa tu. now, dia dgn suami dan 2 anak lelaki nye stay kat Saitama,Jepun. bekerja kat sana. Tempat dia OK. cuma shaking je la masa gempa bumi tu. now, dok kat umah je kata nye. nak dptkan bekalan makanan, minyak petrol pun susah. semua kena beratur nunggu giliran dgn sabar.. alhamdulillah aini dan family selamat dan sihat. moga semua nye akan beransur baik secepat mungkin. take care aini!!

Labels: , , , ,

Wednesday, March 16, 2011

Western la konon!

Isnin hari tu, aku tanya Iman dgn Afiq Khair...dinner nak mkn apa. Iman kata nak mi grg. Afiq Khair kata nak nasi lemak. aku kata...mlm tu kita mkn mi grg la. nasi lemak hari lain ok...Afiq Khair kata OK. tapi bila dah masak mi grg...Iman tak mkn beria pun. slow sgt mkn. sejam jugak nak abiskan sepinggan mi grg. itu pun tak sampai satu senduk aku cedok ke pinggan dia. geram betul rasa hati. Afiq Khair lagi la...tak mkn langsung. jamah separuh dari seketul fish ball aje. panas je hati. kita beria masak kentang kentung kentang kentung kat dapur. tapi org tanak mkn. tak sedap la kut mi grg mama tu eh? pedas ..kata ABANG. aduhh!





aku macam nak mogok dan nak "resign" je dari keje masak2 ni.





semalam..hari selasa. bila ptg, aku nak jugak masak utk dinner. tak jadi "resign" la pulak. dah nama nye mama dan wife...kan... mana buleh suka2 hati "resign" keje masak2 ni, kan? so, mlm tadi ini lah hasilnye. masak cincai boncai jek. simple banget. anak2 puji sedap sedap... masing2 berselera mkn. Asha Zahra pun mkn sampai licin nasi dlm bowl dia. We had a western dinner! ehehhe...



* ada sayur2 dan salad, daging burger, sosej daging, kentang/ carrot kukus, scramble egg, buah oren/ epal, nasi putih...mkn dgn mayonis, sos cili Thai-Life, black pepper sauce.


Iman dah abis mkn nasi, dia dok amik roti lak. pastu boh daging burger, boh mayo, boh sos cili.. mkn macam burger kata nye. happy aku tengok anak2 mkn berselera. tapi, mana boleh hari2 mkn macamtu. muak..dan tak elok utk kesihatan.



aduih..selera anak2 mmg tak dpt nak jangka. kalo beli dari luar pun, kekadang buat sakit hati aku jugak. bukan diorg nak mkn sgt. kalo hari ni, depa mau mkn nasi lemak dgn berselera.. esok lusa, lain kali kalo beli nasi lemak...mungkin depa langsung tanak mkn. susah wo nak memenangi selera mkn anak2 ni. hari2 nak kena pikir nak mkn apa utk dinner. itu kalo hari keje la. kalo hari coti lagi la...dari hal breakfast, lunch, dinner. kekadang...dlm kol 11 pagi tu dah ada yg lapo...cari makan, minum. kena ada makanan lebih sket dari breakfast tu supaya diorg boleh buat mkn/minum dlm kol 11...sementara tunggu lunch. kang petang2 dlm kol 5, kol 6 ptg...ada yg lapo jugak. kena buat minum ptg...ish ish...



makan..minum je keje nye kalo hari coti kat umah tu. ehhehe..kekadang sampai pening kepala aku nak pikir, nak sediakan makanan apa utk diorg. kang tgh rehat2, tetiba ada yg dtg.."mama, lapar ni. nak mkn apa eh?" aku mesti stress. rasa nye baru je mkn..baru je cuci pinggan mangkuk.. dah ada yg lapar semula. sabo je lah! kalo hari keje tu, ptg balik dari neseri...mesti depa lapar jugak. selalu nye sibuk cari mkn, cari minum bila sampai umah. walhal dah mkn/ minum ptg kat neseri. tapi, sampai umah senja2 tu...mesti mencarik jugak. kena sentiasa ada stock makanan kat umah! biskut, kerepek, jajan, roti, buah2...



emm...anak2 sdg dlm process pembesaran kan...layan kan aje le... kan mama sayang anak2..

Labels: , , , , , , ,

Tuesday, March 15, 2011

Makan Kenduri dan Jepun

Iman di majlis kenduri.




Foto pengantin di pelamin...hasil snap Iman.


Sabtu, 12/3/2011.


aku sekeluarga p hadiri jemputan kawin sepupu ABANG kat Sunway. umah WakNal dan WakSam. rerupa nye pagi tu diorg ada buat kenduri doa selamat aka cukur jambul 2 org cucu baru nye. kedua-dua nye cucu perempuan. satu, anak kpd Saiful dan satu lagi anak kpd Nana. comel sgt!




makanan kenduri pun sedap2 belaka. nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, sayur dalca, nanas masak apa ntah tapi sgt sedap. aku suka nanas tu.




Afiq Khair kena demam lagi. aduih...masa kat kenduri tu dia agak bad mood. so, layankan aje la .. atleast dia tidak menangis meraung raung!




ps: hati aku masih meruntun pilu bila baca status update pasal gempa bumi dan tsunami yg melanda Jepun pada Jumaat lalu (11/3/2011). alhamdulillah kwn2 yg aku rungsingkan..semua selamat kecuali Aini Zuraida. aku pun tak cuba menelefon dia. just mesej kat Facebook...tapi takde balasan dari Aini. check senarai nama Malaysian yg terselamat kat website kedutaan di Jepun, tapi tak jumpa pulak nama Aini sekeluarga. doa dan harapan ku moga Aini selamat!




melalui pembacaan aku, dlm keadaan kritikal lepas bencana alam yg dahsyat tu pun, org2 jepun masih boleh cool, sabar, dan still ada sikap prihatin antara satu sama lain. utk dptkan bantuan, utk buat bayaran kat kaunter bayaran di pasaraya atau kedai, diorg still sabar beratur. tak marah2, even bantuan dtg lambat. ptg jumaat lepas gempa dan tsunami, bekalan letrik terputus di bandar dan daerah yg terlibat (sendai, fukushima, miyagi, tokyo, aomori..etc)..tapi peniaga2 boleh beri bantuan percuma...dgn mengedarkan makanan, minuman, ubat-ubatan, pad pemanas (sbb cuaca sudah mula sejuk) kpd org ramai yg terpaksa berjln kaki pulang ke rumah. akibat bekalan letrik terputus, keretapi bwh tanah pun tak boleh berfungsi...maka ramai yg terpaksa jln kaki hampir separuh mlm utk sampai ke rumah, ada yg terpaksa tidur di station keretapi, ada yg tidur kat opis...dan jalanan.. stock makanan di kedai, pasaraya, sampai habis sbb masing2 terpaksa membeli makanan akibat tak dpt balik menikmati makanan di rumah. kesian nye!!!




bukannye kita hanya mesti kesian, berikan bantuan pada negara2 islam sahaja. tapi, kita harus ada rasa simpati, semangat ingin tahu dan sedia membantu kpd sesiapa saja. kafir atau Islam bukan lah persoalannye...tapi kerana kita sesama manusia! itu yg utama...




aku hiba bila baca pasal semua ini... lebih terharu bila org2 jepun yg bukan muslim itu...cara hidupnye adalah lebih muslim drpd org2 kita yg sememang nye lahir sebagai muslim ini. bayangkan kalo musibah macam ni terjadi kat malaysia. mau ke kita elok berbaris tanpa marah2 sambil tunggu bantuan? mau ke kita pikirkan hal org lain, sebelum kita pikir hal kita? mau kita kasi bantuan kat org lain, walhal diri sendiri pun dlm kesusahan..? sedangkan lori beras yg accident tergolek kat highway pun, org ramai berebut rebut nak amik beras itu tanpa izin.




aku benar2 insaf. insaf dan insaf. ya ALLAH, kuatkan semangat kami. kuatkan semangat mereka yg terkena bencana itu. aku mohon moga org2 malaysia, khasnye org muslim dan aku sendiri, diberikan sifat2 mulia, sabar, beriman, kuat semangat, prihatin antara satu sama lain...mohon moga kami menjadi manusia yg benar2 Engkau Redhai dan berkati lah kami ya ALLAH!




Jepun itu benar2 dekat di hati ku. 4 tahun pernah tinggal di sana...aku anggap Jepun seperti kg halaman ku juga. maka nye, kejadian bencana alam yg berlaku baru2 ini...sangat2 menyentuh hati sanubari ku. aku tahu, jepun pasti boleh...sifat2 yg ada pada setiap individu jepun itu sendiri lah yg pasti boleh membangunkan semula Jepun..

Labels: , , , , , , , , ,

Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun

tgh hari ni kita dikejutkan dgn berita...yg gempa bumi dan tsunami melanda Jepun..kat Tokyo area. boss ni pun org jepun...and most of us graduated from Japan...so, kami masing2 sibuk dgr news dan tgk berita through online. teruk gak kesan dari gempa bumi dan tsunami tu.

gempa berukuran 8.9 magnitude!!! ukuran tertinggi tsunami 7 meter! ker...ada yg lebih tinggi? huh! aku terus teringatkan kawan2 dan keluarga angkat kat Jepun sana. moga Shiho-chan, Momo-chan, Koh, Aini Zuraida, Natchan tachi, Furukawa sensei, K.Lela, semua staff fujiiseiko japan, Siha, K.Hanny, dan lain2 nye selamat sejahtera. amiiiiin!

Bala dan bahagia itu, kurniaan ALLAH..yg kita sendiri tak tahu bila akan kita tempuhi. kita hanya boleh merancang...usaha...doa...tawakkal. tapi ketentuannye, ALLAH saja yg tahu.

PS: bahagia kerana berkahwin tu, atleast mmg kita tau la dulu kot. dah plan, dah buat kad kawin, dah tau tarikhnye. if ALLAH perkenankan, maka...selamat lah kita kecapi kebahagiaan pada majlis kawin itu :-)

Labels: , , ,

Thursday, March 10, 2011

PPUM

Tadi ABANG mms gambo ni. Rerupa nye Afiq Khair pun ikut ABANG ke PPUM.





Hari ni ABANG amik coti. nak kena bawak my MIL ke PPUM. follow up check up. selama ni adik beradik lain yg tolong bawak. kali ni ABANG lak amik giliran.

selagi mak abah kita ada ni la, selagi boleh kita sama2 berbakti dan cuba buat mereka gembira serta senang..kan?

aku harap, aku sentiasa menjadi isteri yg menyokong setiap usaha ABANG utk membahagiakan my parents in law dan mak abahku sendiri serta family kami. belum byk lagi usaha kami utk membalas jasa diorg. mmmm, tak terbalas kot. jasa mak abah kita laaaaaaagi menggunung byk nye buat kita selama ni.

balik kg weekend baru2 ni, mak aku cerita.. yg abah aku tak sihat itu hari ...cirit birit, muntah2, demam dan sampai tak boleh bangun tu...mak kata, abah nangis2. abah cakap kat mak, "alhamdulillah bukan tinggal sorang2, ada teman kat rumah. anak ramai pun, tinggal berdua gak susah payah macam ni..." aduih, sedih lak aku dan adik2 mendengar nye. masa tu yg ada cuma aku, baya dan ida. baya siap mengalir air mata ..sedih bila dgr macam tu. lebih2 lagi bila mak kata.. "kalo mak yg pegi dulu, macam mana la abah agaknye. mesti abah tak boleh ke mana2. kalo mak yg ditinggal, sakit susah macam mana pun, mungkin boleh gak la mengengsotkan badan ke bilik air ke...ke mana ke..." huhu....

semoga kita sama2 ikhlas dlm berbuat kebajikan kpd family, parents, sahabat, org lain...dan sesapa saja lah. Ya ALLAH, kurniakanlah kami kesihatan yg cemerlang sentiasa, permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat! amiiiiiiin!


PS: Asha Zahra pun tgh ON OFF demam. sejak last week kena demam dan selsema. asal ptg hingga mlm je...badan dia panas. kasi ubat demam, mau le kebah sket. tapi itu le... tak sembuh sepenuhnye...

Labels: , , , , ,

Wednesday, March 09, 2011

Alhamdulillah

Kalau kita sebagai hambaNYA, sentiasa ingat DIA,
kalau kita tak putus2 usaha, berharap dan berdoa,
kalau kita tak putus2 tawakkal padaNYA...
insyaALLAH DIA pun tak akan lupa kat kita.
Percaya kita kpd DIA, jgn putus2...
lidah, hati, minda kita pun, jangan putus2 utk memuji dan ingat DIA.
mesti! wajib!

Alhamdulillah...syukur! apa yg tertunggak, apa yg dituntut sebelum2 ni, dah dpt.

ya ALLAH! permudahkanlah segala urusan kami. berilah kami petunjuk dan hidayahMU sentiasa, ya ALLAH.... tanpa putus...! amiiiiiin!!

Labels: , ,

Tuesday, March 08, 2011

Pantun Lagi


tuai padi antara masak

esok jangan layu-layuan

intai kami antara nampak

esok jangan rindu-rinduan!!
PS: sejak semalam ABANG ke Kota Bharu. mlm ni baru balik umah...
PS2: Gambar kue teow goreng basah dan air barli panas, di Kassa Corner restoran...kat Putra Heights.

Labels: , , ,

Monday, March 07, 2011

Wadai Kipeng

Org banjar kata...makanan ni nama nye Wadai Kipeng. Org jawa lak kata, Bubur Chandel. senang je buatnye. tapi aku belum pernah buat sendiri. selalu nye kalo org banjar, utk majlis2 kesyukuran, kenduri doa selamat, wadai kipeng ni mesti ada. kena buat la...beramai ramai gituk buatnye supaya cepat siap, sebelum tepung kering dan mengeras.

macam family aku, mak aku org jawa...abah ku org banjar. tapi kami dok kat kg yg majoriti nye org banjar...(kg abah ku)..so, byk perkara kami follow cara2 org banjar. tu yg aku sedar le. masa aku dan adik2 nak kawin...2,3 hari sebelum majlis kenduri kawin, mak dan sedara mara atau kwn2 mak akan gotong royong buat wadai kipeng. masa kecik2 dulu, aku tak la berapa suka wadai kipeng ni. asal aku nak masuk asrama ke, nak masuk U ke, nak p nihon sambung belajar pun, mmg wadai kipeng jadi makanan wajib. kena buat! nenek la yg paling sibuk. mak turutkan aje. tanda kesyukuran gituk.

masa 2 hari sebelum kenduri kawin adikku; Misa...kami pun buat wadai kipeng. tapi aku tak berapa puas lak mkn masa tu. mungkin sbb penat ke sana ke sini dgn pelbagai keje kenduri dan urusan anak2...tu yg tak berapa dpt menikmati wadai kipeng tu. baru2 ni aku jadi ingin yg amat nak mkn wadai kipeng. macam mengidam tu. siap terbayang bayang akan rupa bentuk dan rasa enak wadai kipeng tu. maka nye, weekend baru2 ni...balik kg, sempat la kami adik beradik yg balik kg sama2 masa tu (Baya dan Ida) menggentel tepung buat wadai kipeng. best! lega dpt hilangkan mengidam aku ni. ahahhaha...tapi aku bukanle Ibu Mengandung ye. cuma teringin gituk. yg syoknye jugak, sambil menggentel tepung, kami bergossip gossip memacam cerita. yg menguli tepung...dah tentu mak ku yg tercinta. ehehhe..terima kasih mak!!!

tepung yg dah dibentuk bulat2. siap sedia nak dimasukkan dlm periuk utk direbus.



bahan2 nye cuma Tepung Pulut, Air sikit, garam sikit. uli dan uli. pastu gentel bulat2 dan titikkan sikit dgn jari. comel je!

utk kuah, guna air, daun pandan, santan, gula merah...gula/garam sesedap rasa. mmg mabeles!

boleh gak tengok resepi dari blog k.maisya ni. eheheh... gambar wadai kipeng yg dah siap sedia utk dimkn, takde la. tak sempat nak snap. rasa nye lemak2 manis. Afiq Khair dan Asha Zahra pun suka. utk Asha Zahra, aku tak berani kasi mkn tepungnye tu. takut tercekik. kalo size kecik halus mulus...boleh la suapkan ke mulutnye. Iman tak mo langsung. rasa sikit pun tanak!

kalo mak mertua ku pulak...(org jawa), selalu nye buat bubur chandel guna tepung gandum. sbb abah mertua ku suka guna tepung gandum. yg lecehnye kalo tepung gandum, nanti melekat lekat. nak kena guna byk tepung. sambil menguli, menggentel tepung, kena sentiasa sapu kat tgn tu dgn tepung supaya tak melekat. bila nak masak dlm periuk pun, mmg kena masuk sikit2 utk elakkan dari tepung2 melekat antara satu sama lain. leceh kata mak mertua ku..

anyway, mana2 pun cara, apa2 pun bahan....wadai kipeng ke, bubur chandel ke...mmg istimewa di hati ku. makanan yg membawa byk kenangan dlm hidupku dan family ku. makanan tradisional dan mesti diwarisi cara nye. sekian!

Labels: , , ,

Thursday, March 03, 2011

Karnival Putra Heights

ni kisah dah beberapa minggu lalu. 18-20 feb 2011, ada karnival putra heights. taman kediaman aku le. buat kat masjid Baiturrahman dan padang bola di sebelahnye. meriah. macam2 ada. ada gerai2 jualan, ada persembahan dan pertandingan nasyid, ada pertandingan bercerita utk kanak2, ada ceramah agama, ada acara walk a tone, ada sukaneka, ada persembahan silat, ada treasure hunt..dan macam2 lagi aktiviti.


anak2 paling seronok. ada disediakan taman permainan...

gambar ni diambil oleh Afiq Khair. pagi ahad, 20 feb tu...kami dah pegi ke tapak sukaneka. kononnye nak suruh Iman dan Afiq Khair join bersukaneka. tapi diorg tanak. seronok lagi diorg main kat playground yg berdekatan tu. maka nye, kami just lepak2..tgk org bersukaneka la. dah anak2 tanak join, mama dan abah pun malas le join apa2 acara sukaneka tu. ada gak acara utk para ibu dan bapa. bila cuaca dah mula panas...dah tgh hari...perut pun lapar..kami pun balik umah....

Labels: , , ,

Wednesday, March 02, 2011

Udon



Dah beberapa hari kepingin nak mkn udon. mlm tadi try buat kat umah le utk dinner. semalam, mi udon nye beli kat Jaya Grocer kat bangunan opis aku tu. RM1.90/pack. beli 3 pack utk 5 beranak mkn. itu pun tak abis sekali mkn. tinggal sikit lagi, boleh aku bawak bentou utk hari esoknye (hari ni le..)



kuahnye ikut style macam yg buat utk Soba je le. cuma, utk udon ni, masa pun dah suntuk...perut dah lapar...lepas solat Isya' baru nak tenggek periuk atas dapur...maka nye sayur2 , fish cake semua aku lebur sekali dlm periuk tu. tgh masak tu, ABANG komen..."ni nak masak udon ke, masak kuah rebus ni? bau macam merebus je..." ahahaha... apa -apa la cik ABANG ku sayang. janji ada mi udon nye. kuah dia ikut suka cik ADIK comel ABANG ni le nak buat macam mana gaya, rupa, bau nye eh.... masak dgn sepenuh jiwa, setaman cinta dan segunung sayang tau..heheh. gomen ne (sori ye), mari le mkn bersama sama.. peyut dah lapo!
emm..sedap jugak. (aku sendiri yg kata!). kena ada daun bwg, halia parut dan wasabi. baru ada umph!

Labels: , , , ,

Tuesday, March 01, 2011

CAPTURE THE MOMENT CONTEST






Cikpuan Ume dah kena tag oleh Cikpuan Sari Yusa. Terima kasih Sari. ni kira contest gak ni. kena boh gambo yg kita suka ke...gambo apa2 la yg sesuai..gituk.

So, aku mau berkongsi gambar yg ni le.... gambar ni, 2 hari sebelum majlis kawin adikku Misa pada hujung thn lalu. tetamu yg dtg bukan hanya pada hari kenduri. ada juga yg dtg awal beberapa hari sebelum kenduri dan beberapa hari lepas kenduri. so, kalo bukan hari kenduri, tetamu yg dtg tu pun kena gak tuan rumah sediakan mkn minumnye. abis tu pinggan mangkuk cawan gelas semua tu kita tuan rumah la kena basuh...kan? ni, acara gotong royong mencuci pinggan2 kotor le ni. abah aku, adik iparku Fazmi (suami Ida, yg duduk sebelah abah), dak kecik yg berbaju kuning tu nama nye Nabil...anak sedara ku/ anak kpd Baya, dak kecik baju biru tu anakku tercinta...Iman, dak kecik yg tanak toleh kat kamera tu ialah sepupu ku...geng bermain anak2 ku bila balik kg...nama nye Azam, dan yg berdiri tersenyum manis hensem tu adalah my kekasih hati yg tersayang!! heheh.. bergilir gilir org lelaki tolong cuci pinggan2 ni. kanak-kanak la paling syok sbb depa nak main air!!

ish...pjg lebor lak celoteh. anyway, nak tag gak kat kwn2 lain. tapi bila tengok details kat sini , rerupa nye contest dah tamat pada 25 feb. akkakakakkak!!! lambat sungguh acik ume ni kan. anyway, takpe le. nak tunaikan amanah kat Sari gak le. buat gak tag ni. hehehehhe... sbb contest dah tamat tarikh nye, aku tak le tag kat sesapa pun eh. so, entry ni khas buat Sari, khas juga buat semua pengunjung blog Umeboshi ni eh. terima kasih atas kunjungan anda yg tak jemu2 tu.. sekian!!!

Labels: , , , , ,