Thursday, March 10, 2011

PPUM

Tadi ABANG mms gambo ni. Rerupa nye Afiq Khair pun ikut ABANG ke PPUM.





Hari ni ABANG amik coti. nak kena bawak my MIL ke PPUM. follow up check up. selama ni adik beradik lain yg tolong bawak. kali ni ABANG lak amik giliran.

selagi mak abah kita ada ni la, selagi boleh kita sama2 berbakti dan cuba buat mereka gembira serta senang..kan?

aku harap, aku sentiasa menjadi isteri yg menyokong setiap usaha ABANG utk membahagiakan my parents in law dan mak abahku sendiri serta family kami. belum byk lagi usaha kami utk membalas jasa diorg. mmmm, tak terbalas kot. jasa mak abah kita laaaaaaagi menggunung byk nye buat kita selama ni.

balik kg weekend baru2 ni, mak aku cerita.. yg abah aku tak sihat itu hari ...cirit birit, muntah2, demam dan sampai tak boleh bangun tu...mak kata, abah nangis2. abah cakap kat mak, "alhamdulillah bukan tinggal sorang2, ada teman kat rumah. anak ramai pun, tinggal berdua gak susah payah macam ni..." aduih, sedih lak aku dan adik2 mendengar nye. masa tu yg ada cuma aku, baya dan ida. baya siap mengalir air mata ..sedih bila dgr macam tu. lebih2 lagi bila mak kata.. "kalo mak yg pegi dulu, macam mana la abah agaknye. mesti abah tak boleh ke mana2. kalo mak yg ditinggal, sakit susah macam mana pun, mungkin boleh gak la mengengsotkan badan ke bilik air ke...ke mana ke..." huhu....

semoga kita sama2 ikhlas dlm berbuat kebajikan kpd family, parents, sahabat, org lain...dan sesapa saja lah. Ya ALLAH, kurniakanlah kami kesihatan yg cemerlang sentiasa, permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat! amiiiiiiin!


PS: Asha Zahra pun tgh ON OFF demam. sejak last week kena demam dan selsema. asal ptg hingga mlm je...badan dia panas. kasi ubat demam, mau le kebah sket. tapi itu le... tak sembuh sepenuhnye...

Labels: , , , , ,

4 Comments:

At Thu Mar 10, 08:24:00 PM, Blogger KakNi (CikNi Ahnie) said...

Parent mesti macam tu kan, mesti tak nak stay dengan anak2 walau macam mana pun... My MIL pun anak ramai tapi dia tak nak duduk di rumah anak2. Anak2 pulak susah jugak nak duduk kat umah dia sebab tak de kebebasan (buat itu tak boleh, buat ini tak boleh, walaupun dah jadi mak/bapak orang), so macam mana kita nak selesaikan masalah macam ni ye?
Kita bukan tak nak jaga parent kita. Saya tengok banyak dah kisah seperti ini diceritakan tapi tiada penyelesaian lah... camno tu?

 
At Fri Mar 11, 04:30:00 PM, Blogger umeboshi said...

K.Ahnie.
tu le. ume sendiri pun tak tau the best settlement. kita pun ada komitment keje dan lain2 kat sini. yg boleh dilakukan...doa utk kesejahteraan mak abah kat kg. kalo ada apa2 emergency, kami akan cuba drive segera pulang ke kg. huhu!

 
At Sat Mar 12, 08:35:00 AM, Blogger Name: Wah said...

Noora.. mmg sedih bila tau org tua kita sakit kan. Tak habis lagi nak berbakti. Sy dan sam pun cuba sehabis baik utk senangkan hati org tua kami. Pentingnya kita kerap balik jgk diorg. Saya pun kesian ngan mak mertua yg dok sensorang tp ada anaknya yang tak tau nak balik jgk maknya.

 
At Tue Mar 15, 10:44:00 AM, Blogger umeboshi said...

wah...mmg risau hati ni kalo tau mak abah tak sihat. nak terus terbang balik jenguk diorg. saya pun cuba sedaya upaya utk selalu balik. hari tu MIL saya kata, dia seronok kalo ada anak cucu dia balik kg. rasa meriah sket umah kata nye. owh...kesian nye. mak abah saya pun kalo tepon, mesti tanya..."tak balik ke?"..

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home