Sunday, January 11, 2015

2015 sudah

Assalamualaikum.
Lama sungguh x buat entry.
Kalo rumah, dah berabuk bersawang dan lantai/dinding kayu pun dah ada yg reput kut.
Dari hari ke hari ,mmg mau buat entry.
Tapi, niat pendam saja lah di hati.
Kerja di office mmg sgt busy.
Lagipun ,office bukan milik sendiri.
X boleh buat benda lain sesuka hati.
Lagi pula, takut nanti dipersoal Allah di Kemudian Hari.
Di rumah pula, byk tuntutan lain harus dipenuhi.
Anak anak semakin besar dan tumpuan lebih harus diberi.
Ditambah dgn usia makin tua ni, cepat betul letih dan mengantuk hantui diri.
Malas pun satu hal juga.
Oh....semua nye alasan lah,kan..

Dan....utk semua ..Selamat Tahun Baru 2015. Mg thn ini bawa lebih byk kebaikan utk kita. Moga sentiasa sihat, bahagia dan dirahmati Allah. Mungkin dah takde sapa yg baca entry ku...haha!

Esok mula sekolah. Harap anak2 mudah utk dibangunkan pepagi hari. Iman akan naik tahun 5.. Afiq Khair thn 2... Asha Zahra masuk tadika 6thn. Alhamdulillah makin besar anak2... Boleh diharap utk minta tolong apa pun..cuci toilet, cuci kereta, kupas kentang, lipat pakaian....etc. Mama happy doh!

Doa ku juga, moga air bah cepat surut. Moga dipermudahkan semua urusan mangsa banjir, sukarelawan dan semua yg berusaha utk mmbantu menangani masalah banjir. Moga mereka kuat , tetap iman dan sabar selalu. Amin!

Sunday, March 09, 2014

Pembolehubah...

***hari ni aku kena belajar pasal "pembolehubah"...gara2 nak terangkan kat Iman. Pelajaran sains tahun 4.
1)pembolehubah dimanipulasi
2)pembolehubah bergerak balad
3)pembolehubah dimalarkan

Mari kita belajar! Aku amik ,copy n paste dari http://cikguhamzah.wordpress.com
Syukran jaziilan cikgu hamzah suleiman...

*****************************

Pemboleh ubah ialah sesuatu yang boleh diukur, seperti saiz, tinggi, bilangan, luas permukaan, dan lain-lain.

Pemboleh ubah dimanipulasi ialah ukuran yang ditetapkan oleh kita. Kita yang tetapkan. Hanya berlaku sebelum dan semasa uji kaji.

Pemboleh ubah bergerak balas ialah ukuran yang terhasil akibat eksperimen/uji kaji. Kita hanya memerhati dan membuat ukuran hasilannya.

Permboleh ubah dimalarkan ialah ukuran yang tidak terlibat dalam uji kaji tetapi mesti sama supaya uji kaji kita sahih.

Contoh: Ujian ikan yang dibela dalam akuarium yang kecil dan akuarium yang besar.

Pemboleh ubah dimalarkan : Bilangan ikan. Maksudnya: Bilangan ikan dalam akuarium kecil dan akuarium besar mesti sama banyak. Saiz ikan. Maksudnya saiz ikan mesti sama dalam kedua-dua jenis akuarium. (pemboleh ubah dimalarkan ada banyak yang boleh diterima) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Saiz akuarium. Maksudnya: Saiz akuarium telah ditentukan sebelum eksperimen. Pemboleh ubah bergerak balas : Saiz ikan. Saiz ikan tidak sama, berlaku perubahan saiz selepas diuji kaji.

Didapati, saiz ikan di akuarium yang besar lebih besar berbanding saiz ikan di akuarium kecil kerana ruang yang ditetapkan.

Labels: