Friday, February 25, 2011

Buat Yang Jauh di Mata Tapi Dekat di Hati

Pucuk pauh delima batu
Anak Sembilang di tapak tangan
Sungguh jauh beribu batu
Saya di sini di lupa jangan!

ps: selamat berhujung minggu!!!

Labels: , , ,

Thursday, February 24, 2011

Mimpi Iman

pagi tadi...kol 5am, time mama kat bwh cari baju sekolah Iman utk di-iron, tetiba terdengar ada org dok turun tangga. (ABANG dah bertolak ke Tawau).

rerupa nye Iman. awal lak dia bangun. bila Iman nampak mama, terus dia berlari turun tangga dan peluk mama. Iman kata; "Iman mimpi takut la mama". sambil menangis teresak esak dia. mama tanya, Iman mimpi apa? tu kan mimpi aje... then, Iman kata; "Iman mimpi Acha, Afiq dgn Iman kena tangkap dgn org jahat..." owh...kesian Iman. mama pujuk2...suruh dia baring sambung tido. sementara mama iron baju.

akhirnye, sampai ke pukul 6am Iman tak tido. dia dok termenung tepi katil mama. Iman kata dia tak bleh nak tertido. bila mama kata dah pukul 6, terus Iman bangun pegi mandi.

huhu...Iman sayang, jgn takut. mimpi tu mainan tido je. mama sentiasa mendoakan agar anak2 mama semua nye sihat sejahtera dan selamat selalu. I love you all forever!!!

ps: Afiq Khair mlm tadi byk kali muntah2 n cirit birit. takmo mkn. takmo minum. huhuhu... ingatkan hari ni nak rehatkan dia kat taska...atau kat umah (terpaksa le mama dia amik cuti lagi). tapi Afiq Khair berkeras mau sekolah. so, siapkan gak le dia utk ke sekolah pagi tadi. cuba kasi ubat tahan muntah dan ubat buang angin sebelum mandi. lepas mandi, dia mau mkn koko-krunch dgn susu. ok la. tak muntah. dia mkn sikit je. pastu tgh hari tadi cikgu sekolah dia sms, Afiq Khair ok je. mau main2 kat playground dan mkn mihun. alhamdulillah. moga sihat cepat ye anak mama yg comel!

Labels: ,

Wednesday, February 23, 2011

Menu Semalam


Semalam, aku terpaksa amik halfday Off. tgh hari time aku nak mkn bentou, taska called. kata nye Afiq Khair demam, naik bintat2 merah kat badan dan Afiq Khair pun nampak muram dan nak nangis aje. maka nye tak jadi aku nak mkn. terus tepon boss yg ada kat Penang sana...minta izin utk balik.

Amik Afiq Khair kat taska, terus bawa p klinik. dpt le ubat demam, antibiotik, tahan muntah dan utk cirit birit. sejak hari isnin mlm mmg Afiq Khair dah mula panas badan nye. muntah2 dan cirit birit. tapi, pagi semalam, dia nampak OK. tu yg aku hantar juga dia ke taska dan siap2 utk ke sekolah.

balik dari klinik. aku layan kerenah Afiq Khair. kejap nak minum air..kejap nak ke toilet.. kejap termuntah muntah.. kejap nak susu (tapi dia tak minum pun susu tu. cuma pegang je botol susu dia tu sampai tertidur.). ptg, bila bangun, Afiq Khair mintak nasi nak mkn dgn sop sayur. nak sosej sekali kata nye. kelam kabut aku panaskan nasi dan masakkan sayur berkuah bening. mau gak le dia mkn.

mlm tu, time org dinner... Afiq Khair muntah2 lagi. muntah angin. perut kosong..tapi dia takmo mkn, takmo minum dah. takut muntah kata nye. aduhhh...kesian Afiq Khair.

mlm tadi sempat aku sediakan daging masak berempah. senang je. tumbukkan je le rempah2 yg ada...seperti lada itam, jintan manis, jintan putih, lada sulah, bawang putih, bwg besar..dan beberapa jenis rempah lain yg nama nye pun aku tak tau. ehehhe..lepas tu, gaulkan semua tu kat daging. boh la serbuk kunyit sket dan serbuk kari sket...serta garam gula ikut suka. perap selama sejam. kemudian, bakar atas kuali. boh minyak bijan sket. agak2 dah masak, angkat dan hidangkan. senang!

kisah Afiq Khair...mlm tgh tido, dia bangun. kejutkan ABANG....dia dah tercirit birit kat pampers. kesian sungguh. offer susu pun dia takmo. aduih...sure kelaparan tu. aku boleh dengar bunyi perut dia berkeroncong tu. bila kami kata, esok (hari ni le..) takyah sekolah la ek. tapi Afiq Khair berkeras...mau sekolah jugak.

emmm...pagi tadi, kami tak mandikan siap2 dia macam selalu. angkut aje ke taska. mandi dan bersiap pakaian sekolah kat taska je la. semoga Afiq Khair cepat sembuh, cepat sihat, cepat ceria dan boleh bermain dgn Abang Iman dan Asha Zahra!! sayaaaaang anak mama!!

Labels: , ,

Tuesday, February 22, 2011

Dari blog Am

Aku rasa terpanggil utk menyebarkan hal ini. rentetan pergolakan di Libya..saudara seIslam kita kat sana sedang dlm kesusahan. Aku amik dari blog Am (kwn lama ku sewaktu sama2 di MRSMJ...masa form 4, form 5...).

sama2 lah kita berdoa moga kita dan seluruh muslimin muslimat di mana pelosok dunia pun, akan sentiasa di dalam kerahmatan ALLAH..akan sentiasa selamat, aman damai dan dijauhkan dari sebarang bencana, serta diberikan kekuatan, kesabaran dan keimanan yg teguh! amiiin Ya Rabb!!!

Nukilan Am:-
Kumpulan penyelidikan kami terdiri daripada 16 pelajar sarjana dan 4 pelajar PhD termasuk saya. Ada 2 orang pelajar antarabangsa yang berasal dari Libya. Ye, Libya yang sedang bergolak dengan sangat dasyat. Aassad selalunya sangat periang dan gemar mengusik akan tetapi semuanya sirna setelah pergolakan bermula. Nagla berendam airmata...Aassad juga begitu. Perkhabaran yang diterima pada hari ini lebih menyedihkan dan kami semua tumpang berdukacita...zalimnya manusia....kerana pangkat, harta, pengaruh...seolah-olah semuanya boleh dibawa ke dalam kubur nanti..Sepupu-sepupu dan saudara rapat mereka dibunuh kejam ketika mempertahankan kehormatan dan maruah ahli keluarga masing-masing. InsyaAllah moga mereka diterima sebagai mujahid dan mujahidah. Semoga syurgalah tempat mereka yang kekal abadi...
Saya tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan apa yang terpendam di lubuk hati. Seruan saya buat semua pembaca...buatlah solat hajat setiap waktu terluang. Doakanlah keselamatan dan mohonlah agar Allah hancurkan kejahatan pemerintah-pemerintah yang zalim dan menindas sebegini rupa. Bacalah Qunut Nazilah....bacalah sahabat-sahabat. Berhentilah berbicara tentang beg tangan mahal atau parti-parti yang dihadiri....saudara-saudara kita sedang menderita di bumi sana.....marilah kita sama-sama berdoa agar mereka selamat dan keamanan akan kembali pada mereka...kasihanilah mereka...kasihanilah mereka ya Allah....selamatkanlah mereka dan musnahkanlah pemimpin-pemimpin yang mendustai amanah yang mereka pikul.....Ameen....

Nota : Pertama kali, kami semua berkumpul membaca surah Yasin dan juga Qunut Nazilah. Nagla broke down...kasihan dia..semoga ukhuwah dan sokongan kami semua mampu menyumbang kekuatan buat Nagla. Aassad sudah pulang dan menuju ke kedutaan Libya di KL.

Labels: ,

Monday, February 21, 2011

Alif Ba Ta

Hari Jumaat lepas...mlm sambil rehat2 depan tv...Afiq Khair dan Iman sibuk melukis, mewarna. tiba2, AFiq Khair bercerita...

Afiq Khair: Mama...Abah...tadi kat sekolah Aliff buat kiter. dia cucuk mata kiter..
( sejak bersekolah ni, Afiq Khair mula membahasakan diri nye "kiter" atau "saya" ...sgt comel, kan??)

Mama: kenapa dia buat camtu... Afiq jgn buat kat org macam tu tau..

Afiq Khair: mana ada! Kiter x buat!!

Mama: iye lah..iye lah. eh, apa nama adik Aliff tu?
( Aliff ni ada adik perempuan...umur 4 atau 5 tahun gitu. Aliff dah 6 thn..)

Afiq Khair: ha?

Iman: nama adik Aliff apa?

Afiq Khair: Alif Ba Ta!

Mama/ Abah: Ahahahhahahahah!!!
(org tanya nama adik Aliff tu apa la.... dia pegi alif ba ta pulak..)

Labels:

Friday, February 18, 2011

Surau Sec 9 Putra Heights







Last week, Sabtu...ABANG ada training sehari suntuk. Aku je la yg handle anak2.






Ptg tu, lepas mandi...aku siap2kan anak2. bercadang nak bawak diorg ke surau sec 9 putra heights. nama je surau, tapi agak luas le surau tu. pas tu, dah diiktiraf, boleh buat solat jumaat pun kat situ.






sabtu tu, itu le 1st time aku jejak kaki ke surau tu. surau Baiturrahman kut tak silap nama nye. dgn anak2 je. ABANG belum balik umah. risau gak, kot tak terhandle 3 org dak kenit tu sementara aku solat. anyway, alhamdulillah semua OK. Iman, aku suruh p solat kat bahagian lelaki, dia takmo. nak dgn mama juga kata nye. dia takut kena culik. ahaha...maka nye, aku suruh le dia p solat kat bahagian luar dewan solat muslimat. Afiq Khair dan Asha Zahra, dok dendiam kat tepi aku sementara aku solat Maghrib.






lepas Maghrib, ada kuliah. nak dekat Isya', ABANG dah ada kat surau. anak2 pegi kat ABANG pulak. Afiq Khair dah mula nak bermain. Asha Zahra pun join sekali. tapi, tak lama tu, Asha Zahra cari mama...sbb nak mimik. mimik mimik mimik...terus terlena. sampai mama selesai solat Isya', Asha Zahra lena.






lepas solat Isya', ada kenduri tahlil pulak. lepas tu ada makan2. alhamdulillah. rezqi kami. byk juadahnye. lega, mlm tu takyah aku sibuk2 nak prepare dinner. semoga tuan yg sponsor kenduri mlm tu mendapat lebih byk rezqi dan keberkatan. amiiin!






anak2 dah seronok nak solat kat surau/ masjid. tiap kali masuk waktu solat...especially nak Maghrib tu, Iman dan Afiq Khair sibuk ajak p surau/ masjid. kalo hari bekerja, mmg kami tak terpergi surau le. balik umah dah lewat.. nak settle hal2 sekolah anak2 lagi...laundry dan keje umah lagi. (mmg alasan nye byk ek...). yg mampu, kami solat berjamaah kat umah je le.


aku kata, Iman ngan Afiq Khair pegi je le surau dgn abah. mama kat umah dgn Asha Zahra. tapi Iman kata, Iman nak mama pun pegi solat kat surau. Iman seronok kalo kita 1 keluarga solat sama2 kat surau. rasa bahagia ...kata nye. wahhh..aku syahdu lak dengar Iman kata camtu.



aku ingat, kalo hari coti mmg nak p solat jamaah kat surau tu ...sekali dgn ABANG dan anak2. nak membiasakan anak2 dgn surau/ masjid. nak mengimarahkan surau/ masjid. masa maulidurrasul, aku dengar ceramah ustazah Anis (yg selalu keluar kat TV astro Oasis dan TV9 tu..), kata nye...kalo para suami p solat jamaah kat masjid/ surau..pahala sang suami akan sampai ke isteri. so, isteri harus menggalakkan suami utk pegi solat berjamaah kat masjid/ surau. kemudian, tempat terbaik buat isteri utk bersolat ialah di dalam biliknye sendiri. so... isteri tak digalakkan la ek bersolat kat masjid/ surau? aku pun tak sempat nak bertanya kat ustazah. sahabat2 kat luar sana kalo ada pendapat dan ilmu yg nak dikongsi, sila la utarakan kat kotak komen umeboshi ni ye... yoroshiku!
OK, selamat berhujung minggu semua. Iman esok ada sekolah ganti sempena coti CNY yg lalu.

Labels: , , , , , ,

Thursday, February 17, 2011

Airmata hari ini

airmata ku hari ini beberapa kali gugur. utk beberapa sebab. pada berlainan jam dan masa.

1. bila aku masuk parking kat subang parade, aku tengok masa yg di-print kat kad parking adalah 8.01am. serta merta air mata aku mencurah curah keluar. macam x boleh berhenti. terasa macam sampah je usaha aku pagi tadi...bangun awal, siap awal, Iman pun bangun awal, keluar rumah awal..berkejar hantar Iman ke sekolah dan Afiq Khair ke neseri...pecut kereta keluar dari Putra Heights...tapi, x dpt jugak nak masuk parking sebelum pukul 8am. letih mental, lelah fizikal. bukan nye apa...membayangkan yg aku kena bayar parking RM10 utk hari ini sbb masuk parking lepas pukul 8am. kalo masuk parking sebelum pukul 8am, dpt le bayar RM3/ entry. tu yg aku sedih yg amat. nanti masa keluar nak bayar duit parking ptg ni, aku nak buat muka sedih, nak merayu kat pegawai yg jaga kaunter bayaran tu..supaya diskaun kat aku. supaya pejam mata je...kasi kesian kat aku...bayar RM3 utk entry aku hari ini. tolong lah saya!

2. bila dpt sms ABANG yg berbunyi... "No prob..Apa yg penting.. Kerjasama.." nangis syahdu dan terharu. Aku percaya dan sedar yg aku masih ada orang2 yg tersayang utk aku ngadu nasib, utk aku numpang susah senang dan mohon bantuan serta sokongan. Moga kasih dan sayang serta ukhuwah kami tak akan putus.. Ashita mo ganbarou!!! (esok pun mesti usaha habis baik..).

3. bila berkongsi cerita dgn opis-mate (ms.SW). hal wang juga. diri sendiri dok struggle berjimat cermat. nak mkn yg mewah2, nak belanja apa2 pun, dok kira budget dan sekat nafsu. tapi at the end, terpaksa berhabis duit utk bayarkan duit yg org lain dok suka2 hati pakai. kesian kan..? aku tau, ms.SW dok tahan sebak depan aku...tapi aku nampak mata dia merah dan airmata bergenang je kat mata dia. aku pun diam2...termenangis gak. tak boleh tgk org nangis...aku pun berjangkit nangis gak. sebenarnye, aku sgt sayang kat ms.SW. sayang sebagai sahabat le. sebab dia juga la, aku masih boleh bertahan kat company ni. tapi kami berdua tahu yg kami pun sebenarnye sangat2 dah tak boleh tahan if kerja sampai nak abis bulan DUA pun gaji bulan SATU belum lagi masuk penuh. ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan utk hadapi semua dugaan MU ya ALLAH...dgn penuh keimanan dan kesabaran. amin!!

PS: semalam Iman terlupa bawa kertas lukisan utk subject pendidikan seni. Dia nak minta sehelai dari kwn dia. tapi kwn dia kata, kalo nak...kena bayar seringgit. hah?!!! terus Iman tak jadi mintak. sbb duit seringgit utk dia belanja mkn kat kantin. kalo beli kertas lukisan kat kwn, nanti Iman tak boleh mkn. (walhal mama dah bekalkan bentou. takde duit belanja pun, Iman still boleh mkn...). alhamdulillah cikgu boleh kasi kertas lukisan kat sesapa yg tak bawak. tapi next time kalo terlupa, cikgu kata kena bayar 20 sen kalo nak kertas lukisan cikgu. hebat sungguh kwn Iman tu. boleh pikir utk bisnes tu. baru darjah 1. mak dia bisnes tupperware dan ayah dia bisnes amway kot kan..??

Labels: , , , ,

Wednesday, February 16, 2011

Cekodok


Cekodok ke...jemput-jemput ke...cucur ke..semua benda yg sama la kan. tengok resepi dari blog k.maisya, macam menarik je bila dia kata, walau dah sejuk pun cekodok ni tetap lembut. tu yg semalam utk minum ptg, sungguh2 aku menggodek bahan2 utk buat cekodok ni.

resepi asal yg aku follow, boleh jenguk kat blog k.maisya ye. ni bahan2 yg aku buat semalam :-
1 mangkuk nasi sejuk
1 mangkuk air
1 suku mangkuk tepung gandum
sikit garam
setgh cawan bilis + udang kering
3 per 4 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
setgh btg carrot (dipotong halus)

cara2 nye:-
semua bahan di-blend, kecuali tepung dan carrot.
(tapi aku blend sekali gak le tepung tu. sudahnye, agak jem mesin pengisar tu. bahan2 sgt padat, tu yg dia takmo berpusing dgn baik pisau blend nye tu...).
lepas blend, masukkan ke dlm bekas. kacau rata dgn tepung dan carrot. kalo rasa agak cair, tambahkan le tepung. panaskan minyak dan mula la menggoreng.
mkn cekodok dicicah dgn sos cili Life, mmg sedap!! anak2 pun ligat pulun mkn.
sampai licin! alhamdulillah!

Thank you k.maisya sbb kongsi resepi. kiter sgt2 berpuas hati. mmg best!

Labels: , ,

Monday, February 14, 2011

Maulidurrasul

Esok Coti..yeayy!!
salam maulidurrasul semua.
coti bebaik. ramai2 la kita
bersolawat ke atas Nabi Junjungan kita
Muhammad S.A.W.

Take care and have a nice holiday.

Labels: ,

Sunday, February 13, 2011

Teh

Baca dari Berita Harian.. Artikel tajuk "kawal pemakanan elak penyakit". Aku dpt : elakkan le minum teh tarik masa mkn apa saja hidangan sbb ia boleh membantutkan pembentukan hemoglobin / sel darah merah dan akhirnye akan mengundang penyakit. Teh boleh diminum lps 2 jam selepas mkn. Gituk!

Friday, February 11, 2011

11022011

* gambar kopi McD yg enak. masa opis kat subang square, rajin lak aku berjln kaki p McD. minum kopi ni aje pun. bukannye ada mkn sampingan lain. hanya kopi McD utk breakfast on that day. ops..sebelum tu aku dah melantak sepinggan nasi lemak dari Ria Cafe.





entry kedua utk hari ni.

macam le hima (tak busy) sgt kan....sampai buleh ngarang pelbagai entry dlm 1 hari.


saja je mengabdikan nomo cantik ni. tarikh hari ni le...11 feb 2011 (11022011)!


hari ni ABANG ke Kuantan. semoga ABANG selamat kembali ke rumah mlm ni. apa nak mkn utk dinner mlm ni eh? p pasar mlm kat putra heights jom! dah ada dlm kepala ku...moi sup utara. moi tu bubur nasi le. sedap wo. ada hirisan daging, ada telur masin, ada sambal kicap. tapi, sambal kicap dia tak berapa best. sambal kicap yg aku bikin lagi superb! hah, perasan la kan!! RM4 utk semangkuk. besar gak mangkuk dia. itu baru moi nye. utk sup pulak, isi dlm plastik je.


uish, belum lagi moi tu ada dpn mata ku ini. dah mau bercerita pasal keenakannye. sabar la hati. sebenarnye idak le lapar mana pun. tadi tgh hari baru melahap bentou. bawak sendri dari umah. nasi putih, sup tomyam sayur, ikan susu (1st time aku beli Ikan Susu ni. baru ni le aku tau ada ikan nama nye Ikan Susu) goreng, sambal kicapku yg enak banget!


ok la. selamat berhujung minggu! sob..sob...sob...my hubby tercinta kena p training sabtu dan ahad ni. ikut hati, aku mau je balik kg sbb bila tepon mak semalam...dgr nye abah aku tak sihat. last weekend masa aku balik kg, mak yg tak sihat. demam, muntah2, ber*k2, tak lalu mkn segala. mak kata, lepas je we all balik ke putra heights, abah pulak kena macam mak tu. sama juga. demam, muntah2, ber*k2, tak lalu mkn...sampai tak larat bangun. nak ke masjid macam selalu pun tak larat. risau lak aku. tu yg aku ingin sgt nak balik kg. tapi, ABANG ada training lak. Adikku; Dikyah tak balik kg juga sbb ada mesyuarat. kalo Dikyah balik, mau aku join menumpang dia balik sekali.


aduh la hai. semoga mak dan abah cepat sihat. semoga sihat2 selalu. amiiin!!! aku mendoakan dari jauh ye... Ya ALLAH, perkenankan lah mohon ku ini.

Labels: , , ,

Pizza Love

* Pizza Love...abaikan le rupa nye yg hitam tu. tapi rasa nye sedapp!

Pagi tadi ABANG keluar umah awal betul. hari ni keje kat Kuantan. tu yg kena bangun awal2, keluar umah awal2. belum kol 4am ABANG dah bangun. cikpuan Ume lak, kol 4.30am baru bangun.




lepas ABANG keluar, sempat le aku dok prepare bentou (bekal)...utk Iman dan aku sendiri. mudah je. dlm peti sejuk ada roti yg dah expired. sayang nak buang. roti pun elok je lagi. maka nye, aku gunakan le roti tu utk bentou hari ni. jadi le Pizza Love ni... pizza utk org yg malas menguli tepung macam aku..




Bahan-bahan:-


3 biji telur ayam bersaiz kecil (dipukul)


5 keping roti (dikoyak kecik2)


2 sudu mkn mayonis


4 sudu mkn susu segar


sikit garam, gula, serbuk lada putih


1 ulas bwg putih (ditumbuk halus)


sikit bwg besar (ditumbuk halus)


1 btg sosej ayam (dipotong halus)


(boleh boh apa2 bahan lain ikut suka. masukkan kobis ke, daun bwg ke, carrot ke, cili besar ke...potong halus2).




Cara-cara:-


1) campurkan semua bahan kecuali roti dan sosej. pukul rata bahan2 tu.


2) masukkan roti dan sosej. gaul rata.


3) panaskan kuali (apa nama kuali nye...yg masak atas kuali tu pun takyah boh minyak..)


4) letakkan silicon berbentuk Love (aku beli kat kedai 100¥) atas kuali. pastu tuangkan le bahan2 tadi ikut bentuk Love tu. tutup kuali dgn tutup periuk atau penutup kuali. agak2 le masa nye. pastu terbalikkan bahan2 tadi. masa ni silicon dah boleh ditanggalkan.


5) ulang le masak bahan2 tu dlm silicon sampai abis.


6) siap! boleh dimakan begitu aje. tak pun cicah dgn mayonis dan sos cili. sedap!
* bentou Iman. 1 bekas isi 2 keping pizza love. 1 bekas utk KAFA dan 1 bekas lagi utk sekolah kebangsaan..

Labels: , ,

Thursday, February 10, 2011

Alasan

dia agak baru le kat opis ni.
hari tu dia kata, takde namecard...tak boleh nak keluar buat sales. kalo takde namecard, segan nak jumpa org. then, namecard dah siap. dah kasi pun kat dia. tapi idak juga keluar buat sales. idak juga bertambah new client...

la ni, gaji tak masuk penuh. dia kata, macam mana mau keluar buat sales. duit utk isi minyak dan belanja masa keluar nanti takde. so, tak boleh la buat sales juga...

oh, gitu eh?

dia pesan suruh aku request kat company yg buat yellow pages tu mai hantar buku yellow pages. aku tak tepon. tapi aku fwd kat dia website yellowpages tu kat dia. boleh download contact details mana2 company yg kita mau lalu website yellowpages tu aje. senang kan?

harap je gaji besar, ntah brp kali ganda dari gaji aku, tapi semua mau kena kasi tau. semua kena sogok suap kat dia dulu...baru mau gerak. tu pun tak sepenuhnye bergerak. owh, tak semesti nye bergaji besar, berjawatan besar, buleh buat keje tanpa guidance ek? kuli pun boleh guide dia. kuli pun boleh tunjuk ajar dia. kuli pun kena kasi tau sama dia...apa yg kena buat, mana mau cari, dari mana boleh dpt..begitu begini. serba serbi lah! owh, baru ku tahu!!

dah le suka buat lawak bodoh. tak kelakar pun!

ops...sorry. cikpuan ume melepas sesak di dada ni. nak luah kat FB, ramai sgt kwn aku.. (ye ke?). pastu, ada link lak dgn opis-mate. hohoho.. opis-mate pun bukan le ramai mana...

Labels: ,

Wednesday, February 09, 2011

Sabah Lagi


kisah jalan2 ku sekeluarga masa di Sabah tempohari. (Gambar2 kat Sabah ni, ku cilok dari adikku..Ajer dan Diba. ada gak le yg dari kamera henpon ku...)

Khamis, 27/1/2011.


mak, abah, busu Ipah dan sepupu kami (Ejal) bertolak dari kg terus ke LCCT. Aku pulak sekeluarga, dan adik2...Dikyah, Ida & Fazmi, dan Ajer berkumpul kat putra heights. bertolak naik 1 kereta (jiranku), 1 teksi (Wak teksi...dulu2 masa aku keje FSAP, selalu minta tolong dia deliver urgent brg ke clients. pastu, ABANG pun kalo nak p airport, minta tolong dia juga utk hantarkan). kol 4.30am keluar dari umahku menuju LCCT.


Lepas solat subuh, kitorg bergegas utk naik flight. penerbangan kol 6.50am. sampai Kota Kinabalu (KK) dekat kol 9am. ada van yg Duan & Misa arrange-kan utk pick up kami kat airport menuju ke hotel. Marina Court Resort Condominium . apartment 3 bilik tidur. sgt puas hati. ada dapur dan perkakas2 utk memasak. tapi sepjg kat sana, tak sempat pun nak masak2. masak air aje le. makanan, kami tapau dari luar..



ptg, masing2 berjln kaki menuju Handicraft Bazaar (Pasar Filipino). ada bahagian jual manik2/ mutiara/ cenderamata... ada pasar basah, ada pasar jual buah2, ada pasar jual brg2 kering (ikan kering/ udang kering/ kuih cincin/ etc...).




Jumaat, 28/1/2011.


bertolak dgn 2 buah van. 15 dewasa, 6 kanak-kanak. tujuan utama nak ke kaki gunung Kinabalu. on the way ke sana, singgah di Nabalu utk toilet, tengok2 pemandangan Gunung Kinabalu, beli cenderamat dan berehat kejap.



2 jam lebih juga le utk sampai ke kaki gunung kinabalu, perjalanan dari hotel kami. sejuk!! anak2 kesejukan. aku pun terlupa nak pakaikan anak2 dgn pakaian yg sewajarnye. lagipun tak tau, kat sana sejuk macam tu sekali. cuaca mendung pulak tu. tak berapa clear utk tengok pemandangan Gunung Kinabalu dari kaki gunung nye tu.


Sempat juga ke Kundasang..terkenal dgn jualan sayur2, buah2, bunga2 yg segar. mak abahku membeli buah salak. aku cuma beli jagung aje.







Lepas tu ke Jambatan Tamparuli, kemudian baru le pegi cari tempat mkn utk lunch. hujan lebat masa tu. anak2 aku pun semua nye bad mood sbb diorg baru je terlelap, dah nak kena turun utk mkn. tu yg masing2 ngamuk sakan. Iman yg dah nak masuk 7 thn tu pun bleh nangis2. huhu.. tapi, bila makanan sampai, alhamdulillah semua nye OK. mkn dgn berselera.


lepas mkn, kitorg menuju ke rumah pakcik kitorang kat Kg. Meruntum, Putatan. Umah Angah Aris ni terapung kat atas laut. idak le terapung mana...ada gak le tiang yg dipacak ke dasar laut tu utk mengampu tapak rumah nye. rumah dia luas. seronok sgt...luas mata memandang...terus je boleh nampak laut!! Subhanallah! Sebelum Maghrib, bertolak ke rumah Abang Sani (anak kpd Angah Aris). rumahnye pun tak jauh dari hotel kami dan tak jauh dari airport. siap mkn2 kat sana. nasi berlauk ada, mi grg ada, pisang goreng ada, tembikai pun ada. kenyang! alhamdulillah. moga mereka sekeluarga dilimpahi rahmat dan lebih byk rezqi. Aminn! layanan pun sgt superb!!


mlm tu lps balik hotel, adik2, mak dan busu ipah keluar menuju Uptown. uptown nye pun, kol 10pm dah sibuk bersiap siap nak tutup kedai. memula aku tanak pegi. dah terlena pun. tapi Afiq Khair ngamuk sakan sbb nak ikut diorg2 tu keluar. maka nye aku dan ABANG pun keluar le berjln kaki ke uptown. Iman tinggal dgn Ejal dan abahku kat hotel. (ada kisah pasal Iman..nanti2 bila free aku karang cerita nyer...). sampai uptown, Afiq Khair dah terlena kat dukongan ABANG. kedai pun masing2 dah nak tutup. hohoho...


Sabtu, 29/1/2011.


kol 8 setgh am bertolak ke Beaufort. kenduri kat kg Duan. nama kampung dia...Kg Padas Damit.



kol 11 setgh sampai sana. aku pun siap boleh terlena dlm van tu. anak2 pun tido. dekat kol 2pm, we all keluar dari rumah kenduri. singgah solat kat surau yg berhampiran. sebelum kol 5pm, dah sampai kat dpn Pasar Filipino. ada yg request nak shopping lagi. tapi aku dan ABANG tak lama kat situ sbb anak2 mengamuk. so, sapa2 yg dah settle shopping, kitorg balik ke hotel dulu la. kat hotel, aku, ABANG dan adikku (Diba) bawa anak2 bermain air. ada pool kat hotel tu. Mlm tu, diorg ke uptown lagi. aku sekeluarga lepak dpn tv. tgk bola...selangor lwn Kelantan. selangor kalah!!




Ahad, 30/1/2011


kol 12 tgh hari check out hotel. p airport kat KK. sempat jumpa sepupu aku...Kak Leha sekeluarga. diorg dok kat KK. flight kol 2.05pm. lepas solat kat surau, terus je kitorg sibuk2 naik flight. alhamdulillah selamat kembali ke semenanjung. mak, abah, busu ipah, ejal terus balik ke kg. Paksu (suami busu ipah) dtg jemput. kitorg...geng2 yg masa pegi hari tu bertolak dari putra heights, kena sewa 1 van dan 1 teksi utk balik ke putra heights. (total kena bayar rm250 utk 2 buah kenderaan ni). kitorg ingat nak amik 2 teksi aje macam masa pegi hari tu. tapi syarikat yg menguruskan pengangkutan kereta sewa kat LCCT tu tak benarkan. sbb we all ramai. tu yg kena amik gak le van 1 buah dgn teksi 1 buah. anyway, alhamdulillah selamat sampai umah dlm hujan renyai2 gituk.



keseluruhannye...sangat seronok p jalan2 ke sabah. bukannye selalu boleh jalan2 cenggitu reramai dgn family tercinta. cuma nye, aku tak berapa byk meronda la. anak2 macam Afiq Khair dan Asha Zahra tu...byk kerenah. kecik lagi...memacam yg depa ngamukkan. penat..mengamuk! lapar...mengamuk! panas...mengamuk! ngantuk...mengamuk!! sabar je lah!!!!

Labels: , , ,

Tuesday, February 08, 2011

Kenduri kat Sabah

gambar dgn family sabah, dan family kami dari semenanjung! family aku berbaju merah/pink gituk..




My sister...Misa!!!


Kenduri kawin adikku; misa kat sabah. meriah jugak. ramai org kg dan sedara mara belah sana dtg. we all turun je dari van (sepjg kat sana, pengantin yg support transport utk kami ronda2), org2 kg bangun berdiri. dari tepi2 jln sampai ke halaman rumah, dan bwh rumah...semua org bangun macam nak nyambut menteri. kami turun dari van, masing2 dtg nyambut ...memimpin dan mengiringi kami ke meja mkn. memula dikasi mkn kuih muih... lepas pengantin turun bersanding, kami mkn nasi dgn pelbagai lauk pauk. ikan pelbagai jenis dan udang yg byk... mewah sgt dgn seafood. syok gituk! tapi aku x bleh mkn dgn aman dan puas hati sgt le... sbb Asha Zahra takmo diam. geram jek! anyway, alhamdulillah atas nikmat dan rezqi ALLAH yg amat enak itu. dpt sambal belacan dia yg sgt sedap. best!






lepas tu, we all jalan sana sini kat halaman umah kenduri tu..bergambar...dan ada sesi karaoke la pulak. ada band muzik...dan ada group gamelan..pihak keluarga sabah dok request supaya ada wakil dari semenanjung utk nyanyi. memula adik iparku (suami kpd baya) nyanyi lagu Madu dan Racun. lepas tu my beloved hubby nyanyi pulak...lagu apa eh..? Tinggal Kenangan kot tajuknye... Iman pun tau lagu tu!!!
bersungguh ABANG nyanyi...mmg sedap suara ABANG! ehhehe...





lepas Pyan dan ABANG nyanyi, wakil dari family Sabah lak nyanyi 2 lagu. lepas tu, pengantin lak nyanyi. lepas tu...we all pun beredar dari majlis kenduri tu.






kami pelik, tetamu atau org2 kg yg dtg kenduri hari tu, tak mkn nasi pun. ada yg dtg, terus je duduk2. ada tu, mkn gak le...kuih2 atau pun sekadar minum aje. mmg gitu ke ek kenduri kat sabah? yg dtg mkn nasi, cuma sedara mara atau kenalan yg jauh2 aje ke? tapi, umah Duan (menantu mak abahku yg Sabah itu) dah kenduri sejak 2,3 hari sebelum tu. mungkin diorg dah puas mkn kenduri umah Duan kut? ahahha..mandai je cikpuan ume ni buat andaian...






anyway, kami seronok sgt kat kenduri di sabah tu. mmg betul2 dilayan dgn baik sekali. alhamdulillah. moga ukhuwah yg terjalin akan bertambah erat. insya-ALLAH!

Labels: , , , ,

Wednesday, February 02, 2011

Entry ke-2

entry ke-2 utk hari ini.

esok dah mula coti CNY. Gong Xi Fa Cai semua!!! ops...kepada yg meraikannye saja. tapi kpd lain2 bangsa, still meraikan nye juga...errr...just sama2 bercoti lah. so, mlm ni ke... esok pagi ke... kami bertolak balik kg. yeayyyy! horray!! balik kg. nak bergossip dgn adik beradik kat kg.

pagi tadi dpt berita baik. boss kata Isnin ni kami boleh OFF. alhamdulillah. sambung coti le kami. total jadi 5 hari OFF day. khamis. jumaat. sabtu. ahad. isnin.

isnin sbb aku coti, aku pun ajak le ABANG amik coti. kot2 boss mau kasi dia coti. alhamdulillah boss ABANG baik hati. (puji sket!). ABANG boleh join horray horray dgn aku. sbb takde duit lebih2, kami just akan spend masa bersama je lah. will have a good of quality time just two of us. ABANG and me. dah lama tak dating berdua saja. so...kita enjoy! hantar anak2 p sekolah dan taska, breakfast, baca newspaper, tgk tv, masak2, lunch, kemas umah...uruskan anak2..kalo mau keluar, cuci je la mata kat mana2 yg kaki mampu jejak. syukur alhamdulillah!

kpd semua, happy holiday and take care. aku tak sabar mau balik kg. semoga selamat perjalanan kami balik ke kg, dan kembali semula ke putra heights. amiiin!

Labels: , , , , ,

Februari

dah masuk bulan Dua. tapi, gaji utk bulan Satu belum masuk penuh. tak sampai 50% pun dpt nye. bisnes tak begitu menggalakkan. tunggu payment dari client, yg ntah bila duit diorg tu akan kami terima. selagi depa tak bayar, selagi tu staff tak dpt duit gaji bulan Satu sepenuhnye. kesian kami. duit claim apatah lagi. gaji pun tak dpt penuh...kan..?

aku dah terfikir mau jeling2, mau jenguk2 cari keje lain. tetiba dpt email dari boss, "you are not permitted to resign. bla bla bla....". eh? aku takde cakap apa2 pun lagi. baru terdetik dlm kepala dan hati aje. owh, boss dah tentu terfikir pasal ni..kan..? ok, la. bulan ni sabar dulu. tapi sampai bila? aku bukan nye org kaya. simpanan pun takde byk mana. sekadar duit tabung haji, insurans dan ASB. gaji tak masuk pun, tapi life still need to go on. anak2 kena kasi mkn. yuran sekolah, yuran taska, duit transport, duit belanja sekolah etc. semua kena ada. hutang2 kami lagi...utk kereta, rumah, kad kredit, tepon, bil2 api/air..etc. semua perlukan duit. owh...owh...

takkan harapkan sepenuhnye kat ABANG... kesian ABANG. anyway, aku percaya, rezeqi ALLAH itu ada di mana2. selagi kita usaha gigih, selagi yakin dan sabar serta doa/ tawakkal kpd ALLAH, pasti ALLAH akan tunjuk jalanNYA. usaha..usaha..usaha!! (errr...mulakan step pencarian keje baru kah???).

Labels: ,