Friday, February 11, 2011

Pizza Love

* Pizza Love...abaikan le rupa nye yg hitam tu. tapi rasa nye sedapp!

Pagi tadi ABANG keluar umah awal betul. hari ni keje kat Kuantan. tu yg kena bangun awal2, keluar umah awal2. belum kol 4am ABANG dah bangun. cikpuan Ume lak, kol 4.30am baru bangun.




lepas ABANG keluar, sempat le aku dok prepare bentou (bekal)...utk Iman dan aku sendiri. mudah je. dlm peti sejuk ada roti yg dah expired. sayang nak buang. roti pun elok je lagi. maka nye, aku gunakan le roti tu utk bentou hari ni. jadi le Pizza Love ni... pizza utk org yg malas menguli tepung macam aku..




Bahan-bahan:-


3 biji telur ayam bersaiz kecil (dipukul)


5 keping roti (dikoyak kecik2)


2 sudu mkn mayonis


4 sudu mkn susu segar


sikit garam, gula, serbuk lada putih


1 ulas bwg putih (ditumbuk halus)


sikit bwg besar (ditumbuk halus)


1 btg sosej ayam (dipotong halus)


(boleh boh apa2 bahan lain ikut suka. masukkan kobis ke, daun bwg ke, carrot ke, cili besar ke...potong halus2).




Cara-cara:-


1) campurkan semua bahan kecuali roti dan sosej. pukul rata bahan2 tu.


2) masukkan roti dan sosej. gaul rata.


3) panaskan kuali (apa nama kuali nye...yg masak atas kuali tu pun takyah boh minyak..)


4) letakkan silicon berbentuk Love (aku beli kat kedai 100¥) atas kuali. pastu tuangkan le bahan2 tadi ikut bentuk Love tu. tutup kuali dgn tutup periuk atau penutup kuali. agak2 le masa nye. pastu terbalikkan bahan2 tadi. masa ni silicon dah boleh ditanggalkan.


5) ulang le masak bahan2 tu dlm silicon sampai abis.


6) siap! boleh dimakan begitu aje. tak pun cicah dgn mayonis dan sos cili. sedap!
* bentou Iman. 1 bekas isi 2 keping pizza love. 1 bekas utk KAFA dan 1 bekas lagi utk sekolah kebangsaan..

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home