Wednesday, February 23, 2011

Menu Semalam


Semalam, aku terpaksa amik halfday Off. tgh hari time aku nak mkn bentou, taska called. kata nye Afiq Khair demam, naik bintat2 merah kat badan dan Afiq Khair pun nampak muram dan nak nangis aje. maka nye tak jadi aku nak mkn. terus tepon boss yg ada kat Penang sana...minta izin utk balik.

Amik Afiq Khair kat taska, terus bawa p klinik. dpt le ubat demam, antibiotik, tahan muntah dan utk cirit birit. sejak hari isnin mlm mmg Afiq Khair dah mula panas badan nye. muntah2 dan cirit birit. tapi, pagi semalam, dia nampak OK. tu yg aku hantar juga dia ke taska dan siap2 utk ke sekolah.

balik dari klinik. aku layan kerenah Afiq Khair. kejap nak minum air..kejap nak ke toilet.. kejap termuntah muntah.. kejap nak susu (tapi dia tak minum pun susu tu. cuma pegang je botol susu dia tu sampai tertidur.). ptg, bila bangun, Afiq Khair mintak nasi nak mkn dgn sop sayur. nak sosej sekali kata nye. kelam kabut aku panaskan nasi dan masakkan sayur berkuah bening. mau gak le dia mkn.

mlm tu, time org dinner... Afiq Khair muntah2 lagi. muntah angin. perut kosong..tapi dia takmo mkn, takmo minum dah. takut muntah kata nye. aduhhh...kesian Afiq Khair.

mlm tadi sempat aku sediakan daging masak berempah. senang je. tumbukkan je le rempah2 yg ada...seperti lada itam, jintan manis, jintan putih, lada sulah, bawang putih, bwg besar..dan beberapa jenis rempah lain yg nama nye pun aku tak tau. ehehhe..lepas tu, gaulkan semua tu kat daging. boh la serbuk kunyit sket dan serbuk kari sket...serta garam gula ikut suka. perap selama sejam. kemudian, bakar atas kuali. boh minyak bijan sket. agak2 dah masak, angkat dan hidangkan. senang!

kisah Afiq Khair...mlm tgh tido, dia bangun. kejutkan ABANG....dia dah tercirit birit kat pampers. kesian sungguh. offer susu pun dia takmo. aduih...sure kelaparan tu. aku boleh dengar bunyi perut dia berkeroncong tu. bila kami kata, esok (hari ni le..) takyah sekolah la ek. tapi Afiq Khair berkeras...mau sekolah jugak.

emmm...pagi tadi, kami tak mandikan siap2 dia macam selalu. angkut aje ke taska. mandi dan bersiap pakaian sekolah kat taska je la. semoga Afiq Khair cepat sembuh, cepat sihat, cepat ceria dan boleh bermain dgn Abang Iman dan Asha Zahra!! sayaaaaang anak mama!!

Labels: , ,

3 Comments:

At Wed Feb 23, 07:43:00 PM, Blogger KakNi said...

GEt well soon Afiq.

Wa lapar lah tengok gambar daging bakar rempah tu...!!!

 
At Wed Feb 23, 09:10:00 PM, Blogger aNIe said...

Semoga Afiq cepat sembuh...risau anak2 kalau cirit... sebab air yg banyak keluar dari badan...umeboshi bagilah dia minum lebih air...

 
At Thu Feb 24, 04:26:00 PM, Blogger umeboshi said...

tenkiu K.Ahnie..
hehehhe..sedap gak buat daging masak cenggitu. ringkas.

k.anie,
tenkiu. tu le..mmg risau. dia muntah2, cirit birit. mmg paksa dia minum air selalu. tapi degil.. dia takmo nak minum/ mkn sgt sbb takut muntah. huhu...

 

Post a Comment

<< Home