Surau Sec 9 Putra Heights
Last week, Sabtu...ABANG ada training sehari suntuk. Aku je la yg handle anak2.
Ptg tu, lepas mandi...aku siap2kan anak2. bercadang nak bawak diorg ke surau sec 9 putra heights. nama je surau, tapi agak luas le surau tu. pas tu, dah diiktiraf, boleh buat solat jumaat pun kat situ.
sabtu tu, itu le 1st time aku jejak kaki ke surau tu. surau Baiturrahman kut tak silap nama nye. dgn anak2 je. ABANG belum balik umah. risau gak, kot tak terhandle 3 org dak kenit tu sementara aku solat. anyway, alhamdulillah semua OK. Iman, aku suruh p solat kat bahagian lelaki, dia takmo. nak dgn mama juga kata nye. dia takut kena culik. ahaha...maka nye, aku suruh le dia p solat kat bahagian luar dewan solat muslimat. Afiq Khair dan Asha Zahra, dok dendiam kat tepi aku sementara aku solat Maghrib.
lepas Maghrib, ada kuliah. nak dekat Isya', ABANG dah ada kat surau. anak2 pegi kat ABANG pulak. Afiq Khair dah mula nak bermain. Asha Zahra pun join sekali. tapi, tak lama tu, Asha Zahra cari mama...sbb nak mimik. mimik mimik mimik...terus terlena. sampai mama selesai solat Isya', Asha Zahra lena.
lepas solat Isya', ada kenduri tahlil pulak. lepas tu ada makan2. alhamdulillah. rezqi kami. byk juadahnye. lega, mlm tu takyah aku sibuk2 nak prepare dinner. semoga tuan yg sponsor kenduri mlm tu mendapat lebih byk rezqi dan keberkatan. amiiin!
anak2 dah seronok nak solat kat surau/ masjid. tiap kali masuk waktu solat...especially nak Maghrib tu, Iman dan Afiq Khair sibuk ajak p surau/ masjid. kalo hari bekerja, mmg kami tak terpergi surau le. balik umah dah lewat.. nak settle hal2 sekolah anak2 lagi...laundry dan keje umah lagi. (mmg alasan nye byk ek...). yg mampu, kami solat berjamaah kat umah je le.
aku kata, Iman ngan Afiq Khair pegi je le surau dgn abah. mama kat umah dgn Asha Zahra. tapi Iman kata, Iman nak mama pun pegi solat kat surau. Iman seronok kalo kita 1 keluarga solat sama2 kat surau. rasa bahagia ...kata nye. wahhh..aku syahdu lak dengar Iman kata camtu.
aku ingat, kalo hari coti mmg nak p solat jamaah kat surau tu ...sekali dgn ABANG dan anak2. nak membiasakan anak2 dgn surau/ masjid. nak mengimarahkan surau/ masjid. masa maulidurrasul, aku dengar ceramah ustazah Anis (yg selalu keluar kat TV astro Oasis dan TV9 tu..), kata nye...kalo para suami p solat jamaah kat masjid/ surau..pahala sang suami akan sampai ke isteri. so, isteri harus menggalakkan suami utk pegi solat berjamaah kat masjid/ surau. kemudian, tempat terbaik buat isteri utk bersolat ialah di dalam biliknye sendiri. so... isteri tak digalakkan la ek bersolat kat masjid/ surau? aku pun tak sempat nak bertanya kat ustazah. sahabat2 kat luar sana kalo ada pendapat dan ilmu yg nak dikongsi, sila la utarakan kat kotak komen umeboshi ni ye... yoroshiku!
OK, selamat berhujung minggu semua. Iman esok ada sekolah ganti sempena coti CNY yg lalu.
Labels: Abang, Afiq Khair, Aku, Asha Zahra, Gambar, Iman, Keluarga
2 Comments:
salam
alhamdullillah.. semoga anak anak tidak mengganggu sembahyang dan berlari ke sana kemari macam sesetengah tempat. Sehinggakan imam terpaksa menegur..
Kerana mereka menangis, bergaduh , berlari kesana kemari bermain mengganggu kekhusukan sembahyang dan ibadat maamum yang lain.. dari pahala jadinya dosa..
pls dont get it wrong, saya masa kecil pun ikut, lepas tu org tgh sembahyang saya innocently terpijak telekung org tengah rukuk.. disebabkan terpegun melihat semua sama colour dan serentak ...saya belek la dekat dekat.. bila terpijak telekung bila nak bangun maka kain terburai. maka ada yang tergelak bila nak terjatuh.. sudahnya kena marah huhu.. tapi takde la saya berlari kesana kemari menjerit dan bergaduh macam sesetengah anak..
klu bawa anak pastikan dikawal lah.. bila ibadat maamun diganggu kita yang berdosa.. bagus di dedahkan bila waktu siang dan waktu kelas mengaji kanak kanak..
tapi bagus diberitahu supaya duduk diam jgn bermain dsbnya peraturan didalam masjid.
salam cik encik anonymous. Syukran jaziilan atas komen nye ye. Mmg utk peringatan buat sy n family khususnye ni. Sy pun mmg x suka if ada anak2 yg main sampai ganggu jamaah surau. Tu gak la sy risau if anak2 sy pun mcm tu. Setakat br last wknd sy dgn mereka di surau, alhamdulillah masih terkawal. Main golek2 n baring2 kat tepi mama n abah.. Ok lg la kut. If dah gaduh, suara kuat, nangis tu...harus kami angkat kaki balik umah. Rasa nye, anak2 seusia anak sy tu, if dah slalu p surau, dia dah dpt kenal ramai kwn, asa geng nak bermain.. Dah x malu nak main, tu yg boleh jd gamat surau. Mungkin la. Tgk la mcm mn dgn iman, afiq khair, asha zahra ni nanti. Hehe. Btw, seronok gak sy if cik encik anonymous dan lain2 boleh letak nama masing2. Simple name, nick name, nama glamer pun ok.
Post a Comment
<< Home