Friday, July 30, 2010

Susu oh susu

Aku baca Berita Harian Online tadi. ntah kenapa rasa sedih pulak bila baca 1 article ni.. bayi umur 45 hari terpaksa dikasi minum air suam, kerana ibu takde duit utk beli susu. aduh!! kan baru lepas pantang lepas bersalinkan baby...tak kan le air susu badan ibu tu dah takde? tolong lah!!! udah le kesempitan hidup, ibu ni takde kesedaran ke utk berusaha kasi susu badan dia ke baby nye? susu badan, kan free saja. tak perlu duit. ibu nye je yg kena jaga pemakanan. tak semesti nye kena mkn yg mewah. dpt nasi, ikan bilis, sayur pun dah ok. ikut lah kemampuan dia, boleh dpt bekalan makanan apa. kemudian, minum air secukupnye. insyaALLAH dpt supply penghasilan susu badan nye.

tolong ye ibu2...mari lah berusaha dan berazam utk berikan yg terbaik buat anak2 dan baby kita. air susu ibu adalah makanan yg terbaik buat baby.

Copy dan paste petikan dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayi45haridiberiminumairmasakgantisusu/Article/index_html

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bayi 45 hari diberi minum air masak ganti susu
Oleh Zuhainy Zulkiffli

2010/07/29GEORGETOWN: Akibat dihimpit kemiskinan, seorang ibu tujuh anak terpaksa memberi air masak kepada bayinya yang baru berusia 45 hari sejak tiga hari lalu kerana tiada wang untuk membeli susu. Penderitaan Tajenisha Beevi Sirajidin, 35, dari Lintang Batu Lanchang di sini, begitu ketara selepas suaminya, Mohamad Ridzuan Abdullah, 31, menjalani hukuman penjara sejak dua bulan lalu.

Sudah tiga hari bayi saya minum air masak saja kerana saya tiada wang untuk beli susu, katanya dengan nada sedih pada sidang media yang diatur oleh pertubuhan agama di sini, semalam.

Tajenisha Beevi yang mempunyai anak berusia antara 45 hari hingga 18 tahun mendakwa, kehidupan mereka sekeluarga sememangnya susah sebelum ini, tetapi tidak terlalu menghimpit kerana suaminya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM900 sebulan.

Bagaimanapun, selepas suaminya merengkok dalam penjara, kesusahan keluarganya semakin teruk sehingga tidak mampu menjelaskan sewa rumah RM400 sebulan, selain hutang mencecah RM4,000.

Wanita yang tidak bekerja itu juga belum menjelaskan bil hospital kerana menjalani pembedahan ketika melahirkan anak bongsunya itu.

Masa suami saya ada dulu, kami susah juga tetapi tidak pernah tidak makan sebab suami bekerja. Tetapi, sekarang saya terpaksa meminta makanan daripada jiran untuk anak. Kalau tiada makanan, saya hanya beri minum air suam saja, katanya yang amat mengharapkan sumbangan daripada mana-mana pihak bagi membantu kehidupan keluarganya.

Sementara itu, anaknya, Amirul Amin, 16, berkata dia terpaksa bekerja bagi menanggung keluarganya, tetapi tidak cukup memandangkan tiada pekerjaan tetap.

Sebenarnya saya bercita-cita menjadi anggota polis, katanya yang kini bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta.

Labels: ,

Wednesday, July 28, 2010

Honeybiru

hari ini mmg tahap kritikal. kelam kabut memikirkan mana yg patut aku dahulukan buat. sambil dok surf internet, cari bahan bukti, cari sumber rujukan dan sewaktu dgn nye, sempat aku jeling2 kejap ke Buku Muka. dan melalui Buku Muka kwn x-classmate masa kat AAJ-UM dulu, ludi aka rudy fukushima, aku jumpa Honeybiru. eh, baru aku perasan, hari tu aku pernah juga terjumpa Buku Muka Sera Bagus kat kwn x-mrsmj aku (norhayati che soh). aku yakin yg Sera Bagus dan Honeybiru tu sure le org yg sama...kan?

aku sejak belum kenal blog lagi, aku dah meminati penulisan Honeybiru. suka sgt dgn lenggok gaya penulisan dan luahan hati nye di alam maya ni. dia seorg wanita yg tabah aku rasa. pelbagai dugaan yg dtg dlm hidupnye. sejak usia kecil entah berapa thn, belum masuk sekolah lagi kalo tak silap aku, dia dah kehilangan ibu tercinta. membesar tanpa ibu kandung... kerap sgt merindui ibu nye yg telah lama kembali ke rahmatullah itu. sering depressed. tapi, dia tak mudah mengalah. lepas 10 thn ambl SPM pun, dia tetap tabah teruskan usaha sambung belajar sampai dpt degree. lepas 10 thn ambil SPM tu!! mmg seorg yg gigih. aku respect sungguh dgn "kekuatan" sera itu. moga boleh diteladani kegigihan nye itu.

moga sera akan lebih tabah dan lebih berjaya pada hari ini dan hari2 yg akan dtg. ganbare sera (good luck sera!!). sera/ honeybiru : http://www.honeybiru.org/

owh, hampir terlupa seketika tang bebanan kerja aku yg bertimbun tu. happy tak terkata dek terjumpa semula dgn Honeybiru ni... alhamdulillah.. diizinkan semula utk aku menatap entry2 sera...

Labels: , ,

Tentang Kerja

Aku mmg tak berapa ngam dgn cara keje dia. dia bukan la boss pun. sorg pompuan jepun yg mai dtg keje sini, dipertanggungjwb-kan utk buat sales, tapi tak berapa membantu sgt pun sales company. (jahat nye aku.....tapi mmg kenyataan gituh).

selalu last minute mintak itu ini. suruh org tolong buat itu ini. hari tu boss mintak dia survey mana nak mintak org tolong buat translation japanese-korean language. dah seminggu takde dpt maklumat kot...kekkyoku (at last) semalam boss dtg mintak aku pulak survey. nahh...surf je kat yahoo/ google. translation japanese-korean language in malaysia. ada beberapa list company yg buat service translation tu kat malaysia. aku called beberapa company..at last yg betul2 boleh translate japanese-korean ialah Ringo Language & Translation Service. company kat PJ. www.ringo.my . 03-7877 8644/ 03-7877 9644 (TEL). alhamdulillah. now, tgh tunggu depa nyer reply tang translation tuh. tak tau le betul2 diorg boleh buat ke tak ntah. moga2 boleh diharap le.

tu, satu hal. lagi....semalam dia tiba2 kata nak confirmed order satu part utk kegunaan server kat tempat client. dia nak penghantaran dgn kadar segera. mmg aku boleh request mcm tu. tapi supplier punya jawapan selamat ialah, 2 weeks delivery. tak boleh janji hantar cepat atau lambat. kalo ada stock, boleh sampai awal dari 2 minggu. emmm...itu normal la kan? lagi pun dah dekat 2 minggu jugak le supplier hantar quotation. kalo dah confirmed awal2 sejak last week ke, kan dah boleh receive the parts dlm waktu2 terdekat ni. selalu la dia diam dan biarkan je the quotation tu.. kan dah p settle the server setting kat tempat client tu sejak seminggu/ 2 minggu lalu. kenapa la at the same time dia tanak order terus the thing??? tau-tau...pandai sebut URGENT je. ingat aku ni apa? nak membebel pasal delivery yg amik masa lama tu kat aku pun, buat apa? aku bukan boleh buat apa pun. aku boleh tolong issue PO, tepon2 supplier cakap nak urgent. tu je. selebih nye BERSERAH je la.

huhu...pompuan jepun yg sorg ni mmg agak malas le kalo nak dibandingkan dgn org2 sebelum dia. tapi, aku tak boleh le nak cakap byk.. aku bukan big boss. sekali sekala je aku membebel kat dia. ekkeke...

aduh...pagi2 sudah membebel kat blog. luahan hati! luahan hati!! aku malas nak bising2 kat org. maka nye, aku dok bebel2 kat sini je lah eh...ampun!!

Labels: ,

Tuesday, July 27, 2010

TINYTINI GIVEAWAY!

ni, 2nd time nak join GIVEAWAY. masuk blog TinyTini ni melalui link yg ada kat blog Fith ( http://ourlovestory-7777.blogspot.com/ ).


blog TinyTini adalah online craftshop, yg dimiliki oleh seorg isteri dan ibu kpd sepasang cahaya mata. beliau sgt suka menjahit dan berkraftangan. cikpuan ume pun suka hal2 menjahit dan kraftangan serta seni...tapi cikpuan ume tak mahir utk melakukan nye. takde keyakinan. nanti cikpuan ume cuba2 belajar utk lembut tgn supaya boleh menghasilkan sesuatu ye. insya-ALLAH!


Giveaway yg TinyTini anjurkan ni, amat mudah. just :-

1) tinggalkan komen kat blog TinyTini di entry : http://tinicraft.blogspot.com/2010/07/tinytini-giveaway.html


2) promote pasal Giveaway ni kat blog kita sendiri pulak.
senang, kan? cuba lah!!
ps: arigatou kat blog Fith, sbb melalui blog Fith le cikpuan ume masuk blog TinyTini and join Giveaway ni.

Labels: ,

Friday, July 23, 2010

CAVENCI

pernah dengar kan..? cavenci. famous gak tu. kedai jual perabot.

selama ni kami anak beranak tidur atas tilam toto je. hampar atas lantai. dan bergolek le tidur berlima. now, anak2 dah mula membesar. tak kan le sampai ke sudah nak tidur sama2 dgn mama dan abah. so, aku dan ABANG mula pikir strategy utk pisahkan tempat tidur Iman & Afiq Khair dgn kitorg. Asha Zahra masih baby dan masih mimik dgn mama...so, takpe le dulu. Asha Zahra tidur dgn mama dan abah.

dgn itu...sejak bln lepas (jun)...kitorg dok survey kedai2 perabot. beli set bilik tidur utk anak2 dan juga set bilik tidur utk mama dan abah. 26 jun gitu, p cavenci. teruja la kami sbb 1st time jejak cavenci. selalu nengok katalog dia je. masuk showroom, we all jatuh cinta kat 1 set bilik tidur ni. utk bilik tidur aku dan ABANG. so, confirmed beli. buat bayaran. kata nye penghantaran dlm 10 hari. masa tu dah set utk dtg pada 17 july kot. dah cakap kat diorg, kalo hantar pada hari keje, kena dtg lepas pukul 7pm la sbb after 7pm yg kami confirm mmg dah ada kat umah. then, salesman tu kata ok. no problem je..semua boleh arrange!

tuptup...16-19 july we all takde. ABANG ada workshop kat PD. aku dan anak2 nyibuk2 ikut sekali. mintak Cavenci arrange hantar awal dari tarikh tu. 14 ke..15 july gitu depa dtg hantar. tapi, katil belum boleh pasang sbb ada sebtg skru takde. almari pakaian dan almari mekap je le yg ada. katil belum lagi. diorg angkut papan side panel yg set dgn skru yg takde tu, bawak balik dulu. we all tak sign pun the delivery note sbb brg tak complete pun lagi..

esok nye kena call lagi cavenci. set another appointment. tu pun dok berulang kali balas2 call utk tetapkan tarikh dan masa. that was their mistake, la kan.. sapa suruh tak bawak skru yg satu tu. now, bila kitorg kata sila dtg lepas kol 7pm...diorg kata tak boleh la. itu la..ini la...dah la yg selalu angkat phone tu org b*ngl*desh. dia susah nak paham apa yg kita cakap...and kita pun payah nak memahamkan apa yg dia cakap. macam bercakap antara ayam dan itik. ABANG la yg tension. dok tepon diorg.

kata, 22 july (semalam) depa akan dtg tgh hari. ABANG no choice, kasi tarikh dan masa 22 july tu sbb kebetulan ada meeting kat putrajaya pagi tu. so, tgh hari lps meeting boleh balik umah jap tunggu diorg dtg. tuptup...bila diorg sampai umah, ABANG belum sampai umah lagi. ABANG suruh je le diorg letakkan the thing (papan side panel + skru) kat tepi pagar. bila ABANG sampai umah, tgk yg diorg hantar tu adalah brg yg salah!!! depa letak papan tgh katil, yg tempat alas tilam tu le. bukan itu!!! kan dah kabo kat tepon brg apa yg nak kena bwk. then, yg musykil nye.. apa yg depa tulis kat delivery report diorg hari tu? the guy yg dtg hantar dan set up the things. diorg kata akan buat report brg apa yg takde dan next dtg kena bwk apa. ish...masalah betul. masalah komunikasi la ni.. semlm bila ABANG balik tgk brg yg dihantar tu salah, terus ABANG tepon cavenci lagi. of course le dgn rasa hot, kan! "ni le last saya beli dgn you all!!" huhu...

alhamdulillah...yg angkat tepon semlm tu pompuan melayu kot. buleh berkomunikasi dgn baik. set! ptg/ mlm ni depa dtg utk set up katil. harap2 takde le brg yg tertinggal ke...tersilap brg ke..etc.. kang ada yg kena bebel pjg lebar kang!!

huh!! harap je NAMA besar dan glamer gitu. tapi, servis tak memuaskan hati kami pun. udah2 le berangan nak guna brg jenama, perabot glamer ni. service tak sebagus nama pun! err.. tak semua brg berjenama camtu kot. dan, tak semua org yg pernah beli brg2 cavenci mengalami bad experience macam kami ni kot. just, "ung warui" (nasib tak baik) buat kami sahaja. wallahua'lam!!!!

alhamdulillah kami tak beli set bilik tidur anak2 dgn cavenci juga. kami beli kat kedai perabot sec 27, dekat je dgn umah. the next day after tempah, terus depa dtg hantar perabot nye. senang.

* hari ni hari jumaat. sabtu ahad ni kami di kampung. dah lama tak balik kg sejak kenduri peah awal bln 6 hari tu... i miss my mak abah, family, kampung dan semua yg ada kat kampung tu lah!! so, selamat ber-weekend buat semua..*

Labels: , ,

Thursday, July 22, 2010

Can I Give Coconut Water To My Toddler?

I found this :-

What are the benefits of coconut water and is it safe to be given to my toddler?
Written for BabyCenter Malaysia



The BabyCenter Editorial Team answers:

In India, coconut trees are called kalpavriksha (wish fulfilling trees) because each part of the tree is so useful. Coconut water or coconut juice is found in young, green coconuts and children usually love its sweet, neutral taste.

Tender coconut water (air kelapa) is one of the richest sources of electrolytes. It is high in chlorides, potassium and magnesium and has a moderate amount of sugar, sodium and protein. Coconut water is also a good source of dietary fibre, manganese, calcium, riboflavin and Vitamin C.

Coconut water relieves exhaustion by replenishing the natural salts lost by the body. It is ideal for children to prevent dehydration when they suffer from diarrhoea. In the hot summer months, when your toddler is thirsty, coconut water is so much more preferable than the empty calories of packaged fruit juices and aerated drinks. It is naturally sterile so it is perfect for children while travelling since you don’t have to worry about contamination.

Coconut water is a natural diuretic and hence increases the flow of urine; this helps prevent urinary tract infections and cools the body. Coconut water also helps relieve constipation, improves intestinal function and promotes digestive health. It may also help infants suffering from intestinal problems.

Coconut water contains high levels of lauric acid which is what is used by the body to make monolaurin -- a disease-fighting fatty acid derivative. Babies make monolaurin from the lauric acid in their mother’s breastmilk so coconut water is recommended for nursing mothers. Lauric acid has anti-fungal, antibacterial and anti-viral properties which protect young children against various infections. Coconut water is a nourishing beverage and very suitable for children of all ages.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

* hasil copy n paste dari: http://www.babycenter.com.my/toddler/nutrition/benefitsofcoconutwater_expert/

*baru ku tahu ibu menyusukan anak pun elok amalkan minum air kelapa. maka nye, ptg ni on d'way balik keje, nak singgah gerai kat petronas tu le. beli air kelapa muda kat kakak tu.. air kelapa muda-o. takyah ais. takyah gula!

Labels: , ,

Anak-Anakku Sayang

Masuk minggu ni, anak2 ku semua tak sihat. Afiq Khair dan Asha Zahra bukan sekadar selsema dan batuk2 aje...demam pun ada. ON-OFF demam nye. pulak tu, dlm mulut Asha Zahra ada timbul putih2 di tepi pipi, bibir dan langit2 nye. aku tau, itu bukan ulser la kan..sbb dia mau mkn, mau minum. air liur pun tak meleleh. dok pikir gak, mungkin bakteria dok merebak dlm mulutnye sampai berkulat gitu. heheh.. aku mmg takde pengalaman dgn keadaan putih2 dlm mulut camtu. masa Iman dgn Afiq Khair..tak pernah jadik.

semalam, aku tanya2 melalui email kat kawan2 ojosama..rusma confident kata itu fungus sbb anak dia pun pernah jadi cenggitu. p klinik, dpt ubat sapu. sapu je dlm 2,3 hari (ker...2,3 kali?!! tak hingat le..) kang, elok le nanti kata rusma.

ptg semlm, amik anak2 kat neseri..masing2 muka layu kecuali Iman. Iman sihat je. cuma batuk2 le. Afiq Khair badan masih panas. Asha Zahra lak, dok berhingus, batuk2 gak. letak dia dlm baby-car-seat...dia terus melalak. takmo dok situ. nak berpeluk dgn mama je. ish, aku kuatkan hati. biarkan je dia melalak sementara aku drive balik umah. nak tempuh bahaya...??? drive sambil pegang baby kat riba. ish...tak sanggup. biar le anak melalak kat sebelah. janji semua selamat perjalanan.

on d'way nak balik umah, aku tepon ABANG. mintak ABANG balik awal sbb nak bawak anak2 p klinik mlm tu.

sampai2 umah...sambil angkut brg2 masuk umah, susun susu ebm dlm peti sejuk segala..sambil tu aku mendukong le Asha Zahra. terpaksa dukong sbb kalo diletak, bukan mau diam. menangis tak hingat! Afiq Khair pun buat hal. dok berbaring je dlm kereta, nak aku dukong dia masuk umah. "pening pale" (pening kepala) kata nye. aduh...mama tak larat nak dukong dedua belah Afiq Khair sayang. at last, abang Iman yg penyayang, rajin dan baik hati p pujuk Afiq Khair. siap dia nak dukong adiknye masuk umah. tapi aku tegah...takut jatuh je. aku suruh Iman pujuk2 adiknye, pakaikan kasut dan ajak masuk umah. Iman buat apa yg mama dia suruh. akhir nye, mau gak le Afiq Khair ngikut kata abang Iman. huhhh...letih!

Asha Zahra mmg takmo berenggang dgn aku. pulak tu, nak berdukong aje. kasi mimik kiri-kanan, baru dia puas kot..pastu baru le mau bangun berjalan...join gelak2 dgn abang2 nye.. Afiq Khair yg dok kata pening kepala tadi tu, masuk umah je...terus main bersilat sana sini..jadi ultraman TIGA kata nye. aduh...even badan panas, tapi nengok dia cergas cenggitu, mmg macam org tak demam gaya nye. nampak sihat! agak lega la aku.

lepas solat maghrib, kitorg siap2 p klinik Famili kat sec 27 shah alam. utk Asha Zahra, dpt ubat utk sapu kat mulut bagi fungus nye tu..pastu dpt ubat batuk. Doktor kata, dlm mulut Asha Zahra tu, fungus. salah satu sbb nye, mungkin kita tak jaga kebersihan mulut dia. pastu, kalo nak kasi dia nyusu, puting kena bersihkan dulu. sbb utama nye ialah, daya immune dlm badan dia tak kuat, yg menyebabkan mudah utk fungus membiak. kata doktor lagi, selain baby yg mudah terkena fungus dlm mulut ni, org2 tua dah berumur tu pun mudah kena gak. wallahua'lam. utk Afiq Khair pulak dpt ubat demam, antibiotik. ubat batuk yg dpt sebotol tu, boleh share utk tiga org kata doktor. kang dah abis, boleh dtg amik lagi.

selesai kat klinik, terus balik umah. dinner. pastu, ABANG tolong settle-kan hal2 laundry. aku cuba tidurkan Asha Zahra kat bilik. tapi dia bukan nak tido. dok ngamuk2 juga. aku geram... terus bawak turun. masa tu ABANG dah nak naik atas sbb settle dah hal laundry. nak tidurkan abang2 yg 2 org tu. aku p settle cuci botol2 susu, cuci pinggan2 kotor ...sambil tu Asha Zahra dok bergayut kat kaki sambil melalak. ABANG dtg amik Asha Zahra and bawak naik atas. Asha Zahra ntah kenapa...bukan nak sgt dgn ABANG dan org lain. selagi dia tau ada mama dekat2 situ, dia nak gak dgn mama. selagi tak dpt dukong dgn mama, selagi tu dia melalak. meleleh2 air mata, hingus segala. hish!!!

mlm tadi mmg Asha Zahra takmo tido lena. kejap2 dia bgn merengek. time aku nak bgn pagi pun, dia terjaga merengek. susah sungguh aku nak bergerak, nak buat keje. alahai anak dara ku..

mmg letih le sepjg minggu ni. anak2 tak sihat...sbb tu kot depa semua byk ragam, byk kerenah, asyik nak ngamuk sakan. bikin hati mama panas aje. aduh...sabar. sabar. sabar. dugaan sungguh dlm menjaga, membela dan mendidik anak2 ni. moga ALLAH kurniakan lebih byk, lebih tinggi tahap kesabaran aku dan ABANG, dan lebih teguh keimanan kami dlm membentuk dan melayan kerenah anak2 ni. semoga anak2 dan kami sekeluarga serta seluruh umat Nabi Muhammad diberikan kesihatan yg cemerlang semoga kami dpt menunaikan ibadah dan tanggungjwb harian kami dgn sempurna dan ceria. amin..amin...amin ya RABB!!

* menurut kata seorg ustaz (anak murid Ustaz Harun Din), elok amalkan baca surah Toha (ayat 1-5) sambil tu usap2 dada anak dan hembus ke muka/ kepala anak. dibacakan ketika anak tidur atau jaga. selain tu, amalkan baca surah Insyirah (Alam nasyroh ..) juga. seelok nye sejak baby lagi..ubun2 masih terbuka dan lembut..semoga anak mudah dibentuk dan mendengar kata. kalo anak dah agak besar dan ubun2 pun dah keras...agak payah la. cuma, boleh jugak diamalkan selalu. selain tu, doa, nasihat dan tunjuk ajar serta teladan yg baik dari parents dan org sekeliling juga penting...kan?!! insya-ALLAH.

Labels: , , , , ,

Tuesday, July 20, 2010

13 july 2010 (Tue)

Entry tertunggak.

13 julai adalah hari ulang tahun kelahiranku (ikut kalendar org putih). tahun ni, buat pertama kali, sambut birthday bersama-sama dgn my darling daughter; Razan Asha Zahra. pada usia dah 33 thn ni...anak dara ku baru berusia setahun. aduh...sempat ke aku nak nengok Asha Zahra jadi menantu org. kekekke...ke situ pulak mama oi. jauh lagi perjalanan!!

Macam selalu, tarikh2 istimewa utk aku dan ABANG: birthday ABANG, birthday aku dan wedding anniversary ..kitorg akan amik coti dan habiskan masa bersama. tak kira la p tgk wayang ke, shopping ke, makan2 ke...yg penting BERSAMA-SAMA habiskan masa seharian. so, 13 julai, minggu lepas...we all pun sama2 la coti.

pagi hantar anak2 ke neseri. p sarapan kat kedai mamak yg kat putra heights tu. aku amik mi grg mamak (sedap!!) dan ABANG amik tosai. tapi...tosai nye agak berminyak. sepatutnye...dia bakar tanpa minyak... ABANG kata, org yg dok dpn meja kami tu pun order tosai, tapi mungkin sbb berminyak, org tu tak jamah pun tosai nye. ABANG pun mkn tak habis sbb muak. aduh.. masa buat bayaran kat kaunter, ABANG komen le kat staff yg jaga kaunter tu. "tosai berminyak!". then, staff tu kasi duit balik kat ABANG mungkin dia pulangkan balik duit utk tosai tu. ish... ABANG kata, kita bukan nak duit balik. cuma kasi tau la, yg tosai tu berminyak. nanti ramai yg tanak mkn situ...susah lak. tapi, staff tu tolak balik duit ke tgn ABANG. emmm...ABANG pun amik je le duit tu...

lps sarap, kami p beli surat kabo...dan balik umah. lepak2, baca surat kabo, makan apa2 yg ada kat umah tu, layan internet, tgk tv...tung tang tung tang...dah tgh hari. perut pun lapo. kitorg pun keluar ke Glenmarie. destinasi lunch kami hari tu ialah Honey Honey Grill Restaurant kat Glenmarie. kat sana...ada nasi campur..ada western food...ada menu ala2 nasi ayam. aku pilih chicken rice je le.. ABANG amik udang rice.. (instead of chicken, depa gantikan dgn udang)..emm..sedap gak. cuma, air pilihan aku; air teh-o-limau ais ..rasa nye tersangat manis. tak sampai separuh pun aku minum. mmg tak larat!! manis melingit!

lps mkn, ABANG ajak p SACC Mall. survey henpon kata nye. maklum le...on the way ke glenmarie, mmg henpon nokia 3120 classic ku itu bermasalah. lepas tekan ON pun, dia terus "hang". geram aku. nak baca msg pun tak boleh. macam nak baling2 je henpon tu. aduih!! tapi, bila dah nak p SACC Mall tu, ok la pulak henpon nye. heheh..takpe, survey je dulu kata ABANG. dok p sana sini..p survey p jenguk dari 1 gerai ke 1 gerai.. terenti kat 1 gerai apek cino yg pandai berniaga ni. (manis mulut, pandai explain dgn penuh yakin & detail, hensem!). ABANG pun macam beria je suka dgn 1 henpon ni. aku pun teruja lak bila nengok henpon tu. agak moden..terbaru..8GB memori.. dan macam2 lagi function yg menarik perhatian kami.. touch screen, boleh ber-wifi, dan macam2 la. huhuhu...at last, aku terpengaruh la pulak..nak ber-henpon baru gituk. so, confirmed la beli. apek tu siap tolong transfer data2 dlm memori kad henpon nokia 3120 classic aku ke henpon baru ku itu. jeng jeng jeng....Nokia E5800 jadi milikku. bila aku nak keluarkan duit utk membayar...ABANG kata, "takyah! ABANG yg bayar..". hahhhh?!! biar betul? ABANG kata, "takpe, sekali sekala..". oh, sankyu ABANG. selalu-selalu pun OK jugak... ehehhe... alhamdulillah. moga ABANG bertambah murah rezqi lagik! amin!!!

henpon agak "pandai" cenggitu, aku takut nak pegang2, nak sentuh2 sgt. apa2, aku tanya ABANG. ABANG yg tolong study-kan utk aku. ahahha...even, nak set alarm dan ringing tone pun ABANG yg buat. aduh...aku reti buat panggilan, amik panggilan, send sms, amik gambo. setakat ni, itu je le yg aku confident. owh, semalam dah reti nak ber-wifi dgn itu henpon baru di rumah. Arigatou ABANG...kalo takde hadiah apa2 pun, i'm still loving you so much! yg penting... ingatan dan kasih sayang sesama kita.

tahun ni, belum sempat aku nak tepon mak abah kat kampung utk ucapkan "terima kasih kerana melahirkan kiter..", pagi2 lagi mak dah tepon aku. wish Happy Birthday kat aku. ish...malu rasa nye. next year, seawal lps subuh nak kena tepon mak abah la utk ucapkan terima kasih atas kelahiran/ membesarkan aku selama ini.

Rabu, 14 julai...lunch sama2 dgn k.isma dan Ami-chan. p mkn kat noodle station. alhamdulillah k.isma belanja la pulak lunch hari tu. pastu, ptg nak balik tu, Ami-chan hadiahkan sejambak bunga buatku. ada sunflower yg ceria!! thanks so much. moga k.isma dan Ami-chan akan bertambah murah rezqi...

Tokoro de, my little kawaii Asha Zahra yg dah masuk setahun tu..kami bekalkan sebiji choc fudge cake (macam selalu order dari lili)..dan air milo utk birthday celebration di neseri. aku mmg tak gemar utk kasi jajan2 entah apa2 tu kalo packing goodies utk anak2 kat neseri tu. selalu nye, kami pack air milo, coklat, sumi jelly je. tapi, paling simple pun, macam utk birthday asha zahra thn ni, kami just kasi sorg sekotak air milo je le utk setiap anak2 kat neseri tu. sama macam birthday celebration Afiq Khair last year.

apa pencapaian Asha Zahra bila dah setahun ni? emm.. so far, alhamdulillah masih lagi breast feeding, belum ada kasi dia formula milk..mkn pulak ikut suka dan mood dia. kadang2 mau mkn nestum, kadang2 mkn bubur nasi. tapi, pantang nampak org mkn, cepat je dia bersuara "nya..nya...", mungkin nak kata "nak!nak!". huhu.. pandai merajuk juga la. kalo dah nangis, susah nak berhenti. selagi mama tak dukong dan pujuk2 dia, dia melalak sekuat hati! gigi, dah 2 btg di gusi bawah. dah mula berjalan. tapi, tak begitu terror lagi. pantang dgr lagu, atau dgr org zikrullah berlagu, dia mesti goyang2kan badan. dah buleh paham sikit2 apa yg org cakap, dan suka jugak meniru apa yg org buat...especially abang2 nye. lebih suka main patung ultraman/ spiderman dan kereta...drpd layan anak2 patung yg comel utk girl. emm, macam2 pencapaian Asha Zahra. anyway, doa mama dan abah semoga Asha Zahra membesar jadi anak yg baik, yg solehah, yg rajin, yg sayang mama/ abah dan family, berjaya di dunia/akhirat dan dirahmati ALLAH selalu. begitu juga doa kami buat Abang Iman dan Abang Afiq Khair nye... amin!

owh!!!!! kami belum lagi bawak Asha Zahra utk cucuk imunisasi setahun punya!!

Labels: , , ,

Friday, July 16, 2010

Anak Yatim Shifa Setapak

From: Thom Che tom (shifa_praktis@yahoo.com)
Date: 2010/7/8
RUMAH ANAK YATIM SHIFA SETAPAK

Salam Apa khabar?Harap semuanya sejahtera. Sebenarnya Mak Tom nak minta tolong, harap sudi foward rayuan Mak Tom to semua kenalan Mak Tom sedang berusaha beli rumah untuk anak yatim shifa. Face book: anak yatim shifa setapak Mak Tom dah ada 20%. Ingat ban k boleh bagi 80%. Tapi bagi 58% sahaja. Deposit dah bayar. Tinggal 40 hari saja lagi untuk due. Doakan semoga ada hamba ALLAH yang datang ban tu. kalau tidak terpaksa batalkan pembelian. Harap dapat rujuk atttached file. Terima Kasih.

+++++++++++++++++++++
Attachment nye:-


RUMAH ANAK YATIM SHIFA SETAPAK
salam
apa khabar, harap semuanya sejahtera.
Sebenarnya saya nak minta tolong, harap sudi foward rayuan saya to semua kenalan .
Saya sedang berusaha beli rumah untuk anak yatim shifa.
Face book: anak yatim shifa setapak
Saya dah ada 20%. Ingat bank boleh bagi 80%. Tapi bagi 58% sahaja. Deposit dah bayar. Tinggal 40 hari saja lagi untuk due.Doakan semoga ada hamba ALLAH yang datang bantu. kalau tidak terpaksa batalkan pembelian .
Urusan pembelian dibantu secara percuma oleh Encik Azaine PEGUAM dari Tetuan Azaine & Fakhrul Sdn Bhd. Boleh hubungi beliau untuk pengesahan 03-40215544(Puan Zarina)
Saya dah bayar RM 122,550.00 (DEPOSIT - WANG INI TAK AKAN DIKEMBALIKAN KALAU BATAL PEMBELIAN)
Ambank bagi pinjam RM 700,000.00 (58%)
Duit saya jual rumah n 1 kereta RM 150,000.00
Sumbangan orang ramai RM 50,000.00
Jumlah terkumpul RM 1,022,250.00
Harga rumah RM 1,222,250.00 (kurang RM200,000.00)
TOLONG FOWARD E-MAIL TO KAWAN2 DAN MINTA SEMUA KAWAN2 E-MAIL PADA KAWAN2 MEREKA tentang perkara ini. Tolong ye.
RM1.00 seorang pun jadilah. SECARA ONLINE BANKING

Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Teratak Shifa KL/SEL
No. Account : 514066-429233 Maybank
076-202-200449-4 Ambank
1438-0005685-05-9- CIMB
Ada pelepasan cukai: LHDN. 01/35/42/51/179-6.6367

Terima kasih
Hajjah Che Tom Binti Ujang
Pengasas/Pengerusi
Rumah Anak Yatim SHIFA
017-3387959
03-40234818 (Fax)
+++++++++++++++++++++++++++++++

di atas tu, email yg kawan2 fwd kpd ku. bersama attchment nye....yg aku copy n paste kat sini. aku tak dpt membantu byk. dpt tolong sikit dan sebarkan email makcik Tom pun ok la.
mohon kita sama2 dpt beri sumbangan kpd mereka. Saya dan kwn2 pernah jumpa makcik tom (pengasas rumah anak yatim darul shifa'), dan kami pernah bersama sama mengumpul sumbangan dan ziarah rumah Darul Shifa' serta buka puasa dan solat jamaah dgn makcik Tom dan penghuni rumah Darul Shifa' ni dlm 3 -4 thn yg lalu kot. dgn itu, bila ada sahabat yg fwd email Mak Tom ni, terus ingatan saya terkenangkan saat pertemuan kami itu. Terbayangkan wajah2 anak2 yatim yg masih kecil..yg masih bersekolah..yg ceria itu.

waktu kami berbuka puasa di sana, waktu tu aku baru saja kehilangan janin yg aku kandung selama hampir 2-3 bln. Kalau janin itu selamat ku lahirkan seperti baby2 lain ke dunia ini, dia adalah anak ke2 aku...adik kpd Iman dan abang kpd Afiq Khair dan Asha Zahra. tetapi, ALLAH lagi Maha Mengetahui. DIA ambil kandungan ku itu, utk uji aku dan ABANG, dan sudah tentu terselindung di sebaliknye rahmat dan nikmat NYA. sewaktu aku bersedih akan kehilangan baby dlm kandungan ku itu, ABANG pujuk aku dgn kata2 yg amat menusuk kalbu dan kalau diingatkan kembali kata2 ABANG, aku boleh mengalirkan air mata! (sekrg pun air mata sdg mengalir!!!). ABANG kata, " biarlah ALLAH ambil dia (baby) sekrg. Kita bersedih sekrg. tapi kat sana (akhirat) nanti, dia (baby) menunggu kita dan membuatkan kita gembira. " lebih kurang camtu la kata2 ABANG. masa aku berehat kat kg lepas buat D&C (cuci rahim) ...mak aku pun luahkan kata2 yg sama macam yg ABANG kata tu. mak kata lagi, "kan di alam roh di dlm rahim, bayi ada perjanjian dgn ALLAH. mungkin baby ni tak sanggup utk kata OK bagi perjanjian2 dia dgn ALLAH, sbb tu ALLAH amik dia". so, dgn kata2 itu le membantu aku jadi kuat dan tabah utk harungi hari2 yg mendatang. ..dan tidak serik utk berikan Iman lagi adik. (nostalgia buat arwah RAZAN AZHARI. al-fatihah!).

kenapa pulak tercerita kisah sedih ku itu. ish...back to the story of Rumah Darul Shifa'. ok, lepas 2 minggu gitu kot..aku keguguran tu, aku dpt join majlis buka puasa yg kawan2 ku anjurkan itu. masa tu pun, aku tak berapa sihat lagi. emosi pun belum stabil. anyway, dpt join dgn kawan2, ziarah anak2 yatim...dpt beri mereka mkn nasi ayam yg sedap (sbb ujen order dari kedai yg pandai buat nasi ayam yg sedap sebegitu)...buah tembikai..puding pelangi yg enak hasil air tgn ujen juga..kuih muih dan pelbagai makanan lagi yg dpt kami jamukan mereka. aku terhibur tgk keceriaan anak2 penghuni rumah Darul Shifa' itu. syukur sgt2 dpt peluang ke sana.. selepas kesihatan dan emosi aku "down" ketika itu.

So, aku doa moga usaha murni makcik tom n team serta kita semua diberkati ALLAH. Moga dipermudahkan segala usaha yg baik ini. Insya-ALLAH. Amin!!

boleh cuba tgk sini: http://teratakshifa.blogspot.com/

Labels: ,

Wednesday, July 14, 2010

Genius Aulad & Raihan


Iman tak le join masa buat recording album Genius Aulad Talent & Raihan ni. tapi, dia join utk buat show aje. sing n dance utk press conference dan akan dtg pada majlis2 tertentu. masa mula2 terpilih utk buat performance ni, Iman beria ngadu kat aku dan ABANG...dia kata tanak join. nangis2 pulak tu. kalo sebut pasal sing n dance ni, sure dia nangis tersedu-sedu. rerupa nye, dia kata teacher yg train diorg tu, garang. dia kena marah..kena babab kaki nye kalo salah step. sabar ye nak. dipujuk2 pun payah.






tapi ntah le. bila tiba hari utk press conference tu...dia p rehearsal kat Tropicana Golf Resort PJ dgn keterpaksaan. tapi, bila balik dari rehearsal, dia dah OK. dia kata seronok la mama buat join performance tu. hah....lega hati mama. mau gak dia join.


masa coti sekolah baru ni, diorg buat rakaman utk show kat ty9 Akademi al-quran musim ke-4, utk episode 8. so..last week Friday, 9 july, dah disiarkan kat tv9 pun.. we all tak puas nengok yg tu, dok ulang2 nengok kat tv9 online, catch up tv. ahahhha...!


Labels: ,

Monday, July 12, 2010

SimplySITI

dah lama ....sejak ngandungkan Afiq Khair, dekat 4 thn gak la aku tak menggunakan apa2 penjagaan kulit muka. sekadar cuci dgn air paip. kalau rajin, tepek dgn bedak sejuk. thn ni, bila cik Siti Nurhaliza yg manis dan bersuara sedap yg menjadi idola kebanyakan rakyat Malaysia memperkenalkan SimplySITI, aku jadi teruja nak cuba. kot2 kulit mau jadi cantik halus mulus bak siti, kan?!!

mula2 guna dulu...
Iman: mama pakai ni, nak jadi macam siti ek mama?
mama: ye lah. supaya boleh jadi macam siti. cantik.
Iman: tanak la mama. nanti muka mama bertukar jadi siti macam mana? Iman nak muka mama yg sekrg ni...tanak muka mama jadi siti!!!

dekat sebulan dah pakai..
Iman: mama pakai ubat siti ni, tak jadi rupa siti pun?
mama: entah la.
Iman: kot2 tak berkesan kot ubat ni, kan mama.
mama: a ah kan..
Iman: takpe lah mama. bagus lah muka mama tak jadi muka siti!!

opss...makna nye, rupa mama lagi cantik dan manis dipandang ek, berbanding muka siti? alalallala!!!

PS: Spain menang World Cup?!!!

Labels: ,

Thursday, July 08, 2010

Celebration of July's B'day dan kesihatanku!






Sudah masuk Julai. Utk tahun 2010, dah setgh thn berlalu. cepatnye...






Dlm bulan Julai, di kalangan ahli keluarga ABANG, ramai yg sambut b'day. bermula dgn Aida (adik bongsu ABANG)..2 julai. maka nye, last week, friday...kebetulan Mak dan Abah ABANG dtg dari kampung. stay kat umah Kakak. jumaat mlm tu, we all lepak umah kakak sbb ada makan2 dan celebrate b'day sekali.






ada sate (separuh aku bawak, dan separuh lagi Peah pun bawak), ada pizza yg disukai oleh anak2 yg dibuat secara gotong royong, ada buah tembikai, ada soto yg enak made by maid of Kakak, dan of course lah ada kek kegemaran kami...choc indulgence dari secret recipe. delicious!! we all mkn sampai puas. sampai kenyang. siap boleh tapau pizza dan kek lagi tu utk bawak balik ke rumah. alhamdulillah atas limpah nikmat kurniaan MU ini ya ALLAH.






bila dah berkumpul reramai gitu, anak2 la yg paling seronok. dpt main bersama. jadi riuh rendah rumah kakak. Afiq Khair agak jakun nak main permainan gegirl milik Aisyah. permainan patung ala-ala Barbie 1 set. siap ada rumah dan perabot nye sekali tuh! Pana kata, harga permainan tu 1 set ialah rm79!!! yg boys lain sibuk main kereta control.






my Asha Zahra suka main kereta la pulak. dia memang gitu. kalo kat rumah, mmg tak pandang pun doll yg comel2 tu. dia sibuk menyelit dan menyibuk nak main dgn abang2 nye. main kereta, main patung spiderman, ultraman. huh... dia teruja kot nak join abang2 nye main. abang2 tak main doll, tu yg Asha Zahra pun rasa doll tu tak menarik utk dibawak main. adoiiii!!






Happy Birthday to Aida (2 july), Kakak n Imah (31 july), Asha Zahra n cikpuan ume sendiri (13 july), peah (14 july). kalo abg jali pun ada kat sini, sure anak dara dia si yasmeen zulaikha tu pun akan dpt celebrate b'day sama2. yasmeen is 4 july. kalo kat keluarga belah aku, selain aku dan asha zahra...ada najah hani yg sambut b'day dlm bln july ni gak.. najah is 17 july. konon plan nak balik kg mkn kek beramai ramai weekend ni...10/11 july. tapi, x jadi la kot balik kg...sbb 10 july (sabtu) ada Report Card Day kat school Iman. petang lak tu giliran kami...kalo pagi, buleh gak arrange utk balik kg tgh hari tu. huhhu....sabar cikpuan ume. sabar tahan rindu nak balik kg lagi.






weekend baru2 ni...ahad 4 july, ABANG pepagi lagi dah keluar p airport sbb kena fly ke K.T'ganu. kerja! maka nye...1 hari cuti tu...aku dok layan anak2 je le kat umah. Iman dah besar, ok la. cuma kekadang je dia cari pasal, gaduh2 dgn Afiq Khair. yg dak kecik 2 org tu; Asha Zahra dan Afiq Khair le agak byk kerenah. kejap sorg nak mimik...sorg nak susu...sorg membuang air.. sorg nak mkn... sorg ngantuk nak tido..memacam hal. tgh hari, aku suapkan semua sekali utk lunch. mkn nasi lauk sop ayam+ sayur, dgn telur...sambil tu suap2 gak le ke mulutku sendiri. aku paling bahagia kalo dpt suapkan nasi ke mulut anak2 ku macam tu. diorg mkn pun bersemangat. mkn byk sket drpd diorg suap sendiri. berlumba lumba. seronok sgt!!! macam tu kot perasaan mak aku masa dolu2. kitorg lagi ramai adik beradik. sampai aku bersekolah rendah pun, kalo balik sekolah tgh hari tu, mak akan suap kami mkn. bergilir gilir mkn disuap oleh mak. seronok sgt!






berbalik kpd kisah aku di hari ahad tu... dek kerana sibuk layan anak2...aku tak berapa selera nak mkn. takde masa sgt nak pikir pasal mkn...nak pikir hal diri sendiri. bila anak2 tidur, aku pun letih jugak masa tu.tertidur gak le. tu yg mmg x kisah sgt bab mkn. tau-tau je...bgn tidur, aku rasa nak muntah. kepala pusing. rasa laaaaapar sgt. aku cuba minum air...termuntah semula. aduh...perut masuk angin kot. mkn apa pun, minum apa pun tak boleh. muntah semula. Adikku yg duduk kat sec 27...dikyah tepon nak dtg umah. ha bagus la, aku kata. bawakkan makanan sekali. dia dtg ptg tu bawak grg pisang, kopok leko dan nasi grg kg. tapi aku x lalu nak mkn. mkn grg pisang sikit pun, muntah semula. emmm...anak2 ku join dikyah mkn.






lps isya' gitu, dikyah nak balik umah. Afiq Khair tetiba kata, "nak ikut m.ngah!!! nak ikut m.ngah". maka nye aku packing le baju, pampers, btl susu n susu, berus gigi dan ubat gigi Afiq Khair. bersemangat dia nak ikut m.ngah nye balik. siap salam2 tgn aku dan abg Iman nye. Asha Zahra pun sibuk nak ikut m.ngah bila nengok abg Afiq nye ikut m.ngah. huhuhu... aku kasi je la Afiq Khair ikut, even dlm hati ku terasa sedih dan risau. x pernah Afiq Khair bersungguh nak ikut org balik gini.






lepas Afiq Khair pegi...abg Iman nye terduduk kat dpn tv. "Iman nak doa la mama..." kata nye. aku kata..doa apa. kalo nak doa...doa je le. maka nye...Iman tadah tgn... "ya ALLAH, tenangkan lah Afiq. Jgn la Afiq Khair nangis2, supaya senang m.ngah nak jaga. sihatkan lah mama.." doa Iman masa tu. aduh...terharu aku dgr. tapi, tak lama tu...aku nampak Iman nangis. air mata meleleh leleh. " Iman rindu kat Afiq. sunyi la kalo Afiq takde....Iman nak main dgn Afiq". aduhhh. sayu gak aku mendengar nye.






lepas tu Iman suruh tepon ABANG sbb dia nak kasi tau kat abah dia yg Afiq Khair pegi ikut m.ngah. tgh bercakap dgn ABANG, tetiba Dikyah tepon henpon aku. ahhahaha...kata nye, Afiq Khair tak lama lps sampai umah dia, kata "nak mama...nak mama..". aduih, tak bleh caya sungguh. alhamdulillah rumah tak jauh sgt. boleh la Dikyah keluar hantar Afiq Khair balik semula. ish ish...at last mlm tu m.ngah nye yg tido umah kitorg.






Isnin pagi, aku masih tak OK. lepas hantar anak2 p neseri, aku rehat jap kat umah. rasa agak larat, aku gagahkan diri drive p klinik utk amik ubat buang angin. lepas tu singgah kedai, beli nasi ngan lauk ayam. balik umah je, aku minum air panas sket...then, tido. dekat kol 3pm baru aku boleh mkn nasi. sebelum2 tu, aku minum air panas dan mkn buah pear + asam boi je. mlm tu, ABANG pun dah ada kat umah...aku pun dah rasa agak lega...baru le buleh nak settle keje2 umah. alhamdulillah hari selasa aku dah OK dan dah boleh p keje...






emm....sesungguh nye, nikmat kesihatan ni amat penting buatku dan keluarga. kalo tak sihat, kesian kat anak2. Air susu badan pun menyusut bila aku tak sihat. kesian kat Asha Zahra dok ngamuk2 sbb mimik tak puas. dok nyonyot2 tapi air susu tak berapa ada. aduih....tension gak aku. badan dah la tak larat. nak mkn , minum pun tak buleh sgt... moga aku diberikan kesihatan yg sempurna sentiasa supaya aku dpt memberikan khidmat yg cemerlang buat anak2 dan keluarga... serta supaya aku dpt meningkatkan usaha dlm beribadah kpd Yang Maha Esa! amin!!! begitu juga buat ABANG dan anak2 serta kaum keluarga dan sahabat2 ku. moga semua nye beroleh kesihatan yg cemerlang selalu...amin, ya Rabb!!












Labels: , , , , , ,

Friday, July 02, 2010

Reunion dan Farewell

my x-classmate..yanti, fidah, cikpuan ume, liza, azhar dan farok. (credit to azhar for the photo).




gambar beramai ramai. (credit to mk fahmi for the photo. thanks).



Bln lepas..bln June..sibuk dgn aktiviti reunion dgn kwn2 sekolah masa form 4-5 aku...x-mrsm jasin. bertempat di Bangi Golf Resort, 26 Jun, Sabtu..kol 2-5pm. lama sgt tak jumpa kwn2 semaktab tu. sejak keluar maktab, ni le 1st time aku join aktiviti gathering dgn diorg. sebelum2 ni, dah byk kali diorg anjurkan aktiviti gathering ni. buka puasa le..makan2 minum teh tarik le.. main badminton le..futsal le..bowling le..belum pernah aku join. ni baru nak join, nak jumpa kwn2 lama. excited! lagi syok bila dpt tau, classmate aku geng paling ramai yg akan hadir berbanding ngan kelas lain. ramai pun, just 6 org je la. hehe.. tu pun boleh cukup bangga le. alhamdulillah majlis berjalan lancar. sesi makan2, borak2, bergambar, tukar2 hadiah. anak2 pun seronok sbb dpt door gift. ada jajan dan mainan utk diorg. so...semua org enjoy. ABANG pun boleh join mkn. join borak2..join tolong amikkan gambar. heheh..thank you ABANG for your understanding, cooperation and support!!






23 Jun, Rabu...company aku buat lunch farewell utk sorg staff jepun kitorg ni. Momo-chan. dia nak balik Jepun dah. so, ada le acara makan2...bagi2 hadiah..bergambar. we all mkn kat Sinbad Arabian Restaurant, SS15 Subang Jaya. dekat je dgn opis ni. ni le 1st time aku p mkn kat restoran tu. kat situ time lunch mmg penuh sentiasa. ramai org2 arab p mkn sana. bangunan opis kitorg ni kan dekat dgn kolej2 swasta (inti kolej, taylor kolej, metropolitan kolej...etc). ramai student warga asing kat sini. so, student2 ni le yg memenuhkan suasana kat sini. meriah gituk. Momo-chan...bye-bye, ne. Moga dpt jumpa lagi lain kali. minah ni paling comel, paling muda dan ceria sentiasa kat opis kami ni. 30 jun hari tu, last day dia kat opis. now, dah terbang balik jepun.
mari berpantun:
kalau ada sumur di ladang,
boleh kami menumpang mandi;
kalau ada umur yg pjg,
boleh kita berjumpa lagi.

Momo-chan dgn hadiah yg we all kasi. (credit to K.isma for the photo. thanks).

Labels: , , ,