CAVENCI
pernah dengar kan..? cavenci. famous gak tu. kedai jual perabot.
selama ni kami anak beranak tidur atas tilam toto je. hampar atas lantai. dan bergolek le tidur berlima. now, anak2 dah mula membesar. tak kan le sampai ke sudah nak tidur sama2 dgn mama dan abah. so, aku dan ABANG mula pikir strategy utk pisahkan tempat tidur Iman & Afiq Khair dgn kitorg. Asha Zahra masih baby dan masih mimik dgn mama...so, takpe le dulu. Asha Zahra tidur dgn mama dan abah.
dgn itu...sejak bln lepas (jun)...kitorg dok survey kedai2 perabot. beli set bilik tidur utk anak2 dan juga set bilik tidur utk mama dan abah. 26 jun gitu, p cavenci. teruja la kami sbb 1st time jejak cavenci. selalu nengok katalog dia je. masuk showroom, we all jatuh cinta kat 1 set bilik tidur ni. utk bilik tidur aku dan ABANG. so, confirmed beli. buat bayaran. kata nye penghantaran dlm 10 hari. masa tu dah set utk dtg pada 17 july kot. dah cakap kat diorg, kalo hantar pada hari keje, kena dtg lepas pukul 7pm la sbb after 7pm yg kami confirm mmg dah ada kat umah. then, salesman tu kata ok. no problem je..semua boleh arrange!
tuptup...16-19 july we all takde. ABANG ada workshop kat PD. aku dan anak2 nyibuk2 ikut sekali. mintak Cavenci arrange hantar awal dari tarikh tu. 14 ke..15 july gitu depa dtg hantar. tapi, katil belum boleh pasang sbb ada sebtg skru takde. almari pakaian dan almari mekap je le yg ada. katil belum lagi. diorg angkut papan side panel yg set dgn skru yg takde tu, bawak balik dulu. we all tak sign pun the delivery note sbb brg tak complete pun lagi..
esok nye kena call lagi cavenci. set another appointment. tu pun dok berulang kali balas2 call utk tetapkan tarikh dan masa. that was their mistake, la kan.. sapa suruh tak bawak skru yg satu tu. now, bila kitorg kata sila dtg lepas kol 7pm...diorg kata tak boleh la. itu la..ini la...dah la yg selalu angkat phone tu org b*ngl*desh. dia susah nak paham apa yg kita cakap...and kita pun payah nak memahamkan apa yg dia cakap. macam bercakap antara ayam dan itik. ABANG la yg tension. dok tepon diorg.
kata, 22 july (semalam) depa akan dtg tgh hari. ABANG no choice, kasi tarikh dan masa 22 july tu sbb kebetulan ada meeting kat putrajaya pagi tu. so, tgh hari lps meeting boleh balik umah jap tunggu diorg dtg. tuptup...bila diorg sampai umah, ABANG belum sampai umah lagi. ABANG suruh je le diorg letakkan the thing (papan side panel + skru) kat tepi pagar. bila ABANG sampai umah, tgk yg diorg hantar tu adalah brg yg salah!!! depa letak papan tgh katil, yg tempat alas tilam tu le. bukan itu!!! kan dah kabo kat tepon brg apa yg nak kena bwk. then, yg musykil nye.. apa yg depa tulis kat delivery report diorg hari tu? the guy yg dtg hantar dan set up the things. diorg kata akan buat report brg apa yg takde dan next dtg kena bwk apa. ish...masalah betul. masalah komunikasi la ni.. semlm bila ABANG balik tgk brg yg dihantar tu salah, terus ABANG tepon cavenci lagi. of course le dgn rasa hot, kan! "ni le last saya beli dgn you all!!" huhu...
alhamdulillah...yg angkat tepon semlm tu pompuan melayu kot. buleh berkomunikasi dgn baik. set! ptg/ mlm ni depa dtg utk set up katil. harap2 takde le brg yg tertinggal ke...tersilap brg ke..etc.. kang ada yg kena bebel pjg lebar kang!!
huh!! harap je NAMA besar dan glamer gitu. tapi, servis tak memuaskan hati kami pun. udah2 le berangan nak guna brg jenama, perabot glamer ni. service tak sebagus nama pun! err.. tak semua brg berjenama camtu kot. dan, tak semua org yg pernah beli brg2 cavenci mengalami bad experience macam kami ni kot. just, "ung warui" (nasib tak baik) buat kami sahaja. wallahua'lam!!!!
alhamdulillah kami tak beli set bilik tidur anak2 dgn cavenci juga. kami beli kat kedai perabot sec 27, dekat je dgn umah. the next day after tempah, terus depa dtg hantar perabot nye. senang.
* hari ni hari jumaat. sabtu ahad ni kami di kampung. dah lama tak balik kg sejak kenduri peah awal bln 6 hari tu... i miss my mak abah, family, kampung dan semua yg ada kat kampung tu lah!! so, selamat ber-weekend buat semua..*
7 Comments:
Am memang serik dan tak penah beli dengan depa ni..quality belum tentu lagi cik noora...am slalu beli kat kedai2 perabot biasa. Alhamdulillah dekat dengan rumah ada 1 warehouse outlet yang barangnya berkualiti dan very reasonable...so far beli meja makan kat situ...ahad pagi order..isnin petang barang sampai..siap pasang and siap tolong baiki meja makan lama kami lagi...
nnt dah pasang..letak kat blog...huhuhu
Am
sebelum2 ni kitorg selalu beli kat kedai perabot kat sec 27 je. kedai biasa2. pastu, sbb nak beli set bilik tido sendri, konon nak yg lawo di mata dan sedap di badan la kot, saja je melangkah ke cavenci. terbekenan..tu yg beli. alih2 mmg mengecewakan kami. udah le, jgn le ngada2 nak beli kat tempat bagus2 ni. huhu..
ju,
mau lihat gambo nye? uh..nanti kena mintak permit nye dulu dari encik hubby. kekek...
dah beberapa kali dengar org komen pasai Cavenci ni...dari segi kualiti brg dan jugak service dia yg hampeh...hari tu Lisa ( batch Nora ) pun dah kena dgn Cavenci ni...memang kena blacklist la.
kitaorang ada gak beli kat cavenci... harga berpatutan dah quality sou sou... cuma tak larat tang 'transportation charge' Rm110 utk satu trip tuh isk isk isk
cavenci ni mmg service teruk kot yerk.. saya dulu pun order sofa patern lain, yg dtg partern lain color pun lain.. tah mcm mane la rekod order.
ye ke k.maisya...mmg hampeh la ek cavenci ni. huhu..boikot!
izan, kena transport charge? we all tak kena..hehe.. tapi tu le, susah beno nak set tarikh/masa utk p'hantaran.
wah, ada pengalaman yg tak best gak ek dgn cavenci? itu le, camne depa nyer sistem ntah. buleh lak dtg brg lain drpd yg di-order! ish ish..
Post a Comment
<< Home