Thursday, July 08, 2010

Celebration of July's B'day dan kesihatanku!






Sudah masuk Julai. Utk tahun 2010, dah setgh thn berlalu. cepatnye...






Dlm bulan Julai, di kalangan ahli keluarga ABANG, ramai yg sambut b'day. bermula dgn Aida (adik bongsu ABANG)..2 julai. maka nye, last week, friday...kebetulan Mak dan Abah ABANG dtg dari kampung. stay kat umah Kakak. jumaat mlm tu, we all lepak umah kakak sbb ada makan2 dan celebrate b'day sekali.






ada sate (separuh aku bawak, dan separuh lagi Peah pun bawak), ada pizza yg disukai oleh anak2 yg dibuat secara gotong royong, ada buah tembikai, ada soto yg enak made by maid of Kakak, dan of course lah ada kek kegemaran kami...choc indulgence dari secret recipe. delicious!! we all mkn sampai puas. sampai kenyang. siap boleh tapau pizza dan kek lagi tu utk bawak balik ke rumah. alhamdulillah atas limpah nikmat kurniaan MU ini ya ALLAH.






bila dah berkumpul reramai gitu, anak2 la yg paling seronok. dpt main bersama. jadi riuh rendah rumah kakak. Afiq Khair agak jakun nak main permainan gegirl milik Aisyah. permainan patung ala-ala Barbie 1 set. siap ada rumah dan perabot nye sekali tuh! Pana kata, harga permainan tu 1 set ialah rm79!!! yg boys lain sibuk main kereta control.






my Asha Zahra suka main kereta la pulak. dia memang gitu. kalo kat rumah, mmg tak pandang pun doll yg comel2 tu. dia sibuk menyelit dan menyibuk nak main dgn abang2 nye. main kereta, main patung spiderman, ultraman. huh... dia teruja kot nak join abang2 nye main. abang2 tak main doll, tu yg Asha Zahra pun rasa doll tu tak menarik utk dibawak main. adoiiii!!






Happy Birthday to Aida (2 july), Kakak n Imah (31 july), Asha Zahra n cikpuan ume sendiri (13 july), peah (14 july). kalo abg jali pun ada kat sini, sure anak dara dia si yasmeen zulaikha tu pun akan dpt celebrate b'day sama2. yasmeen is 4 july. kalo kat keluarga belah aku, selain aku dan asha zahra...ada najah hani yg sambut b'day dlm bln july ni gak.. najah is 17 july. konon plan nak balik kg mkn kek beramai ramai weekend ni...10/11 july. tapi, x jadi la kot balik kg...sbb 10 july (sabtu) ada Report Card Day kat school Iman. petang lak tu giliran kami...kalo pagi, buleh gak arrange utk balik kg tgh hari tu. huhhu....sabar cikpuan ume. sabar tahan rindu nak balik kg lagi.






weekend baru2 ni...ahad 4 july, ABANG pepagi lagi dah keluar p airport sbb kena fly ke K.T'ganu. kerja! maka nye...1 hari cuti tu...aku dok layan anak2 je le kat umah. Iman dah besar, ok la. cuma kekadang je dia cari pasal, gaduh2 dgn Afiq Khair. yg dak kecik 2 org tu; Asha Zahra dan Afiq Khair le agak byk kerenah. kejap sorg nak mimik...sorg nak susu...sorg membuang air.. sorg nak mkn... sorg ngantuk nak tido..memacam hal. tgh hari, aku suapkan semua sekali utk lunch. mkn nasi lauk sop ayam+ sayur, dgn telur...sambil tu suap2 gak le ke mulutku sendiri. aku paling bahagia kalo dpt suapkan nasi ke mulut anak2 ku macam tu. diorg mkn pun bersemangat. mkn byk sket drpd diorg suap sendiri. berlumba lumba. seronok sgt!!! macam tu kot perasaan mak aku masa dolu2. kitorg lagi ramai adik beradik. sampai aku bersekolah rendah pun, kalo balik sekolah tgh hari tu, mak akan suap kami mkn. bergilir gilir mkn disuap oleh mak. seronok sgt!






berbalik kpd kisah aku di hari ahad tu... dek kerana sibuk layan anak2...aku tak berapa selera nak mkn. takde masa sgt nak pikir pasal mkn...nak pikir hal diri sendiri. bila anak2 tidur, aku pun letih jugak masa tu.tertidur gak le. tu yg mmg x kisah sgt bab mkn. tau-tau je...bgn tidur, aku rasa nak muntah. kepala pusing. rasa laaaaapar sgt. aku cuba minum air...termuntah semula. aduh...perut masuk angin kot. mkn apa pun, minum apa pun tak boleh. muntah semula. Adikku yg duduk kat sec 27...dikyah tepon nak dtg umah. ha bagus la, aku kata. bawakkan makanan sekali. dia dtg ptg tu bawak grg pisang, kopok leko dan nasi grg kg. tapi aku x lalu nak mkn. mkn grg pisang sikit pun, muntah semula. emmm...anak2 ku join dikyah mkn.






lps isya' gitu, dikyah nak balik umah. Afiq Khair tetiba kata, "nak ikut m.ngah!!! nak ikut m.ngah". maka nye aku packing le baju, pampers, btl susu n susu, berus gigi dan ubat gigi Afiq Khair. bersemangat dia nak ikut m.ngah nye balik. siap salam2 tgn aku dan abg Iman nye. Asha Zahra pun sibuk nak ikut m.ngah bila nengok abg Afiq nye ikut m.ngah. huhuhu... aku kasi je la Afiq Khair ikut, even dlm hati ku terasa sedih dan risau. x pernah Afiq Khair bersungguh nak ikut org balik gini.






lepas Afiq Khair pegi...abg Iman nye terduduk kat dpn tv. "Iman nak doa la mama..." kata nye. aku kata..doa apa. kalo nak doa...doa je le. maka nye...Iman tadah tgn... "ya ALLAH, tenangkan lah Afiq. Jgn la Afiq Khair nangis2, supaya senang m.ngah nak jaga. sihatkan lah mama.." doa Iman masa tu. aduh...terharu aku dgr. tapi, tak lama tu...aku nampak Iman nangis. air mata meleleh leleh. " Iman rindu kat Afiq. sunyi la kalo Afiq takde....Iman nak main dgn Afiq". aduhhh. sayu gak aku mendengar nye.






lepas tu Iman suruh tepon ABANG sbb dia nak kasi tau kat abah dia yg Afiq Khair pegi ikut m.ngah. tgh bercakap dgn ABANG, tetiba Dikyah tepon henpon aku. ahhahaha...kata nye, Afiq Khair tak lama lps sampai umah dia, kata "nak mama...nak mama..". aduih, tak bleh caya sungguh. alhamdulillah rumah tak jauh sgt. boleh la Dikyah keluar hantar Afiq Khair balik semula. ish ish...at last mlm tu m.ngah nye yg tido umah kitorg.






Isnin pagi, aku masih tak OK. lepas hantar anak2 p neseri, aku rehat jap kat umah. rasa agak larat, aku gagahkan diri drive p klinik utk amik ubat buang angin. lepas tu singgah kedai, beli nasi ngan lauk ayam. balik umah je, aku minum air panas sket...then, tido. dekat kol 3pm baru aku boleh mkn nasi. sebelum2 tu, aku minum air panas dan mkn buah pear + asam boi je. mlm tu, ABANG pun dah ada kat umah...aku pun dah rasa agak lega...baru le buleh nak settle keje2 umah. alhamdulillah hari selasa aku dah OK dan dah boleh p keje...






emm....sesungguh nye, nikmat kesihatan ni amat penting buatku dan keluarga. kalo tak sihat, kesian kat anak2. Air susu badan pun menyusut bila aku tak sihat. kesian kat Asha Zahra dok ngamuk2 sbb mimik tak puas. dok nyonyot2 tapi air susu tak berapa ada. aduih....tension gak aku. badan dah la tak larat. nak mkn , minum pun tak buleh sgt... moga aku diberikan kesihatan yg sempurna sentiasa supaya aku dpt memberikan khidmat yg cemerlang buat anak2 dan keluarga... serta supaya aku dpt meningkatkan usaha dlm beribadah kpd Yang Maha Esa! amin!!! begitu juga buat ABANG dan anak2 serta kaum keluarga dan sahabat2 ku. moga semua nye beroleh kesihatan yg cemerlang selalu...amin, ya Rabb!!












Labels: , , , , , ,

9 Comments:

At Thu Jul 08, 12:05:00 PM, Blogger Fith said...

salam kak nora,
ooo bday akak n asha zahra sama yer?happy birthday,dekat aje dgn bday fith,hehe.

comelnya iman,pandai pun rindu kat afiq,terharu pun yer,lawak nak tergelak pun yer jugak bila baca dia punya doa tu,hehe,mcm2!comel!

 
At Thu Jul 08, 01:47:00 PM, Blogger umeboshi said...

salam Fith.
TQ ye. Fith pun bln july ek? berapa hb? meh kita celebrate sama2 nak? ahahhaha.. Iman mmg cenggitu. diorg kalo ada dok dpn mata, ada je benda yg boleh buat gaduh. kalo salah sorg takde, mula la rasa sunyi. tu le nikmatnye ada adik beradik... k.noora pun t'kejut dgr iman berdoa gitu. haha!!

 
At Fri Jul 09, 09:46:00 AM, Blogger produk ococ said...

ingat muntah2 tu kot nak dapat no 4, hehehe

 
At Sat Jul 10, 08:38:00 PM, Blogger Name: Wah said...

salam noora. otanjoubi omedetou.. asha zahra pun moga jd anak soleh.. pandai iman berdoa. terharu lak.. 0jgn abaikan kesihatan yek. kita ni mak orang.. kalau tak sihat mmg payah.

 
At Mon Jul 12, 08:51:00 AM, Blogger umeboshi said...

ju,
ahaha..tu la kan? macam org mabuk nak dpt baby je. tapi, bertenang ye. bukan sbb itu ;p

wah,
salam. arigatou ne!!! ok, karada ki wo tsukemashou ne...otagai sama.

 
At Mon Jul 12, 01:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Otanjyoubi omedetou gozaimasu ...
Wahhh ...sugoi ne Iman ...dah pandai berdoa segala ...terharu sungguh ...

Anyway take care !!

 
At Mon Jul 12, 01:36:00 PM, Blogger umeboshi said...

cik Anonymous, arigatou gozaimasu! Tokoro de, siapa ye cik Anonymous ni? boleh cikpuan ume tahu? eheh.

 
At Tue Jul 13, 03:05:00 PM, Blogger en_me said...

hepi belated birthday tewww.. uhuhu

 
At Wed Jul 14, 09:35:00 AM, Blogger umeboshi said...

en_me,
thank you...thank you!!

 

Post a Comment

<< Home