Susu oh susu
Aku baca Berita Harian Online tadi. ntah kenapa rasa sedih pulak bila baca 1 article ni.. bayi umur 45 hari terpaksa dikasi minum air suam, kerana ibu takde duit utk beli susu. aduh!! kan baru lepas pantang lepas bersalinkan baby...tak kan le air susu badan ibu tu dah takde? tolong lah!!! udah le kesempitan hidup, ibu ni takde kesedaran ke utk berusaha kasi susu badan dia ke baby nye? susu badan, kan free saja. tak perlu duit. ibu nye je yg kena jaga pemakanan. tak semesti nye kena mkn yg mewah. dpt nasi, ikan bilis, sayur pun dah ok. ikut lah kemampuan dia, boleh dpt bekalan makanan apa. kemudian, minum air secukupnye. insyaALLAH dpt supply penghasilan susu badan nye.
tolong ye ibu2...mari lah berusaha dan berazam utk berikan yg terbaik buat anak2 dan baby kita. air susu ibu adalah makanan yg terbaik buat baby.
Copy dan paste petikan dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayi45haridiberiminumairmasakgantisusu/Article/index_html
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bayi 45 hari diberi minum air masak ganti susu
Oleh Zuhainy Zulkiffli
2010/07/29GEORGETOWN: Akibat dihimpit kemiskinan, seorang ibu tujuh anak terpaksa memberi air masak kepada bayinya yang baru berusia 45 hari sejak tiga hari lalu kerana tiada wang untuk membeli susu. Penderitaan Tajenisha Beevi Sirajidin, 35, dari Lintang Batu Lanchang di sini, begitu ketara selepas suaminya, Mohamad Ridzuan Abdullah, 31, menjalani hukuman penjara sejak dua bulan lalu.
Sudah tiga hari bayi saya minum air masak saja kerana saya tiada wang untuk beli susu, katanya dengan nada sedih pada sidang media yang diatur oleh pertubuhan agama di sini, semalam.
Tajenisha Beevi yang mempunyai anak berusia antara 45 hari hingga 18 tahun mendakwa, kehidupan mereka sekeluarga sememangnya susah sebelum ini, tetapi tidak terlalu menghimpit kerana suaminya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM900 sebulan.
Bagaimanapun, selepas suaminya merengkok dalam penjara, kesusahan keluarganya semakin teruk sehingga tidak mampu menjelaskan sewa rumah RM400 sebulan, selain hutang mencecah RM4,000.
Wanita yang tidak bekerja itu juga belum menjelaskan bil hospital kerana menjalani pembedahan ketika melahirkan anak bongsunya itu.
Masa suami saya ada dulu, kami susah juga tetapi tidak pernah tidak makan sebab suami bekerja. Tetapi, sekarang saya terpaksa meminta makanan daripada jiran untuk anak. Kalau tiada makanan, saya hanya beri minum air suam saja, katanya yang amat mengharapkan sumbangan daripada mana-mana pihak bagi membantu kehidupan keluarganya.
Sementara itu, anaknya, Amirul Amin, 16, berkata dia terpaksa bekerja bagi menanggung keluarganya, tetapi tidak cukup memandangkan tiada pekerjaan tetap.
Sebenarnya saya bercita-cita menjadi anggota polis, katanya yang kini bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta.
6 Comments:
kalau makan pun tak ader, macam mana nak kelaur susunya cik noora oiitttt.
bukan pasal dia nak makan lauk mahal mahal, dia even tak ada duit nak beli nasi...jauh sekali la ikan bilis. dia cuma ada air suam, itu pun ntahkan air masak.
ntah ntah dia tak makan langsung, bagi anak anak ajerk makan.
macam mana la susu nak ader.
may be bagi kita lauk ikan bilis sesuatu yang mampu kita beli, celah gigi ajerk, tapi tak semua orang even mampu nak beli ikan bilis. macam knagaerarenai koto, tapi ingatlah, kita senang, tak bermkana orang lain pun senang. celah gigi kita, may be besar ertinya pada orang lain.
kristi
Hmmmm...baru bersalin kan? Mesti banyak air susu...takkan dah kering...mustahil tu...susu ibu tu adalah rezeki yang ALLAH kurniakan untuk bayi yang baru lahir...takkan langsung takde...
kristi, betul la apa yg kristi kata tu. X semua org beruntung dlm dunia ni. Tp harus ingat, di mana ada kemahuan, di situ ada jln. Bg kita muslim ni, selagi percaya kpd kuasa n rahmat Allah, ada usaha, doa n tawakkal, yg b'terusan, insyaAllah ada jln utk kita capai apa yg kita mahu.
K.anie..tu le, br je lps pantang.. Tp, ada gak kot org yg air susu nye cepat kering even br abis pantang. Dia x cukup mkn, x cukup minum n x cuba nyusukan bb secara terus kot. Org susah, n perlu jaga anak2 lain..kan. Wallahua'lam
rasa insaf sgt bagi kita yang cukup makan ni...sedihnya
kak ume, saya dah tukar address blog... lama dah.. hehehe.. http://missminniemiemie.blogspot.com/
setuju dgn ume..syg dia tak tau kasi susu bdn yg free. org kat afrika yg mmg betul2 kebulur pun menyusukan. kalau mkn makanan berkhasiat mmg menambah kualiti susu, tp kalau tak dpt pun mmg susu ibu terbaik utk baby. manaip sambil susukan khalisha tu yg bersemangat nihh.
Post a Comment
<< Home