Wednesday, July 28, 2010

Tentang Kerja

Aku mmg tak berapa ngam dgn cara keje dia. dia bukan la boss pun. sorg pompuan jepun yg mai dtg keje sini, dipertanggungjwb-kan utk buat sales, tapi tak berapa membantu sgt pun sales company. (jahat nye aku.....tapi mmg kenyataan gituh).

selalu last minute mintak itu ini. suruh org tolong buat itu ini. hari tu boss mintak dia survey mana nak mintak org tolong buat translation japanese-korean language. dah seminggu takde dpt maklumat kot...kekkyoku (at last) semalam boss dtg mintak aku pulak survey. nahh...surf je kat yahoo/ google. translation japanese-korean language in malaysia. ada beberapa list company yg buat service translation tu kat malaysia. aku called beberapa company..at last yg betul2 boleh translate japanese-korean ialah Ringo Language & Translation Service. company kat PJ. www.ringo.my . 03-7877 8644/ 03-7877 9644 (TEL). alhamdulillah. now, tgh tunggu depa nyer reply tang translation tuh. tak tau le betul2 diorg boleh buat ke tak ntah. moga2 boleh diharap le.

tu, satu hal. lagi....semalam dia tiba2 kata nak confirmed order satu part utk kegunaan server kat tempat client. dia nak penghantaran dgn kadar segera. mmg aku boleh request mcm tu. tapi supplier punya jawapan selamat ialah, 2 weeks delivery. tak boleh janji hantar cepat atau lambat. kalo ada stock, boleh sampai awal dari 2 minggu. emmm...itu normal la kan? lagi pun dah dekat 2 minggu jugak le supplier hantar quotation. kalo dah confirmed awal2 sejak last week ke, kan dah boleh receive the parts dlm waktu2 terdekat ni. selalu la dia diam dan biarkan je the quotation tu.. kan dah p settle the server setting kat tempat client tu sejak seminggu/ 2 minggu lalu. kenapa la at the same time dia tanak order terus the thing??? tau-tau...pandai sebut URGENT je. ingat aku ni apa? nak membebel pasal delivery yg amik masa lama tu kat aku pun, buat apa? aku bukan boleh buat apa pun. aku boleh tolong issue PO, tepon2 supplier cakap nak urgent. tu je. selebih nye BERSERAH je la.

huhu...pompuan jepun yg sorg ni mmg agak malas le kalo nak dibandingkan dgn org2 sebelum dia. tapi, aku tak boleh le nak cakap byk.. aku bukan big boss. sekali sekala je aku membebel kat dia. ekkeke...

aduh...pagi2 sudah membebel kat blog. luahan hati! luahan hati!! aku malas nak bising2 kat org. maka nye, aku dok bebel2 kat sini je lah eh...ampun!!

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home