Anak Yatim Shifa Setapak
From: Thom Che tom (shifa_praktis@yahoo.com)
Date: 2010/7/8
RUMAH ANAK YATIM SHIFA SETAPAK
Salam Apa khabar?Harap semuanya sejahtera. Sebenarnya Mak Tom nak minta tolong, harap sudi foward rayuan Mak Tom to semua kenalan Mak Tom sedang berusaha beli rumah untuk anak yatim shifa. Face book: anak yatim shifa setapak Mak Tom dah ada 20%. Ingat ban k boleh bagi 80%. Tapi bagi 58% sahaja. Deposit dah bayar. Tinggal 40 hari saja lagi untuk due. Doakan semoga ada hamba ALLAH yang datang ban tu. kalau tidak terpaksa batalkan pembelian. Harap dapat rujuk atttached file. Terima Kasih.
+++++++++++++++++++++
Attachment nye:-
RUMAH ANAK YATIM SHIFA SETAPAK
salam
apa khabar, harap semuanya sejahtera.
Sebenarnya saya nak minta tolong, harap sudi foward rayuan saya to semua kenalan .
Saya sedang berusaha beli rumah untuk anak yatim shifa.
Face book: anak yatim shifa setapak
Saya dah ada 20%. Ingat bank boleh bagi 80%. Tapi bagi 58% sahaja. Deposit dah bayar. Tinggal 40 hari saja lagi untuk due.Doakan semoga ada hamba ALLAH yang datang bantu. kalau tidak terpaksa batalkan pembelian .
Urusan pembelian dibantu secara percuma oleh Encik Azaine PEGUAM dari Tetuan Azaine & Fakhrul Sdn Bhd. Boleh hubungi beliau untuk pengesahan 03-40215544(Puan Zarina)
Saya dah bayar RM 122,550.00 (DEPOSIT - WANG INI TAK AKAN DIKEMBALIKAN KALAU BATAL PEMBELIAN)
Ambank bagi pinjam RM 700,000.00 (58%)
Duit saya jual rumah n 1 kereta RM 150,000.00
Sumbangan orang ramai RM 50,000.00
Jumlah terkumpul RM 1,022,250.00
Harga rumah RM 1,222,250.00 (kurang RM200,000.00)
TOLONG FOWARD E-MAIL TO KAWAN2 DAN MINTA SEMUA KAWAN2 E-MAIL PADA KAWAN2 MEREKA tentang perkara ini. Tolong ye.
RM1.00 seorang pun jadilah. SECARA ONLINE BANKING
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Teratak Shifa KL/SEL
No. Account : 514066-429233 Maybank
076-202-200449-4 Ambank
1438-0005685-05-9- CIMB
Ada pelepasan cukai: LHDN. 01/35/42/51/179-6.6367
Terima kasih
Hajjah Che Tom Binti Ujang
Pengasas/Pengerusi
Rumah Anak Yatim SHIFA
017-3387959
03-40234818 (Fax)
+++++++++++++++++++++++++++++++
di atas tu, email yg kawan2 fwd kpd ku. bersama attchment nye....yg aku copy n paste kat sini. aku tak dpt membantu byk. dpt tolong sikit dan sebarkan email makcik Tom pun ok la.
mohon kita sama2 dpt beri sumbangan kpd mereka. Saya dan kwn2 pernah jumpa makcik tom (pengasas rumah anak yatim darul shifa'), dan kami pernah bersama sama mengumpul sumbangan dan ziarah rumah Darul Shifa' serta buka puasa dan solat jamaah dgn makcik Tom dan penghuni rumah Darul Shifa' ni dlm 3 -4 thn yg lalu kot. dgn itu, bila ada sahabat yg fwd email Mak Tom ni, terus ingatan saya terkenangkan saat pertemuan kami itu. Terbayangkan wajah2 anak2 yatim yg masih kecil..yg masih bersekolah..yg ceria itu.
waktu kami berbuka puasa di sana, waktu tu aku baru saja kehilangan janin yg aku kandung selama hampir 2-3 bln. Kalau janin itu selamat ku lahirkan seperti baby2 lain ke dunia ini, dia adalah anak ke2 aku...adik kpd Iman dan abang kpd Afiq Khair dan Asha Zahra. tetapi, ALLAH lagi Maha Mengetahui. DIA ambil kandungan ku itu, utk uji aku dan ABANG, dan sudah tentu terselindung di sebaliknye rahmat dan nikmat NYA. sewaktu aku bersedih akan kehilangan baby dlm kandungan ku itu, ABANG pujuk aku dgn kata2 yg amat menusuk kalbu dan kalau diingatkan kembali kata2 ABANG, aku boleh mengalirkan air mata! (sekrg pun air mata sdg mengalir!!!). ABANG kata, " biarlah ALLAH ambil dia (baby) sekrg. Kita bersedih sekrg. tapi kat sana (akhirat) nanti, dia (baby) menunggu kita dan membuatkan kita gembira. " lebih kurang camtu la kata2 ABANG. masa aku berehat kat kg lepas buat D&C (cuci rahim) ...mak aku pun luahkan kata2 yg sama macam yg ABANG kata tu. mak kata lagi, "kan di alam roh di dlm rahim, bayi ada perjanjian dgn ALLAH. mungkin baby ni tak sanggup utk kata OK bagi perjanjian2 dia dgn ALLAH, sbb tu ALLAH amik dia". so, dgn kata2 itu le membantu aku jadi kuat dan tabah utk harungi hari2 yg mendatang. ..dan tidak serik utk berikan Iman lagi adik. (nostalgia buat arwah RAZAN AZHARI. al-fatihah!).
kenapa pulak tercerita kisah sedih ku itu. ish...back to the story of Rumah Darul Shifa'. ok, lepas 2 minggu gitu kot..aku keguguran tu, aku dpt join majlis buka puasa yg kawan2 ku anjurkan itu. masa tu pun, aku tak berapa sihat lagi. emosi pun belum stabil. anyway, dpt join dgn kawan2, ziarah anak2 yatim...dpt beri mereka mkn nasi ayam yg sedap (sbb ujen order dari kedai yg pandai buat nasi ayam yg sedap sebegitu)...buah tembikai..puding pelangi yg enak hasil air tgn ujen juga..kuih muih dan pelbagai makanan lagi yg dpt kami jamukan mereka. aku terhibur tgk keceriaan anak2 penghuni rumah Darul Shifa' itu. syukur sgt2 dpt peluang ke sana.. selepas kesihatan dan emosi aku "down" ketika itu.
So, aku doa moga usaha murni makcik tom n team serta kita semua diberkati ALLAH. Moga dipermudahkan segala usaha yg baik ini. Insya-ALLAH. Amin!!
boleh cuba tgk sini: http://teratakshifa.blogspot.com/
2 Comments:
al-fatihah. Semoga arwah Razan Azhari jadi penyeri di Syurga!
*Teringat majlis berbuka puasa kat rumah Darul shifa*
thanks izan. a ah...mmg natsukashii kenangan kita beramai ramai buka posa kat sana!!
Post a Comment
<< Home