Pantang 44 hari
ada kawan2 aku yg sdg berpantang lps bersalinkan new baby, dok sibuk mengira hari.. dan megeluh bila nak abis pantang ..bila nak abis pantang. pastu ada gak yg sibuk tanya, kenapa kita berpantang 44 hari.. org cina/ india just 30 hari aje. aduh...aku geram sungguh dgn org yg camni. bukan selalu pun kena berpantang ni. bukan nye senang pun nak dpt waktu istimewa cenggitu. harus redha! kan utk kepentingan dan jaminan kesihatan kita di masa depan juga. sabar aje la kan. harungi tempoh berpantang dgn ceria dan penuh sabar gituk. kalo dpt suami ada sekali bersama sama membantu apa yg patut time berpantang, laaagi bagus. pepagi before dia p keje, tolong masakkan nasi dan lauk2 utk isteri yg berpantang tu. tolong mandikan baby. tolong sediakan keperluan si isteri dan baby serta anak2 lain (kalau ada) sementara dia berpergian ke opis. dpt suami cenggitu, mmg ringan sket beban mengharungi musim2 berpantang nih.
anyway, pantang tetap pantang. follow sehabis baik gituk! kalo ikut org dulu2, tak bleh minum air bebanyak. mkn nasi dgn ikan bakar, atau bilis grg aje. kuahkan dgn air asam jowo bersama lada itam dan rempah2...dan juga bwg putih. halia. dowh...mana nak sihat. macam mana nak lancar pembuangan toksin/ perkumuhan tubuh kita ni kan? alhamdulillah aku berpantang selama ni dgn mak aku yg agak moden gak le. tapi masih follow cara2 tradisional nenek2 kami. bertungku dan berurut dah tentu ada buat. mak aku sediakan menu sihat. ikan rebus/ bakar/ goreng. ada sayur2 masak rebus. selalu nye ada kobis, kentang, carrot, bawang. pastu, mkn buah prune utk melembutkan najis...senang nak membuang air besau!! minum berapa byk pun ok. maklum le, kalo nyusukan baby, harus sentiasa lapar dan dahaga. lepas 2,3 minggu, dah buleh mkn ayam bakar. daging pun boleh...tapi aku tak sentuh pun. huhuhu... itu bab menu/ makanan lah. kalo rasa sayur atau makanan tu jenis sejuk/ berangin, takut tak tahan..better jgn dimakan. macam aku, paling aku ingat cendawan dan kerang..lepas 2,3 bln bersalin pun, aku tak bleh jamah. ada sekali tu aku mkn, lps salinkan Iman le...terus rasa seram sejuk badanku. kepala pening semacam... aku rasa, aku tak kuat lagi le utk jamah benda tu. after 5,6 bln cuba lagi sket, kalo OK...baru le boleh mkn macam biasa.
bab nak "bersama" semula dgn suami. kalo ikut tok nenek nye petua, kena follow sampai 100 hari. aku betul2 setuju. ini utk kebaikan diri juga. kan utk keharmonian rumah tangga juga.. utk suami kita juga...kan? kata org tua2...supaya urat2 terjaga dgn elok, supaya urat2 tak kembang. aku pun tak abis belajar...kalo urat kembang, apa akan jadi...???hehhe..anyway, benda elok juga ni. utk memulihkan dan mengembalikan kesihatan luaran dan dalaman ibu yg lps bersalin, apa salahnye. kan? I follow je. insya-ALLAH ada kebaikan nye... tapi, bukan bermakna kita abaikan layanan kpd suami. layan la macam biasa dan seada nye. suami pun, mesti kena paham dan bertimbangrasa.. yg nak dielakkan tu ialah perkara "bersama" tu le!
cukup la dulu utk kali ini. ni, aku jumpa kat sini .
Antara kebaikan berpantang :
Dari segi kesihatan - doktor menggalakkan agar hubungan sex tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru saja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi. Apa itu luka episiotomy…? Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.
Dari sudut agama – darah nifas biasanya keluar dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Dalam tempoh ini tidak diwajibkan bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk berpuasa dan sembahyang serta ditegah dari mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.
Bahaya “air embolism“ – Sebab lain kenapa dari segi kesihatan kenapa hubungan kelamin bersama pasangan hanya boleh dilakukan selepas 6 minggu ialah tentang kemungkinan terjadinya air embolism (tak tau apa maknanya dalam bahasa) terutama apabila melibatkan oral sex. Air embolism ialah apabila sejumlah udara yang terperangkap dan masuk ke salur pembuluh darah, dan boleh menyebabkan kematian. Ini kerana pada 6 minggu pertama selepas bersalin bahagian rahim masih lagi belum sembuh sepenuhnya.
Apa-apa pun, biasanya kalau Islam dah tetapkan sesuatu tu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
sekian.
8 Comments:
setuju 400%!haa tuh dia.kdg2 rasa iya meluat sgt dgn kawan2 yg pantang 44hari tu pun nak merungut tak hbs2.dah bantai mkn mcm2 25++ tahun kan,takkan laa takat 44hari tak makan certain foods tu boleh mati.dah berpuluh tahun merayau merata,takkan 44hari duk rehat kat rumah boleh patah kaki kan,pelik sungguh,hehe.
fith pun pantang betul cara traditional.bab air tu minum sket2 tp kerap.tak minum byk sbb taknak perut buncit,hehe.
kembang urat tu kan kak noora,ramai yg kata nanti b4 umur 40tahun akan sakit2 urat,sejuk2 badan dan mudah lemah2 sendi,yg ni mmg betul2 sbb tak jaga masa pantang.
oleh itu,jom kita jaga badan elok2,haha
Setuju 100 % ! walaupun sendiri pun belum tentu katam 100 % he he. apa pun sendiri buat sendiri tanggungg maaaa.. kalau ngelat tunggu la sok sok bila umur dah cecah 40 -50 kan cik ume kannnn
hmm teringt masa pantangkan arisa dulu.. sendiri jer kt sini. alhamdulillah tetap pendirian & kuat iman. makan mmg sah2laa ikan bakar, lada hitam dgn sawi rebus everyday. sup sawi tuh tini hirup sampai habis. minum air bergelas2 hahaaa... sampai susu melimpah2, alhamdulillah. kali nie tak minum milo pun sbb takut najis keras cam pantang aiman dulu.. ngeri bila bayangkan. sebenarnya semua tuh bergantung pada diri kitakan.. kalo kita jadikan pekara tuh best, bestlaa jadinya. kalo tak mmglaa dok hitung hari bila nk habis pantang.
Fith, tu dia!! 400% setuju eh? arigatou!! k.noora rasa org2 yg x betul2 hargai tempoh berpantang dan tak sabar2 nak abis pantang ni, macam tak reti nak bersyukur dgn keistimewaan yg telah ALLAH berikan utk kaum hawa ni. pulak tu tak semua kaum hawa dpt merasai nikmat bersalin dan berpantang. apa lah sgt tempoh berpantang yg 44-100 hari ni kan? byk lagi masa sihat kita yg buleh pulun mkn sedap2 dan p berjalan sakan ke sana sini.
Izan,TQ!! 100% sokongan itu. hehe. cik ume sekadar meluahkan rasa dan pendpt sendri. terpulang le kat org lain..tapi, betul la tu. sendri buat, sendri tanggung. cik ume cuba berkongsi pendpt kat sini.
tini, berpantang sendri mmg taihen rasa nye. feel lonely je. tapi kena kuat mental, fizikal, iman segala. kalo tak, sikit2 nak nangis. huhu..k.noora berpantang dgn mak kat kg pun, kekadang buleh tetiba dtg rasa lonely dan sensitif gituk. apa2 pun, kena berfikiran positif...demi diri sendri, anak yg baru lahir, anak2 lain (kalo ada) dan demi sebuah family tercinta!!
This comment has been removed by the author.
ho...ho..akak tak pernah mengeluh or merungut nak habiskan tempoh 44 hari tu....sebabnya.... akak ni boleh dikatakan tak berpantang pun...he..he...start dari anak sulung dah berpantang sendiri. Balik dari hosp je dah start buat kerja-kerja rumah. Barut/bengkung pakai kalau rajin je(hangat le...habis naik ruam badan)...tungku pun macam tu...makan pun tak de pantang....jamu ke apa tak makan pun...alhamdulillah setakat ni sihat walafiat lagi. Skrg dah umur 34 so kita tgk dlm masa 6 thn ni adakah kesannya akan nampak?( ye lah kan sebab ada yg kata kalau tak jaga pantang, before umur 40 akan start sakit-sakit badan segala). For me yg paling penting dlm pantang kena happy dan elakkan stress. Makan makanan berkhasiat everyday sepanjang tahun, berdoa dikurniakan kesihatan yg baik sehingga ke akhir hayat....insyaallah segalanya dipermudahkan.
k.maisya, owh dok berpantang sendri mmg le tak berapa bleh nak "coti" drpd keje2 umah tu ek.. anyway, betul la tu apa yg akak kata, apa cara pun kita melalui tempoh berpantang itu, yg penting kena sentiasa happy n jgn stress. mkn yg berkhasiat dan doa selalu kpd ALLAH.
Tengsh pantang anak ketiga..baru terfikir kenapa 44 hari�� apapun syukur berpantang sendiri dan suami sangat jaga semuanya dari a sampai z. Alhamdulillah��
Post a Comment
<< Home