Tuesday, October 12, 2010

Istiqomah

kita bercakap pasal istiqomah la pulak. hari ni dok surf pasal istiqomah dan jumpa la artikel yg bagus buat nak share dgn kawan2 kat "rumah" aku ni. mari kita baca.

aku amik dari sini .
Firman Allah s.w.t.: “Maka tetaplah kamu pada jalan yang lurus(benar) sebagaimana telah diperintahkan kepadamu.” Surah Hud:112 Dato’ Hj Dusuki Ahmad dalam bukunya Kamus Pengetahuan Islam mencatatkan bahawa istiqamah itu ialah: “tetap hati, tekun dan terus-menerus menggiatkan usaha untuk mencapai cita-cita.” Menurut definisi ini, kita fahami bahawa individu yang mudah lemah semangat, mudah patah hati, mudah kecewa, kerja sambil lewa, tidak tetap pendirian, pemalas dan suka ponteng adalah individu yang tidak istiqamah.

istiqomah ni luas, dan merangkumi kehidupan kita sehari hari. yg paling utama ialah istiqomah dlm aqidah dan keimanan kpd ALLAH.

so, macam aku sekrg ni. dari hari tu aku dah kabo nak hidup berjimat cermat. (chehwah!!). insya-ALLAH. istiqomah dlm berbelanja, dlm penggunaan wang. dlm minggu ni, yatta (yeayyy!!!) !!!! aku belum lagi guna duit utk belanja lunch or breakfast. setiap hari kalo tak puasa, aku bawak le bentou (bekal) ke opis. tak susah. yg simple dan yg dah tersedia ada kat umah je. selalu nye, balance makanan dinner pada mlm hari sebelum tu, aku pack le utk bentou ke opis. minggu ni pun, utk dinner aku pulun masak. masak lebih sket supaya aku bleh pack utk bentou the next day. mmg bertarung habis habisan la...dgn Asha Zahra nye yg sibuk meraung nak berdukong la..dgn keje2 cuci pinggan mangkuk dan laundry la...susun atur susu ebm...cuci botol2 susu..etc. sambil tu tengok2 reading Iman, bacaan Iqra' dan homework dia. seringkas mungkin! habis semua tu, mmg cepat2 aku cepung Asha Zahra bawak naik atas dan tido tak sedar diri. hehhe..

ya! aku harap, aku boleh istiqomah utk jimat belanja hari2 aku. atleast, time working day ni le. utk lunch, utk breakfast...fikir utk perut sendiri aje. (di samping kena maintain pengeluaran susu utk stock minuman Asha Zahra..). so, apa2 je makan pun tak kisah sgt. bawak bentou yg simple dah ok. nasi goreng...mi goreng..nasi putih dgn sayur rebus/ ulam-ulam, telur grg/ ikan grg/ bilis grg/ serunding, miso soup segera (dpt stock dari member Jepun)...etc. janji aku tak kelaparan gituk. aku harap, menu aku cukup segala vitamin :-)

jarang dpt breakfast kat umah. sibuk bersolek! kalo ABANG dan Iman tu, kekadang sempat gak depa mkn Koko Krunch/ Cornflakes dgn susu le, buat air milo ke, mkn roti ke. kekadang Iman mintak disediakan bentou gak utk dia p sekolah.

hari coti...ngadap anak2 dan family, susah sket nak sekat2 guna duit ni. ada je yg nak kena beli. surat kabo mmg beli la. dok umah mesti nak baca newspaper. ABANG le selalu membeli nye. kena isi petrol utk kereta jugak. anyway, kalo hari2 masak pun, boring gak. penat gak. kalo hari2 bentou pun boring gak. so...ada gak le masa2 tertentu kita keluar duit utk belanja. utk mkn lain sket dari hari2 selalu tu. ubah selera gituk.

emm. istiqomah dlm ibadah. istiqomah dlm perbuatan. istiqomah dlm segala gala nye, yg membawa kpd kebaikan. moga dgn istiqomah, akan membawa kebahagiaan dan keberkatan dlm hidup kita sehari hari. dunia dan akhirat.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home