Thursday, December 30, 2010

Meysa&Duan

tahun ini, mak abah ku selamat menerima sorang lagi menantu. alhamdulillah. 26 dec 2010, ahad, 20 Muharram 1432H, dah selamat adikku;misa jadi isteri org. menantu mak abah ku kali ini org Sabah. bila kami kata, menantu mak abah yg sedia ada ni 3 org semua nye org jawa sabak bernam, Duan (menantu baru mak abah kali ini) kata, dia pun "jawa" juga. tapi "cina jawa"!!!






Selamat Pengantin Baru, Misa & Duan. moga rumahtangga kekal bahagia ke akhir hayat, hidup aman damai dan cepat2 dpt anak. eheheh.. terima kasih kpd sedara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan kenalan yg dtg membantu, meramaikan majlis, dan mendoakan kesejahteraan pengantin. semoga ALLAH merahmati kita semua...amin!













* gambar yg paling bwh ni, gambar mak abah ku dgn sebahagian adik beradik dan ipar duai mak.

Labels: , , ,

Wednesday, December 22, 2010

Sakit Tekak

sejak bgn pagi tadi, aku dah terasa perit tekak. now kat opis...kepala pun dah terasa berat. hidung pun agak tersumbat. aduhh...semoga aku dan anak2 sihat sentiasa. YA ALLAH, pelihara lah kesihatan kami semua.. agar mudah utk kami beribadah kpd MU, mudah tunaikan kewajipan kami dan mudah utk kami laksanakan segala urusan kami... ampunilah dosa2 kami YA ALLAH! amiiiin!!!

kat luar dah hujan sejak tadi. seeeeejuk!

ps: agak berdebar la pulak. ahad ni kenduri kawin adikku ku; misa. anak ke5 kpd mak abah ku. moga majlis berjalan lancar. amiiiin!

Labels: ,

Tuesday, December 21, 2010

Patut ke

emm...aku rasa macam nak Remove someone from my FB friend list. seseorang yg bukan le dah menyakitkan hati aku, atau dah buat onar kat aku atau family. cuma nye, aku termalu sendiri bila terbaca coretan2 kat Wall FB dia tu. selalu lah dia dok update status atau boh komen yg secara tak langsung dah membuka aib orang lain...dan juga aib dia sendiri...serta family dia. owh, malu le as friend. tapi, aku benar2 kutuk diri aku sendiri sbb tak begitu berani nak tegur perbuatan dia tu. just tegur gitu2, agak ringan sekadar ingatan yg biasa2. aduhh..ya ALLAH, ampunkan le kelemahan aku ini. aku mohon moga Engkau bukakan hati "seseorang itu" utk benar2 insaf, sedar, bertaubat dgn apa yg dia dah lakukan. aku mohon moga Engkau peliharalah aku dan keluarga ku drpd perkara2 keji dan mungkar.

kawan2...jangan senang2 update status/ boh komen kat wall FB tentang sesuatu yg mengaibkan diri sendiri atau org lain...atau family...atau sesapa aje le. kita pun bukannye complete sgt as hamba NYA. so...sedar2 la diri, kan???

err...aku nak remove ke tak...nak remove ke tak...remove ke tak...hehehe..
apa2 la aku ni. dulu aku pun dah membebel pasal hal yg sama. tak suka kat org2 yg terlalu OPEN di alam maya gituk.. tapi hari ni, mmg rasa terbeban lak bila terbaca kenyataan2 seseorang itu kat FB dia...

Labels: ,

Friday, December 17, 2010

Soba



Aku suka sgt dgn Soba. (Sejenis mi Jepun..)




Mi dia aku mudah dpt kat ESG ni. kalo pegi Giant pun sekrg ni dah ada dijual kat sana. Mlm tadi kami dinner dgn soba. aku gorengkan juga la nugget ikan ...nugget kegemaran Iman. soba yg aku beli tu, ada 3 ikat/ pack. aku rebus kesemua 3 ikat. itu pun mkn 5 beranak tak abis. yg baki nye tu, aku buat "bento" (bekal) aku hari ni ke opis. Lunch hari ni dgn soba!! I like!!!


My bento for today!

UPDATED!!! 20/ 12/ 2010 (Isnin)

Untuk resepi mi Soba, aku ada pernah buat entry kat sini. masa entry tu dulu, k.anie ada request utk tengok macam mana rupa mi soba nye tu, kan...hehhee.. setelah berapa lama, ni le baru nak tunjuk kat k.anie gambo nye..gambo2 terkini.

tapi, utk kuah nye tu..sekrg ni aku suka buat simple aje. takyah tumis2 dah. just rebuskan air dgn ikan bilis. lepas mendidih, tapis kasi buang ikan bilis. (ikan bilis tu bebila nanti boleh tumbuk2 utk dimasukkan dlm cekodok, atau nasi goreng). kalo malas nak rebus ikan bilis, masak je air dan masukkan kiub ikan bilis jenama maggi ke, knor ke. ikut suka le... utk gantikan ikan bilis tu. kemudian, air rebusan bilis tu boleh tambahkan air sikit lagi, masukkan kicap manis, sos tiram dan 2,3 titik minyak bijan. 2,3 ulas bwg putih kasi ketuk2 dan masukkan dlm kuah tu. masukkan gula, garam dan rasakan masin, manisnye. dah siap!! ringkas aje. time nak mkn, parutkan halia. boleh makan dgn wasabi, sayur2 rebus, fish cake/ball ..atau apa je le yg kita suka. takyah bahan2 sampingan pun ok. aku suka jek! sekian...

Labels: , ,

Wednesday, December 15, 2010

Bermuka muka

Tak suka sungguh aku.
mmg tak suka.
tak suka!!
benci!!!

nyampah tau kat org yg bermuka muka ni. depan boss, dia semua kata OK. boss suruh dia buat apa pun, dia ok! ok! ok! semua dia boleh buat la. bila kiter offer nak tolong, dia kata nevermind..dia akan buat. tapi, sampai kesudah, tak buat apa pun. lepas tu, dah dekat seminggu bila boss tanya balik, baru nak gabrah. ha, time tu sibuk minta kiter tolong. semua benda dia mau hempuk kat kepala kiter. apa kessss???

takpe. kiter buat juga le sbb kiter tau yg kiter mmg buleh buat. tu yg dari awal hari tu kiter offer nak tolong..kan? (chehwah...riak la pulak ek??? astaghfirullah!!). tapi, lepas2 tu sila follow up ye ENCIK YANG PANDAI BERMUKA MUKA.. sbb nanti boss akan cari awak.

sabar banyak2 cikpuan yg kena hempuk kepala dek keje org lain..

ps: bulan december ni byk le pulak aku terpaksa amik coti...aduih...tsurai yo!!!

Labels: ,

Tuesday, December 14, 2010

Iman Bertanya

Ahad, 12 dec...lepas berhujung minggu di kampung, kami bertolak balik ke putra heights macam biasa...waktu malam lepas solat Isya' dan lepas dinner. dlm pukul 10 setgh baru keluar dari umah mak abah ku.

aku cuma nak berkongsi pertanyaan Iman kpd aku dan ABANG...
1) "mama, kenapa kita tak boleh mkn makanan yg tak halal?"
2) "abah, kenapa bulan tu ikut kita? tadi, masa kat sana...bulan ni ada kat sana. sekrg, dia ada kat sini ikut kita jugak..."

aku jawab:-
1) makanan yg tak halal tu, kita tak tau ia bersih ke tidak. kalau kita makanan yg tak bersih, nanti hati pun jadi kotor. makanan yg masuk dlm badan kita kalo kotor, nanti badan pun tak bersih. senang syaitan nak kacau kita. nak solat pun susah. nak belajar pun susah. nak jadi org baik pun susah.. sebab tu kena mkn yg halal2 aje. dah tentu bersih. insya-ALLAH. hati, kepala senang nak ingat ALLAH.

2) bumi yg bergerak sebenarnye. berpusing pusing. bulan pun ada 1 je. kat mana2 kita ada, kita pegi, bulan tu cuma 1 tu je yg kita nampak.

.............aduhh..soalan spontan...jawapan pun spontan la kan. tapi ntah apa2 yg mama jwb... tak reti nak jwb ikut tahap pemahaman anak2 ku...

Monday, December 13, 2010

Chickenpox

Baru2 ni Asha Zahra kena chickenpox.

Selasa, 7 dec. cuti awal muharram. mmg perasan ada 1 bintat kat kaki. bintat berair. aku dan ABANG berkata kata...chickenpox ke ni? tapi, aku kata, mungkin bekas gigitan semut ke apa ke.. tgh hari tu, kami biarkan je Asha Zahra berendam dlm "kolam" plastik dgn abang2 nye. mlm tu, lepas balik jalan2 dgn family ABANG kat i-city, aku rasa badan Asha Zahra dah mula panas. mlm tu dia tak tido lena. ngamuk2 aje.

Rabu, 8 dec. aku nampak ada keluar lagi bintat2 berair kat dahi. 1 belah kiri, 1 belah kanan dahi dia. kat dada pun dah ada. badan pun panas. aku tak sedap hati nak p keje dan biarkan dia p neseri. aku kata kat ABANG, biar aku bawak Asha Zahra p klinik dulu. kalo confirm chickenpox, aku amik cuti hari tu utk jaga Asha Zahra kat umah. kebetulan Iman pun sakit mata. kat bahagian bwh mata kiri dia bengkak. p klinik...amik ubat utk Asha Zahra dan Iman. aku minta ubat khas utk chcikenpox...yg macam aku pernah dpt masa Afiq Khair kena chickenpox dulu. ubat tu, mujarab kalo diambil segera dlm sehari atau 2 hari lepas terkena chickenpox. ubat ni macam antibiotik gitu. supaya chickenpox cepat sembuh, cepat kering. tak amik masa yg lama la utk sembuh. kat klinik Famili yg kami pegi tu, ubat nye dah abis. aku cuba pegi klinik NoorHajar. alhamdulillah ubat Zorax Suspension tu ada. RM40 sebotol.

Khamis, 9 dec. ABANG jaga Asha Zahra dan Iman. aku p keje. tapi Iman ikut sepupu2 dan acik2 nye p tgk Rapunzel kat Sunway Pyramid. Asha Zahra je la dgn ABANG. setiap 4,5 jam kena kasi ubat demam...ubat tahan gatal/selsema..dan ubat Zorax. aku balik keje ptg tu, terkejut tgk muka Asha Zahra. merah semacam. mungkin sbb suhu badan yg panas kot. yg aku perasan, kaki dan tgn dia naik macam ruam. merah2 dan nampak jadi bengkak le tgn dan kaki dia. Asha Zahra pun asyik menggaru garu je. kesian tgk. aku agak, dia mungkin alah pada Zorax.

Jumaat, 10 dec. aku punya turn jaga Asha Zahra kat umah. Iman pun dok umah. ok la. ada peneman aku nak jaga Asha Zahra. Afiq Khair kat neseri. Asha Zahra takmo diam sgt. nak meragam...nak berdukong sokmo. asal celik mata je, dia ngamuk2. pagi dlm kol 4 am, ABANG dah kasi ubat demam lalu b*nt*t. sejak tu, alhamdulillah panas badannye reda. sampai ke siang dah tak panas. cuma, dia sibuk gatal le kot. nak ngamuk aje. lepas zuhor, bawak p klinik Famili. sah le kut yg Asha Zahra alah pada ubat Zorax. doktor kata jgn kasi mkn zorax dah. dpt le satu lagi ubat utk legakan alahan dia tu. rm15 sebotol. kena kasi mkn sekali dgn ubat selsema/tahan gatal yg dpt hari tu. ptg tu, alhamdulillah..ruam nye dah berkurang. mood pun agak OK lepas ABANG dan Afiq Khair balik ke umah. aku pun dah siap2 packing apa yg patut utk balik kg mlm tu. dlm kol 11pm, bertolak balik kg. sampai kg aku...sekinchan ...dlm kol 1am. Asha Zahra ngamuk2. sampai kol 4am still takmo tido. aku baru teringat yg sejak ptg tu aku tak kasi dia mkn ubat. maka nye, terus aku kasi dia mkn ubat. emmm...ngamuk jugak. jenuh aku usap2, urut2 kaki/ badan/ tgn dia...kejap dia lena...kejap dia ngamuk2. aku tak tahan sungguh. mmg rasa macam nak pecah kepala. dari siang dukong Asha Zahra...mlm tak tido lagi. tension pun ada. tapi, aku kuatkan hati le...sambil berzikir tak henti2...alhamdulillah dlm kol 5am baru dia mau tido.

mamai sungguh aku dibuatnye. lepas solat subuh, aku bantai tido!!! kesian mak...aku tak tolong apa2 pun kat dapur. alhamdulillah adik2 ku ada...Baya, Diba, Dikyah... bangun pagi tu, depa semua tgh breakfast. ada donut yg mak buat. sedapnye!!! donut mak buat mmg aku suka. tapi aku tak pernah belajar men-donut dari mak. huhuhu... Sabtu, 11 dec. Asha Zahra dah ok kot. chickenpox dah kering. actually sejak jumaat tu dah kering. doktor pun kata dia dah OK. cuma tinggal sakit alahan dia tu je le. still kena mkn ubat. Ahad pun nampak macam semua dah OK. ruam dia pun dah surut. dia pun dah tak garu2...alhamdulillah.

pagi ni, kami hantar Asha Zahra ke neseri. sampai sana...kata nye ada la juga 2,3 org budak kena chickenpox. pastu ada sorg penjaga kat neseri tu pun kena chickenpox. kesian....dah tua-tua baru nak kena chickenpox. anyway....moga semua nye ok. moga semua tak melarat teruk. sekrg ni musim org kena chickenpox kata doktor. betul la kot. masing2 sana sini kena penyakit tu.

tak sabar nak abis keje hari ni. nak balik. nak amik anak2. rindu nye kat diorg!! harap2 semua nye sihat ceria. moga Asha Zahra kembali sihat dan seronok duduk kat neseri...

Labels: , , ,

Thursday, December 09, 2010

Salam Maal Hijrah!!



7 dec, hari selasa lalu...cuti sempena 1432 Hijrah. Tahun Baru Hijrah... so, salam Maal Hijrah buat semua ye...




aku kat umah je pagi selasa tu. lepas Zuhor, ABANG isi air dlm kolam plastik yg Imah (adik ABANG) hadiahkan Iman sempena birthday Iman tahun lepas. so, seronok la anak2 bermain air. Semua sampai menggigil kesejukan...kena paksa keluar dari kolam dan masuk umah. kalo idak, sampai bila2, takmo keluar dari air. dah biru2 bibir...menggigil pun takmo keluar. Asha Zahra si kecik tu pun sama....aduh...
lepas Asar, anak2 join ABANG mencuci 2 buah kereta, siram pokok2 di halaman rumah..guna air dari "kolam" tadi. aduh...sampai maghrib masing2 tanak masuk umah. syok layan main air!!!
lepas maghrib, p Night Circle restaurant kat sec 11 shah alam. berkumpul dgn adik beradik ABANG dan mak abah. Peah (adik ABANG) nak belanja mkn. hoorey! mkn free. alhamdulillah. moga Peah n Jool murah rezqi selalu. aku order beef steak set, pastu amik nasi putih juga. ok la. buleh telan. ehehhe..
* Night Circle..
lepas mkn, kami beramai ramai p i-city kat sec 7 shah alam. masa baru2 sampai, kami terdengar sorang ibu ni terjerit jerit panggil "nani!"..."nani!"...rerupa nye anak pompuan dia, umur 5 tahun dah hilang dlm keramaian dan kemeriahan i-city tu. kesian aku tengok akak tu. siap nak nangis sekali aku. ye lah...sapa tak gabrah kalo anak hilang, kan??? dia kata nani pakai t-shirt kaler merah. lengan pjg.
masa kami berjalan ke depan sikit, kami nampak ada sorg kakak dukong dak pompuan berbaju merah lengan pjg. itu le Nani. kakak tu kata, dia jumpa nani tgh nangis. mak nani dah tertinggalkan nani yg sedang leka bermain le tu kut. anyway, terharu!!! alhamdulillah nani dah ditemui semula....
so, berhati hati le eh. kalo bawak anak2 p jalan ke mana saja pun, jgn lupa pegang tgn depa. jgn lupa perhatikan depa selalu...kita tak tahu bahaya ada di mana2...bila2 masa saja!
* aku dgn keluarga tersayang!!!

Labels: , , , ,

Monday, December 06, 2010

Ameda

setelah dekat setahun 5 bln aku guna "dia", setiap hari..tetiba last week "dia" mogok. owh, rosak le machine Ameda Breastpump ku itu. ON switch pun langsung dah tak bleh guna. terus email ke Enjoybreasfeeding (online website tempat aku beli machine tu sebelum kelahiran Asha Zahra). diorg suruh aku contact service center ameda, PIC nye Mr Tan. tak pun p hantar machine tu ke store depa kat klang.






aku try call Mr Tan. dia kata opis dekat2 dgn LRT station setiawangsa. janji nak jumpa kat setiawangsa station pada hari sabtu, 4 Dec. pagi sabtu, ABANG keluar p keje. bawak sekali Asha Zahra utk dihantar ke neseri. sementara aku berkira kira nak bawak Afiq Khair sekali ke tak p Setiawangsa...tuptup Afiq Khair kata nak dok neseri. maka nye, lepas siapkan Iman, kami keluar rumah. Drop-kan Afiq Khair kat neseri, aku pun terus drive ke Shah Alam station dgn Iman.






Tiket komuter dari Shah Alam ke KL Sentral, dewasa, dua hala punya...kena RM5. utk kanak2 lak RM2.40 kalo tak silap. terlupa dah aku hari tu belikan tiket utk Iman. heheh.. kanak2 6 tahun ke atas kena beli tiket. tapi time nak naik LRT dari KL Sentral, aku p beli tiket kat kaunter. akak kaunter tu kata Iman takyah bayar...even aku kasi tau yg Iman tu dah 6 thn. so, free je le Iman naik LRT!!






* Dlm LRT dari KL Sentral ke Setiawangsa. sbb Iman kata dia lapar, aku suruh je le dia mkn. walhal, sebenarnye tak boleh mkn/minum dlm train eh..?








sampai Setiawangsa, dlm kol 10am. terus ada Mr Tan kat situ. dia amik machine Ameda, kat situ gak dia bukak dan operate apa yg patut. tak sampai 10 minit semua dah settle. siap! ganti "timing belt" yg dah putus...dan tampal sket kotak filter kat dlm tu yg dah pecah sket. test machine after repair...alhamdulillah machine berfungsi dgn baik. so, kena charge RM50. lepas tu blah. thanks a lot to Mr Tan!!! masa Mr Tan bukak machine tu, aku sempat snap photo "isi perut" dlm machine. pastu Mr Tan kata, tak bleh snap photo. takut aku letak kat internet. nanti company yg buat Ameda machine tu kalo dpt tau...depa akan marah Mr Tan. kang Mr Tan kena! so, aku pun delete le gambo tu dr my handphone...









alhamdulillah waktu pegi dan balik...train tak penuh sgt dgn org. kitorg dpt je tempat duduk. balik dari Setiawangsa, kami singgah KL Sentral utk lunch. awal lagi...baru kol 11am. tapi aku kelaparan. terus mkn nasi kat food court. aisey....mengecewakan. menu pilihan aku tak sedap pun! pilih nasi campur. lauk sup cendawan, begedil, sambal tempoyak. nasi pun dah tak kaler putih. siap ada kerak lagi tu. hitam! ntah ntah dah berapa kali depa panaskan nasi tu... Iman pilih makaroni grg sikit dgn sebtg sosej. menu kami tu semua..total kena RM8!! uhuk!









lepas tu, tapaw Dunkin Donuts 9 ketul. bawak balik umah....buah tgn utk ABANG, Afiq Khair dan Asha Zahra. (Of course le utk aku dan Iman juga..kan..)





* dah nak balik umah. kat KL Sentral tgh menunggu komuter nak balik Shah Alam.








balik umah dulu. sampai umah kol 2pm. solat zuhor. test guna pump Ameda yg dah repair tu. alhamdulillah dpt buat stock susu utk Asha Zahra. lepas tu baru kami p amik Afiq Khair dan Asha Zahra kat neseri...









Iman ulang kali cakap seronok dpt naik train... ehhehe...

Labels: , ,

Friday, December 03, 2010

Outing with the boys






Last week, dari hari Jumaat pagi sampai Ahad tgh hari, ABANG "terbang" p Bintulu. So, weekend lepas, tinggal le aku dgn anak2. Sabtu pagi, p hantar Asha Zahra ke neseri. Aku saja je bawak Iman dan Afiq Khair p jalan2. tak bawak Asha Zahra sbb takut tak terhandle...dgn Afiq Khair yg perangai dia tak tentu hala nanti...Asha Zahra pun sama...kot2 mengamuk sbb ngantuk atau lapar. so, better Asha Zahra dok neseri. mkn, minum, tido semua senang.








lepas letak Asha Zahra kat neseri, we all p post office kat Giant Putra Heights. p bayar bil dan hantar bungkusan CD yg kwn aku kirim suruh belikan kat Genius Aulad. lepas tu, p ke arah Subang Jaya. Afiq Khair tak renti2 ulang dok cakap lapar...lapar dan nak mkn mee. walhal sebelum keluar rumah, masing2 dah mkn sorg semangkuk coco-crunch dgn susu. tak cukup kenyang le tuh.






sampai subang parade, nak cari restoran yg menu ada mii atau spaghety. on the way tu dah lalu dpn McDonald. terus Afiq Khair nak mkn burger!! kami tapau Happy Meal Beef burger utk dia. then, p ke restoran Nyonya Penang. aku pilih Penang Assam Laksa dan Iman pilih Mi goreng. sedap! alhamdulillah. Afiq Khair pun tumpang toi mkn mi. pulun mkn mi grg abang Iman dia... dan pulun hirup kuah laksa mama. ehehhe..




Penang Assam Laksa. sedap!!! kuahpekat dan tak le pedas sgt.


Iman dgn mi goreng.





lepas mkn, p jalan2 tengok mainan yg dijual berlonggok kat depan restoran tu. tengok saja. lepas tu, p jln ke Empire Shopping Gallery. saja nak tunjuk kat Iman dan Afiq Khair christmas decoration yg ala2 salji tu. sana sini dihias macam salji. naik tingkat atas, ada train. boleh naik punya. dibawak pusing kat taman salji tu..rm2/person. aku pun join naik sekali. kena bayar tiket rm6 semua nye. wahhhh...syok sungguh dak 2 org tu. ahhahha...mama pun happy tengok diorg ceria camtu. yg letihnye, nak kena kejar Afiq Khair. kalo berjalan tu, ikut suka dia je nak ke mana mana. kejap2 tu, p nyorok kat sebalik tiang le, kat baju2 yg bergantung kat dlm kedai tu le..adoi. letih kalo camtu. len kali takmo bawak Afiq Khair la!!! huhu... tapi sebenarnye, aku sgt2 happy kalo dpt jalan2 camni dgn semua anak. jalan dgn Iman dan Afiq Khair, dlm kepala pun teringatkan Asha Zahra juga...






lepas solat zuhor kat surau Empire tu, kami p shopping sket kat supermarket situ. then, balik umah. letih nye!!!! tapi aku happy, berlibur dgn anak2...alhamdulillah!

Labels: , , , , , ,

Wednesday, December 01, 2010

Bau

Office aku sekrg kat Empire SOHO, Subang. Style Home Office. so, ada yg buat suite ni as their home...dan ada yg buat sebagai office...ada gak yg buat tingkat atas tu bilik utk tidur dan tingkat bawah tu tempat depa bekerja. macam2 la.

anyway, my company mmg buat suite kitorg tu sebagai pejabat SAHAJA. tingkat atas, mmg bilik khas utk boss. tingkat bwh, utk kami kuli2 aje ni. ada 1 toilet kat atas dan 1 toilet kat bwh. mula2, kami happy sbb ada toilet dlm office. tak perlu p jln jauh utk ke toilet. tapi my boss yg mmg fanatik sungguh dgn Feng Shui tu kan...dia tutup le toilet bowl kat tingkat bwh ni. we all kuli2 ni kalo ada "hajat"...mmg kena la p turun ke bwh. boleh p toilet kat LG ke...kat G ke..kat UG ke...kat 1st floor atau 2nd floor. kat floor LG sampai 2nd floor tu mmg ada public toilet sbb situ shopping gallery. start 3rd floor sampai 10th floor...semua SOHO. (8th floor ada fitness center).

anyway, tajuk entry kali ni bukan nye ada kaitan pun dgn cerita pasal toilet kat building ni ....hehhe..

kisahnye.....
surau ada kat G (Ground Floor). masa nak p turun bwh, nak solat zuhur...bila pintu lift terbuka, aku nengok orang2 kat dlm lift tu masing2 dok tutup hidung. ish, aku dah rasa lain macam. teragak agak nak melangkah masuk lift ke tak. tapi dok pikirkan yg kalo aku lepaskan lift yg ni, sure kena tunggu lama lagi utk dptkan next lift. lift kat building ni mmg agak lembap! maka nye, aku masuk je la. on the time kaki aku sampai kat pintu lift tu, hidung aku dah terhidu bau sesuatu yg mmg tak menyenangkan!!! huhuhu...ada seseorg yg dah melepaskan bau itu. bau yg dari perut, tapi dikeluarkan dari saluran "bawah"!!!! adoi....tak tahan wo. busssssssssuk sangat! rasa nak termuntah pun ada. patut la masing2 dok tutup hidung. hohoho...tak sabar aku nak jejak keluar dari lift tu. sampai kat G je, cepat2 aku keluar.

huh! sungguh kurang sopan le sesapa yg dah TERlepaskan bau itu. dah tak boleh tahan la kot, kan? udah le lift penuh dgn manusia. sabo je la...pencemaran udara!!



ps: SOHO= Small Office/ Home Office

Labels: ,