Monday, December 06, 2010

Ameda

setelah dekat setahun 5 bln aku guna "dia", setiap hari..tetiba last week "dia" mogok. owh, rosak le machine Ameda Breastpump ku itu. ON switch pun langsung dah tak bleh guna. terus email ke Enjoybreasfeeding (online website tempat aku beli machine tu sebelum kelahiran Asha Zahra). diorg suruh aku contact service center ameda, PIC nye Mr Tan. tak pun p hantar machine tu ke store depa kat klang.






aku try call Mr Tan. dia kata opis dekat2 dgn LRT station setiawangsa. janji nak jumpa kat setiawangsa station pada hari sabtu, 4 Dec. pagi sabtu, ABANG keluar p keje. bawak sekali Asha Zahra utk dihantar ke neseri. sementara aku berkira kira nak bawak Afiq Khair sekali ke tak p Setiawangsa...tuptup Afiq Khair kata nak dok neseri. maka nye, lepas siapkan Iman, kami keluar rumah. Drop-kan Afiq Khair kat neseri, aku pun terus drive ke Shah Alam station dgn Iman.






Tiket komuter dari Shah Alam ke KL Sentral, dewasa, dua hala punya...kena RM5. utk kanak2 lak RM2.40 kalo tak silap. terlupa dah aku hari tu belikan tiket utk Iman. heheh.. kanak2 6 tahun ke atas kena beli tiket. tapi time nak naik LRT dari KL Sentral, aku p beli tiket kat kaunter. akak kaunter tu kata Iman takyah bayar...even aku kasi tau yg Iman tu dah 6 thn. so, free je le Iman naik LRT!!






* Dlm LRT dari KL Sentral ke Setiawangsa. sbb Iman kata dia lapar, aku suruh je le dia mkn. walhal, sebenarnye tak boleh mkn/minum dlm train eh..?








sampai Setiawangsa, dlm kol 10am. terus ada Mr Tan kat situ. dia amik machine Ameda, kat situ gak dia bukak dan operate apa yg patut. tak sampai 10 minit semua dah settle. siap! ganti "timing belt" yg dah putus...dan tampal sket kotak filter kat dlm tu yg dah pecah sket. test machine after repair...alhamdulillah machine berfungsi dgn baik. so, kena charge RM50. lepas tu blah. thanks a lot to Mr Tan!!! masa Mr Tan bukak machine tu, aku sempat snap photo "isi perut" dlm machine. pastu Mr Tan kata, tak bleh snap photo. takut aku letak kat internet. nanti company yg buat Ameda machine tu kalo dpt tau...depa akan marah Mr Tan. kang Mr Tan kena! so, aku pun delete le gambo tu dr my handphone...









alhamdulillah waktu pegi dan balik...train tak penuh sgt dgn org. kitorg dpt je tempat duduk. balik dari Setiawangsa, kami singgah KL Sentral utk lunch. awal lagi...baru kol 11am. tapi aku kelaparan. terus mkn nasi kat food court. aisey....mengecewakan. menu pilihan aku tak sedap pun! pilih nasi campur. lauk sup cendawan, begedil, sambal tempoyak. nasi pun dah tak kaler putih. siap ada kerak lagi tu. hitam! ntah ntah dah berapa kali depa panaskan nasi tu... Iman pilih makaroni grg sikit dgn sebtg sosej. menu kami tu semua..total kena RM8!! uhuk!









lepas tu, tapaw Dunkin Donuts 9 ketul. bawak balik umah....buah tgn utk ABANG, Afiq Khair dan Asha Zahra. (Of course le utk aku dan Iman juga..kan..)





* dah nak balik umah. kat KL Sentral tgh menunggu komuter nak balik Shah Alam.








balik umah dulu. sampai umah kol 2pm. solat zuhor. test guna pump Ameda yg dah repair tu. alhamdulillah dpt buat stock susu utk Asha Zahra. lepas tu baru kami p amik Afiq Khair dan Asha Zahra kat neseri...









Iman ulang kali cakap seronok dpt naik train... ehhehe...

Labels: , ,

1 Comments:

At Wed Jun 12, 01:57:00 PM, Anonymous Anonymous said...

salam,
nak tny, awk pakai ameda lactaline ke?
sy tgh nak guna td tetiba lgsg tak nyala lampu.
dah guna 16bulan, ni baru jd.
mcm mana nak contact mr tan tu?

mfadilab

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home