Outing with the boys
Last week, dari hari Jumaat pagi sampai Ahad tgh hari, ABANG "terbang" p Bintulu. So, weekend lepas, tinggal le aku dgn anak2. Sabtu pagi, p hantar Asha Zahra ke neseri. Aku saja je bawak Iman dan Afiq Khair p jalan2. tak bawak Asha Zahra sbb takut tak terhandle...dgn Afiq Khair yg perangai dia tak tentu hala nanti...Asha Zahra pun sama...kot2 mengamuk sbb ngantuk atau lapar. so, better Asha Zahra dok neseri. mkn, minum, tido semua senang.
lepas letak Asha Zahra kat neseri, we all p post office kat Giant Putra Heights. p bayar bil dan hantar bungkusan CD yg kwn aku kirim suruh belikan kat Genius Aulad. lepas tu, p ke arah Subang Jaya. Afiq Khair tak renti2 ulang dok cakap lapar...lapar dan nak mkn mee. walhal sebelum keluar rumah, masing2 dah mkn sorg semangkuk coco-crunch dgn susu. tak cukup kenyang le tuh.
sampai subang parade, nak cari restoran yg menu ada mii atau spaghety. on the way tu dah lalu dpn McDonald. terus Afiq Khair nak mkn burger!! kami tapau Happy Meal Beef burger utk dia. then, p ke restoran Nyonya Penang. aku pilih Penang Assam Laksa dan Iman pilih Mi goreng. sedap! alhamdulillah. Afiq Khair pun tumpang toi mkn mi. pulun mkn mi grg abang Iman dia... dan pulun hirup kuah laksa mama. ehehhe..
Penang Assam Laksa. sedap!!! kuahpekat dan tak le pedas sgt.
lepas mkn, p jalan2 tengok mainan yg dijual berlonggok kat depan restoran tu. tengok saja. lepas tu, p jln ke Empire Shopping Gallery. saja nak tunjuk kat Iman dan Afiq Khair christmas decoration yg ala2 salji tu. sana sini dihias macam salji. naik tingkat atas, ada train. boleh naik punya. dibawak pusing kat taman salji tu..rm2/person. aku pun join naik sekali. kena bayar tiket rm6 semua nye. wahhhh...syok sungguh dak 2 org tu. ahhahha...mama pun happy tengok diorg ceria camtu. yg letihnye, nak kena kejar Afiq Khair. kalo berjalan tu, ikut suka dia je nak ke mana mana. kejap2 tu, p nyorok kat sebalik tiang le, kat baju2 yg bergantung kat dlm kedai tu le..adoi. letih kalo camtu. len kali takmo bawak Afiq Khair la!!! huhu... tapi sebenarnye, aku sgt2 happy kalo dpt jalan2 camni dgn semua anak. jalan dgn Iman dan Afiq Khair, dlm kepala pun teringatkan Asha Zahra juga...
lepas solat zuhor kat surau Empire tu, kami p shopping sket kat supermarket situ. then, balik umah. letih nye!!!! tapi aku happy, berlibur dgn anak2...alhamdulillah!
Labels: Afiq Khair, Aku, Gambar, Iman, Istimewa, Keluarga, Makan2
0 Comments:
Post a Comment
<< Home