Wednesday, January 30, 2008

Iklan sket OK?!!

ish ish.. lapo lak perut. walhal pagi tadi dah mkn mi grg kat restoran haji omar tu. ekekke.. pastu, la ni le t'ingat nak mkn McD. sabo je lah!

entry aku semlm...(tajuk aku vs siti), ada cerita gak pasal aktiviti aku ahad lepas. then, secara kebetulan lepas baca komen dari K.Ahni baru ku sedar, entry ku itu macam nak buat iklan/promosi TUPPERWARE la pulak. ahahhaha... sebenarnye tak t'lintas pun ek. tapi, kalo antara korang mmg ada yg b'minat nak beli periuk tu, apa salahnye. nak order dari aku( aku order kat k.ayu je nanti..) pun boleh! rege meh kita pakat mintak kurang. ahaks! amacam? berminat? bleh email kat aku. aku pun sebenarnye bukan ahli tupperware. malas nak join masuk ahli2 ni...kalo minat, aku beli aje. order dari sepupu/ kwn2/ kenalan/ adik beradik yg jadi ahli. aku sekadar ahli cosway pun cukup le. beli brg utk kegunaan sendiri. dan tolong belikan utk kwn2 opis. (kang k.ahni kata aku nak promosi COSWAY lak...ahahhahaa... tidakkkkkk!!!)

awal2 pagi tadi, sebelum masuk subuh lagi, ABANG dah kuar umah. hari ni out station ke batu pahat. dah la mlm tadi ntah kol baper ABANG balik umah. langsung tak sedar sbb aku dan anak2 dah lena!! kesian kat Iman la...mlm tadi nak tido tak nampak muka abah dia. dan bangun pagi ni pun tak nampak abah dia. tapi, dia tak tanya langsung pun "mana abah?". selalu tu, kalo sampai time dia nak tido mlm dan abah nye tak balik umah lagi, dia sibuk2 soh call abah la. tanya2 mana abah? kalo bangun pagi dan tengok abah takde kat dlm bilik, dia sibuk2 tanya mana abah. tapi mlm tadi dan pagi tadi...selamba je dia.

sekarang ni Afiq Khair dah pandai mengamuk dan nangis dgn suara nye yg kuat. baru je pandai nangis! selama ni...susah beno nak dgr suara dia. merengek sket2 jek. hekhekhek gitu. sejak dah pandai nangis ni, amboi...bukan main lagik. pantang ditinggalkan sendirian, cepat je Afiq Khair sedar dia takde teman...dan mula le dia menangis. ish ish...ptg semlm, mmg tak bleh nak berenggang dgn aku. balik umah lepas keje, lepas amik anak2 kat neseri, baru je aku nak ke dapur utk minum, Afiq Khair dah mula meraung. memula ingat nak masak utk dinner. terus cancel sbb aku pun dah tak larat kejap dok berkejar sana sini. then, aku dinner express jek. minum milo panas+oat+madu asli. (selalu nye boh susu tepung nestle yg khas utk wanita dan ibu2. tapi, hasil p jenguk menu minuman kesihatan Ludi, aku cuba gantikan susu tu dgn madu. then, rasa nye ok lah. boleh diminum ;p).

Labels: , , ,

Tuesday, January 29, 2008

Aku vs Siti

mlm tadi, lepas dinner...kami lepak2 depan TV. aku saja suka2 tanya kat Iman...kebetulan masa tu, kuar muka Mawi kat tv, sbb ada iklan apa ek..lupo lak.
Aku: Iman, abah dgn mawi, sapa hensem?
Iman: abah!
Abang: abah mmg la hensem, kan Iman kan..
Iman: a ah....abah hensem.
Aku: mama dgn Siti sapa lawa, sapa cantik? (chehwah...mama perasan lawa la nih. nak lawan siti nurhaliza?!!!)
Iman: Siti lawa! ehehehe...(sambil meleset badan dia kat Abang, sengeh2 ngejek Aku!!)
Aku: Iman ni ....la...tanak kawan Iman la!
Iman bo-layan...
Abang: mama tak lawa ke?
Iman bo-layan jek!!! ish ish....geramnyeeeee...


++++
Ahad, 27/01/2008
pagi ni ABANG p main badminton dgn kwn2 x-MRSM lagik. then, dlm kol 10am..kak ayu tepon. Zafri sibuk2 nak borak dgn Iman. aku panggil Iman, soh cakap2 dgn Zafri kat tepon. ntah apa la yg diborakkan dek budak berdua ni. aku dengar, banyak citer pasal ulraman jek!! then, k.ayu kata nak dtg umah. nak buat demo buat kek guna periuk special brand Tupperware tuh!
aku sms ABANG, kasi tau yg k.ayu nak dtg umah.

sambil nunggu k.ayu dtg...aku siap2 utk masak lunch. dlm kol 11 setgh, k.ayu sampai dgn zafri dan pana. lepak2 dulu. aku masih kat dapur jugak. sebelum kol 12 gitu,ABANG dah balik umah. tak lama kemudian, Imah dgn Peah pun sampai. then...k.ayu mula le demo membuat kek guna periuk special tu. buat kek upside down pineapple. bahan2 nye simple sgt!
butter yg seketul 250g (guna separuh ketul jek!)
telur 3 biji (asingkan kuning dan putih)
tepung segera->mix -butter cake
nanas dlm tin
buah ceri
cara2: butter dgn kuning telur dipukul sampai kembang guna mixer.
putih telur digoncang dlm shaker(tupperware punya) sampai kembang.
masukkan tepung sikit demi sikit ke dlm adunan butter+kuning telur dan kacau dgn mixer.
kemudian masukkan putih telur. kacau semua dgn mixer.
nanas dikeluarkan dari tin dan dikeringkan. susun nanas kat periuk.buah2 ceri letak kat tgh2 bulatan nanas. kemudian, tuangkan adunan tepung ke atasnye. then, boleh le letak periuk kat atas api. bakar dlm 15 minit. siap!

rasa nye mmg sedap. aku suka! ABANG pun suka. ABANG dok puji kek tu sedap.
k.ayu tanya, sapa nak beli periuk tu. aku, ABANG, imah, peah..dok pandang2 sesama sendiri.
ekkekeke... ABANG tanya aku, nak beli ke? aku jwb, "iranai (no need) le". rege asal RM273 kot.. tak ingat. then, offer 20% sampai 6 feb ni, dpt le rege RM216 (bawah rm220 le..) kot!

so, dlm kol 1 setgh...kitorg lunch sesama. aku masak nasi putih, sayur sawi+carrot+kacang apa ntah dimasak bening, daging masak kicap, telur grg dadar, ikan kembung pekasam grg bawang, dan sambal belacan. simple jek!

ptg tu, dlm keta on d'way p Puchong (nak p citibank..), aku borak2 dgn ABANG. periuk tu cam best jek! ehehhe... bleh buat bakar pizza...buat kek..buat masak2 biasa pun ok. emmm..tertarik gak nak beli. ni tgh dok pikir2 nih, nak beli ke tak. ngehngehngeh...

*gambo periuk tu, dari http://www.tupperware.com.my/ (cookware)

Labels: , ,

Friday, January 25, 2008

Anak-Anakku

Semlm pagi, tgh aku dan ABANG dok sibuk siap2, dan dok ulang alik keluar masuk umah-p buang sampah, angkut beg2 utk bekalan ke neseri dan sekolah serta brg2 sendiri utk ke opis.. letak ke dlm kereta, panaskan enjin keta memasing, etc...tau2 je, ABANG kata; "cuba tengok Afiq tu..." aku pun toleh ke tilam yg ada Afiq Khair terbaring...alamak! terkejut aku...Afiq dah menelangkup!seluruh badan,kaki,kepala dah tergolek ke lantai dlm keadaan menelangkup ke lantai. meniarap! tapi, Afiq Khair tak reti lagi nak tarik keluar tgn nyer yg tertindih kat bwh badan dia yg montok tu. ahahhaha...loh...dah mula meniarap ke,anak mama ni. atau hanya kebetulan je, tergolek? selama seminggu ni, mmg perasan yg Afiq Khair asyik dok mengiringkan badannye aje.

ptg semlm, time amik anak2 kat neseri...penjaga neseri tu kabo kat aku, Afiq Khair mmg dah mula meniarap. woh..ku sangkakan yg pagi tu, hanya kebetulan aje Afiq Khair tergolek. ehhehehe.. dan,bila kat umah, bila diletak aje Afiq Khair kat tilam..terus dia mengiringkan badannye ke belah kanan dan mula menelangkup. meniarap. ya ALLAH! aku baringkan balik dia secara menelentang. kejap tu gak, terus Afiq Khair meniarap balik! ahahhahah... cuma, dia tak berapa terror lagi le. bila penat dan agak lama meniarap, Afiq Khair menelangkupkan muka nye ke bantal. ish..risau aku. takut kelemasan aje dia. Iman lak, suka sgt dok nengok adik dia dah pandai meniarap camtu.

Afiq Khair, asal celik je mata...terus nak meniarapkan badan dia. sambil tu mulutnye bising2..."uh...uuhhh...uhhh..." sungguh2 nak golekkan badannye utk meniarap. kalo rasa payah tu, ngamuk2 le dia...marah2. tak keruan aku nak buat keje umah mlm tadi. dgn nak uruskan Iman yg kejap2 nak ke toilet..nak susu..nak mkn..nak baca buku..ngaji etc. aku nak solat pun tak khusyu'. teruknye... sbb dok risau Afiq Khair yg asyik nak meniarap aje tu. aduih..

Iman pulak sekang ni dah ada kemajuan sket sejak masuk sekolah Nur Ummi ni. dah pandai tulis huruf dan kenal huruf A, I, O, U, C, B, E dan huruf2 kecil nye...a,i,o,u,c,b,e... serta, sudah hafal ABC sampai Z. (hafal sambil berlagu le...). alhamdulillah...ngaji iqra' nye pun dah mula kenal huruf2 jawi dan tanda baris atas/bawah/depan... huruf alif,ba,ta sampai ya sudah lancar dihafalnye. doa penerang hati dan khatam quran pun sudah lancar walaupun dgn pelatnye yg tersendri. tapi, anak2 kecil ni..kalo selalu diajar, dilatih...insya-ALLAH diorg senang ikut dan senang ingat, kan? kang cuba le coti beberapa hari..bila mula ajar semula...ada le kang yg dia terlupa...terlangkau. mmg kena sabar dlm mendidik anak2 ni. kalo jadi cikgu tu,lagi la kan.. dlm 1 kelas kena handle lebih dari seorg pelajar. memacam kerenah. nak bagi semua jadi pandai , betul2 menguji kesabaran.

moga anak2 mama sentiasa dikurniakan akal yg bijak, cemerlang pelajaran & akhlak, rajin dan jadi org yg baik dan berguna...amin!!

Labels: ,

Thursday, January 24, 2008

Ingin Ber-holiday.

Aku ,akhir2 ni asyik dok pikir nak p bercuti aje. p lepak2 dgn anak2 dan ABANG. Iman pun selalu cakap, nak p tido kat hotel. ekekke.. bukan main lagi dia yek!

ptg ni, ABANG p Kuching. urusan keje. sok mlm baru balik umah. semoga keje ABANG berjalan lancar, dan ABANG selamat dan diberkati ALLAH sentiasa. amin! last week, ABANG ada gak ajak aku dan anak2 p join dia ke Kuching. tapi, sbb dok pikir kalo book flight last minute ni, sure tiket mahal. then, jumaat dan sabtu (esok dan lusa) ni, aku keje. sayang lak nak amik AL. lagi pun, ujung2 bln ni manyak kena settle kat opis nih. so, ABANG je le p sensorang. tinggal aku dan anak2 kat shah alam.

owh, korang tengok citer drama Anak Pontianak tak? ala...citer ngarut2 dan mistik gitu. tapi, sbb aku nak tau gak jln citer nyer...maka nye aku tgk je le citer tu sampai last episode. mlm ni lak, bermula drama baru. tajuk Saka. ABANG takde ni...rasa seram2 gak nak nengok citer tu mlm ni sendirian dgn Iman jek. tapi...nak tengok jugakk!!ahahahha... ok gak tgk citer gitu, walau ku tahu mmg mengarut jek!! ye lah, drpd tengok rancangan reality yg byk nyanyi2 dan hiburan semedang tu?!! (sorry...aku kureng berminat dgn rancangan reality yg byk nyanyi2..hiburan semata!)

semlm coti thaipusm. so...aku mmg dok kat umah aje. dari pagi lepak2 depan tv dgn ABANG dan anak2. keluar pun...just pagi tu...p kedai kat dpn umah. pastu, lunch kuar p kedai utk cari laksa. tapi takde laksa lak. aku beli je le nasi bungkus.ehehhe..semlm mmg hari utk berMALAS MALASan... ptg2 lepas asar gitu, kitorg kuar p sec 9, kedai gambo&kamera. amik digi-cam kitorg yg dihantar repair sejak raya puasa hari tu.alhamdulillah dah ok kamera tu.

emmm..ok lah. ptg2 ni tak sabo nak balik umah dah ni.

Labels:

Monday, January 21, 2008

Cerita Hujung Minggu

Sabtu, 19/01/2007
pagi ni sarapan pau inti kaya (instant-beli kat kg masa balik kg baru2 ni..), pastu grg popia & samosa (instant-kakak kasi masa dtg surprise b'day party ABANG baru2 ni), air teh-o rasa mango. dlm kol 8 setgh pagi, ABANG p opis. so, tinggal le aku, Iman dan Afiq Khair kat umah. kitorg lepak2 baca newspaper, tgk tv dan layan Iman serta Afiq Khair. tgh hari...aku nyempatkan diri masak sup daging + sayur2 , grg ayam dan masak nasi. tu je le yg sempat aku masak... sambil kemas2 umah, sapu umah, settle kan basuh baju yg dah ABANG mulakan sejak pagi2 lagi..

err...hari ni, kan 10 Muharram. aku ingat pasal tu tapi aku tak berpuasa pun. teruk, kan aku ni?!! ish ish.. aku dok teringat kat kg aku. selalu org2 kg aku mesti gotong royong kat masjid masak bubur asyura bila tiba 10 Muharram. bubur asyura kat kg aku, sedap! macam bubur nasi biasa tu jek. cuma byk le bhn2 yg diisi ke dlm bubur tu. ada ayam, daging, sayur2, kacang tanah, jagung etc. aku suka sgt. ish...rindu nye nak mkn bubur asyura!

dekat kol 2pm, ABANG balik umah. kitorg lunch sesama. then, kol 3pm keluar p Giant Shah Alam yg kat stadium tu. sbb nak byr duit keta kat RHB bank dan nak byr bil air+api+ indah water+ MPSJ(cukai pintu)+ TM. sampai sana pun dah nak kol 4pm. memula jumpa post ofice, kitorg pun byr le bil2 tu dulu. bila dah settle, p RHB bank....tengok2 depa dah tutup pintu sbb saturday& sunday ,open 10am-4pm. ish ish.. tak sempat le nak byr duit keta. geram lak aku rasa nye!!! lewat beberapa saat je kot! ehehe.. then, takpe le. kami pun masuk Giant. shopping susu dgn pampers anak2 tu dah tentu lah. pastu beli le brg2 keperluan lain. alhamdulillah Iman tak byk kerenah kali ni. maklum le, sekarang ni dia dah pandai mintak2 nak beli itu ini. kalo tak dibelikan, pandai merajuk. muncung semacam.tak best! hari tu, pernah sekali..Iman merajuk sampai menangis nangis lak tu kat Tesco sbb nak beli beg sekolah.

selalu nye, kalo nak keluar p shopping tu..kitorg akan buat janji dgn Iman dulu. "jgn beli apa2. takmo beli CD sbb kat umah dah byk CD...dan mainan pun dah byk..kita beli susu dan pampers aje tau.." masa tu, ok lah..ok lah katanya. tapi, bila dah kat tpt shopping tu, kekadang mau gak Iman mintak2 itu ini. lupa diri gak tuh :(

balik umah, solat Asar. ABANG p tanam pokok ubi kat belakang umah. harap2 menjadi le nanti dan ada hasilnye. ehhehe.. btg pokok ubi tu kami amik masa balik kg hari tu.

mlm...menu utk dinner...sama macam lunch. cam biasa...hari sabtu mlm mesti aku nak tengok cerekarama. memula semua org tgk cerita tu sesama. minggu ni tajuk YASIN BUAT BONDA (ker...Yasin buat ibu ntah....). then, tak lama tu...ABANG dah lelap. aku tgk tv sama2 Iman sambil layan Iman. dan tak lama tu, tinggal aku sorang2 layan cerita tv!! selalu macam tu. eheheheh....

Ahad, 20/01/2008
kol 5 setgh pagi aku terjaga. Afiq Khair sibuk2 nak mimik(breast feed..). pastu, panik jap aku sbb keadaan sekitar betul2 gelap dan rasa panas. rerupa nye black out. aku kejutkan ABANG. rerupanye umah2 keliling pun gelap gak. so...mmg taman tu black out la kan. aku dah tak leh tido sbb panas. lepas solat subuh, aku ajak ABANG p doraibu (drive). ABANG tanya, nak p mana? aku kata...p breakfast kat McD!!ehehhe... sekarang, kan McD dah ada 24jam punya service. dan breakfast seawal 4pagi (betul ke..?) sampai 11 pagi. tu, 1st time le kami mencuba menu breakfast kat McD.

ABANG kata ok. so...kami siap2 utk keluar. anak2 yg tgh tido tu, kami angkat je masuk dlm keta. kat luar masih gelap lagi. sampai kat McD, kitorg order lalu drivethru je le. Iman lak, tau2 lak dia kitorg kat tempat yg dia suka (McD). terus Iman bangun dan nak order Happy Meal. iman nak permainan dia jek.. bukannye nak mkn sgt pun! exited je Iman...dgn muka bgn tido lak tu. ehehhehe... sampai umah, kitorg pun menjamu selera. tapi, Iman cuma mau mkn Hash Brown nyer je...dgn air milo. emm...rasa2 nye, len kali takmo la dah breakfast dgn McD. aku rasa macam tak puas mkn. akakkakaka... (nampak sgt aku ni suka makan, kan...?!!!). takpe le, lepas la dah keinginan aku nak rasa Hash Brown McD tu. sedapp. tu je le yg menarik utk breakfast menu ni. yg lelain...biasa2 jek.

pagi ni, ABANG p main badminton dgn geng2 x-mrsm dia. so,tinggal le lagi pagi ni aku dgn anak2 kat umah. mmg lepak je le. layan anak2. hari ni Afiq Khair byk kerenah dia. kepanasan kot sbb still black out. nape ntah. apa masalahnye TNB ni. aku dok risau dgn brg2 yg kat dlm peti sejuk tu je. takut rosak. dekat kol 12 tgh hari gak la, baru elektrik ok. tu pun guna generator. tgh hari ni Iman tertidur awal lak. sambil minum susu, terlena.. Afiq pun terlena. maka nye...hampir kol 12 setgh gitu, aku pun jadi ngantuk. layan tido je le. hampir kol 2pm, ABANG sampai umah. aku baru nak bangun. siap2kan menu utk lunch. simple giler sbb nak cepat mkn! eheheehhe... masak nasi, grg telur dadar, grg ikan bilis bercili dan berbawang , serta sup sayur. settle.

lepas kol 3pm, ABANG keluar dgn Iman p Giant lagi utk byr duit keta. Tinggal aku dgn Afiq Khair kat umah...ptg2 semlm, ABANG p bawak keta kancil aku utk dicuci kat kedai, dan ABANG cuci sendiri keta wira dia kat umah lepas balik dari cuci kancil. ehhehe.. kesian ABANG. anyway, tenkiu ABANG. keta aku tu, mmg selalu comot dgn taik burung sbb aku dok parking keta kat bwh pokok, kat depan opis aku tu...huhuhu...

mlm ni lepas dinner...tgh lepak2, black out lagi! tapi kejap je. tak lama tu api ok semula. alhamdulillah.

++++
aduh..sekarang ni, rasa macam tak cukup tido. badan pun sakit2. ni, gara2 dok mimikkan Afiq Khair. Afiq Khair kuat mimik!! kuat minum susu! sabo je le. aku doa selalu moga air susu sentiasa byk dan cukup utk Afiq Khair. aku pun nak nyusukan Afiq Khair sampai dia berusia 2 thn...macam Iman dedulu. tapi, aku tak le setabah, serajin, sekuat Izan, Wah dan Ifah.... depa tu sampai berbulan bulan gak, masih lagi full breast feeding utk anak depa. aku, time keje...anak2 just dikasi susu formula. bila aku bersama dgn diorg..macam hari cuti dan mlm lepas balik keje je, aku breast feeding.
Jumaat ,18/01/2008...p bawak Afiq Khair cucuk utk 3 bulan punya. alhamdulillah cucuk kali ni, Afiq Khair tak kena demam. beratnye 6.1kg..kalo tgk graf, berat Afiq Khair ni menurun sket. owh, kena kasi Afiq Khair minum susu secukupnye la ni ek..

Labels: , , , , ,

Wednesday, January 16, 2008

Credit Card

ni kisah semlm. tgh hari semlm.

"hello, saya Umeboshi. ni saya ada dpt sms dari ambank credit card center. mengatakan yg saya ada payment pending sebanyak rm81 dan berapa sen ntah . bleh check tak ni payment apa?"
aku pelik le sbb nye aku tak pernah miss bayo credit card sebelum tarikh yg sepatutnye.

"puan ada guna ambank master card tak?"

"eh, mana ada?!! saya cuma ada visa saja." aku pun kasi nomo kad visa tu atas permintaan cik customer care bahagian credit card ambank tuh.

"bill yg rm81 tu, adalah annual fee utk master card puan. apa yg saya dpt melalui data kami ni, puan ada 2 kad. satu master dan satu visa. betul puan takde master card? puan takde guna master card?"

"eh, betul le. dlm simpanan saya dan yg saya guna pun mmg visa aje. pasal master card saya tak tau. kalo tak silap hari tu dah cancel siap2. you cuba check, master card tu activate ke tak?"

"master card mmg tak activate, puan."

"hah, habis tu? ok..saya mmg dah cancel master card tu..entah bila saya pun dah tak ingat. saya mmg tanak master card. please cancel it!" dgn tegasnye aku arahkan cik customer care tu.

"ok, saya akan cancelkan master card puan ni."

"cancel betul2. lagi, saya nak komen le...kenapa you guys suka2 hantar kad kat customer without asking them...sama ada customer nak ke tanak ke kad tu? you just simply hantar dan kemudian you tak tengok record sama ada kad tu kita activate ke tak..tapi you simply jugak anto annual fee punya bill ,kan?! now, saya kena tepon kat you mintak confirmation pasal bill, mintak cancel, dah buang masa saya tau! nak kena tepon2 macam ni..suka2 hati you all je ek. kan ke your company pun rugi sbb prepare card sesuka hati but we all customer bukan semua yg nak guna kad tu. please, komplen saya, komen saya ni p bawak ke pihak atasan! jangan suka2 hantar kad, tanpa pesanan kita dan jgn suka2 hantar bill tanpa check record you all!"

"ok, saya akan take note apa yg puan cakapkan ni. terima kasih puan." suara cik customer care tu dah macam tak bermaya...

"ok, boleh saya tau ,you are ms?" aku mesti nak tau nama dia..

"mina" kata nye. err..tak tau le eja nama nye MINA ke..or MEENA ke..dengarnye dari gaya percakapan dia ni macam malay.

"ok,terima kasih ms.mina."

"terima kasih.."

panas hati aku tau... tapi puas hati sbb dpt lepaskan apa yg terbuku kat hati ni. ni, mungkin just sebilangan kecik je customer yg komplen macam aku ni.. dan mungkin ada yg tak kisah, dan maleh amik tau..p aje le bayo bill yg tertunggak tu(konon nye!). diorg ni, kalo tak komplen, senang2 je dpt untung dgn cara gitu kan.. err...kesian ms mina tu kena tadah telinga dgr bebelan aku.

++++
Afiq Khair sudah 3 bulan lebih usia nye. makin gebu dan makin membesar. makin cerdik. dah pandai gelak2 bila diagah- agah. tapi, gelak dia tanpa suara. susah nak dengar suara dia. menangis pun jarang2. just merengek sikit2 gitu. cuma, kalo awal2 pagi tu...atau tgh2 mlm time kita nak tido..bleh dgr suara Afiq Khair. macam nak bercakap. nak bergurau. geram nye... Afiq Khair pantang dgr suara Abang Iman dia, mesti kaki dan tgn dia bergerak2 macam nak bersilat. melonjak2kan badan dia. mulut ternganga tanda happy agaknye sbb tau Abang Iman ada dekat dia. hehehe.. sekarang ni, Afiq Khair selalu bangun awal pagi. kol 5 lebih dah celik mata. menyusu memang kuat!

Iman pun, suka sgt kiss Afiq Khair. ada masa2 tertentu, Iman naik geram, dan masa tu asyik le dicium cium nye muka Afiq Khair. ish ish ish... kalo aku sibuk masak, solat atau buat keje ke, mintak Iman tolong tengok2kan adik dia. kekadang Iman pandai pujuk adik yg tgh ngamuk2. Iman nyanyi lagu doraemon, lagu pok-amai-amai, lagu ultraman tiga dan macam2.. kelakar sgt. tapi, kalo time malas dan tgh syok main sendiri tu, Iman bo-layan jek dgn adik nye yg tgh ngamuk2 tu...

Labels: , , ,

Saturday, January 12, 2008

Surprise B'day Party!

Kalo p 'umah' kak pb (http://pulutbakar2.blogspot.com), ada kak pb citer pasal aku nak buat surprise b'day party utk ABANG. ehehe... ye lah, aku mati idea nak kasi apa utk ABANG sempena b'day dia thn ni. hadiah...tak beli2 pun lagi. macam selalu, aku belanja mkn japanese food kat hotel ke, kat restoran mana2 yg best jek. tak pun, sama2 amik coti dan p dating ke mana2. kali ni, terlintas idea nak buat party secara rahsia utk ABANG. jemputan nye cuma adik beradik ABANG je le.

so, aku sms dan email kat adik beradik, ipar2 ABANG utk mintak kerjasama diorg menjayakan majlis tu nanti. alhamdulillah semua kasi response positive! 9 jan 2008...ulang thn kelahiran ABANG. pagi tu aku call mak ABANG, utk tanya khabar dan ucapkan terima kasih sgt2 sbb mak melahirkan ABANG ke dunia ini. lagi, aku bg tau le yg kitorg nak buat sambutan b'day ABANG. mak dgr macam happy je. mak tak berapa sihat dan tak bleh nak dtg dari kg ke majlis tu nanti. so, just salam mak utk ABANG saje.

rabu, 9 jan...macam yg kak pb cerita...aku amik half day. sbb nak p ronda cari kek dan nak masak2. tanya kak pb, kat Ole Ole sec 18 shah alam nu, ada Secret Recipe ke tak. then kak pb kata ada. aku maleh nak p sec 9 sana...so, amik keputusan...p SR kat sec 18 je le. p jumpa kak pb sekali. dating sat kat SR. tup tup kak pb kuar citer pasal dia kena saman sbb tak byr parking kat area depan Giant sec 18 tu. alamak! aku terus teringat yg aku tak byr pun parking keta tu. gabrah! terus mintak diri nak chow sbb takut aku lak kena saman. ehhehe.. tak nyempat2. sorry ek kak pb. kejap jek dpt lepak sesama. kang len kali kita dating lagi ek. tenkiu sbb nyempatkan diri dtg jumpa Ume! love u...muahhhs!

alhamdulillah, selamat! tak kena saman. hehehe... sampai umah dlm kol 2pm, kuarkan tulang lembu dari peti ais, dan aku solat zuhor. lepas tu siap2 semua utk masak sup tulang lembu ala mamak. ikut resepi kak liza. p jenguk:- http://hanieliza.fotopages.com/?entry=864389

sambil masak2, aku dok kemas2 ala kadar le umah yg bersepah tu. kol 5pm, lepas solat asar, dan sup tulang pun dah ready...aku kuar p shopping kat kedai dan pasar mlm. kemudian p amik Iman dan Afiq Khair kat school. balik umah....sambung siapkan bahan2 sampingan menu mlm tu dan sambil layan anak2. aku dok risau ABANG balik lewat mlm sbb ABANG kata ada ceramah sempena Ma'al Hijrah ptg sampai mlm kat opis. tapi....tu le, sbb aku dah pesan ABANG jgn balik lewat sgt...tup tup, adik beradik lain yg nak sama2 nak buat surprise tu belum sampai, ABANG dah balik umah dulu around kol 8 setgh mlm. ahhaha... aiseh, takut surprise tak menjadi. ABANG pun, dia tengok suasana rumah lain macam. "ada org nak dtg ke? kemas je umah ni?" ehhehe.. aku jwb le, "mana ada. kita anak beranak je la. apa salahnye umah kemas sempena hari special camni. sekali sekala.heheh.." okeh, ABANG angguk2. pastu, aku tak kasi ABANG ke dapur sbb hari special gitu biar aku masak habis2 dan hidang kat depan terus. takyah le ABANG nak jenguk2 kat dapur, apa yg aku siapkan. kekonon le!

aduh...kesian ABANG...kelaparan. sampai nak dekat kol 10pm baru semua org berkumpul. kekeke... kes dera sungguh, biarkan ABANG kelaparan sempena b'day dia. anyway, ABANG pun macam terpinga pinga gak kot. pesal le reramai dtg ke rumah mlm tu. kakak sekeluarga dan k.akish sekeluarga yg tak pernah sampai umah baru kami tu pun, mlm tu bleh sampai. ABANG sangka depa semua dtg dari ziarah cik awi( makcik ABANG) yg dok kat sec 27 shah alam..dekat je dgn umah kami...org tu baru je balik dari HAJI. tau, semua nak sambut b'day ABANG.. Pastu, sibuk la Pana kata, dia akan tutup switch lampu, kasi gelap semua dan aku akan keluar bawak kek yg dah terpasang lilin tu ke depan. tapi, umah aku tu byk sgt lampu. switch nyer merata. kesian Pana dok lari sana sini utk off semua lampu. akakkaka.... aku ni tak sabar2 nak kuar. at last, ada lagi 1 lampu tak ter-off lagi, aku dah kuar bawak kek!! akakaka.. suasana masih terang gitu. semua org gelak. ish ish... aku apalagi, terus je lah ajak semua nyanyi lagu HAPPY B'DAY reramai. ahahhaa...SURPRISE tak?!!! ABANG kata, surprise lah. ahahhaha...

so, menu mlm tu, mihun mkn dgn sup tulang yg berisi kentang & carrot, ada bawang grg, daun sup+daun bawang dan sambal kicap, 1kg ayam grg AYAMAS (instant), kueteow grg (psr mlm mari), cendul merah (psr mlm jugak), samosa & otak2 grg (kakak supply), buah apple merah, air teh-o panas perisa mango. kek b'day dari SR lak..choco indulgence. mmg sedap kek tu. aku pun, tu le 1st time beli kek kat SR. hasil survey kat kwn2 Ojosama...beria sungguh Izan dgn Ujen kata kek tu le paling best dan berbaloi dgn rege nye. tu yg aku amik kek choco indulgence tu. cair di mulut. fuwafuwa!!! tapi, kek ni tak leh terbiar lama kat luar. kang lembik, mencair.

mlm tu meriah la kan, sbb kumpul reramai camtu. bebudak pun suka. abis semua mainan Iman dikeluarkan. jadi cam neseri pulak. bersepah sana sini dgn mainan! kita2 yg dewasa ni dok lepak dan bersembang sambil mkn2. syok la...kumpul macam tu. hampir kol 1 am baru le semua balik. dan mlm tu jugak aku & ABANG kemas umah dan segala. hampir kol 2 am kitorg masuk tido... zzzzzz....syukur le esoknye coti sempena Awal Muharram.

syok sgt bila ABANG kata 'arigatou' dgn penganjuran majlis tu. ehhhe.. doumo! gomen ne ABANG, hadiah takde lagi le. anyway, HAPPY BIRTHDAY to my beloved ABANG. saaaayang sangat sangat!

*k.ayu dgn zafri tak dpt join the party sbb balik kg..
**abag jali pun takde mlm tu sbb fly ke Dubai -keje punya hal. so, k.akish & anak2 dijemput dek imah ngan peah utk dtg ke umah aku tu...

Labels: , , ,

Wednesday, January 09, 2008

Awal Muharram

1 Muharram detik permulaan
perkiraan tahun Islam Hijrah
perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Makkah ke kota Madinah.

Atas keyakinan dan iman yg teguh
kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan Islam tercinta.

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan.

Oleh itu mari semua
kita sambut Ma'al Hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syi'ar Islam
Untuk sepanjang zaman (3x)


**Salam Ma'al Hijrah buat semua.
***Happy b'day to my dear ABANG. 9 Jan 2008.

Labels: , ,

Saturday, January 05, 2008

Rendang Daging Masak Hitam-Ujen

semlm Ujen kasik resepi ni melalui email. hari ni lepas godek2 blog periuk belanga Ujen, aku jumpa resepi ni kat situ. woh, Ujen ada boh resepi ni kat situ ek. so, sini aku copy & paste je le resepi dia.. kalo nak puas hati, p jenguk >>http://periukbelanga.jugem.jp/?cid=1

Bahan2
1 kg daging

Di Kisar halus
3 biji bawang besar
20 tangkai cili kering

Bahan di goreng tanpa minyak dan di kisar/tumbuk halus
20 sen Jintan Pedas
20 sen Biji rempah
* kita beli yg 50sen kat pasar malam dan ambik separuh sahaja.

Kerisik dari 1/2 biji kelapa ( kira-kira 6-7 sudu besar)
Segenggam gula merah ( kira-kira 5 sudu besar)
Kicap ( saya guna cap kipas udang ) secukup rasa..

Gaul semua bahan2 di atas di dalam satu bekas...kicap tu sehingga nampak adunan semua berkicap le....

Bahan utk menumis
4 biji bawang merah ( dimayang)
2 biji bawang putih ( dimayang )
kulit kayu manis
bunga lawang

Cara2
1. Tumis bahan2 penumis hingga naik bau
2. bila dah naik bau tuangkan daging yg dah di gaul dgn bahan2 di atas
3. Masukkan sedikit air asam jawa
4. Masak sehingga kering...* Masak dia senang jek..tak remeh..tunggu je sampai kering....tapi lepas tu rasa le masin manis nye...tambah le ikut citerasa....

++++Terima kasih Ujen ek, dgn resepi ni cik ume berpuas hati yg amat! sedap!!! tenkiu ne..

Labels:

Working On Saturday

chehwah...tgk tajuk tu. eksyen jek...in english. takpe. apa salahnye...ye dak? tapi entry in Malay lah!

hari ni keje ma...boringnye keje hari sabtu ni. byk customer dan supplier coti. so, mmg jarang le ada incoming call pada hari sabtu ni. selalu nye hari sabtu aku buat back up data. tapi kena buat dari awal pagi sbb akan amik masa lebih setgh hari. hari ni aku byk mende nak kena buat guna laptop ni..so, tak dpt le nak buat back up. insya-ALLAH next week saturday le. (next week pun keje hari sabtu le....)

ABANG kat umah...jaga Iman dan Afiq Khair. tadi tetiba pulak adik aku-Baya, tepon. kata abah aku mintak tolong Pyan(hubby Baya) amik mak abah kat uitm shah alam lepas settle pendaftaran adik aku-Ida hari ni. sbb nye...pakcik Uhud, yg selalu abah aku mintak tolong drive ke mana aje yg mak abah aku nak pegi tu, abg kpd pakcik uhud tu meninggal. so, hari ni sbb dah janji, pakcik Uhud tu sanggup le nak anto mak abah dan Ida ke uitm. tapi takkan le dia nak nunggu sampai ida settle pendaftaran semua tu kan. abg sendri meninggal, mesti nak p uruskan juga jenazahnye. tu yg abah aku mintak tolong Pyan tu. tapi, Pyan lak dah booking seat utk majlis reunion sekolah dia kot, kat KL. tu yg baya tanya kat aku kot2 aku dan ABANG boleh amik abah dan mak nanti kat uitm tu. aku keje. alhamdulillah ABANG sanggup nak p drive ke uitm nanti dgn anak2...amik mak abah.

so, sebelum kol 12 tgh hari tadi, ida dah settle pendaftaran. then, ABANG p amik mak abah dan bawak balik ke rumah kami dulu. mlm ni mak abah tido umah aku le. aku ajak Baya sekeluarga tido jugak umah aku mlm ni. syok sket. sbb, mlm ni aku dan ABANG nak p jemputan majlis b'day Aisyah(anak kakak-kaklong ABANG). then, sepeninggalan kami ke majlis tu nanti....ada le mak abah bertemankan dgn baya sekeluarga. meriah sket.

harap2 ok aje le diorg kat umah tu. terima kasih sgt2 kat ABANG sbb dpt menolong aku dan family aku time macamni. i love u, ABANG!!! dari dulu, kini dan insya-ALLAH selama nye.

macam biasa, kalo hari sabtu aku kena keje dan sabtu tu ABANG akan jaga anak2 (terutama kalo anak tu masih baby dan ABANG susah nak kuar ke mana2...), aku akan masak siap2 mlm tu utk hidangan ABANG hari sabtu tu. mlm tadi aku masakkan daging masak rendang hitam. resepi dari Ujen. tak tau le menjadi ke tidak rendang hitam tu. tapi, rasa nye sedap! hehhe.. terima kasih Ujen, sbb kasik resepi. walaupun aku punya masakan mlm tadi...tak berapa cukup bhn2 nye. ehhe...pagi tadi lepas solat subuh, aku masak nasi dan tumiskan sayur taugeh.

sekarang tgh hujan lebat kat luar tu. sejuuuuknye! ms s dah kuar sejak kol 10.40am tadi. alasannye nak settlekan problem dia. ntah apa agaknye problem dia tu ek. sesuka hati je dia kuar. sampai sekang tak masuk2 opis pun. mentang2 bos takde. nanti ntah dia tolak AL ke tak ntah. selalu dia cheat bab waktu keje, lagi2 time Mr TM takde kat opis ni. kuar sesuka hati! balik sesuka hati!

woh...nanti aku akan tepekkan resepi daging masak rendang hitam Ujen tu ek. rerasa nye ada kot Ujen letak resepi tu kat blog periuk belanga dia..

Labels: ,

Wednesday, January 02, 2008

Tahun Baru-2008

ye. hari ini, dah 2 hari kita masuk thn baru. thn 2008. dgn itu, kepada semua yg mengunjungi blog cikpuan Ume ni, HAPPY NEW YEAR!!! / SELAMAT THN BARU!!!/ SHIN-NEN AKEMASHITE OMEDETOU!!!...moga thn ni, membawa lebih keberkatanNya, kebahagiaan, bertambah rezeqi, sihat sentiasa, bertambah keimanan & ketaqwaan...insya-ALLAH. amin!

ahad sampai semlm..30 dec 2007 sampai 1 jan 2008...company coti. so, 3 hari lepak2 aje kat umah. alhamdulillah aku semakin sihat. dah boleh buat keje umah..masak2 dan layan anak2 sebaik mungkin :D

semlm ptg, ABANG menyimen tanah belakang tempat kami menyidai pakaian tu. alhamdulillah beres. harap2 lepas ni dah takde kejadian leaking..tak pun, takde la dah kucing2 dtg 'membuang' kat kawasan umah kami. kami pun dpt menjemur pakaian dgn aman dan perasaan tenteram gituk. chehwah.

coti thn baru..ke mana korang pegi? apa korang buat? aku & family kat umah aje le. lagi pun ahad tu, mak pak mentua dan adik2 ipar aku dtg umah. sebetulnye diorg nak anto Pana mendaftar sambung study kat Uitm..lepas settle pendaftaran..ptg tu diorg mai umah aku. lepak2. mkn2. solat. aku tak masak sgt pun. just tanak nasi dan masak daging grg halia. lauk2 lain>ikan masak apa pun aku taktau, sayur campur grg, sambal belacan dan sup ayam...ABANG beli. hehehe..aku takde confident lak nak masak2 sekarang ni. nape ntah. plus dgn rasa MALAS.

hari ni, Iman mula alam persekolahan. ala...masuk belajar kat taska Nur Ummi. dekat je dgn school(neseri) Iman. 1 blok gitu. pagi Iman ke taska dan tgh hari pihak school akan dtg amik iman. so...tgh hari sampai ptg Iman akan dok kat school cam biasa. hari pertama Iman ke taska... aku rasa berdebar gituk. teruk sungguh. nak buat keje kat opis ni pun tak senang. asyik dok teringat kat Iman. ok ke Iman tu. pandai ke dia bagi tau cikgu kalo dia nak p toilet.. pandai ke dia berkawan.. tgh hari waktu lunch, selalu nye aku layan tido. tapi hari ni, aku takleh nak lelap mata. asyik dok teringat Iman. sampai lapo lain macam. terus le aku p tapau rojak!! melampau sungguh aku ni. agaknye macam ni ke mak aku masa hari pertama aku nak masuk tabika dulu?!!! org lain macam mana lak? ker...aku je yg melampau. over sungguh perasaan berdebar ni. ahahhahaa... teruk! hari ni, ABANG yg settle kan Iman ke taska. hantar Iman ke taska dan ngintai sikit2 Iman kat taska tu. bila aku sms kat ABANG yg aku dok ingat2 kat Iman aje. ABANG tepon aku, kata Iman ok2 aje. dah ada kwn. pandai bawak diri . so, lega sket hati aku. harap2 Iman ok aje. tak sabar nak balik umah. nak jumpa Afiq Khair dan jugak nak dgr cerita Iman pasal hari pertama persekolahan dia. sebenarnye...dah lama Iman excited sungguh nak bersekolah. nak belajar membaca kata nye. ok, moga Iman jadi org yg berguna, org baik2, org cerdik pandai dan alim, beriman sentiasa ye...

hari ni sampai sabtu ni bos jepun, Mr TM tu takde. balik Jepun...

Labels: , ,