Wednesday, January 02, 2008

Tahun Baru-2008

ye. hari ini, dah 2 hari kita masuk thn baru. thn 2008. dgn itu, kepada semua yg mengunjungi blog cikpuan Ume ni, HAPPY NEW YEAR!!! / SELAMAT THN BARU!!!/ SHIN-NEN AKEMASHITE OMEDETOU!!!...moga thn ni, membawa lebih keberkatanNya, kebahagiaan, bertambah rezeqi, sihat sentiasa, bertambah keimanan & ketaqwaan...insya-ALLAH. amin!

ahad sampai semlm..30 dec 2007 sampai 1 jan 2008...company coti. so, 3 hari lepak2 aje kat umah. alhamdulillah aku semakin sihat. dah boleh buat keje umah..masak2 dan layan anak2 sebaik mungkin :D

semlm ptg, ABANG menyimen tanah belakang tempat kami menyidai pakaian tu. alhamdulillah beres. harap2 lepas ni dah takde kejadian leaking..tak pun, takde la dah kucing2 dtg 'membuang' kat kawasan umah kami. kami pun dpt menjemur pakaian dgn aman dan perasaan tenteram gituk. chehwah.

coti thn baru..ke mana korang pegi? apa korang buat? aku & family kat umah aje le. lagi pun ahad tu, mak pak mentua dan adik2 ipar aku dtg umah. sebetulnye diorg nak anto Pana mendaftar sambung study kat Uitm..lepas settle pendaftaran..ptg tu diorg mai umah aku. lepak2. mkn2. solat. aku tak masak sgt pun. just tanak nasi dan masak daging grg halia. lauk2 lain>ikan masak apa pun aku taktau, sayur campur grg, sambal belacan dan sup ayam...ABANG beli. hehehe..aku takde confident lak nak masak2 sekarang ni. nape ntah. plus dgn rasa MALAS.

hari ni, Iman mula alam persekolahan. ala...masuk belajar kat taska Nur Ummi. dekat je dgn school(neseri) Iman. 1 blok gitu. pagi Iman ke taska dan tgh hari pihak school akan dtg amik iman. so...tgh hari sampai ptg Iman akan dok kat school cam biasa. hari pertama Iman ke taska... aku rasa berdebar gituk. teruk sungguh. nak buat keje kat opis ni pun tak senang. asyik dok teringat kat Iman. ok ke Iman tu. pandai ke dia bagi tau cikgu kalo dia nak p toilet.. pandai ke dia berkawan.. tgh hari waktu lunch, selalu nye aku layan tido. tapi hari ni, aku takleh nak lelap mata. asyik dok teringat Iman. sampai lapo lain macam. terus le aku p tapau rojak!! melampau sungguh aku ni. agaknye macam ni ke mak aku masa hari pertama aku nak masuk tabika dulu?!!! org lain macam mana lak? ker...aku je yg melampau. over sungguh perasaan berdebar ni. ahahhahaa... teruk! hari ni, ABANG yg settle kan Iman ke taska. hantar Iman ke taska dan ngintai sikit2 Iman kat taska tu. bila aku sms kat ABANG yg aku dok ingat2 kat Iman aje. ABANG tepon aku, kata Iman ok2 aje. dah ada kwn. pandai bawak diri . so, lega sket hati aku. harap2 Iman ok aje. tak sabar nak balik umah. nak jumpa Afiq Khair dan jugak nak dgr cerita Iman pasal hari pertama persekolahan dia. sebenarnye...dah lama Iman excited sungguh nak bersekolah. nak belajar membaca kata nye. ok, moga Iman jadi org yg berguna, org baik2, org cerdik pandai dan alim, beriman sentiasa ye...

hari ni sampai sabtu ni bos jepun, Mr TM tu takde. balik Jepun...

Labels: , ,

2 Comments:

At Thu Jan 03, 10:32:00 AM, Blogger JahRera said...

salam awal tahun bersama awal muharram,

semoga berbahagia sekeluarga.

 
At Thu Jan 03, 11:22:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.lela,
terima kasih.
salam thn baru masihi dan tahun baru Hijriah..moga k.lela sekeluarga juga berbahagia selalu. insya-ALLAH.

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home