Thursday, June 04, 2009

Riak

Aku benci dgn org yg riak..
org tamak haloba dan penipu
pun sama. aku benci. na'uzubillah..
jgn le aku ni tergolong dlm kumpulan
orang yg sebegitu sifat nye..

sejak kebelakangan ini, aku cepat letih.
jalan sikit, dah termengah mengah.
tido mlm pun tak boleh lena. selalu terjaga.
kepanasan. dahaga.

keje kat opis pun makin banyak. hari demi
hari, berlambak keje nak kena settle sebelum
aku bercoti pjg...2 bulan sempena bersalin nanti.
kekadang terpaksa gak balik lewat. semalam pun
kol 7pm baru kuar opis. kesian anak2...mama dtg
amik lewat. dah gelap. sampai umah je, mama mmg
dah kepenatan. tak sempat nak ajar anak2 mengaji..
nak bacakan buku cerita..nak nyanyi2..uruskan baju2
kotor pun letih jugak. sempat bermain kejap je, Afiq
Khair dah terlena. aduh...mama pulak, asal berbaring
je...terlena. kesian abang Iman...layan TV, layan homework,
layan mainan nye bersendirian.

hari-hari macam ni. mmg meletihkan. moga ALLAH berikan
aku lebih byk kesabaran dan keimanan serta kemudahan
dlm m'hadapi segala nye. amin!!

Labels: , , ,

Thursday, August 07, 2008

Kerja Baru

1 Ogos, aku dah mula kerja baru. 9am masuk opis, 5 setgh ptg tepat aku dah boleh keluar.
buat masa ni belum ada kerja sgt. sikit2 tu ada le. tgh dlm minggu2 'study' le. byk benda baru
kena hafal. member2 opis, team-mate..semua OK. most of them bleh berbahasa Jepun. ada
chinese, malay dan japanese. byk lelaki drpd pompuan. aku pun belum kenal sgt lagi dgn
semua org.

hari tu, 31 july ,last day kat company lama. bertungkus lumus dok settle kan macam2.
sampai sekarang pun, aku still kena contact dek ms s atau staff dari Japan HQ. pening.
tak cukup tido kot...mlm lepas isya' gitu aku dah lena. sambil nyusukan Afiq Khair. kang
tgh2 mlm aku bangun utk settle kan document utk machines shipment. machines akan
dihantar balik ke Japan dan ada jugak akan hantar ke Philippines sbb customer beli. 31 july
yg last day aku kat company lama, Mr FF belanja dinner. aku dgn ms s dan mr FF.
mkn kat Grand Blue Wave hotel. Semarak restaurant. kol 6 setgh ptg kitorg dah kat
sana. dlm kol 8 setgh mlm aku dah blah. dok teringat kat anak2 kat neseri tu. ABANG kan
out station masa tu. masa aku siap2 nak blah, hubby ms s dtg join kitorg. masa tu, buffet.
rm54++ per person. ok la.

ok, doa2kan la moga aku OK sentiasa dgn keje baru ni. insya-ALLAH.

Labels: ,

Wednesday, June 11, 2008

Hal Kucing Jiran Lagi

Pasal kucing jiran sebelah rumah aku. aku pernah buat entry nyer kat sini.. http://umeboshi-ume.blogspot.com/search?q=kucing

kucing2 tu suka korek2 tanah yg ada kat dlm pasu di halaman rumah aku tu. abih tanah bersepah sepah. geram betul! pulak tu, selalu 'membuang' najis dia betul2 kat pasir di depan pintu pagar rumah aku... emmmm....

Afiq Khair, dah pandai memanjat tangga! risau aku dibuatnye. tak boleh alpa. kalo aku tinggalkan Afiq Khair kat depan dgn Iman, dan aku pegi memasak/ mencuci pinggan kat dapur, kejap2 tu mesti aku pegi jenguk ke depan. kadang2, merangkak rangkak jugak le Afiq Khair sampai ke dapur. bila dia menjenguk ke dapur nengok aku ada, tersengeh sengeh le dia.. Afiq Khair sudah 8 bulan..

Iman pulak, makin pandai berkata kata. kadang2, macam org dewasa! ada aje idea nyer. dah pandai mengugut pulak tu. " kalau mama tanak buatkan susu, Iman tutup TV ni.." tak pun, "kenapa mama tak buatkan susu. kan mama dah promise tadi. kan dah janji.. tak baik la mama ni..tanak kwn mama!" walaupun baru je habis sepinggan nasi, terus mintak dibuatkan susu. pelik la... tak kenyang ke?!!

last week, aku amik cuti hari jumaat. kan last week, sepjg minggu ABANG ada keje kat PD. then, khamis tu ABANG kena balik opis kat shah alam. tu yg ABANG ajak aku dan anak2 p join ke PD khamis mlm tu sampai jumaat. maka nye aku pun amik le cuti hari Jumaat utk berlibur di PD. ehehe.. bertolak ke sana hari Khamis mlm. sampai hotel (Mayangsari Resort) dlm kol 9 setgh mlm. lepak jap kat bilik...terus keluar semula. p jln2 kat bazaar PD. Iman dgn ABANG excited nak membeli layang-layang. diorg beli layang-layang Naruto. lepas tu, kitorg pegi mkn mee bandung muar kat satu restoran ni...mmg sedap! dah ckp kat ABANG, len kali kalo pegi PD lagi.. nak mkn kat situ lagi la. balik bilik (style apartment. ada 2 bilik, 2 toilet, kitchen, living room, dan sgt2 ok bagi aku)..sambil nengok tv, layan Iman dgn Afiq Khair bermain-main. dua org tu excited betul. tanak tido..nak main aje! esoknye, ABANG belikan nasi lemak dan kuih2 utk sarapan sebelum ABANG keluar utk kerja. Iman seronok nak mkn nasi lemak. tapi, bila dibukak bungkusan nye...dia marah2..sbb Iman nak nasi lemak macam yg dia mkn masa balik kg hari tu. ish ish..macam2. lain tempat, lain le rasa nasi lemak nye..yang oi! baik le bila dipujuk-pujuk Iman mau diam. dekat pukul 11 pagi, lepas ABANG siap kerja..kitorg pun turun main kat pool. Afiq Khair pun berseronok main air kat dlm pool. 12.45 gitu..check out. sementara ABANG pegi solat Jumaat kat masjid, aku dan anak2 dok aje kat dlm kereta. masa tu anak2 dah tertidur. kitorg balik ke shah alam ikut jln lama.. dan lalu le ladang2 dragon fruit. berenti kat gerai tepi jln tu, utk beli dragon fruits. 3 biji, RM10. besar2. manis. sedap! buah kaler merah isi nye. sampai rumah dekat pukul 3 setgh ptg. emmm..seronok gak la. berlibur, main air dan habiskan masa bersama ABANG dan anak2.. terima kasih ABANG!

Mr TM dah takde kat opis. dia balik Japan pada pagi 5/6/2008 hari tu. kemudian, Mr President (Mr FF) dtg utk monitor kitorg sampai settle semua. tapi, Isnin baru2 ni.. dia dah balik Japan semula. lagi 2 minggu nanti, Mr FF dtg ke sini semula. nampak nye..dia akan ulang alik Japan-Malaysia le kot sampai settle semua kat sini ni. Aku dan staff lain dok sibuk berkemas! sambil2 tu, dok sibuk ushar2 kerja baru... moga dipermudahkan segala urusan! amin!

Labels: , , , , ,

Saturday, January 05, 2008

Working On Saturday

chehwah...tgk tajuk tu. eksyen jek...in english. takpe. apa salahnye...ye dak? tapi entry in Malay lah!

hari ni keje ma...boringnye keje hari sabtu ni. byk customer dan supplier coti. so, mmg jarang le ada incoming call pada hari sabtu ni. selalu nye hari sabtu aku buat back up data. tapi kena buat dari awal pagi sbb akan amik masa lebih setgh hari. hari ni aku byk mende nak kena buat guna laptop ni..so, tak dpt le nak buat back up. insya-ALLAH next week saturday le. (next week pun keje hari sabtu le....)

ABANG kat umah...jaga Iman dan Afiq Khair. tadi tetiba pulak adik aku-Baya, tepon. kata abah aku mintak tolong Pyan(hubby Baya) amik mak abah kat uitm shah alam lepas settle pendaftaran adik aku-Ida hari ni. sbb nye...pakcik Uhud, yg selalu abah aku mintak tolong drive ke mana aje yg mak abah aku nak pegi tu, abg kpd pakcik uhud tu meninggal. so, hari ni sbb dah janji, pakcik Uhud tu sanggup le nak anto mak abah dan Ida ke uitm. tapi takkan le dia nak nunggu sampai ida settle pendaftaran semua tu kan. abg sendri meninggal, mesti nak p uruskan juga jenazahnye. tu yg abah aku mintak tolong Pyan tu. tapi, Pyan lak dah booking seat utk majlis reunion sekolah dia kot, kat KL. tu yg baya tanya kat aku kot2 aku dan ABANG boleh amik abah dan mak nanti kat uitm tu. aku keje. alhamdulillah ABANG sanggup nak p drive ke uitm nanti dgn anak2...amik mak abah.

so, sebelum kol 12 tgh hari tadi, ida dah settle pendaftaran. then, ABANG p amik mak abah dan bawak balik ke rumah kami dulu. mlm ni mak abah tido umah aku le. aku ajak Baya sekeluarga tido jugak umah aku mlm ni. syok sket. sbb, mlm ni aku dan ABANG nak p jemputan majlis b'day Aisyah(anak kakak-kaklong ABANG). then, sepeninggalan kami ke majlis tu nanti....ada le mak abah bertemankan dgn baya sekeluarga. meriah sket.

harap2 ok aje le diorg kat umah tu. terima kasih sgt2 kat ABANG sbb dpt menolong aku dan family aku time macamni. i love u, ABANG!!! dari dulu, kini dan insya-ALLAH selama nye.

macam biasa, kalo hari sabtu aku kena keje dan sabtu tu ABANG akan jaga anak2 (terutama kalo anak tu masih baby dan ABANG susah nak kuar ke mana2...), aku akan masak siap2 mlm tu utk hidangan ABANG hari sabtu tu. mlm tadi aku masakkan daging masak rendang hitam. resepi dari Ujen. tak tau le menjadi ke tidak rendang hitam tu. tapi, rasa nye sedap! hehhe.. terima kasih Ujen, sbb kasik resepi. walaupun aku punya masakan mlm tadi...tak berapa cukup bhn2 nye. ehhe...pagi tadi lepas solat subuh, aku masak nasi dan tumiskan sayur taugeh.

sekarang tgh hujan lebat kat luar tu. sejuuuuknye! ms s dah kuar sejak kol 10.40am tadi. alasannye nak settlekan problem dia. ntah apa agaknye problem dia tu ek. sesuka hati je dia kuar. sampai sekang tak masuk2 opis pun. mentang2 bos takde. nanti ntah dia tolak AL ke tak ntah. selalu dia cheat bab waktu keje, lagi2 time Mr TM takde kat opis ni. kuar sesuka hati! balik sesuka hati!

woh...nanti aku akan tepekkan resepi daging masak rendang hitam Ujen tu ek. rerasa nye ada kot Ujen letak resepi tu kat blog periuk belanga dia..

Labels: ,