Saturday, January 05, 2008

Rendang Daging Masak Hitam-Ujen

semlm Ujen kasik resepi ni melalui email. hari ni lepas godek2 blog periuk belanga Ujen, aku jumpa resepi ni kat situ. woh, Ujen ada boh resepi ni kat situ ek. so, sini aku copy & paste je le resepi dia.. kalo nak puas hati, p jenguk >>http://periukbelanga.jugem.jp/?cid=1

Bahan2
1 kg daging

Di Kisar halus
3 biji bawang besar
20 tangkai cili kering

Bahan di goreng tanpa minyak dan di kisar/tumbuk halus
20 sen Jintan Pedas
20 sen Biji rempah
* kita beli yg 50sen kat pasar malam dan ambik separuh sahaja.

Kerisik dari 1/2 biji kelapa ( kira-kira 6-7 sudu besar)
Segenggam gula merah ( kira-kira 5 sudu besar)
Kicap ( saya guna cap kipas udang ) secukup rasa..

Gaul semua bahan2 di atas di dalam satu bekas...kicap tu sehingga nampak adunan semua berkicap le....

Bahan utk menumis
4 biji bawang merah ( dimayang)
2 biji bawang putih ( dimayang )
kulit kayu manis
bunga lawang

Cara2
1. Tumis bahan2 penumis hingga naik bau
2. bila dah naik bau tuangkan daging yg dah di gaul dgn bahan2 di atas
3. Masukkan sedikit air asam jawa
4. Masak sehingga kering...* Masak dia senang jek..tak remeh..tunggu je sampai kering....tapi lepas tu rasa le masin manis nye...tambah le ikut citerasa....

++++Terima kasih Ujen ek, dgn resepi ni cik ume berpuas hati yg amat! sedap!!! tenkiu ne..

Labels:

4 Comments:

At Mon Jan 07, 09:48:00 PM, Anonymous Anonymous said...

resepi ini sangat membantu...thx

 
At Wed Jan 09, 10:50:00 AM, Blogger umeboshi said...

doumo. terima kasih juga kat ujen :D cuba lah. mmg sedappp!!

 
At Sat Jan 12, 02:33:00 PM, Blogger Name: Wah said...

Mcm best je resepi ni. Ari tu try msk kicap tak menjdk sgt.Nak tanya bijik rempah tu ape?? Ketumbar ke?

 
At Mon Jan 14, 10:04:00 AM, Blogger umeboshi said...

wah,
mmg best pun..try la resepi ujen ni. bijik rempah tu, kata ujen kalo cari kat tesco ke, giant ke..mmg kat bungkusan dia ada ditulis "biji rempah". hari tu masa saya buat rendang ni, tak masukkan pun biji rempah sbb saya takde benda nye.ehhe.. ketumbar lain tau!

 

Post a Comment

<< Home