Thursday, September 30, 2010

Basement

Sejak aku join company ni, aku lebih selesa parking kereta kat parking area di luar bangunan. maksudnye, kat ruang depan deretan kedai2, kat tepi bangunan opis ni. walaupun ada tempat parking kat basement.

member2 opis dok pelik apesal aku tak park kereta kat basement. basement kan redup, ada bumbung. so, kereta terlindung dari panas dan hujan. aku mmg tak berani nak p basement. bukan takut hantu (eh, hantu pun takut gak sebenarnye..ahahha). tapi, ntah le...dok terbayang kat kepala ni kalo2 ada org jahat ke. kat basement kan sunyi. kalo jadi apa2, cuma ada dinding, lantai, bumbung dan kereta je yg jadi saksi. tak boleh nak tolong kita. ntah le. penakut gak aku ni. tu yg sanggup biarkan kereta tu berpanas dan berhujan kat tempat parking kat luar bangunan.

kalo aku dtg lambat ke, sure tempat yg aku selalu park kereta tu dah penuh. then, no choice le...terpaksa la gak aku menjejak sampai ke basement utk park kereta. kalo kes camtu, aku dok perhatikan dulu sekeliling lepas park kereta, then cepat2 keluar, lock kereta dan jalan laju2 ke tangga atau lift. mmg jantung aku berdegup kencang je rasa nye selagi aku tak slmt sampai ke atas. time nak menuju ke kereta kat basement pun, mmg camtu gak aku. jalan laju2, tgk keadaan sekeliling sungguh2. ish...benci betul aku kalo terpaksa park kereta kat basement. teruk nye aku ni. tu, kalo aku bersendirian mmg camtu le. kecut perut je kalo p basement. anyway, kalo ada kawan.. tak macam tu kot. relax sket.

kwn opis aku selalu cakap aku ni pelik. kalo p mkn sorg2 kat kedai/ restoran...aku berani pulak. tapi, nak park kereta kat basement tak berani. owh, mmg la. p keluar mkn tu, atleast kat kawasan terbuka. ada org ramai. kalo basement tu mmg senyap sunyi...and ada area yg agak gelap. sbb tu aku gerun nak ke basement. tu je le beza nya.

tapi, kat mana2 pun sebenarnye kita ni dlm pemerhatian ALLAH la jugak. berserah je le kpd ALLAH. kat tempat terbuka, kawasan org ramai pun sebenarnye org boleh buat jahat kat kita gak. mmmm... tapi, si penjahat pun kena waspada dan hati2..kan. ye lah, tempat terbuka camtu, sure kena plan betul2 kalo nak meragut ke, apa ke. silap langkah, kena tangkap dan dibelasah dek org ramai yg ada kat situ.

anyway, mintak la dijauhkan kita ni semua drpd sebarang kejahatan manusia serta syaitan. Na'uzhubillah! kita pun, harus berhati hati sentiasa.

Labels:

Wednesday, September 29, 2010

Thalessemia

member opis dok tanya aku apa itu penyakit Thalessemia. aku dok terkedu. perah2 otak dok ingatkan kalo2 ada pengetahuan pasal penyakit tu dlm otak aku. tapi, yg aku tau, itu berkaitan sel darah dan sejenis penyakit keturunan.

Then, dek kerana tak puas hati, aku pun google kat yahoo. terjumpa la website ni..
1) http://www.tam.org.my/thalassemia-symptoms.html
2) http://www.tam.org.my/thalassemia-minor.html
3) http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/kanak_content.jsp?lang=kanak&sub=0&bhs=eng&storyid=1196053629231

secara simple utk diterangkan, ia berkaitan dgn sel darah merah. kalo org normal dan sihat ni, usia sel darah merah ialah 120 hari. tapi pengidap thalessemia, sel darah merah nye agak singkat usia nye. si pengidap thalessemia selalu nye akan nampak pucat, cepat letih dan tak boleh beraktiviti lasak macam org normal yg lain. cepat sesak napas gitu.

penyakit thalessemia bukan penyakit berjangkit melalui darah/ udara etc. ia adalah penyakit keturunan. kalo kedua ibubapa adalah pembawa thalessemia, anak2 mereka kemungkinan besar akan mengidap thalessemia juga. sbb tu kerajaan kita menggalakkan rakyatnye buat ujian darah sebelum berkahwin. atleast utk persediaan mental dan fizikal utk menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan.

sekian...
ps: thank you to my opis-met sbb mengutarakan hal thalessemia ni. boleh nambah pengetahuan aku juga.

Labels: ,

Tuesday, September 28, 2010

Demam


PS: Gambar: Asha Zahra suka isap/ gigit2 ibu jari kaki nye. ABANG kata, "dia nak adik tu". owh...tidaaaakk...jgn la. mama takut tak terhandle kerenah semua anak. pengsan dan naik gila nanti, macam mana? Na'uzhubillah!

Semalam cikpuan ume coti. bukan sbb penat beraya. bukan sbb penat layan tetamu yg berkunjung ke rumah tak henti2 pada hari ahad tu. tapi, sbb my anak dara yg comel dan manja; Razan Asha Zahra kena demam. badan panas sgt. mood dia pun tak ok. badan pun nampak lemah, gerak laku pun tak aktif macam selalu. so, bgn pagi semlm, rasa badan Asha Zahra yg sgt panas tu, aku terus decided utk coti. baik le jaga dia kat rumah. risau nak letak kat neseri. kang jadi apa2, sendiri gak yg menyesal. masa tu baru padan muka. takmo la jadi cenggitu. baik aku jaga kat rumah.




Iman stay kat rumah dgn aku dan Asha Zahra pagi tu. ABANG p keje dan hantar Afiq Khair ke neseri. Asha Zahra sedap je tido. dlm dekat kol 10 pagi baru dia bgn. aku mandikan dia, dan siap2 utk p klinik. amik ubat demam dan antibiotik. setiap 4 jam aku kasi ubat demam.. lepas balik dari klinik, aku hantar Iman ke neseri sbb tgh hari van sekolah akan pick up dia kat neseri.




sepjg kat umah tu, selagi Asha Zahra celik mata, tak dikasi nye mama nak buat keje lain. nak kena layan dia je. pulak tu, nak ajak berbaring aje. aduh.....bagus nye. mama pun golek2 la sambil layan dia. asyik nak mimik tak henti2 sambil tu mata Asha Zahra pejam. itu pun takmo tido lena. kalo aku bgn je, boleh pulak dia tersedar. huhu...dah lps zuhor, baru le dia mau lena. so, boleh le aku menjamu selera dgn apa yg ada kat dapur tu. seringkas dan secepat yg boleh sebelum Asha Zahra celik mata. then, kelam kabut sambung mencuci baju ke dlm mesin basuh. pastu, cuci pinggan2 kotor dan kemas dapur. tak dpt buat byk keje, Asha Zahra dah terjaga mintak aku p landing sama2 dia.




dlm kol 5pm Iman balik dari sekolah. van sekolah hantar dia sampai depan rumah. lepas tu, baru le Asha Zahra ceria sket. mau ditinggal duduk dgn abg Iman nye. Dlm kol 6pm, kami ke neseri utk amik Afiq Khair pulak.




Aku susah hati kalo anak2 demam atau sakit2. nak tido pun tak berapa lena. aku paksa diorg minum air selalu. dgn itu, diorg akan kerap buang air, dan demam akan cepat kebah. insya-ALLAH. selain tu, lap2 kepala dan seluruh tubuh dgn towel lembap.




pagi tadi, Asha Zahra dah ok. aku pun hantar dia ke neseri. so, mama boleh p keje. tahun ni byk sungguh aku terpaksa coti demi kesihatan anak2 dan hal keluarga. takpe le. duit boleh dicari. insya-ALLAH. anak2 dan keluarga takde pengganti nye kalo diorg "hilang" atau "pergi". lantak le apa org nak kata...kalo aku selalu coti dgn alasan anak2 sakit ni. ALLAH Maha Mengetahui.








++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Hari ni ABANG kena p out-station ke Sg Petani. so, awal pagi dah kena bersiap. Teksi dtg pick up kat rumah utk ke airport. ABANG naik flight ke Penang dan naik teksi ke Sg Petani. tgh bersiap pg tadi, Asha Zahra melalak la pulak sbb aku paksa dia mkn ubat. tak lama tu Afiq Khair lak bgn. melalak nak abah...nak abah...pastu nak mandi. terpaksa le ABANG mandikan dia. awal pagi lagi tu. kol 5am!!! dah siap pakai baju, Afiq Khair nak ikut ABANG keluar jugak. dok pujuk kata nanti p neseri dgn mama sbb abah nak p keje jauh. tapi mana dia mau dgr kata. meraung la dia kena tingal dek abah. so, mama jugak le yg nak kena handle anak2 yg melalak tu semua. Afiq Khair melalak...aku dukong dan pujuk2. at the same time, Asha Zahra pun nangis jugak. aku dukong gak le dia. dedua nye aku dukong dan pujuk2. Iman lak terbangun sbb dgr riuh2 camtu. Iman pujuk2 Afiq Khair tapi adik dia tu takmo diam gak. at last, Iman pasang CD ultraman. baru le Afiq Khair diam. turun dari dukongan dan minta aku buatkan susu. sambil nyusu, sambil nonton CD...lelama terlena semula.




hu...alhamdulillah ada abg Iman yg pjg akalnye. selalu gak kalo aku mati akal apa nak buat dgn anak2 yg dok melalak ni, kang ada je le idea abg Iman nak memujuknye. emm, walhal sebelum2 tu, mama dah pujuk kasi mainan gak utk kasi diam. tapi, tak jalan. takmo diam. bila abg Iman nye pujuk, kasi mainan atau tunjuk gambar apa2 yg menarik ke, diam lak adik2 dia tu. nampaknye, mmg hati dan naluri anak2 ni, selalu nye anak2 juga la yg boleh paham. ..boleh masuk.




emmm...huh..keluhan hati seorg mama! sabar! sabar! dan sabar!!

Labels: , , , ,

Thursday, September 23, 2010

Afiq Khair

Anakku nomo dua. Razan Afiq Khair. lagi seminggu lebih saja lagi umur nye masuk 3 thn. masih nyusu guna botol. sekrg ni makin keras kepala. semua nak ikut kehendak dia. kalau nak p gosok gigi sebelum tido, time tu dia cakap nak p brush teeth...time tu gak dia nak kita accompany dia ke bilik air. tak kisah abah tgh p settle-kan laundry kat belakang umah ke.. mama tgh mimikkan Asha Zahra ke. dia mau "sekarang!!"...tak boleh "nanti..". kalo idak, ngamuk2, nangis2 dia. pujuk camne pun, dia takmo dengar. susah hati sungguh mama dan abah dia ni.


lagi, dia mmg rapat dgn ABANG. apa2 semua cari abah dia. kalau abah ada kat umah la. atau ada dgn dia la. mmg abah jadi "mangsa". hehehe.. kalau nak apa2, dan time tu abah ada hal lain, mama kata mama tolong buatkan on behalf of abah pun dia takmo. dia mau abah buatkan jugak. teruk le!! kecuali kalo abah nak bawak dia p gunting rambut. dia prefer la pulak nak stay ngan mama. sebabnye....Afiq Khair penakut kalo bab gunting rambut. ahhahah...mmg takmo langsung digunting rambut dia. selama ni, kalo bawak gunting rambut kat kedai, mmg nangis melalak la dia sepjg digunting rambut dia tu. ntah apa yg ditakutkan pun tak tau le.


nak tido mlm pun, dia takmo tido dlm gelap. mesti kena pasang lampu kat bilik tu. mesti nak ada abah temankan dia. baru le mau tido. kalo terjaga tgh mlm, then bilik tu gelap...Afiq Khair akan melalak suruh pasang lampu. lagi satu, kalo bgn mlm..dia tgk abah takde kat sebelah, itu pun dia melalak gak. panggil abah...abah...suruh dtg tido dgn dia... walhal, Abang Iman nye ada je tido sama kat bilik tu. ish ish..


lagi, botol susu yg dia gunakan sekrg ni...dah agak lama tak bertukar dgn yg baru. selalu tukar puting je. la ni, rerasa nye botol tu dah lusuh. perlu ditukar kpd botol baru. weekend baru ni, kami beli botol susu yg baru. siap ada puting dan boleh sedut ala2 straw sekali. (kat dlm ada tiub macam straw). Afiq Khair suka nyonyot puting botol...sambil duduk, sambil berdiri. kalau camtu, susu nye tak bleh diminum la kan? kalo membotol, kena berbaring, baru le bleh minum susu nye. ini, dia suka duduk sambil nyonyot je puting nye. sampai susu dah sejuk...dan kadang2 dia tak minum langsung susu tu. terbuang gitu saja. tu yg kami saja beli botol yg ada puting cam biasa tu, dan ada tiub kat dlm sekali supaya kalo duduk2 pun, isap puting tu...terus air susu nye pun boleh diminum dek tiub yg tersambung dari dlm botol tu. mama yg excited ..balik dari shopping, bila Afiq Khair minta susu, mama nak bancuh guna botol baru tu. tapi Afiq Khair melalak tanak. dia nak botol dia yg lama tu jugak. huhu... semalam, kebetulan botol susu dia yg lama tu tertinggal kat neseri. so, mlm tadi bila Afiq Khair minta susu...aku bancuhkan susu guna botol baru. memula tu dia tolak gak, kata tanak. pastu mungkin dahaga sgt kot, dia cuba suakan puting botol ke mulut. macam biasa..dia duduk sambil nyonyot puting tu. tetiba dia terkejut sbb air susu boleh dihisap sambil duduk. akkakaak!!! terus dia "uweeerkkkk!". terus Afiq Khair takmo minum dah. buang tiub tu pun, dia takmo minum. nak tido tu sbb kesian, suruh dia pilih botol2 susu yg ada byk dlm stock. botol susu biasa. tapi dia tetap taknak. dia nak jugak botol susu dia yg tertinggal kat neseri tu. aduhai anakku... dipujuk2...dia pun dah ngantuk + lapar/ dahaga kot, dia pilih 1 botol susu yg ada dlm kabinet dapur. ABANG bancuhkan susu. tapi, dia just letak kat mulut saja. takmo minum susu nye. sampai terlena....susu tu langsung tak luak. aduh...


Afiq Khair...cepat lah baik dari perangai ala-ala baby tu. mama dgn abah sayangkan Afiq Khair. sayang sangat2. even dah ada adik Asha Zahra pun, Afiq Khair tetap "baby" kami.. big baby! sentiasa jadi baik eh. tidak ciwek. tidak nakal. jadi org cerdik! sentiasa sayangkan Abang Iman, Adik Asha Zahra, mama dan abah...OK???

Gambar masa mlm raya baru2 ni. Selepas program takbir raya bersama ahli keluarga.. dari kiri: Iman, Nabil, Najah, Afiq Khair.

Labels: , ,

Wednesday, September 22, 2010

Doa Iman

Iman tanpa disuruh oleh aku atau ABANG. Meriba Afiq Khair yg nak menyusu. Baiknye ABANG Iman. Good boy... gitu lah. sayangi adik2 ye :-)





Mlm semalam, Iman berdoa agak lama, berdoa pjg lps solat Isya'. Lepas aje abis berdoa, sambil dia melipat kain pelikatnye, aku tanya dia... "apa yg Iman doakan tadi? Pjg je drpd selalu?".


Iman sengeh-sengeh. aku tanya lagi apa yg dia doakan. aku nak tau. Then, Iman kata, " Iman doa, supaya ALLAH sihatkan Iman dan adik2 selalu. Doa supaya Allah jadikan Iman dan adik2 jadi org baik. Mintak supaya Allah ampunkan dosa Iman dan adik2. Masukkan Iman dan adik2 dlm syurga. lepas tu Iman doa, jgn lah Allah masukkan mama dan abah ke dlm api neraka..." Owh..syahdu nye. terus aku kata, "Amiiiiin!! bagus la macam tu. thank you Iman..doakan utk mama dan abah sekali...". Iman senyum sumbing!


* Engkau perkenankan lah Ya ALLAH, doa dan harapan anakku itu. amin ya Rabb!

Labels: , , ,

Tuesday, September 21, 2010

Syawal 1431H/ Sept 2010

Gambar dgn keluarga ABANG. Abg Jali sekeluarga dan KakYu sekeluarga takde dlm gambar.




coti raya dah abis. minggu ni beramai ramai kita masuk keje semula :-)






cikpuan ume masih mood raya. boss takde kat opis. tapi keje ada byk nak kena settle. anyway, sbb boss takde, suka2 hati je le buat keje. idak terlalu tertekan. janji keje siap bila dia masuk opis esok2. insya-ALLAH.






Raya tahun ni sambut kat kg aku. Mlm raya seperti biasa, kami bertakbir beramai ramai. sekeluarga. mak abah ada 3 menantu lelaki, ada sorg anak lelaki. so, gilir2 la org lelaki baca takbir solo dan diikuti kami beramai ramai. suasana ni yg paling aku suka. takbir raya beramai ramai. syahdu je tau!!






1st day raya. waktu sarapan, seawal kol 7am dah mula bersiap siap. makcik pakcik yg dok umah dekat2 dtg berkumpul kat umah mak abah aku. kali ni giliran berkumpul kat umah kami. yeayy! lepas baca doa, lepas wirid, zikrullah, we all mkn dan mkn. lepas tu bermaafan dgn sepupu2 dan pakcik makcik yg ada. pastu org lelaki p solat raya kat masjid. yg pompuan lps kemas2 apa yg patut, buat solat raya sendirian. lepas org lelaki balik solat, abah ajak kami p beraya umah pakcik makcik yg dekat2 umah kami tu. kami semua serba PINK. lepas zuhor, ABANG ajak p balik Sabak. jenguk mak abah belah sana pulak. lepas asar kami bertolak balik sekinchan semula.


My family. semua org ada dlm gambar. mak abah. anak2 ada 7 org, menantu lelaki 3 org, cucu ada 5 org.



2nd day raya...baru le kami pakai baju baru. baju raya. kalo kat kg aku mmg cenggini le. baju baru/ baju raya bukan dipakai pada raya pertama. huhu..raya pertama pakai baju raya ntah thn bila punya la. 2nd day raya, we all nak p beraya ke rumah sedara mara yg agak jauh. dari tg krg hingga ke sg besar. tu yg baru kami pakai baju raya. tema thn ni serba merah menyala.


BBQ kat umah mbah Sayah, kat Pasir Pjg, sekinchan. (umah paman/bibik kpd mak aku).



3rd day raya..pagi tu dah balik ke Sabak. dok umah je. sedara mara dtg bertandang. kami layan sedara mara kat umah. masuk 4th day raya, we all p beraya ke sana sini. 5th day raya, pagi tu pun p beraya juga. mak abah aku dok sms kata nye nak p ronda besan2 diorg yg semua nye org sabak bernam. ada 3 besan. semua nye depa p ronda. bila tiba kat umah mak abah mentua ku, kitorg tak balik lagi. alhamdulillah ada KakYu dan Pana kat umah. Pana tolong layan mak abah ku yg dtg beraya. lepas zuhor, ABANG ajak balik sekinchan. lepak kat sekinchan. mlm lps Isya' baru bertolak balik ke Putra Heights.






Alhamdulillah selamat sampai umah sendiri dlm kol 12 mlm. mlm tu Asha Zahra dok melalak takmo tido lena. jenuh aku dukong, usap2 badan, kasi minyak telon dan urut2 badan, kasi mimik, nyanyi2, zikir2...semua takmo. dia melalak jugak. atlast, kasi air suam dlm btl...dia mau diam dan minum. lps tu baru dia sibuk nak mimik dan lena. tu pun dah kol 4am. huh!!! ngantuk mama nye..






Rabu, 15 sep, 6 Syawal, aku dah masuk keje. jln lengang! best. cuma risau kot2 anak2 kat umah tu byk hal nye. kesian ABANG nak kena handle sendri. neseri still OFF. alhamdulillah ABANG kata semua OK je.






Khamis, 16 sep, 7 Syawal..coti sempena Hari Malaysia. syoknye...






Jumaat, 17 sep, 8 Syawal...aku apply coti gak. supaya senang ABANG nak p solat Jumaat. aku jaga anak2 kat umah. coti pjg sampai Ahad, 19 sep, 10 Syawal.






buat masa ni...tu je le dulu entry aku. (cheh...macam ada sambungan nye je???). ehhe..

Labels: , , ,

Wednesday, September 08, 2010

Kad Raya

Tahun ni, bakal nyambut 1 Syawal 1431H pada esok (Khamis) atau lusa (Jumaat). so, sama2 la kita tunggu pengumuman raya mlm ni ek. Aku dan keluarga akan bertolak balik kg mlm ni. insya-ALLAH. moga semua akan selamat balik kg, selamat balik rumah masing2 semula nanti. kalo tak balik kg pun, moga selamat la perjalanan walau ke mana aje kita tuju. serta, hati2 di dapur, di jln raya dan di mana jua.







Tahun ni aku tak dpt kad raya pun. i mean, kad yg org pos tu le. kalo kad digital tu alhamdulillah berlambak ada. zaman serba canggih IT ni, masing2 lagi mudah send kad raya lalu email/ website/ facebook je le. tak pun, send sms. jimat duit setem. lagi la sejak 1 julai hari tu, duit setem naik 100% utk p'hantaran surat biasa. kalo kad ucapan kena 50sen utk domestik. sebelum2 ni cuma 30sen je. byk naik tu..







tahun ni juga, aku malas sungguh nak menulis kad raya utk kwn2 lama. selalu tu rajin gak le. tetiap thn ada le dlm 10-20 keping kad raya yg aku pos. tapi, malas2 aku pun...kad utk mak abah aku dan parents in law tetap aku kirim. tetiap tahun tak pernah miss. sejak aku bersekolah asrama naik tingkatan 1....sampai sekrg aku mesti hantar kad raya utk mak abah aku. pastu, sejak kawin....utk parents in law pun mesti aku hantar juga. lain la feeling dia kalo wish selamat hari raya lalu tepon/ lalu sms/ cakap bertentang mata/ atau wish dgn kad raya ni. kalo dgn kad raya, kata2 nye mmg tak terucap dek mulut la kan? sedap je membaca nye...masuk ke hati .. ke sanubari gituk. ehehe.. tapi, idak le aku mengarang ayat bagai tu, just p kedai..pilih je kad mana yg ada kata2 yg best. pastu, tulis sikit2 je le kat atas kad tu. siap!







semalam, Iman kasi aku kad raya. ada 1 kad tu, mmg khas utk mama...dia tulis daripada Iman, Afiq, Zahra. lagi 1 kad pulak...utk mama dan abah. yeayy!! ada le aku dpt kad raya. hand made by my lovely son...ohoho...suka nye. Thanks Iman. mama nak kena balas ke ek kad raya nye ni? emmmm...

Thank you Iman!! dlm kad ni, gambo org paling bwh berbaju serba biru tu, Iman. yg ada kat rumah berbaju ijau dan berseluar coklat tu Abah, yg tudung yellow tu Mama, yg kat atas ada org berbaju biru juga tu Afiq Khair dan di sebelahnye org berbaju pink tu Asha Zahra...kata Iman!









Kad yg pink ada gambo ketupat tu, kad utk mama dan abah...kata Iman!





ok kpd semua, salam aidilfitri. maaf zahir batin ye. raya bebaik. Aku coti raya start esok sampai 14 sep. 15 sep masuk keje. 16 sep dah mmg public holiday (hari malaysia??). pastu, 17-19 sep aku coti semula. yeayyy!! selamat bercoti kawan2...jaga diri, jaga peribadi, ingat Illahi!

Labels: , , ,

Tuesday, September 07, 2010

Pancake

dah lama aku tak masak2 kat rumah. letih plus malas. hoho...anyway, weekend baru2 ni agak terajin. lebih2 lagi anak2 tak byk ragam...semua behave. so, mama boleh beroperasi di dapur dgn tenang dan aman. yeayy!! teringin nak buat pancake dan makan dgn aiskrim atau madu. dok godek resepi dlm buku2 nota. terjumpa la resepi pancake ni. so, aku pun buat mmg follow bulat2 resepi dia. ntah copy dari mana ntah..tak ingat. tak tulis lak kat nota tu, aku amik dari mana. huhu.. mintak maaf le kpd pemilik resepi ni. cikpuan umeboshi yg manis dok cilok resepi anda ye. mintak halal. moga hidup anda diberkati ALLAH dan murah rezqi sentiasa. amin!!
Pancake ni, rasa nye mmg best dan bau nye pun harum..




resepi Pancake (lempeng ala2 org putih kata ABANG):


BAHAN-BAHAN


1 1/2 cawan tepung


3 1/2 sudu teh baking powder


1/2 - 1 sudu teh garam


1-2 sudu besar gula


1 1/2 cawan susu segar


1 biji telur


3 sudu besar mentega dicairkan


1 sudu teh esen vanilla




CARA-CARA


1. Blend je semua


2. Panaskan pan atas api


3. Tanpa minyak, tuang adunan atas pan. Lapisan atas akan berlubang lubang.


4. Bila agak2 lapisan atas dah agak kering, boleh diterbalikkan.


5. Biar kejap dan angkat.




Boleh mkn dgn coklat cair, madu, aiskrim, peanut butter...sos cili or rendang pun boleh. (Iman mkn cicah dgn sos cili dan rendang ayam..)




Tarraaaa!!!




Yang ni, mkn dgn aiskrim vanilla-strawberry. sedap!!

Labels: , ,

Friday, September 03, 2010

Geram

Kejap je...dah hujung minggu semula.

Hari ni aku shocked. tertengok gambo seorg member ni..yg sejak dulu aku kenal dia seorg yg bertudung. tup tup gambo yg aku tertengok hari ni, dia berposing tanpa tudung. sedih gak aku. apesal macam tu? dia kata, saja buat jahat demi nak lepaskan geram. aku tak tau le apa yg dia hadapi. masalah apa yg besar sgt...yg bikin dia panas dan geram, sampai membolehkan dia berubah camtu. sampai sanggup gadai maruah, harga diri, keluar rumah tanpa tudung. hanya sbb geram, boleh langgar peraturan yg ALLAH telah tetapkan?

owh. pandai je cikpuan ume mengata org eh? No!!! just terkejut la. mmg terkejut. pernah gak le dengar, ada org yg berpisah dgn husband...dia buka tudung..saja tayang rambut dan aurat. mungkin nak tunjuk dia hebat dan mencabar bekas husband dia tu. ada juga yg gaduh dgn mak bapak...then, dia jadi liar. dulu tak pernah merokok, bila gaduh ngan mak bapak, dia merokok. macam2 le perangai manusia ni. tapi, bila kwn sendiri yg berubah kpd keadaan yg tak elok ni, mmg cikpuan ume sedih sgt2. kesian pun ada...kenapa la boleh hilang pertimbangan camtu. kalau ye pun ada masalah, berdoa dan mengadu lah pada yg Maha Kuasa. Maha Mendengar. Maha Adil dan Maha Bijaksana itu..mohon banyak2 pertolongan dan petunjuk.

so, cikpuan ume berharap dan berdoa, moga ditetapkan iman, diberikan sabar yg tinggi, diberikan hidup yg berkat..walau apa jua masalah atau rintangan yg cikpuan ume hadapi. sekarang, akan dtg, dan di hari2 seterus nye. moga cikpuan ume akan menjadi insan yg lebih baik drpd hari ini. cikpuan ume pun bukan nye baik sgt. seorg insan yg mudah lupa dan lalai. tapi, amat2 berharap moga cikpuan ume tidak jadi seorg yg cepat lupa diri, yg hilang arah tujuan, yg hilang pertimbangan dan pedoman. aminnn! (begitu juga doa ku buat adik beradik, keluarga, zuriat, sahabat2 sekelian dan semua kaum muslimin muslimat...)

kalau bukan kita sendiri yg nak kena jaga diri dan iman kita...siapa lagi yg betul2 boleh diharapkan utk jaga diri dan iman kita ni, kan? tepuk dada, tanya iman..wallahua'lam.

ps: lagi...aku amat2 tak gemar bila ada org dok ngadu kisah masalah rumahtangga nye di facebook, di internet. kawan2, elak2 kan la ek drpd buat camtu. apa faedah nye buat camtu? boleh settle masalah ke? better le bawa berbincang dgn pasangan. tak pun, ngadu dgn org yg boleh dipercayai supaya aib sendri /pasangan tak terbongkar. itu kan lebih bagus? ni tak... aku tgk, ada setgh org tu, semua yg berlaku dlm rumahtangga dia...dia p heboh kat internet. kat facebook. yg membaca ni pun naik segan. hoh! (err...minta maaf kalo ada yg terasa. anyway, ini sebagai peringatan buat cikpuan ume juga...insya-ALLAH.)

* Selamat berhujung minggu. weekend ni mesti ramai org p shopping raya last minute punya. jalan jadi jem. kedai2 jadi sesak!!!

Labels: ,

Wednesday, September 01, 2010

Merdeka ke 53

salam Merdeka buat semua warganegara Malaysia. tahun ini, kemerdekaan negara kali ke 53. semalam public holiday le..sempena Merdeka, kan.

cerita pasal semalam.
lepas solat subuh..lepas baca Ma'tsurat..lepas termenung dan telek2 muka Asha Zahra yg sdg lena tidur.. (ABANG masih di masjid, anak2 lain tido kat tingkat bwh)..aku pun nonton cd cerita 1 Litre Tears. Cerita drama Jepun (ichi rittoru no namida), dilakonkan berdasarkan sebuah buku, karya dari kisah benar.

kisah nye pasal seorg gadis yg berusia 15 thn, Aya, yg disahkan sejenis penyakit yg tak boleh sembuh; Spinocerebellar Degeneration. penyakit yg menyebabkan dia jadi semakin lama semakin tak boleh berjalan, tgn tak boleh menggenggam, susah utk bercakap, mata jadi agak kabur, etc... sejak disahkan sakit, setiap hari dia menulis diari hingga lah dia tak mampu utk menulis. Diari Aya telah dibukukan oleh syarikat pencetak di Jepun dan telah diulang cetak beberapa kali dari tahun 1986 hingga kini. hayat Aya ( July 19, 1962 - May 23, 1988 ).. 25 thn, hingga dia meninggal dunia. boleh baca kat :- http://en.wikipedia.org/wiki/1_Litre_no_Namida
cerita ni agak sedih. mmg boleh nangis!

Tgh hari, p beli pampers anak2 kat Tesco Puchong. Kemudian, p Sunway Pyramid. saja je jalan2 cuci mata. tgk train KTM dan station KTM buatan kat situ. Sunway Pyramid dok hias premis diorg dgn tema keretapi sempena nak sambut raya kali ni. konon2 nye nak kembalikan nostalgia balik kg dgn train le. p sana...kitorg anak beranak berposing, bergambo. lepas tu balik umah. err... yes! p sunway pyramid without shopping apa2 pun. just p utk tgk train, dan bergambar je. ehehhe.. buang tebiat ke apa. sanggup membelah lautan jem kenderaan, jem manusia utk ke sunway pyramid tu? emmm...kesian ABANG kena layan kerenah dan permintaan wife dia ni. huhu..

balik umah, masing2 dah kepenatan.

Labels: , ,