Afiq Khair
Anakku nomo dua. Razan Afiq Khair. lagi seminggu lebih saja lagi umur nye masuk 3 thn. masih nyusu guna botol. sekrg ni makin keras kepala. semua nak ikut kehendak dia. kalau nak p gosok gigi sebelum tido, time tu dia cakap nak p brush teeth...time tu gak dia nak kita accompany dia ke bilik air. tak kisah abah tgh p settle-kan laundry kat belakang umah ke.. mama tgh mimikkan Asha Zahra ke. dia mau "sekarang!!"...tak boleh "nanti..". kalo idak, ngamuk2, nangis2 dia. pujuk camne pun, dia takmo dengar. susah hati sungguh mama dan abah dia ni.
lagi, dia mmg rapat dgn ABANG. apa2 semua cari abah dia. kalau abah ada kat umah la. atau ada dgn dia la. mmg abah jadi "mangsa". hehehe.. kalau nak apa2, dan time tu abah ada hal lain, mama kata mama tolong buatkan on behalf of abah pun dia takmo. dia mau abah buatkan jugak. teruk le!! kecuali kalo abah nak bawak dia p gunting rambut. dia prefer la pulak nak stay ngan mama. sebabnye....Afiq Khair penakut kalo bab gunting rambut. ahhahah...mmg takmo langsung digunting rambut dia. selama ni, kalo bawak gunting rambut kat kedai, mmg nangis melalak la dia sepjg digunting rambut dia tu. ntah apa yg ditakutkan pun tak tau le.
nak tido mlm pun, dia takmo tido dlm gelap. mesti kena pasang lampu kat bilik tu. mesti nak ada abah temankan dia. baru le mau tido. kalo terjaga tgh mlm, then bilik tu gelap...Afiq Khair akan melalak suruh pasang lampu. lagi satu, kalo bgn mlm..dia tgk abah takde kat sebelah, itu pun dia melalak gak. panggil abah...abah...suruh dtg tido dgn dia... walhal, Abang Iman nye ada je tido sama kat bilik tu. ish ish..
lagi, botol susu yg dia gunakan sekrg ni...dah agak lama tak bertukar dgn yg baru. selalu tukar puting je. la ni, rerasa nye botol tu dah lusuh. perlu ditukar kpd botol baru. weekend baru ni, kami beli botol susu yg baru. siap ada puting dan boleh sedut ala2 straw sekali. (kat dlm ada tiub macam straw). Afiq Khair suka nyonyot puting botol...sambil duduk, sambil berdiri. kalau camtu, susu nye tak bleh diminum la kan? kalo membotol, kena berbaring, baru le bleh minum susu nye. ini, dia suka duduk sambil nyonyot je puting nye. sampai susu dah sejuk...dan kadang2 dia tak minum langsung susu tu. terbuang gitu saja. tu yg kami saja beli botol yg ada puting cam biasa tu, dan ada tiub kat dlm sekali supaya kalo duduk2 pun, isap puting tu...terus air susu nye pun boleh diminum dek tiub yg tersambung dari dlm botol tu. mama yg excited ..balik dari shopping, bila Afiq Khair minta susu, mama nak bancuh guna botol baru tu. tapi Afiq Khair melalak tanak. dia nak botol dia yg lama tu jugak. huhu... semalam, kebetulan botol susu dia yg lama tu tertinggal kat neseri. so, mlm tadi bila Afiq Khair minta susu...aku bancuhkan susu guna botol baru. memula tu dia tolak gak, kata tanak. pastu mungkin dahaga sgt kot, dia cuba suakan puting botol ke mulut. macam biasa..dia duduk sambil nyonyot puting tu. tetiba dia terkejut sbb air susu boleh dihisap sambil duduk. akkakaak!!! terus dia "uweeerkkkk!". terus Afiq Khair takmo minum dah. buang tiub tu pun, dia takmo minum. nak tido tu sbb kesian, suruh dia pilih botol2 susu yg ada byk dlm stock. botol susu biasa. tapi dia tetap taknak. dia nak jugak botol susu dia yg tertinggal kat neseri tu. aduhai anakku... dipujuk2...dia pun dah ngantuk + lapar/ dahaga kot, dia pilih 1 botol susu yg ada dlm kabinet dapur. ABANG bancuhkan susu. tapi, dia just letak kat mulut saja. takmo minum susu nye. sampai terlena....susu tu langsung tak luak. aduh...
Afiq Khair...cepat lah baik dari perangai ala-ala baby tu. mama dgn abah sayangkan Afiq Khair. sayang sangat2. even dah ada adik Asha Zahra pun, Afiq Khair tetap "baby" kami.. big baby! sentiasa jadi baik eh. tidak ciwek. tidak nakal. jadi org cerdik! sentiasa sayangkan Abang Iman, Adik Asha Zahra, mama dan abah...OK???
Gambar masa mlm raya baru2 ni. Selepas program takbir raya bersama ahli keluarga.. dari kiri: Iman, Nabil, Najah, Afiq Khair.
Labels: Afiq Khair, Gambar, Keluarga
2 Comments:
Wahhh perangai afiq khair iras2 raziqh,anak ke-2 kami.yg ni pun kalau dia nak yg tu,no compromize,mesti yg tu jugak2.tp sbb baru umur 1tahun,masih boleh 'kalahkan' dia laa,hihi.hopefully dpt method utk atasi perangainya ni b4 dia makin besar,pening jugak kan kdg2 tu,huhu...
insyaAllah afiq khair jugak akan jd anak yg soleh,amin...
Fith, ada org kata..ni semua sindrom anak nomo 2. ntah betul ntah idak. hehe...anyway, kita doa dan harap la moga semua zuriat membesar dgn baik dan jadi anak soleh. even masa kecik agak lasak dan nakal...huhu..sabar je lah mendidik dan membela semua nye.
Post a Comment
<< Home