Tuesday, September 28, 2010

Demam


PS: Gambar: Asha Zahra suka isap/ gigit2 ibu jari kaki nye. ABANG kata, "dia nak adik tu". owh...tidaaaakk...jgn la. mama takut tak terhandle kerenah semua anak. pengsan dan naik gila nanti, macam mana? Na'uzhubillah!

Semalam cikpuan ume coti. bukan sbb penat beraya. bukan sbb penat layan tetamu yg berkunjung ke rumah tak henti2 pada hari ahad tu. tapi, sbb my anak dara yg comel dan manja; Razan Asha Zahra kena demam. badan panas sgt. mood dia pun tak ok. badan pun nampak lemah, gerak laku pun tak aktif macam selalu. so, bgn pagi semlm, rasa badan Asha Zahra yg sgt panas tu, aku terus decided utk coti. baik le jaga dia kat rumah. risau nak letak kat neseri. kang jadi apa2, sendiri gak yg menyesal. masa tu baru padan muka. takmo la jadi cenggitu. baik aku jaga kat rumah.




Iman stay kat rumah dgn aku dan Asha Zahra pagi tu. ABANG p keje dan hantar Afiq Khair ke neseri. Asha Zahra sedap je tido. dlm dekat kol 10 pagi baru dia bgn. aku mandikan dia, dan siap2 utk p klinik. amik ubat demam dan antibiotik. setiap 4 jam aku kasi ubat demam.. lepas balik dari klinik, aku hantar Iman ke neseri sbb tgh hari van sekolah akan pick up dia kat neseri.




sepjg kat umah tu, selagi Asha Zahra celik mata, tak dikasi nye mama nak buat keje lain. nak kena layan dia je. pulak tu, nak ajak berbaring aje. aduh.....bagus nye. mama pun golek2 la sambil layan dia. asyik nak mimik tak henti2 sambil tu mata Asha Zahra pejam. itu pun takmo tido lena. kalo aku bgn je, boleh pulak dia tersedar. huhu...dah lps zuhor, baru le dia mau lena. so, boleh le aku menjamu selera dgn apa yg ada kat dapur tu. seringkas dan secepat yg boleh sebelum Asha Zahra celik mata. then, kelam kabut sambung mencuci baju ke dlm mesin basuh. pastu, cuci pinggan2 kotor dan kemas dapur. tak dpt buat byk keje, Asha Zahra dah terjaga mintak aku p landing sama2 dia.




dlm kol 5pm Iman balik dari sekolah. van sekolah hantar dia sampai depan rumah. lepas tu, baru le Asha Zahra ceria sket. mau ditinggal duduk dgn abg Iman nye. Dlm kol 6pm, kami ke neseri utk amik Afiq Khair pulak.




Aku susah hati kalo anak2 demam atau sakit2. nak tido pun tak berapa lena. aku paksa diorg minum air selalu. dgn itu, diorg akan kerap buang air, dan demam akan cepat kebah. insya-ALLAH. selain tu, lap2 kepala dan seluruh tubuh dgn towel lembap.




pagi tadi, Asha Zahra dah ok. aku pun hantar dia ke neseri. so, mama boleh p keje. tahun ni byk sungguh aku terpaksa coti demi kesihatan anak2 dan hal keluarga. takpe le. duit boleh dicari. insya-ALLAH. anak2 dan keluarga takde pengganti nye kalo diorg "hilang" atau "pergi". lantak le apa org nak kata...kalo aku selalu coti dgn alasan anak2 sakit ni. ALLAH Maha Mengetahui.








++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Hari ni ABANG kena p out-station ke Sg Petani. so, awal pagi dah kena bersiap. Teksi dtg pick up kat rumah utk ke airport. ABANG naik flight ke Penang dan naik teksi ke Sg Petani. tgh bersiap pg tadi, Asha Zahra melalak la pulak sbb aku paksa dia mkn ubat. tak lama tu Afiq Khair lak bgn. melalak nak abah...nak abah...pastu nak mandi. terpaksa le ABANG mandikan dia. awal pagi lagi tu. kol 5am!!! dah siap pakai baju, Afiq Khair nak ikut ABANG keluar jugak. dok pujuk kata nanti p neseri dgn mama sbb abah nak p keje jauh. tapi mana dia mau dgr kata. meraung la dia kena tingal dek abah. so, mama jugak le yg nak kena handle anak2 yg melalak tu semua. Afiq Khair melalak...aku dukong dan pujuk2. at the same time, Asha Zahra pun nangis jugak. aku dukong gak le dia. dedua nye aku dukong dan pujuk2. Iman lak terbangun sbb dgr riuh2 camtu. Iman pujuk2 Afiq Khair tapi adik dia tu takmo diam gak. at last, Iman pasang CD ultraman. baru le Afiq Khair diam. turun dari dukongan dan minta aku buatkan susu. sambil nyusu, sambil nonton CD...lelama terlena semula.




hu...alhamdulillah ada abg Iman yg pjg akalnye. selalu gak kalo aku mati akal apa nak buat dgn anak2 yg dok melalak ni, kang ada je le idea abg Iman nak memujuknye. emm, walhal sebelum2 tu, mama dah pujuk kasi mainan gak utk kasi diam. tapi, tak jalan. takmo diam. bila abg Iman nye pujuk, kasi mainan atau tunjuk gambar apa2 yg menarik ke, diam lak adik2 dia tu. nampaknye, mmg hati dan naluri anak2 ni, selalu nye anak2 juga la yg boleh paham. ..boleh masuk.




emmm...huh..keluhan hati seorg mama! sabar! sabar! dan sabar!!

Labels: , , , ,

2 Comments:

At Tue Sep 28, 07:53:00 PM, Blogger aNIe said...

Umeboshi...orang kata anak kecik kalau isap jari kaki dia nak adik...

Seb baik abang iman ade...

 
At Wed Sep 29, 01:56:00 PM, Blogger umeboshi said...

k.anie,
itu la. Ume pun pernah dgr...kalo anak paling kecik tu dok isap2 jari kaki, tanda nye dia nak adik. kekek...tapi, ume takmo baby lagi.
alhamdulillah abg iman boleh diharap le juga..

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home