Kad Raya
Tahun ni, bakal nyambut 1 Syawal 1431H pada esok (Khamis) atau lusa (Jumaat). so, sama2 la kita tunggu pengumuman raya mlm ni ek. Aku dan keluarga akan bertolak balik kg mlm ni. insya-ALLAH. moga semua akan selamat balik kg, selamat balik rumah masing2 semula nanti. kalo tak balik kg pun, moga selamat la perjalanan walau ke mana aje kita tuju. serta, hati2 di dapur, di jln raya dan di mana jua.
Tahun ni aku tak dpt kad raya pun. i mean, kad yg org pos tu le. kalo kad digital tu alhamdulillah berlambak ada. zaman serba canggih IT ni, masing2 lagi mudah send kad raya lalu email/ website/ facebook je le. tak pun, send sms. jimat duit setem. lagi la sejak 1 julai hari tu, duit setem naik 100% utk p'hantaran surat biasa. kalo kad ucapan kena 50sen utk domestik. sebelum2 ni cuma 30sen je. byk naik tu..
tahun ni juga, aku malas sungguh nak menulis kad raya utk kwn2 lama. selalu tu rajin gak le. tetiap thn ada le dlm 10-20 keping kad raya yg aku pos. tapi, malas2 aku pun...kad utk mak abah aku dan parents in law tetap aku kirim. tetiap tahun tak pernah miss. sejak aku bersekolah asrama naik tingkatan 1....sampai sekrg aku mesti hantar kad raya utk mak abah aku. pastu, sejak kawin....utk parents in law pun mesti aku hantar juga. lain la feeling dia kalo wish selamat hari raya lalu tepon/ lalu sms/ cakap bertentang mata/ atau wish dgn kad raya ni. kalo dgn kad raya, kata2 nye mmg tak terucap dek mulut la kan? sedap je membaca nye...masuk ke hati .. ke sanubari gituk. ehehe.. tapi, idak le aku mengarang ayat bagai tu, just p kedai..pilih je kad mana yg ada kata2 yg best. pastu, tulis sikit2 je le kat atas kad tu. siap!
semalam, Iman kasi aku kad raya. ada 1 kad tu, mmg khas utk mama...dia tulis daripada Iman, Afiq, Zahra. lagi 1 kad pulak...utk mama dan abah. yeayy!! ada le aku dpt kad raya. hand made by my lovely son...ohoho...suka nye. Thanks Iman. mama nak kena balas ke ek kad raya nye ni? emmmm...
Thank you Iman!! dlm kad ni, gambo org paling bwh berbaju serba biru tu, Iman. yg ada kat rumah berbaju ijau dan berseluar coklat tu Abah, yg tudung yellow tu Mama, yg kat atas ada org berbaju biru juga tu Afiq Khair dan di sebelahnye org berbaju pink tu Asha Zahra...kata Iman!
Kad yg pink ada gambo ketupat tu, kad utk mama dan abah...kata Iman!
ok kpd semua, salam aidilfitri. maaf zahir batin ye. raya bebaik. Aku coti raya start esok sampai 14 sep. 15 sep masuk keje. 16 sep dah mmg public holiday (hari malaysia??). pastu, 17-19 sep aku coti semula. yeayyy!! selamat bercoti kawan2...jaga diri, jaga peribadi, ingat Illahi!
2 Comments:
Kak noora,
selamat hari raya, maaf zahir dan batin ye kak!
slmt pulang ke kampung,moga slmt perjalanan balik dan kembali semula nanti...
Thanks Fith. k.noora hari ni baru rajin nak jenguk blog sendri dan update entry :-) masih mood raya ni. masih nak kunyah biskut raya je. huhu....mau badan dah gomok ni. owh!! salam aidilfitri ye Fith. maaf zahir dan batin..
Post a Comment
<< Home