Thursday, September 30, 2010

Basement

Sejak aku join company ni, aku lebih selesa parking kereta kat parking area di luar bangunan. maksudnye, kat ruang depan deretan kedai2, kat tepi bangunan opis ni. walaupun ada tempat parking kat basement.

member2 opis dok pelik apesal aku tak park kereta kat basement. basement kan redup, ada bumbung. so, kereta terlindung dari panas dan hujan. aku mmg tak berani nak p basement. bukan takut hantu (eh, hantu pun takut gak sebenarnye..ahahha). tapi, ntah le...dok terbayang kat kepala ni kalo2 ada org jahat ke. kat basement kan sunyi. kalo jadi apa2, cuma ada dinding, lantai, bumbung dan kereta je yg jadi saksi. tak boleh nak tolong kita. ntah le. penakut gak aku ni. tu yg sanggup biarkan kereta tu berpanas dan berhujan kat tempat parking kat luar bangunan.

kalo aku dtg lambat ke, sure tempat yg aku selalu park kereta tu dah penuh. then, no choice le...terpaksa la gak aku menjejak sampai ke basement utk park kereta. kalo kes camtu, aku dok perhatikan dulu sekeliling lepas park kereta, then cepat2 keluar, lock kereta dan jalan laju2 ke tangga atau lift. mmg jantung aku berdegup kencang je rasa nye selagi aku tak slmt sampai ke atas. time nak menuju ke kereta kat basement pun, mmg camtu gak aku. jalan laju2, tgk keadaan sekeliling sungguh2. ish...benci betul aku kalo terpaksa park kereta kat basement. teruk nye aku ni. tu, kalo aku bersendirian mmg camtu le. kecut perut je kalo p basement. anyway, kalo ada kawan.. tak macam tu kot. relax sket.

kwn opis aku selalu cakap aku ni pelik. kalo p mkn sorg2 kat kedai/ restoran...aku berani pulak. tapi, nak park kereta kat basement tak berani. owh, mmg la. p keluar mkn tu, atleast kat kawasan terbuka. ada org ramai. kalo basement tu mmg senyap sunyi...and ada area yg agak gelap. sbb tu aku gerun nak ke basement. tu je le beza nya.

tapi, kat mana2 pun sebenarnye kita ni dlm pemerhatian ALLAH la jugak. berserah je le kpd ALLAH. kat tempat terbuka, kawasan org ramai pun sebenarnye org boleh buat jahat kat kita gak. mmmm... tapi, si penjahat pun kena waspada dan hati2..kan. ye lah, tempat terbuka camtu, sure kena plan betul2 kalo nak meragut ke, apa ke. silap langkah, kena tangkap dan dibelasah dek org ramai yg ada kat situ.

anyway, mintak la dijauhkan kita ni semua drpd sebarang kejahatan manusia serta syaitan. Na'uzhubillah! kita pun, harus berhati hati sentiasa.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home