Monday, July 30, 2007

Cameron Highland Part 2

Hari ke-2 di Cameron Highland. bangun pagi, terasa sejuk yg amat! sedang aku solat subuh, Iman pun bangun dan dia main picit2 switch lampu bilik. lepas aku solat, Iman pegi ke tingkap bilik dan dok berdiri termenung kat situ. hehhee.. dlm kol 8am, kami mandi ,siap2 dan berkemas. selesai segala, kami check out bilik dan pegi sarapan kat food court. menu aku, mihun grg dgn air teh-o tanpa gula, ABANG pun mkn nye lebih kurang cam aku tapi air nescafe tarik. Iman mkn 2 ketul nugget ayam je. lepas sarapan, kami jln2 kat kedai2 cenderamata yg terletak kat tepi food court tu aje. pastu, p strawberry corner (jual macam2 cenderamata), pastu p uncle sam corner dan gerai sayur2 yg ada kat area situ. pagi ahad tu, hujan lebat!! Iman pun bad mood je. asyik ajak balik umah aje. ish ish... tak senang aku nak memilih sayur2. aku sempat beli keledek yg saiz comel2 tu...1/2 kilo, rm2(bila bawak balik umah, aku bakar dlm oven, dan ada gak yg aku goreng ...rasa nye lemak2 manis. sedap!), kobis kaler purple...cendawan butang dan cendawan apa ntah lagi 1 ni..dgn sepeket cili piiman yg kaler merah+kuning+hijau , timun cameron 2 btg rege rm1 jek..(macam timun jepun la...), puchi tomato/tomato yg comel2 tu 1/2 kilo, rm1 jek. mungkin sbb hujan gitu, depa kasik byk discount utk sayur2 tu. depa kata, hujan2 gitu org malas nak keluar jln2...dan sayur2 yg dijual pun takut byk tak laku. hohoho, syukur gak aku sbb dpt beli sayur byk2 dgn rege murah! then, kami beli lagi 2 peket strawberry (total 1 kilo, rm20).

lepas tu, sbb Iman pun dah merengek rengek ajak balik, kitorg pun teruskan perjalanan ke tanah rata. nak shopping pelbagai jenis teh dan perisa teh kat pasar mini kat pekan tanah rata tu. kwn2 WMDC kata, kalo beli teh kat ladang teh boh, atau Bharat tea plantation kat cameron valley..kat ladang2 besar cenggitu rege teh nye mahal sket berbanding kalo beli kat kedai2 runcit atau pasar mini biasa ni. so, kami mmg target utk beli teh byk2 ni kat kedai runcit biasa aje. mmg betul, kat kedai2 biasa ni, rege teh nye murah sket la, antara 10sen~60sen gituk, murah dari rege teh yg dijual kat ladang besar2 tu. kalo beli byk2, mmg rasa menjimatkan kalo beli kat kedai biasa2 ni. ehehe.. habis ronda2 kat sepanjang deretan kedai2 kat tanah rata tu, kami teruskan perjalanan lagik.




singgah kat Bharat tea plantation cameron valley. ladang teh ni kat tepi jln jek. mmg ramai org singgah sini. ada cafe nye sekali. kami tak lepaskan peluang utk minum2 teh kat situ. aku amik teh-o rasa masalla, ABANG lak teh-o limau.rm1 je segelas. lepas minum teh kat gerai yg betul2 tepi jln, kitorg turun ke cafe nye pulak. nak tengok pemandangan ladang teh dari situ. aku sempat tapau strawberry cheese cake, carrot cake dgn topping cheese, scones dgn strawberry jem. semua2 tu rm22. lepas lepak2 sat, kami pun sambung perjalanan balik ikut Tapah.














strawberry cheese cake dgn carrot cake (gambo atas). scones dgn jem strawberry(gambo bwh).














ish...jln yg ikut tapah ni, mmg lagi dahsyat pusing2, berliku nye ek dari ikut simpang pulai tu. Iman dah terlena. ok la tu...aku takut Iman mabuk je dgn jln yg pusing2 gitu. tapi, jln situ, aku suka la pulak sbb pemandangan nye cantik. kiri kanan masih nampak suasana hutan gituk! kami lalu air terjun Lata Iskandar (kalo tak silap nama nye gitu..). betul2 kat tepi jln bleh nampak air terjun tu. ramai gak org berenti kat situ. kami tak stop sbb Iman pun tgh lena. sepjg jln...byk gak gerai2 org asli. depa jual petai, durian, buah2 dan akar kayu, serta sayur2. kami berhenti jugakla...beli 1 biji durian yg saiz agak comel (anak org asli tu kata, durian susu nama nye..rm1 sebiji), beli durian biasa tu rm4 sebiji, pastu buah pelam bachang dgn manggis. durian2 yg kami beli dgn org asli ni, fuhhhh....mmg sedap sgt rasa nye!! puas hati!! hehe...

kami berhenti solat,rehat dan mkn2 kat R&R tapah. then, kami teruskan perjalanan balik dan selamat sampai rumah around kol 5.30pm. alhamdulillah....seronok sgt dgn percutian kami ke cameron highland ni. tapi, aku rasa macam nak pegi lagi la next time. insya-ALLAH! terima kasih kat ABANG sbb tolong merealisasikan keinginan aku nak ke cameron nih. seumur hidup, ni le 1st time aku sampai ke cameron.

**hari tu, ABANG baru beli canon digi-camera. ABANG kata, sempena hadiah harijadi aku baru2 ni. then, kebetulan la pulak...the next day tu trip kami ke cameron. seronok sgt2 aku. bersyukur dgn anugerah ini. moga ABANG , moga kami bertambah murah rezqi lagi, bertambah keimanan dan rahmat dari NYA .insya-ALLAH. amin!!! so,gambar2 kitorg p cameron ni...guna camera baru kami le. arigatou ne ABANG.



antara yg kami beli masa kat cameron dan kat gerai org asli..

Labels: ,

Cameron Highland 14,15 July

mmg dah lama aku teringin nak pegi Cameron Highland. sejak pregnant kali ni, entah beberapa kali dah aku bermimpi mimpi yg aku dah sampai kat CH sana. tak boleh jadi ni. aku pun suarakan keinginan aku tu. dan akhirnye... kami pun selamat pegi dan selamat balik ke CH. biarpun pada awalnye...memacam hal yg berlaku. plan asal, nak pegi 15,16 july. then, ABANG kata tak berbaloi la pulak drive jauh2 tapi just tido 1 mlm aje. then, kami pun cadang nak dok 3 hari 2 mlm... 14,15,16 july kat CH. tapi, last2 minute gitu, ABANG kata 16 july (isnin) ABANG kena hadiri training kat KL. so, kitorg pun just stay sana 14,15 july. kekononnye meraikan sekali lah b'day aku... (my b'day 13 july).





14 july, sabtu...ABANG, awal2 pagi dah bangun. dlm kol 5am ABANG kejutkan aku. kami siap2 dan angkat je Iman yg tgh tido tu ke dlm keta. hampir kol 5.30am kitorg pun bertolak. utk trip kali ni, aku dok sibuk survey sana sini, kat internet...website pasal CH, dan dok sembang2 kat forum MDC dgn WMDC gitu...tanya kat kwn2 yg dah pernah ke sana. dok survey pasal jalan, tempat yg harus kami pergi, hotel etc. mmg betul2 membantu. dok jenguk jugak blog kak pb dgn blog k.ahni....ada jugak maklumat kat blog akak2 ni sbb diorg dah pernah pegi ke CH. terima kasih ek kak pb dan k.ahni sbb ada tulis entry pasal pemergian akak2 ke CH hari tu. :D





utk pergi kali ni, kami cadang nak naik ikut simpang pulai. kang turun balik dari CH baru ikut tapah. gara2 banyak tempat rehat kat highway ke arah utara ni ditutup, maka kami hanya dpt berenti rehat kat R&R tapah. tu pun dah nak dekat kol 7am. solat subuh, mandikan Iman dan sarapan kat situ. menu kami...nasi goreng. hampir kol 8.30am kami sambung perjalanan ke simpang pulai. bila dah mula mendaki dari simpang pulai tu, aku dgn ABANG dok cuak la pulak. jauh lagi ke.. jauh lagi ke... dok byk kali memasing bertanya tanya. sbb terasa jauh dah perjalanan kami tu. Iman pun, mungkin dah mula pening2 kepala dgn jln yg pusing2 gitu, dan termuntah jugak la dia. kesian Iman. lepas tu, terus aku dok usap2 badan Iman dan suruh Iman tido aje le. Iman tertido. akhirnye, kami sampai gak la kat area CH around kol 11am gitu. memula kami dok drive aje dari Brinchang ke Tanah Rata. konon nak survey tempat. lepas tu, kami decided nak pegi lawat MARDI kat Tanah Rata tu. sebelah MARDI tu ada sekolah. kalo tak silap sekolah menengah convent. utk masuk MARDI, dewasa kena bayo rm3/person. Iman tak kena bayo. wah...pemandangan kat MARDI ni best le. macam p oversea aje. ekeke.... ada kolam ikan, ada ladang bunga, sayur2, buah2, tanaman herba etc. kat sana sejuk betul. Iman byk kali nak pegi toilet!! Iman suka sgt lepak kat kolam ikan tu. aku beli makanan ikan yg ada dijual masa buat bayaran nak masuk ke MARDI tadi. sebungkus 50sen je. so, Iman dok pulun tabur2 makanan ikan tu ke dlm kolam aje le.

















lepas tu, kami dok cari ladang strawberry. nak cari KHM strawberry farm sbb dengar nye cuma ladang KHM ni je le satu2 nye ladang bumiputera yg diusahakan secara besar2an gituk. tapi, sebelum jumpa KHM , kami tersesat sampai ke Kasimanis strawberry farm le, Healthy Strawberry farm le. tapi akhirnye sampai gak kami ke KHM. letaknye kat Taman Sedia, antara Tanah Rata dgn Brinchang gitu. nak masuk ke Taman Sedia tu, kat tepi jln tu kita akan lalu padang golf yg cantik pemandangan nye! kat KHM, kami lepak2 kat cafe nyer. minum strawberry ice shake dgn strawberry ice blended. setiap satu tu, rm3 segelas. sedap! sekang ni bukan musim strawberry berbuah byk. so, semua ladang yg kami kunjungi, tak dibenarkan kami utk memetik sesuka hati buah strawberry nye. kalo nak beli, beli kat kaunter aje. dah siap packing. kat KHM, aku memborong jem strawberry, sos topping strawberry, jem tomato . jem nye mmg sedap lah! sebelum tu, kat kasimanis strawberry farm, aku beli sepeket strawberry utk kami makan2 sambil driving. sedap! Iman lak beli gula2 lollypop yg rasa strawberry. err...bentuk pun strawberry gak.





Lepas tu, kami dok drive ke Brinchang. check in kat Parkland Hotel. weekend mmg selalu hotel2 fully booked. lagi la kalo ada public holiday. awal2 org dah book. aku lak, seminggu sebelum pegi, dok book hotel ni. alhamdulillah ada kosong. tapi, utk bilik besar...utk 4 org punya gituk. ok la tu. rm168 semlm. ni, weekend punya rate lah. masa tu, utk 2 org punya bilik...dah fully booked. sederet dgn parkland hotel, ada rainbow hotel, kowloon hotel, brinchang hotel. parkland hotel ni, owner nye sama dgn kowloon hotel. anyway, parkland hotel letaknye kat hujung blok, kat depan hotel ni ada food court. dekat jek. kali ni, aku mmg cari hotel kat area pekan brinchang. dekat2 dgn kawasan pekan... ok gak. pasar mlm pun dekat jugak.

kami kekenyangan dgn air, roti dan strawberry. so, kami decided takyah sibuk2 cari lunch. lepas solat jamak+qasar utk zuhor dan asar, kami lepak2 sat kat bilik. dlm kol 4pm kami keluar nak ke Teh Boh Plantation. aduh mak.. jln nak masuk ke sana, menyeramkan. sempit, berliku liku. kalo berselisih dgn keta lain dari arah bertentangan, mmg kecut jek perut!! alhamdulillah selamat gak kami sampai sana. daki bukit (dgn kaki sendiri) utk sampai ke kawasan factory, cafe, kedai cenderamata. utk masuk buat lawatan factory teh boh tu, kalo tak silap sebelum kol 4pm. tapi kitorg pun dah lebih kol 4 sampai sana. so...just jln2 kat area situ je le. ramai gak org duduk minum2 kat cafe nye. tapi aku dan ABANG takmo. just beli boh tea perisa chamomile (betul ke eja nye???) dgn minuman segera teh dgn rasa coklat+mint gituk. ni, ada gambo pemandangan kat ladang teh boh tu. bangunan yg kat tepi tu, cafe dia.



balik dari ladang teh boh, kami singgah pasar mlm brinchang. letaknye kat depan balai polis dan hotel star regency. memula...jln je dulu sampai hujung. tengok apa yg ada dijual. pastu baru decide nak beli apa. ehehe.. utk dinner, kami beli pizza (kalo tak silap zam's pizza nama gerai tu)...rm7.50 utk regular size. pastu beli jagung albino (errr...jagung mutiara, isi dia ada kaler putih dan kuning-macam dlm gambo ni. rasa nye manis betul. mmg puas hati mkn!! isi pun tebal!!) yg direbus...rm3 sebtg. pastu, beli caramel rm1 sepotong (murah tu!!), then sepeket strawberry 1/2 kilo nyer berat(rm10). then, beli nasi lemak biasa (rm1 jek rege nye..). cukup le tu utk dinner kami bertiga mlm tu. aku beli jugak la jagung albino tu yg mentah punya utk bawak balik... 5 ketul, rm10. balik ke hotel, tgh hujan masa tu. lepas hantar aku dgn Iman sampai bilik, ABANG turun ke food court kat depan hotel utk beli minuman. sejuk2 pun, kitorang bantai gak minum air ais. sirap ais dgn barli ais!!

Mlm, takde apa2 aktiviti khas. just lepak2 kat bilik...tengok tv sambil baca akhbar. sambil tu, tengok2 pamplet pasal CH...nak survey utk lawatan esok hari nak ke mana pulak. kat CH ni, dengar nye...semua hotel takde pasang air-cond utk bilik2 nyer. sbb kat CH mmg sejuk kalo mlm. siang....terasa gak la panas. tapi, macam aku sekeluarga, tak kisah la tu. siang2 pun bukan nye kami nak duduk berperap kat bilik. kami nak p jln2. mlm dah mmg sejuk, air kat toilet pun sejuk betul!! Iman seronok betul dia. main lompat2 kat atas katil. maklum le tilam empuk. ekekke... entah kol berapa Iman tido, aku tak perasan sbb aku awal2 dah terlena.

*cerita akan disambung lagi nanti....

Labels: ,

Friday, July 27, 2007

Weekend minggu lepas.

Last week....Jumaat tu, yg aku kena demam tu, ptg lepas keje, ABANG bawak aku p klinik. amik ubat. Iman pun amik ubat tapi kat klinik lain yg dekat2 situ jugak. mlm tu tak berapa berselera aku nak mkn. beli bubur isi ketam aje kat pasar mlm. lepas mkn ubat, terus aku baring...terlena.

Bangun pagi, Sabtu 21/07/2007 tu....aku dah rasa lega sikit. ABANG pegi training kat KL. aku pulak sibuk kemas2 umah, mandikan Iman, siap2kan sarapan utk Baya sekeluarga. Aku jadi nak balik kg, ikut Baya. so...dlm kol 8 setgh gitu, baya dah sampai. lepas depa mkn2 ,kitorg pun bertolak balik kg. Iman seronok. dlm keta takmo diam. dok la bergusti dan main2 dgn nabil, anak sulong baya yg sebaya Iman tu. sambil tu, Iman dok main cak-cak dgn najah... anak baya yg 2nd. dah setahun umur najah 17 july hari tu. tapi si comel tu belum boleh jalan. dia macam takut2. takpe le....pelan2 ek najah. singgah jeram, amik dikyah pulak. penuh keta tu...ehhee.. sampai kg, dlm kol 12. Abah, Ida dgn diba tgh siap2 nak kuar umah dah. nak p kenduri kat umah angah aloi kat pasir pjg. mak mmg dah kat sana sejak mlm tadi...dok gejobos(nolong buat keje apa2 yg patut...). so, kami semua terus aje le ke sana. sampai sana, mkn2 dulu. nasi putih, ada ayam percik, btg keladi masak asam pedas, gulai daging lembu, dan paling best ada sambal tempoyak, pastu ada agar2 merah. lain2...tak ingat lak aku. ehhehe... tapi paling best tu lah....sambal tempoyak tu. sedap sgt!! lepas mkn, kami dok kat dlm umah. lepak2 dgn mak dan sedara mara yg ada kat situ. kol 1 kot pengantin sampai. amik gambo sikit2, pastu aku joint baya sekeluarga balik umah. rasa letih sgt dah aku. kat umah... lepas solat zuhor... iman pun main sikit2 dgn nabil...terus terlena. mlm, masak simple2 je utk dinner. pastu kami dok berlonggok kat depan tv reramai...borak2. aku dgn iman tido dgn Ida kat depan tv, kat dapur tu. dok hampar toto kat situ.... emmm...syok nye tido!!

ahad, 22/07/2007. takde apa2 special program pun. iman dah bangun awal pagi. lepas sarapan, mandi2...iman minum susu terus tertido lagik!! aku lepas siang ikan, p jln ke umah nenek. jenguk nenek dan borak2 jap kat sana. then balik umah semula...sambung lepak dan borak2 lagi. sambil tu memasak masak gak la utk lunch. lepas zuhor.... abah hantar diba balik asrama. then, aku dgn dikyah numpang baya utk balik ke destinasi memasing. aku sampai umah nak dekat kol 5pm. alhamdulillah selamat sampai. yg aku ingat, Iman seronok betul main2 dgn nabil dan najah. kat kg tu, iman dok lepak dgn diorg aje...tak kisah sgt dgn aku dah. pastu, dia tak sibuk2 nak ajak balik umah kitorg, dan tak sibuk2 tanya pasal abah dia.

Labels: , ,

Friday, July 20, 2007

20/07/2007

cuba tengok tarikh hari ni. cantik kan...susunan nye. 20/07/2007. anyway, hari ni aku diserang demam. actually, sejak ptg semlm, dah mula sakit2 tekak dan kepala pun berdenyut denyut gituk. mlm tadi pun tak lena tido sbb hidung tersumbat. berjangkit dari Iman ke....entah le. Iman sejak masuk minggu ni, asyik berhingus aje. tido pun, dengar dia nak bernafas macam seksa aje. hidung tersumbat. harap2 kitorg tak la melarat teruk. cepat lah sembuh. nanti banyak keje umah kena berharap kat ABANG aje. kesian ABANG.

hari ni ABANG amik coti. saja je sbb nak settle memacam bayaran bil. tadi pagi ABANG sms...p bayo bil cukai kat MPSJ...pastu, kat sana...setiap 1 bil kita bleh amik 1 anak pokok. ada pokok mangga, pokok rambutan, pokok bunga puding dan pokok jarum. ABANG amik pokok mangga. ok la tu. alhamdulillah.

hari ni, bangun pagi tadi mmg tak larat sungguh. ABANG pun nasihatkan agar rehat2 aje kat umah. amik ubat dan surat mc. tapi aku tanak sbb dok ingat kat opis ni byk keje kena settle hari ni. terpaksa gak la aku gagahi ke opis. ABANG anto Iman ke school dan aku ke opis. singgah beli nasi grg. tapi aku langsung tak lalu nak mkn. breakfast tadi pun sekeping roti di boh jem strawberry yg kami beli dari ladang strawberry KHM, cameron highland(CH). woh, aku tak buat entry lagi pasal jln2 kitorg ke CH last weekend. nanti la...bila ada kesempatan ek. eh, citer pasal breakfast tadi kan....just roti sekeping bersama jem dgn secawan air horlick panas. tu pun aku dah rasa muak dan perut rasa sebu. aku rasa...perut aku sgt lah penuh!! mkn sikit aje pun dah rasa tersangat penuh. woh...mungkin baby dah semakin membesar kat dlm ni. cepat benar aku rasa mengah.

sepjg pagi...mr TM dgn ms s ada kerja luar. so, tinggal aku je le kat opis ni. aku just duduk rehat2. waktu lunch tadi...aku layan tido puas2. tu pun aku masih rasa ngantuk sekarang ni. mata rasa panas, bernafas pun ikut mulut sbb hidung tersumbat. tekak mmg perit. aku dok pulun minum air panas aje ni. moga2 aku cepat sihat.

esok cadangnye nak ikut adik aku, baya sekeluarga balik kg sbb sepupu kawin. ABANG ada training sepjg sabtu ahad ni. so...better la aku dan Iman lepak kat kg aje. tapi..ntah la. tengok keadaan. dgn keadaan aku macam ni....larat ke nak mengharungi perjalanan balik kg , dan larat ke nak join kenduri kawin tu? tapi,kalo dok umah pun...aku takut tak larat nak layan Iman sensorg. emmm...tengok la macam mana.

ok la. selamat berhujung minggu kat semua...

Labels:

Friday, July 13, 2007

Geramnye!!

saja nak lepaskan tension.lepaskan kegeraman ini!!! aaaaaaaa....!! menangis tak henti2 pun, air mata ni belum abis lagi. boleh abis ke ek..? emmmm...

**happy b'day to me. pagi tadi tepon kg, cakap dgn mak, cakap dgn abah...ucapkan terima kasih kat depa sbb melahirkan aku.

** selamat berhujung minggu.

Labels:

Friday, July 06, 2007

Kerana keterlupaan ku itu..

Hari ni...entah kenapa...aku terlupa bawak handbag p keje. bukannye terkocoh kocoh pun masa kuar umah pagi tadi. kuar pun awal jugak. tapi...lepas letak tabung air, plastik berisi bekalan roti cheese dan majalah SAJI ke dlm kereta, aku pun hidupkan enjin keta...bukak gate depan umah dan salam2 dgn Iman terus terlupa dgn handbag aku. lagipun, ABANG yg tolong kuncikan pintu rumah dan grill nye tu. selalu nye aku yg buat. tu yg menambahkan lagi keterlupaanku kot?!

aduh...dah sampai depan opis, baru aku perasan yg aku tak bawak handbag. udah la dlm tu ada dompet berisi duit+kad pengenalan+lesen mandu etc... ada kunci pintu opis dan kad utk access masuk factory. ..ada buku nota...ada payung...oh, cadangnye nak isi minyak keta masa balik keje ptg nanti sbb tanki dah nak kering wo. termenung jap pagi tadi. ast last aku sms mimi (alhamdulillah henset aku tak lupa. sbb siap2 masuk dlm kocek baju masa bersiap pagi tadi). nak pinjam duit rm15. ohohoho.... rm10 buat isi minyak keta ptg ni, rm5 buat spare utk belanja lunch . alhamdulillah mimi ok. mimi mmg baik hati.

sbb aku takde kad access utk masuk factory ikut pintu utama tu, maka nye terpaksa la aku tekan loceng pingpongpingpong....mintak boss Mr TM bukakan pintu. lunch tadi pulak, mintak mimi tunggu aku kat factory dulu. aku lak p bergegas beli nasi kat gerai depan tu. Mr TM takde sbb dah keluar p amik ubat kat spital, so nanti takde sapa yg boleh tolong bukakan pintu utama utk aku nanti. tu yg mintak mimi tunggu dulu kat factory...nanti boleh dia bukakan pintu.lepas tu baru mimi bleh p merewang ke courts mammoth dgn sepupu dia. ehhehe..

beli nasi putih, lauk ulam silom, sayur apa ntah masak bening, telur grg dimasak sambal tumis, sikit sambal belacan. aku nak amik lauk ayam ke, ikan ke...terpaksa dibatalkan aje hasrat hatiku itu...just amik lauk telur aje le. sbb takut belanja over budget. masa aku tanya makcik tu berapa rege, makcik tu 2,3 kali pandang muka aku sambil sengeh2 sumbing...pastu dia cakap (ker...bertanya ntah...) "lauk telur je..?" aku angguk. "ye ke ni?" dia tanya lagi. ish...dlm hati aku dah geram. apa salah nye kalo lauk telur aje pun? aku jwb " a ah, iye cik. itu je le...berapa rege?" seketul seketul perkataan aku jwb dgn jelas nyata dan terang. tak puas hati kot dia aku just angguk2 je tadi. "2 ringgit je le." emm...alhamdulillah! kira murah la tuh.

aku cepat2 berjln balik ke factory. bila aku sampai depan pintu, ready nak masuk, mimi dah siap sedia nak keluar pulak. then babai babai je le kat dia. aku pun masuk dan menuju ke opis. aisey! pintu opis berkunci? ms s ni,tak pernah2 nak kunci pintu opis ni time lunch..apesal lak hari ni dia kunci? ms s dah selamat pegi ke mana ntah dgn laki dia. ditinggalnye pintu opis ni berkunci. geram nye... selalu tu tak pulak dia sibuk2 nak kunci. bukan dia tak tau, aku selalu lepak kat dlm opis time lunch gini. kalo p keluar pun, just kejap aje utk beli makanan dan akan tapau mkn kat opis. bukan dia tak tau pasal tu. ish ish....apa pasal ntah dia ni. udah mati kutu aku dibuatnye. hari ni hari jumaat. lunch hour lama wo...2 jam. 12.30 sampai 2.30. apa aku nak buat? aku pun lepak la kat depan factory. dok kat luar sambil sedut udara luar tu. alhamdulillah suasana berangin dan nyaman. reda sket perasaan geram aku ni.

hampir kol 1.40pm...baru le Mr TM sampai. aku pun ngikut je le dia p naik opis. lega hati aku. ehhee... so, lepak la aku kat conference room sambil menikmati lunch aku yg rege rm2 tu. sambil rehat2, baca majalah SAJI yg cover depan gambo anita sarawak tu...pastu solat zuhor. dan abis le lunch hour aku tu...kol 2.30pm tadi.

harap2, jgn la pulak time nak balik keje kang ada polis ke...jpj ke...dok jaga2 kat jalan dan periksa lesen atau ic pemandu2 yg lalu kat situ. kalo idak, abis la aku... hohoho..

++++
mlm tadi ABANG ajak aku&Iman p umah Imah dan Peah sbb mak abah mentua aku ada kat sana. Pana pun ada. so, kami berkumpul la kat umah Imah mlm tadi. siap dinner kat sana jugak. aku bawak kek longan. beli punya le. sedap gak kek ni. mak masak ikan masak asam pedas. berselera aku mkn. sedap sgt! dah lama aku tak mkn ikan masak asam pedas yg sedap gitu. dah lama tak mkn masakan mak mentua aku. maklum le...dah lama tak balik kg sabak.

++++
esok,sabtu...ABANG mungkin sibuk dari pagi sbb joint nak menguruskan forum perdana kat putra heights sec.9 tu. forum perdana nye hari sabtu mlm ahad (mlm esok la ni..)

ahad ni pulak, ada jemputan kenduri kawin kat Rawang. kwn aku; Mala, punya adik yg akan kawin. kira nye family Mala ni merupakan family angkat aku sejak zaman sekolah menengah dulu. citer nye gini, masa form 2 , cuti semester nak naik form 3, aku dgn kwn2 sedorm buat plan utk p jln2 ke KL. aku,Fai,Yati, sama2 dari kg kat area sabak bernam...akan p ke KL. aku dgn Yati stay kat umah Mala (dulu family Mala umah nye kat area batu Caves gitu), Fai lak kat umah Amy(kat kepong). sejak tu, hubungan aku dgn family mala alhamdulillah tak putus. sentiasa berhubungan terutama sekali time nak raya. kami akan berbalas balas kad raya. dulu2, masa aku masih sekolah dan belajar lagi (even aku dah kat Jepun pun), family Mala akan sertakan duit raya bersama kad raya. aku harap, hubungan ini akan kekal sampai bila2... insya-ALLAH.

++++
got this from Astrid, seorg teman yg rajin contact aku, dok fwd sms atau email kat kwn2...

when it rains
you don't see the sun
but it's there.

hope we can be like that
we don't see each other
but we'll always
remember each other.

ps: arigatou ne astrid, and also all of my friends in the world!! :D

Labels: , ,

Wednesday, July 04, 2007

Puding Roti+Cheese

Hari2 aku mesti dok pikir, mlm ni nak masak apa? mlm ni nak mkn apa utk dinner? kalo hari coti lagi la... kena pikir pasal breakfast, lunch, minum ptg(kekadang. time rajin je..), dinner. Semlm, aku dok pikir2...apa nak buat dgn roti potong yg aku boh cheese keping yg tersimpan dlm peti sejuk sejak ptg jumaat lalu. ni,gara2 hari jumaat lepas aku bawak bekal roti+cheese tu ke opis tapi tak abis dimakan. sbb sayang nak dibuang, aku simpan je dulu dlm peti sejuk. aku ingat, nak goreng aje roti tu dgn telur utk dinner mlm tadi. tapi, tgh aku sibuk2 prepare vege-sarada (kobis+carrot rebus+potato rebus+telur rebus+bawang besar+mayo+black pepper), aku terpikir nak buat sesuatu dgn roti2 tu.

hasil nye...ala2 puding roti gak la. ABANG kata ok, sedap jugak buat camtu. resepi nye utk 2 org mkn:-
BAHAN-BAHAN
2 hingga 3 keping roti dipotong kecik. tak potong pun ok.
1 cawan susu segar dutch lady
2 biji telur
1/2 biji bawang besar dipotong halus
serbuk oregano, serbuk lada hitam ikut suka
1 sudu sos cili
1 sudu mayo
cheese keping2 (macam cheesedale gituk) tu, dlm 3,4 keping

CARA-CARA
1.panaskan oven.
2.telur+susu+sos cili+mayo+black pepper+oregano+bawang besar dipukul2 lebih kurang jek.
3.roti disusun ke dlm loyang yg sesuai. atasnye boh dlm 2 keping cheese keping tu, kemudian lapis lagi dgn roti.
4.tuangkan campuran telur yg dah dikocok tadi ke atas roti.
5.bakar dgn oven suhu 190 drjh celcius selama 30 minit.
6.tuangkan sos cili dan taburkan dgn balance cheese keping(dah dikoyak koyak halus) ke atas adunan dan bakar lagi dgn tambahan masa 10 minit.
7.makan bersama sos cili, mmg sedap.

** sekarang, aku dok suka layan drama MANJALARA kat tv3, setiap ptg isnin hingga khamis. pukul 6.30pm sampai 7.30pm. makin menarik lak citer nye. aku geram je tengok lakonan sheila rusly dlm citer ni. jahat betul dia. berjaya sungguh sheila bawak watak jahat macam tu. tak sabar nak tengok apa bakal terjadi kat sheila (dlm citer ni nama dia sahara) yg jahat tu. aku, mmg suka tengok lakonan sheila rusly. dia selalu dpt bawak watak dgn baik dan penuh p'hayatan. kalo berlakon jadi org baik tu, mmg nampak baaaaik sgt. kalo jadi org teraniaya gitu, nampak kesian sungguh2. kalo jadi jahat tu, mmg meluat je tengok...buat aku jadi benci dgn dia!! hohohoho...

Labels: ,

Tuesday, July 03, 2007

Cekodok Pisang & Soba

CEKODOK PISANG cikpuan ume
Bahan-bahan:-
10-13 biji pisang abu ditumbuk2, dilecek2 hancur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu gula
1 sudu susu segar dutch lady

Cara-cara:-
tepung yg dah diayak, dituang ke dlm bekas yg berisi pisang yg sudah dihancurkan. masukkan juga bahan2 lain dan dikacau rata. dah nampak semua bercampur rata, gorengkan dlm minyak panas. elok mkn masa panas2...sedap!


SOBA cikpuan ume
Bahan-bahan sup:-
segenggam bilis yg dah dibersihkan kepala dan perut
1.5 liter air
1 senduk kicap jalen lemak manis
1/2 senduk sos tiram
3 ulas bawang putih dipotong halus
1 biji bawang besar dipotong halus
sikit halia diketuk
1 ketul bunga lawang
1/3 ketul kiub perisa ikan bilis maggi
beberapa ketul fish ball
sikit serbuk black pepper (kalo suka)
garam dan gula kalo perlu.cikpuan ume tak boh pun!

Bahan-bahan sampingan:-
telur rebus
daun bawang/daun sup
bawang goreng
wasabi
carrot dipotong memanjang dan direbus
koshou / tougarashi powder

Bahan utama: mee soba yg kering, beli kat pasaraya. mee direbus sampai lembut.

Cara-cara:-
bilis direbus dgn air sampai mendidih. tapiskan air rebusan. keluarkan bilis. tumiskan bawang besar, bawang putih, bunga lawang kat dlm kuali. bila dah naik bau, masukkan bahan2 tumis ke dlm air rebusan bilis tadi. bukak api, kemudian masukkan le kicap manis jalen, sos tiram, halia, kiub ikan bilis dan black pepper. rasa2 kan la. kalo dah ok, tutupkan api.

cara-cara nak mkn:- mee soba boh ke dlm bowl. boh la jugak bahan2 sampingan yg digemari. kemudian tuangkan sup nye. emm...sedap!!

Labels:

Lepak2 Hujung Minggu

Jumaat, 29/06/2007.
ABANG hari ni out-station ke Batu Pahat. Plan nak p jumpa doctor utk monthly check up aku mlm ni ditangguh ke esok pagi aje le. ABANG keje sampai ke Batu Pahat, sure balik lewat mlm. So, mlm ni aku dgn Iman aje le kat umah. layan Iman main, baca buku,tengok tv sampai le sama2 terlena kat depan tv tu. Dlm kol 12mlm lebey gitu ABANG baru sampai umah. then, sbb aku pun dah sakit2 badan kalo tido kat bawah yg hanya beralaskan toto tu, maka kitorg pun berpindah tido ke dlm bilik kat atas.

Sabtu, 30/06/2007.
Pagi ni aku buat cekodok pisang abu utk sarapan. pisang ni dpt bekalan masa balik kg sendirian dgn Iman last week. sbb pisang2 tu dah masak sgt2, maka aku tumbuk2, lecek2 je le utk buat cekodok. sedap! utk Iman, sarapan nye cuma mkn roti dgn cheese aje le. lepas sarapan, kami siap2 utk pegi klinik Famili kat sec 27 shah alam nu. lepas tu, p beli susu Iman kat kedai kat alam megah, then kami balik umah.

pagi ni sebenarnye, ABANG ada gotong royong membersihkan tapak utk binaan surau baru kat sec 9 putra heights. kol 9am . tapi...kitorg balik dari klinik pun dah nak kol 11, maka nye... ABANG terus je la balik umah. lepak2 kat umah sambil baca akhbar dan nonton tv. tak pegi la gotong royong tu. hehe... Lunch hari ni, aku buat soba (sejenis japanese mee). mee soba ni, kitorg beli kat Giant, masa aku sibuk2 nak buat kimchi nabe beberapa minggu lepas. ada balance byk lagi mee soba tu. so, sbb takut mee tu rosak, maka aku usahakan la nak masak soba utk lunch hari ni. tak reti nak buat kuah nye. tapi macam simple. dlm kepala dok ingat2 resepi kuah udon kak maisya. tambah tolak resepi tu, aku ubah suai ikut citarasa aku. ehhee.. hasil nye, mmg sedap!! Iman pun kata oishii! yeay! bila aku tanya ABANG, "sedap ke bang?" ABANG angguk2. "sedapp!". aku tanya lagi.."lepas ni bila2 boleh lah buat lagi ek?" ABANG kata buat lah lagi nanti. ehhehe... yatta!

dlm kol 3pm, mak abah aku dtg umah aku. diorg dari kg, then ke KL, nak anto Misa dan brg2 nye ke umah sewa baru Misa kat Sentul. sempat gak mak abah singgah ke umah sewa Ida kat Ampang. on d'way nak balik ke kg, mak abah dtg nyinggah umah aku lak. actually, macam biasa lah...kalo nak jln sampai KL dan jauh2 punya journey, mesti abah upah pakcik Uhud (org kg aku yg keje drive teksi) utk ke sana sini. sejak dulu2 kitorg nak masuk asrama ke, p interview jauh2 ke, mesti dgn pakcik uhud. byk jugak jasa pakcik ni kat family aku. mak abah masa sampai umah aku, diorg dah kenyang. dah lunch kat2 area umah sewa misa tu. so, aku hidangkan air sejuk perisa mango, balance cekodok pisang pagi tadi punya dgn biskut kering aje. ehhehe.. nak dekat kol 4pm gitu, mak abah dgn pakcik uhud kuar dari umah aku dan bertolak balik ke kg.
Misa, start keje 2hb julai, isnin ni. selamat memulakan kerjaya ek misa. moga semua nye baik2 aje.

Dinner, aku masak nasi. lauk2 nye just panaskan aje le balance lauk yg aku beli ptg jumaat tuh.

Ahad, 1/07/2007.
lepas solat subuh je....aku&ABANG usik2 Iman...soh bangun. senang je Iman bangun. kami siap2 utk p jln2 kat area dekat2 umah tu. ABANG jogging. aku dgn Iman just jln kaki, pusing2 kat taman depan umah kami. then layan Iman main kat taman mainan tu. sedap betul rasa nye bila exercise gini pepagi. segar jek. lepas tu, aku siap2 utk buat mihun grg. mihun nye aku dah rendam siap2 dgn air sejak mlm tadi. so, pagi ni mihun tu dah agak lembut. terus aje le menggoreng. dah lama aku nak buat mihun grg. baru hari ni sempat dan rajin nak memasaknye. ehhee.. lepas sarapan, ABANG p join meeting ajk utk pembinaan surau baru sec 9 putra heights tu. aku dgn Iman lepak2 kat umah je le. hampir kol 1 tgh hari ABANG baru balik. tgh hari ni, aku malas nak masak. memasing masih kenyang. dlm kol 3pm, aku ajak ABANG kuar. p mkn nasi briani kat tesco shah alam. emm...ok la jugak rasa nye. hehe.. kami amik nasi briani 2 pinggan (utk aku, utk ABANG), ayam briani, kambing briani, acar buah, air teh ais dgn sirap limau sejuk. Iman langsung takmo mkn. lepas mkn, kitorg p shopping sket kat tesco. Iman sempat la sambar permainan robot 2 in 1. robot ni, kalo dipusing2 bleh jadik jet terbang. tu yg Iman syok tu. rege dlm rm12.

on d'way balik umah dari shopping tu, kami singgah umah sewa kami dulu2 . nak amik surat2 yg ada sampai ke sana sejak kami pindah umah. sempat le berkenalan dgn org yg dok menyewa umah tu sekang... mlm, dah tak dinner. memasing masih kenyang. just sorg segelas susu segar dutch lady dgn sepotong roti blueberry. kepala aku pening2 sejak mkn nasi briani tu. mungkin gara2 aku dok mkn daging kambing kot. hari tu, masa kenduri umah ciknah pun, aku jamah daging kambing gak....kemudian jadi camni gakla. pening2 gituk. wallahua'lam..

mlm ni aku tak leh nak tido lena. gara2 senak betul perut dan aku payah nak bernapas bila berbaring. so, memacam gaya aku nak tido. kejap tu, duduk bersandar kat atas katil. kejap tu, baring mengiring ke kanan, ke kiri. baring telentang dgn kepala kat atas bantal2 yg aku susun tinggi2. kejap2 tu, terlena gak la aku. tapi, kejap2 tu...terjaga balik. atlast....sampai la ke pagi.

Isnin, 2/07/2007.
pagi ni malas je rasa nye nak bangun pagi. ngantuk sgt2.... tapi keje berlambak nak kena settle. tgh hari gitu, time lunch, aku tak mkn. aku layan tido. best nye.... lepas tu baru le aku rasa segar. hehe...

Selasa, 3/07/2007.
pagi ni bangun agak awal. sempat la aku masak nasi guna beras jepun SUMO. niat di hati nak buat onigiri (nasi kepal jepun). filling dgn tuna+mayo jek. aku tak kepal sendiri dgn tgn aku ni.aku guna alat acuan yg bentuk bear.... Nao-chan yg kasik. woh, so...hari ni bento (bekalan) aku dan ABANG ialah tuna+mayo onigiri!! sorg 4 ketul. hehe...

Labels: