Cameron Highland Part 2
Hari ke-2 di Cameron Highland. bangun pagi, terasa sejuk yg amat! sedang aku solat subuh, Iman pun bangun dan dia main picit2 switch lampu bilik. lepas aku solat, Iman pegi ke tingkap bilik dan dok berdiri termenung kat situ. hehhee.. dlm kol 8am, kami mandi ,siap2 dan berkemas. selesai segala, kami check out bilik dan pegi sarapan kat food court. menu aku, mihun grg dgn air teh-o tanpa gula, ABANG pun mkn nye lebih kurang cam aku tapi air nescafe tarik. Iman mkn 2 ketul nugget ayam je. lepas sarapan, kami jln2 kat kedai2 cenderamata yg terletak kat tepi food court tu aje. pastu, p strawberry corner (jual macam2 cenderamata), pastu p uncle sam corner dan gerai sayur2 yg ada kat area situ. pagi ahad tu, hujan lebat!! Iman pun bad mood je. asyik ajak balik umah aje. ish ish... tak senang aku nak memilih sayur2. aku sempat beli keledek yg saiz comel2 tu...1/2 kilo, rm2(bila bawak balik umah, aku bakar dlm oven, dan ada gak yg aku goreng ...rasa nye lemak2 manis. sedap!), kobis kaler purple...cendawan butang dan cendawan apa ntah lagi 1 ni..dgn sepeket cili piiman yg kaler merah+kuning+hijau , timun cameron 2 btg rege rm1 jek..(macam timun jepun la...), puchi tomato/tomato yg comel2 tu 1/2 kilo, rm1 jek. mungkin sbb hujan gitu, depa kasik byk discount utk sayur2 tu. depa kata, hujan2 gitu org malas nak keluar jln2...dan sayur2 yg dijual pun takut byk tak laku. hohoho, syukur gak aku sbb dpt beli sayur byk2 dgn rege murah! then, kami beli lagi 2 peket strawberry (total 1 kilo, rm20).
lepas tu, sbb Iman pun dah merengek rengek ajak balik, kitorg pun teruskan perjalanan ke tanah rata. nak shopping pelbagai jenis teh dan perisa teh kat pasar mini kat pekan tanah rata tu. kwn2 WMDC kata, kalo beli teh kat ladang teh boh, atau Bharat tea plantation kat cameron valley..kat ladang2 besar cenggitu rege teh nye mahal sket berbanding kalo beli kat kedai2 runcit atau pasar mini biasa ni. so, kami mmg target utk beli teh byk2 ni kat kedai runcit biasa aje. mmg betul, kat kedai2 biasa ni, rege teh nye murah sket la, antara 10sen~60sen gituk, murah dari rege teh yg dijual kat ladang besar2 tu. kalo beli byk2, mmg rasa menjimatkan kalo beli kat kedai biasa2 ni. ehehe.. habis ronda2 kat sepanjang deretan kedai2 kat tanah rata tu, kami teruskan perjalanan lagik.
singgah kat Bharat tea plantation cameron valley. ladang teh ni kat tepi jln jek. mmg ramai org singgah sini. ada cafe nye sekali. kami tak lepaskan peluang utk minum2 teh kat situ. aku amik teh-o rasa masalla, ABANG lak teh-o limau.rm1 je segelas. lepas minum teh kat gerai yg betul2 tepi jln, kitorg turun ke cafe nye pulak. nak tengok pemandangan ladang teh dari situ. aku sempat tapau strawberry cheese cake, carrot cake dgn topping cheese, scones dgn strawberry jem. semua2 tu rm22. lepas lepak2 sat, kami pun sambung perjalanan balik ikut Tapah.
ish...jln yg ikut tapah ni, mmg lagi dahsyat pusing2, berliku nye ek dari ikut simpang pulai tu. Iman dah terlena. ok la tu...aku takut Iman mabuk je dgn jln yg pusing2 gitu. tapi, jln situ, aku suka la pulak sbb pemandangan nye cantik. kiri kanan masih nampak suasana hutan gituk! kami lalu air terjun Lata Iskandar (kalo tak silap nama nye gitu..). betul2 kat tepi jln bleh nampak air terjun tu. ramai gak org berenti kat situ. kami tak stop sbb Iman pun tgh lena. sepjg jln...byk gak gerai2 org asli. depa jual petai, durian, buah2 dan akar kayu, serta sayur2. kami berhenti jugakla...beli 1 biji durian yg saiz agak comel (anak org asli tu kata, durian susu nama nye..rm1 sebiji), beli durian biasa tu rm4 sebiji, pastu buah pelam bachang dgn manggis. durian2 yg kami beli dgn org asli ni, fuhhhh....mmg sedap sgt rasa nye!! puas hati!! hehe...
kami berhenti solat,rehat dan mkn2 kat R&R tapah. then, kami teruskan perjalanan balik dan selamat sampai rumah around kol 5.30pm. alhamdulillah....seronok sgt dgn percutian kami ke cameron highland ni. tapi, aku rasa macam nak pegi lagi la next time. insya-ALLAH! terima kasih kat ABANG sbb tolong merealisasikan keinginan aku nak ke cameron nih. seumur hidup, ni le 1st time aku sampai ke cameron.
**hari tu, ABANG baru beli canon digi-camera. ABANG kata, sempena hadiah harijadi aku baru2 ni. then, kebetulan la pulak...the next day tu trip kami ke cameron. seronok sgt2 aku. bersyukur dgn anugerah ini. moga ABANG , moga kami bertambah murah rezqi lagi, bertambah keimanan dan rahmat dari NYA .insya-ALLAH. amin!!! so,gambar2 kitorg p cameron ni...guna camera baru kami le. arigatou ne ABANG.
antara yg kami beli masa kat cameron dan kat gerai org asli..
6 Comments:
Umeboshi...kak lady ni memang teringin sangat nak ke Cameron...sebab dgr cerita kat sana sayur2 & buah2annya fresh dan murah...
k.lady, bebila free dan ada peluang ke sana..mesti pegi tau! ume mmg suka sgt dpt pegi cameron. dpt tengok pemandangan ladang teh yg cantik, pastu shopping sayur/buah2 segar, untung2 dpt diskaun lak tu!!
Ume, sorrylah sebab dalam blog saya tak cerita dengan panjang lebar saya pergi kat mana, duduk hotel mana dan sebagainya... saya memang malas gitu.
Saya dah 2 kali pergi sana tapi tak puas sebab byk tempat tak pergi, hubby tak nak pergi la... dia nak balik cepat aje. Hanya sempat pergi pasar malam kat brinchang, pasar minggu (ahad pagi) dan strawberry farm yang dekat dengan Equatorial tu.
k.ahni..it's ok. at least ume dpt gak serba sikit panduan nye. TQ ek. paling ume ingat, cerita k.ahni pasal ketam grg tepung yg dijual kat psr mlm brinchang tu. mmg betul ada ek.tapi ume tak beli.. ehhee..
bestnya...akak pon belum pernah lagik jejak kaki kat CH tu...
bagi kiter,mmg best k.maisya. hehe.. sesekali kalo dpt peluang, cuba lah akak pegi CH ek.
Post a Comment
<< Home