Cameron Highland 14,15 July
mmg dah lama aku teringin nak pegi Cameron Highland. sejak pregnant kali ni, entah beberapa kali dah aku bermimpi mimpi yg aku dah sampai kat CH sana. tak boleh jadi ni. aku pun suarakan keinginan aku tu. dan akhirnye... kami pun selamat pegi dan selamat balik ke CH. biarpun pada awalnye...memacam hal yg berlaku. plan asal, nak pegi 15,16 july. then, ABANG kata tak berbaloi la pulak drive jauh2 tapi just tido 1 mlm aje. then, kami pun cadang nak dok 3 hari 2 mlm... 14,15,16 july kat CH. tapi, last2 minute gitu, ABANG kata 16 july (isnin) ABANG kena hadiri training kat KL. so, kitorg pun just stay sana 14,15 july. kekononnye meraikan sekali lah b'day aku... (my b'day 13 july).
14 july, sabtu...ABANG, awal2 pagi dah bangun. dlm kol 5am ABANG kejutkan aku. kami siap2 dan angkat je Iman yg tgh tido tu ke dlm keta. hampir kol 5.30am kitorg pun bertolak. utk trip kali ni, aku dok sibuk survey sana sini, kat internet...website pasal CH, dan dok sembang2 kat forum MDC dgn WMDC gitu...tanya kat kwn2 yg dah pernah ke sana. dok survey pasal jalan, tempat yg harus kami pergi, hotel etc. mmg betul2 membantu. dok jenguk jugak blog kak pb dgn blog k.ahni....ada jugak maklumat kat blog akak2 ni sbb diorg dah pernah pegi ke CH. terima kasih ek kak pb dan k.ahni sbb ada tulis entry pasal pemergian akak2 ke CH hari tu. :D
utk pergi kali ni, kami cadang nak naik ikut simpang pulai. kang turun balik dari CH baru ikut tapah. gara2 banyak tempat rehat kat highway ke arah utara ni ditutup, maka kami hanya dpt berenti rehat kat R&R tapah. tu pun dah nak dekat kol 7am. solat subuh, mandikan Iman dan sarapan kat situ. menu kami...nasi goreng. hampir kol 8.30am kami sambung perjalanan ke simpang pulai. bila dah mula mendaki dari simpang pulai tu, aku dgn ABANG dok cuak la pulak. jauh lagi ke.. jauh lagi ke... dok byk kali memasing bertanya tanya. sbb terasa jauh dah perjalanan kami tu. Iman pun, mungkin dah mula pening2 kepala dgn jln yg pusing2 gitu, dan termuntah jugak la dia. kesian Iman. lepas tu, terus aku dok usap2 badan Iman dan suruh Iman tido aje le. Iman tertido. akhirnye, kami sampai gak la kat area CH around kol 11am gitu. memula kami dok drive aje dari Brinchang ke Tanah Rata. konon nak survey tempat. lepas tu, kami decided nak pegi lawat MARDI kat Tanah Rata tu. sebelah MARDI tu ada sekolah. kalo tak silap sekolah menengah convent. utk masuk MARDI, dewasa kena bayo rm3/person. Iman tak kena bayo. wah...pemandangan kat MARDI ni best le. macam p oversea aje. ekeke.... ada kolam ikan, ada ladang bunga, sayur2, buah2, tanaman herba etc. kat sana sejuk betul. Iman byk kali nak pegi toilet!! Iman suka sgt lepak kat kolam ikan tu. aku beli makanan ikan yg ada dijual masa buat bayaran nak masuk ke MARDI tadi. sebungkus 50sen je. so, Iman dok pulun tabur2 makanan ikan tu ke dlm kolam aje le.
lepas tu, kami dok cari ladang strawberry. nak cari KHM strawberry farm sbb dengar nye cuma ladang KHM ni je le satu2 nye ladang bumiputera yg diusahakan secara besar2an gituk. tapi, sebelum jumpa KHM , kami tersesat sampai ke Kasimanis strawberry farm le, Healthy Strawberry farm le. tapi akhirnye sampai gak kami ke KHM. letaknye kat Taman Sedia, antara Tanah Rata dgn Brinchang gitu. nak masuk ke Taman Sedia tu, kat tepi jln tu kita akan lalu padang golf yg cantik pemandangan nye! kat KHM, kami lepak2 kat cafe nyer. minum strawberry ice shake dgn strawberry ice blended. setiap satu tu, rm3 segelas. sedap! sekang ni bukan musim strawberry berbuah byk. so, semua ladang yg kami kunjungi, tak dibenarkan kami utk memetik sesuka hati buah strawberry nye. kalo nak beli, beli kat kaunter aje. dah siap packing. kat KHM, aku memborong jem strawberry, sos topping strawberry, jem tomato . jem nye mmg sedap lah! sebelum tu, kat kasimanis strawberry farm, aku beli sepeket strawberry utk kami makan2 sambil driving. sedap! Iman lak beli gula2 lollypop yg rasa strawberry. err...bentuk pun strawberry gak.
Lepas tu, kami dok drive ke Brinchang. check in kat Parkland Hotel. weekend mmg selalu hotel2 fully booked. lagi la kalo ada public holiday. awal2 org dah book. aku lak, seminggu sebelum pegi, dok book hotel ni. alhamdulillah ada kosong. tapi, utk bilik besar...utk 4 org punya gituk. ok la tu. rm168 semlm. ni, weekend punya rate lah. masa tu, utk 2 org punya bilik...dah fully booked. sederet dgn parkland hotel, ada rainbow hotel, kowloon hotel, brinchang hotel. parkland hotel ni, owner nye sama dgn kowloon hotel. anyway, parkland hotel letaknye kat hujung blok, kat depan hotel ni ada food court. dekat jek. kali ni, aku mmg cari hotel kat area pekan brinchang. dekat2 dgn kawasan pekan... ok gak. pasar mlm pun dekat jugak.
kami kekenyangan dgn air, roti dan strawberry. so, kami decided takyah sibuk2 cari lunch. lepas solat jamak+qasar utk zuhor dan asar, kami lepak2 sat kat bilik. dlm kol 4pm kami keluar nak ke Teh Boh Plantation. aduh mak.. jln nak masuk ke sana, menyeramkan. sempit, berliku liku. kalo berselisih dgn keta lain dari arah bertentangan, mmg kecut jek perut!! alhamdulillah selamat gak kami sampai sana. daki bukit (dgn kaki sendiri) utk sampai ke kawasan factory, cafe, kedai cenderamata. utk masuk buat lawatan factory teh boh tu, kalo tak silap sebelum kol 4pm. tapi kitorg pun dah lebih kol 4 sampai sana. so...just jln2 kat area situ je le. ramai gak org duduk minum2 kat cafe nye. tapi aku dan ABANG takmo. just beli boh tea perisa chamomile (betul ke eja nye???) dgn minuman segera teh dgn rasa coklat+mint gituk. ni, ada gambo pemandangan kat ladang teh boh tu. bangunan yg kat tepi tu, cafe dia.
balik dari ladang teh boh, kami singgah pasar mlm brinchang. letaknye kat depan balai polis dan hotel star regency. memula...jln je dulu sampai hujung. tengok apa yg ada dijual. pastu baru decide nak beli apa. ehehe.. utk dinner, kami beli pizza (kalo tak silap zam's pizza nama gerai tu)...rm7.50 utk regular size. pastu beli jagung albino (errr...jagung mutiara, isi dia ada kaler putih dan kuning-macam dlm gambo ni. rasa nye manis betul. mmg puas hati mkn!! isi pun tebal!!) yg direbus...rm3 sebtg. pastu, beli caramel rm1 sepotong (murah tu!!), then sepeket strawberry 1/2 kilo nyer berat(rm10). then, beli nasi lemak biasa (rm1 jek rege nye..). cukup le tu utk dinner kami bertiga mlm tu. aku beli jugak la jagung albino tu yg mentah punya utk bawak balik... 5 ketul, rm10. balik ke hotel, tgh hujan masa tu. lepas hantar aku dgn Iman sampai bilik, ABANG turun ke food court kat depan hotel utk beli minuman. sejuk2 pun, kitorang bantai gak minum air ais. sirap ais dgn barli ais!!
Mlm, takde apa2 aktiviti khas. just lepak2 kat bilik...tengok tv sambil baca akhbar. sambil tu, tengok2 pamplet pasal CH...nak survey utk lawatan esok hari nak ke mana pulak. kat CH ni, dengar nye...semua hotel takde pasang air-cond utk bilik2 nyer. sbb kat CH mmg sejuk kalo mlm. siang....terasa gak la panas. tapi, macam aku sekeluarga, tak kisah la tu. siang2 pun bukan nye kami nak duduk berperap kat bilik. kami nak p jln2. mlm dah mmg sejuk, air kat toilet pun sejuk betul!! Iman seronok betul dia. main lompat2 kat atas katil. maklum le tilam empuk. ekekke... entah kol berapa Iman tido, aku tak perasan sbb aku awal2 dah terlena.
*cerita akan disambung lagi nanti....
2 Comments:
Salam Kak Ume..
Ala cian kat Ume... Kalau citer awal-awal nak p MARDI Tanah Rata tu, boleh saya roger-roger dgn pakcik saya. Masa kitorg g sana tak payah bayar pun... siap berpeluang petik strawberry dan makan terus... best..
salam minnie.
loh...ye ke? ehhee..takpe, len kali kalo kitorg dpt peluang ke sana lagi, bleh kabo awal2 kat minnie. hehee.. masa pegi baru2 ni, kat mardi tu pun strawberry nye masih hijau lagik...
Post a Comment
<< Home