Wednesday, July 04, 2007

Puding Roti+Cheese

Hari2 aku mesti dok pikir, mlm ni nak masak apa? mlm ni nak mkn apa utk dinner? kalo hari coti lagi la... kena pikir pasal breakfast, lunch, minum ptg(kekadang. time rajin je..), dinner. Semlm, aku dok pikir2...apa nak buat dgn roti potong yg aku boh cheese keping yg tersimpan dlm peti sejuk sejak ptg jumaat lalu. ni,gara2 hari jumaat lepas aku bawak bekal roti+cheese tu ke opis tapi tak abis dimakan. sbb sayang nak dibuang, aku simpan je dulu dlm peti sejuk. aku ingat, nak goreng aje roti tu dgn telur utk dinner mlm tadi. tapi, tgh aku sibuk2 prepare vege-sarada (kobis+carrot rebus+potato rebus+telur rebus+bawang besar+mayo+black pepper), aku terpikir nak buat sesuatu dgn roti2 tu.

hasil nye...ala2 puding roti gak la. ABANG kata ok, sedap jugak buat camtu. resepi nye utk 2 org mkn:-
BAHAN-BAHAN
2 hingga 3 keping roti dipotong kecik. tak potong pun ok.
1 cawan susu segar dutch lady
2 biji telur
1/2 biji bawang besar dipotong halus
serbuk oregano, serbuk lada hitam ikut suka
1 sudu sos cili
1 sudu mayo
cheese keping2 (macam cheesedale gituk) tu, dlm 3,4 keping

CARA-CARA
1.panaskan oven.
2.telur+susu+sos cili+mayo+black pepper+oregano+bawang besar dipukul2 lebih kurang jek.
3.roti disusun ke dlm loyang yg sesuai. atasnye boh dlm 2 keping cheese keping tu, kemudian lapis lagi dgn roti.
4.tuangkan campuran telur yg dah dikocok tadi ke atas roti.
5.bakar dgn oven suhu 190 drjh celcius selama 30 minit.
6.tuangkan sos cili dan taburkan dgn balance cheese keping(dah dikoyak koyak halus) ke atas adunan dan bakar lagi dgn tambahan masa 10 minit.
7.makan bersama sos cili, mmg sedap.

** sekarang, aku dok suka layan drama MANJALARA kat tv3, setiap ptg isnin hingga khamis. pukul 6.30pm sampai 7.30pm. makin menarik lak citer nye. aku geram je tengok lakonan sheila rusly dlm citer ni. jahat betul dia. berjaya sungguh sheila bawak watak jahat macam tu. tak sabar nak tengok apa bakal terjadi kat sheila (dlm citer ni nama dia sahara) yg jahat tu. aku, mmg suka tengok lakonan sheila rusly. dia selalu dpt bawak watak dgn baik dan penuh p'hayatan. kalo berlakon jadi org baik tu, mmg nampak baaaaik sgt. kalo jadi org teraniaya gitu, nampak kesian sungguh2. kalo jadi jahat tu, mmg meluat je tengok...buat aku jadi benci dgn dia!! hohohoho...

Labels: ,

2 Comments:

At Thu Jul 05, 10:39:00 PM, Blogger Hani said...

kitapun dok tengok gak. kat youtube. :D
tapi baru episod 25. tak sabar nak tunggu diorang upload lagi. kat Malaysia la ni episod berapa dah?

 
At Fri Jul 06, 08:07:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.Hani pun nengok gak citer manjalara ni? ehehe.. best kan, citer nye? ume tak ingat la, kat sini ni dah episode berapa. jap lagi dah nak habis kot. tapi, yg k.Hani nengok tu, dah sampai mana citer nye?

 

Post a Comment

<< Home