Wednesday, January 26, 2011

Sabah

Hati melonjak riang. jasad aje di opis tapi minda, hati, telah terbang menyeberangi laut china selatan menuju negeri di bawah bayu...(sabah). eh, betul la kan...org dok kata sabah tu sebagai negeri di bwh bayu? ehehhe..

esok kami sekeluarga naik penerbangan AirAsia pukul 6.50 pagi menuju ke Kota Kinabalu. family aku...termasuk le mak, abah, semua adik beradik, para menantu kpd mak abahku, dan cucu2 kpd mak abahku...dan juga busu ipah (adik bongsu kpd abah) dan Ijal (anak bongsu kpd busu ipah)...turut serta misi kami ke Sabah kali ini. (macam le ada misi lain nak ke sabah di lain kali nanti.)

actually, kami ke sana sbb nak menghadiri majlis kawin adikku Misa dgn suami nye (Duan). Duan kan org Sabah... so, majlis di pihak lelaki ni, mmg buat kat kg halaman Duan le. kat Beaufort sana. kami seluruh keluarga amik peluang le...p sana meraikan majlis beramai ramai. di samping tu, nak lihat2 dan jalan2 di negeri org. bagi yg byk duit tu, boleh le bershopping sekali kan... macam aku ni, duit tak berapa nak byk, senyap2 je la kot. cuci mata pun ok. tu kat sana nanti, byk guna duit utk mkn minum je la kot. since transport dah ditaja sepenuhnye oleh Misa dan Duan. errr....tiket flight KL ke KK serta duit teksi kat semenanjung ni kami tanggung sendri le. kesian pengantin...takkan le semua depa nak taja...kan? penginapan kat sana pun, lebih dari 50% ditaja juga oleh pengantin. alhamdulillah. semoga sang pengantin akan lebih murah rezqi sampai bila2...terima kasih misa dan duan!!! muahmuahmuahhhhh!!!

kenduri kawin nye pada hari sabtu ni. so, esok (khamis) dan jumaat masa utk kami ronda2 la. tak tau la nak pegi mana. yg pasti hotel penginapan kami tu dekat je dgn Pasar Filipino. Ahad tgh hari dah terbang balik ke KL semula.

anyway, moga majlis kawin dirahmati. moga pemergian kami ke sana juga dlm perlindungan dan rahmat Illahi. Ya ALLAH, selamatkan lah perjalanan pegi dan balik kami ke Sabah nanti. Peliharalah kami dari sebarang mara bahaya, penyakit dan sebarang kesulitan dan kesempitan. permudahkanlah Ya ALLAH segala urusan kami. aaamiiiinn!

ps: maka nye, esok dan jumaat...I"ll be on leave ye. Iman dan Afiq Khair pun "cuti" sekolah :-)
aku siap tulis surat utk beritahu bahawase nye Iman terpaksa bercuti tau! surat utk sekolah kebangsaan dan juga surat ke KAFA dia. owh, aku telah mengasah semula "kepandaian" ku dlm penulisan jawi. sbb aku tulis surat utk KAFA tu dlm tulisan jawi tau. tulis tgn gituk! alhamdulillah!

Labels: ,

Tuesday, January 25, 2011

Ngigau

Pagi tadi masa sarapan, Iman tetiba tanya..."kenapa mata abah belah kanan tu?". aku pun toleh sama kat mata ABANG tu. kat mata putih dia jadi merah. macam org kena sakit mata!!

ABANG jwb..."mama buat!"
Aku dan Iman.."hahh??"
Aku..."apesal lak mama yg buat? mana ada..."
ABANG..."iye. ntah apa kena mama ngigau , ngamukkan apa ntah...tetiba tgn menerkam, dok tercucuk mata abah dgn tgn mama tu."
owh...ye ke. gomen ne ABANG. your wife yg comel jelita ni tak perasan apa2 pun. mmg tak sedar sungguh. huhhu...ntah bila la aku dok boleh bertukar jadi serigala ...menerkam, mencucuk mata ABANG eh? akakakka...i'm so sorry ABANG sayang! hasil nye, mata ABANG jadi merah dan sakit..huhu..kesian nye. ABANG kata, sib baik tak kena kat mata itam..

lately pun, kalo tgh tido tu, bunyi Asha Zahra ngamuk2 ke, nangis2 ke...mmg susah aku nak tersedar. selalu ABANG yg kejutkan aku, tak pun suara Asha Zahra dah nangis sakan dan nangis agak lama baru aku tersedar. huhu...tido mampos sungguh!

Labels: , , ,

Monday, January 24, 2011

Lambat


* Afiq Khair: Acha jgn nangis...kita amik gambar jom!*






* Afiq Khair: ha...senyum macam ni la Acha..*


Tadi lewat sampai opis. sepatut nye sebelum kol 9 aku dah masuk opis. tapi tadi sana sini "jem". kat umah "jem"...kat jalan pun "jem". geram je.





pepagi bikin hati geram. ABANG dan Iman dah selamat keluar umah. pepagi sebelum kol 7 suku sbb nak berkejar supaya Iman dpt jejak kaki kat pagar sekolah sebelum kol 7 setgh pagi.





kat umah, kalo Asha Zahra dah bangun...mmg bingit le. dia sibuk nak suruh mama nye baring le sbb dia nak mimik sepuas hati. Afiq Khair nak kena dimandikan jugak. Afiq Khair tanak bangun bebaik. dia nangis melalak jugak sbb nak mandi dgn abah kata nye. dia mmg camtu. kalo abah yg kejutkan, nangis2 nak mandi dgn mama. kalo mama yg kejutkan, nangis2 nak dgn abah pulak. letih! siap baring2 kat dlm bilik air tu. aduh...jenuh memujuknye. bila mama kata, kalo Afiq Khair nangis2...nanti lambat keluar umah..pastu mama lambat pegi opis mama nanti kena marah dgn boss...baru le Afiq Khair diam. itu pun kejap2 merengek nak abah..nak abah. sambil tu Asha Zahra melalak nak mama jugak!





mmg kelam kabut. mama pun bersiap siap dgn hati panas. badan pun berpeluh peluh. suruh Afiq Khair abiskan sebotol susu pun susah. lepas tu, terus aje mandikan Asha Zahra sbb dia dah "buat hasil" kat dlm pampers. kalo idak, Asha Zahra mandi kat taska aje le sbb dah lewat camtu. tapi, kerana dia dah "buat hasil", tak sedap hati la pulak. kesian dia tak selesa...busuk lak tu. baik le mama dia mandikan dia wangi2. gosok gigi segala. kalo dah kat bilik air, mmg bersilat silat la kalo nak ajak dia keluar dari bilik air tu. aduih...tension nye..





nak keluar umah, Afiq Khair sibuk nak tepon abah la pulak. ha, dailkan aje nomo tepon abah dia. sambil dia bercakap2 kat tepon, aku pun sibuk mimikkan Asha Zahra la pulak. at last, kol 8 lebih gak le kuar umah. walhal, sekolah mula kol 8am tau!!





sampai dpn sekolah, Afiq Khair tanak turun. dia tanak pakai selipar. dia suruh p taska amik kasut dia yg tertinggal kat sana masa last week. terpaksa le aku p patah balik ke taska. hantar Asha Zahra, hantar beg pakaian anak2 dan amik kasut Afiq Khair. lepas tu, p sekolah dan turunkan Afiq Khair. huhuhu...kol 8.20 baru masuk sekolah. minta maaf le ek cikgu, Afiq Khair lewat dtg sekolah. adoi!!! mmg panas je pepagi tu.





anyway, kerenah anak2 ni mmg memacam le. menguji kesabaran sungguh. tapi aku tak putus harap dan doa moga anak2 semua nye jadi org yg beriman, org baik2, org bertaqwa, org yg kasih kpd ALLAH, Rasul, mama dan abah serta keluarga, jadi org yg tinggi kesabaran nye dan tenang, sejahtera selalu. amiiiin!!! mama sayang sgt kat abang Iman, abang Afiq Khair dan Asha Zahra!!! I love u so much. (of course mama sayang sangat sangat kat abah nye juga!!! :-) )




penangan byk kes "jem" hari ni...aku masuk opis pun agak lambat. dekat kol 9 suku gituk! My dear boss, kaisya ni okurete kite, taihen moushi wake arimasen ne. (I'm really sorry for coming late to the office).

Labels: , , , ,

Friday, January 21, 2011

Mama Dah Tua!


Ptg, balik dari taska, aku mmg sibuk angkut barang2 dari kereta masuk ke dlm umah. Mesti ada 6 buah beg dari taska.. (3 beg pakaian Iman/ Afiq Khair/ Asha Zahra utk kegunaan di taska, 1 beg sekolah kebangsaan Iman, 1 beg sekolah KAFA Iman dan 1 beg sekolah tadika Afiq Khair.) Aku sendiri punya pulak, paling kurang mesti ada 3 beg… ( 1 handbag, 1 nursing bag, 1 beg bentou). Kadang2 kalau ada beli brg dapur dan brg keperluan umah…tambah la lagi 1,2 beg. Ada masa nye pula, 1 beg lagi beg yg berisi telekung. Kemudian ada 3 hanger yg bersangkut pakaian sekolah anak2…( 1 hanger utk baju sekolah Afiq Khair, 1 hanger utk baju sekolah kebangsaan Iman dan 1 lagi utk baju sekolah KAFA Iman). Lepas tu, ada 2 pasang kasut sekolah pun nak kena angkut.

Mmg byk kali le aku ulang alik antara kereta dan umah utk angkut semua barangan tu. Belum lagi kalo ada mood ngada-ngada Afiq Khair lagi. Kekadang dia pun mintak didukong dari kereta ke dlm umah. Semput mama! Ehhehe.. anyway, ada Iman yg sedia membantu. Ringan tulang tolong angkut beg2 dan barangan tu semua. Sikit2 le dia angkut. Alhamdulillah!

Ada suatu ptg tu, aku sdg mengangkut beg2 dari kereta, aku terlanggar kepala Afiq Khair dgn beg2 yg aku angkut tu. Afiq Khair tgh berdiri kat tepi kereta. Sibuk le dia. Ngamuk2 dan merengek sakit. “mama…mama buat! Sakit tau…sakit…”. Dok ulang kali sebut tu. Aku just say sorry je le. Sambil lalu tu p angkut semula brg2. ehehe...Afiq Khair mmg tak berenti merengek. At last, Abang Iman nye yg pujuk. “dah la Afiq...mama tak perasan. Mama kan dah tua…penat la mama…nak angkut beg lagi..mama dah tak larat..kan. jgn nangis…”. Eh eh…dgn pujukan abang Iman nye je, Afiq Khair mau diam lak. Ehehhe.. sbb abang Iman kata mama dah TUA..kan? baru le Afiq Khair nak kesian kat mama..kan? huhuhu…

Labels: , , , ,

Tuesday, January 18, 2011

Sekolah

Iman dah masuk tahun satu. dah bersekolah kebangsaan waktu pagi, dan ptg sekolah KAFA. 2 minggu dah berlalu sesi persekolahan, Iman ok aje. bangun pagi takde masalah. cuma, semua benda dia buat slow. mandi, gosok gigi, berpakaian, solat subuh, sarapan. semua serba slow. kalo bukan mama atau abah yg tolong buatkan, bising2...dia akan termenung dulu. sambil ngadap makanan pagi, dia akan termenung. tu yg melambatkan proses utk ABANG dan Iman keluar dari umah menuju sekolah.



pagi tadi, dia bangun nagis2. tak pernah lagi dia macam tu. tanak bangun kata nye. nak tido lagi. sarapan pun tanak. tapi ntah apa ABANG kata, paksa juga dia mkn dan minum. ABANG kata, sambil nak keluar umah tadi, Iman kata "boleh je ponteng sekolah". pulak?? kenapa ntah dgn Iman. dlm kereta tadi pun dia nangis sakan kata ABANG. bila tanya, kenapa..sekolah susah ke? Iman kata susah nak paham. aduih. pujuk2 dia, tanya kalau Iman nak beli apa2 kat bookshop. Iman kata nak beli kad, rm2 rege nye. ABANG kasi duit. baru dia senyap.



risau lak Iman macam tu. ntah apa yg terjadi kat sekolah semalam agaknye??? ptg semalam, balik dari taska, dia mmg murung je. tak byk celoteh macam selalu. selalu tu, susah nak suruh dia berhenti bercakap. ada je yg dia nak cerita hal sekolah dia tu. tapi ptg semalam, dia sibuk ngadu sakit perut. pastu, badmood. lepas siapkan keje sekolah KAFA, aku suapkan nasi kat anak2... (kalo ABANG takde, aku mmg suka suapkan makan anak2 ku itu. senang. anak2 pun berselera mkn besuap.) lepas mkn, Iman solat Isya' dan tertido dpn tv.



ntah apa masalah nye. hari ni kena soal selidik le. semalam aku tak sempat nak soal byk2. sensorang nak kena handle 3 org anak, keje umah lagi, sediakan mkn mlm lagi...tak cukup tgn/ tenaga sungguh. kesian Iman.



dia pun sejak hari sabtu baru2 ni, balik dari training taekwondo...dok sibuk ngadu sakit perut. ntah apa kena ntah. silap mkn ke...perut berangin ke...kekadang, bila time dtg sakit nye tu, dia siap terduduk duduk, tertunduk tunduk menahan sakit. belum sempat p bawak dia ke klinik lagi ni.



ya ALLAH, permudahkan le urusan kami sekeluarga.











* Iman dlm kereta, on the way p sekolah masa 1st day school hari tu. 3 jan 2011. ceria je!!

Labels:

Tuesday, January 11, 2011

9 jan 2011, Ahad (4 Safar 1432H)





Ahad lepas, sepatutnye ABANG masih ber-conference di KL. tapi since aku sms kat ABANG hari sabtu mlm ahad (ker...pepagi buta Ahad ntah)...kata yg Afiq Khair badan panas, tapi menggigil tu, abis je program ABANG, dlm kol 2am hari Ahad, ABANG terus drive balik. So, Ahad tu ABANG ada le kat umah.

ada hikmahNYA jugak le..drpd Afiq Khair demam tu, ABANG lak terpaksa chow awal dari conference dia.. atleast, on ABANG special day (birthday), ABANG ada kat umah dgn wife dan anak2 tercinta. even, wife ABANG yg comel ni takde buat apa2 yg special pun sempena birthday ABANG ni. huhuhu.....hadiah pun takde. masak special pun takde. ajak p keluar ke mana2 pun takde. kesian ABANG. sebenarnye, gara2 aku tak cukup tidur. badan rasa lesu dan ngantuk sokmo. tapi idak le aku dpt tido lena pun siang2 hari ahad tu. keje umah berlambak nak kena settle. I'm so sorry ABANG.

Ptg lepas Asar, we all p umah K.Yu. mak abah dan adik2 ABANG ada kat sana. ABANG berbelanja besar utk dinner reramai kat umah K.Yu. aku sebenarnye nak bukak mulut, nak p beli kek...tapi tak terbukak sbb masa tu pun dah lambat. dah maghrib dan hujan pulak. tapi, tuptup, ABANG tanya, nak mkn kek ke tak? alamak!!! termalu jap..kesian birthday-man lak yg tanya cenggitu. aku cepat2 le kata "nak!!!". kami pun p beli kek le..itu je satu-satu nye yg aku belanja. huhu..

anyway, we enjoy dgn sambutan birthday ABANG kali ni. ada mak dan abah ABANG sekali. memperingati hari susah payahnye mak melahirkan ABANG ke dunia ini.. kerana mak dan abah le (of course atas izin ALLAH), wujudnye ABANG sekrg dan aku numpang happy dan bertuah sbb tersurat utk menjadi isteri ABANG. terima kasih mak/ abah kerana melahirkan ABANG. (bukan nye mak abah baca pun ...heheh..tapi aku dah ucapkannye kat telinga mak masa bersalam nak balik dari umah K.Yu..).

Utk ABANG tercinta yg hensem dan gentleman selalu, Happy Birthday sayang! I love you so much. anak2 pun sudah tentu sayang ABANG selalu. moga bertambah iman, umur pjg, rezqi berlipatganda, sihat sejahtera, ceria sentosa, selamat dlm lindungan rahmat ALLAH selalu. amin!!!

Labels: , , , , ,

Monday, January 10, 2011

Diari Afiq Khair bersekolah


Afiq Khair, awal2 nye mmg bersemangat nak sekolah. beli beg sekolah & pencil colour (even takyah beli pun sebenarnye sbb kat tadika dah sedia ada alat tulis semua tu. tapi dia jeles tengok abang Iman ada colour baru...). masa buat pendaftaran sekolah pada 31 dec 2010 kat Tadika Nur Ummi, Afiq Khair OK aje. ceria dan bersemangat. pegi salam semua cikgu yg ada.


1st day of school, 3 jan 2011. lepas hantar abang Iman ke Sek Keb...aku dan ABANG pegi hantar Afiq Khair pulak ke sek tadika. ABANG tunggu kat kereta. Aku je pegi hantar Afiq Khair ke pintu sekolah. sampai pintu je, Afiq Khair terus peluk2 aku takmo p sekolah kata nye. aduhh..dah bermula drama nye!! aku pujuk, cikgu pujuk...kawan2 taska (neseri) dia yg bersekolah kat situ pun dtg pujuk. tapi Afiq Khair tak mau termakan pujuk2 tu semua. adehhh.. Cikgu kata, kalo nak tinggalkan pun takpe. nanti tau le cikgu2 nak pujuk dia. aku pun terus angkat kaki. Afiq Khair apa lagi...menangis le!! huhu.. dah agak tgh hari, sms cikgu. kata cikgu nye Afiq Khair dah senyap. cuma dok beriba je dgn cikgu nye. uhuk! balik umah...mlm nak tido tu, kami pujuk2 Afiq Khair. Then, Afiq Khair kata...esok nak p sekolah dgn k.siti (kakak taska dia.)


2nd day of school, 4 Jan 2011.Aku hantar Asha Zahra dan Afiq Khair kat taska. Afiq Khair agak ceria dan bersemangat. K.siti nye p hantar ke sekolah...jalan kaki dari taska ke sekolah dgn kwn2 lain. seronok la dia. K.Siti nye sms, kata Afiq Khair OK je. ptg tu, K.siti kata cikgu bagitau, Afiq Khair dah dekat nak waktu balik ..dia termenung je kat sekolah. dok sebut2 "Abang Iman" la.."mama" la.. tapi bila balik taska, dgn kwn2, dia seronok bercerita pasal sekolah. cuma, 2 hari bersekolah ni, Afiq Khair takmo mkn/minum kat sekolah. balik mlm tu, aku pujuk2 supaya Afiq Khair mkn le kat sekolah. Dia mau! angguk2.


3rd day of school, 5 Jan 2011. Afiq Khair p sekolah dgn K.Siti lagi. pagi ni dia tak ceria mcm semlm. sampai sekolah, dia nangis2 nak ikut k.siti balik taska. tapi, kwn taska dia yg ada kat sekolah tu (Danish), pujuk2 dia. alhamdulillah mau diam. tapi, ptg tu, Afiq Khair mula demam. kesian nye.. stress kerana sekolah ke?


4th day of school, 6 Jan 2011. Afiq Khair tak sekolah. kami rehatkan kat taska sbb demam. mlm tu, agak panas badan dia. ABANG bawak p klinik. Afiq Khair dah siap cakap, dia takmo sekolah dah. huhu... kasi ubat demam pun panas badan tak berapa berubah. still panas. aku kejap2 terjaga, lap2 badan, kepala dia dgn tuala lembap.


5th day of school, 7 Jan 2011. Afiq Khair cuti lagi kat taska. ABANG kena p KL sampai Ahad sbb ada conference. ptg tu on the way balik dari keje, Anne (owner taska) telefon...kata nye badan Afiq Khair panas sgt...dan dia menggigil. dah selimut semua pun masih kesejukan. aku panik gak. nak cepat je sampai taska rasa nye. sampai taska, nampak muka Afiq Khair pucat. badan panas sgt. sampai umah, aku cepat2 mandikan dia. Asha Zahra lak sibuk nangis2. ya Allah, Asha Zahra.. sabar le nak. Abang Afiq Khair demam teruk ni. mama sakit kepala memikir nak kena buat semua benda ni. uhuk! semput aku nak uruskan Afiq Khair, dukong Asha Zahra lagi.. Alhamdulillah abang Iman nye ada. abang Iman pun tolong jaga Afiq Khair. Afiq Khair terbaring lesu. berselimut. Aku dan Iman bergilir solat dan melembapkan badan Afiq Khair dgn towel basah...Mlm tu, lps maghrib adikku; Dikyah dtg menemankan. alhamdulillah ada M.Ngah..kan Iman..kan ..alhamdulillah Asha Zahra mau dgn M.Ngah. huhu.. lepas Isya', Afiq Khair dah mau bangun. panas badan dah kurang. dia mau bermain, mkn, minum. lega aku. tapi, tgh mlm aku terjaga...dekat kol 2am, badan Afiq Khair panas sgt. kasi dia mkn ubat. sambil tu aku basahkan kepala, badan dia. aku tak bleh nak lelap. sambil tu aku masukkan baju2 kotor dlm mesin basuh. sampai siap membasuh, aku tak terlena sbb aku dok ulang2 basahkan towel dan lap2 kepala, badan Afiq Khair. dekat kol 5am baru badan dia agak lega.


8 Jan 2011, Sabtu. lepas solat subuh, kejutkan Iman. siap sedia nak p kelas taekwondo. Afiq Khair dan Asha Zahra kat taska. itu pun Afiq Khair nangis2 nak ikut. aku takmo bawak le. serik dah. hari tu bawak semua anak ke orientasi sekolah Iman...hal yg berkaitan tak settle lagi, tapi Afiq Khair dah ngamuk ajak balik. nangis sakan lak tu. huhu...letih. tu yg hari nak mendaftar Iman ke kelab taekwondo aku tak bawak 2 dak kecik tu. sori sayang...aku p dgn Dikyah sekali. so, tau le Dikyah kat mana sekolah Iman. next time kalo ada emergency, boleh mintak tolong Makngah eh Iman eh...Siang ni, Afiq Khair tak demam. ptg, Dikyah nak balik dah sbb dia ada kelas sampai ke pukul 10 mlm. so, tinggal le aku dgn anak2. kol 10pm, badan Afiq Khair jadi panas semula. kasi ubat. tgh mlm dlm kol 12 gitu...aku terjaga dari tidur sbb terdengar Afiq Khair terketap ketap bibir sbb menggigil kesejukan. aku cepat2 bangun. selimutkan dia dan kasi ubat. tak boleh tido lagi aku...dok ulang2 lap kepala dan badan dia dgn towel lembap. sambil tu, aku terlelap le jugak...sbb ngantuk punya hal. tup tup...kol 2am lebih, ABANG sampai umah. ABANG balik awal sbb risaukan Afiq Khair. kesian ABANG. tapi aku lega sbb ABANG ada utk handle Afiq Khair.


9 Jan 2011. Ahad. Afiq Khair nampak sihat. alhamdulillah. anyway, hari ni birthday abah yg hensem la Afiq Khair. pagi masa breakfast...nyanyi sesama lagu happy birthday buat ABANG. takde hadiah special le ABANG...sorry banyak2. but, we love you so much!!! zutto aishiteru yo!


10 Jan 2011. Isnin. Afiq Khair kami pakaikan uniform Iman yg dulu2. agak besar buat Afiq Khair. tapi, ok la. kot2 dia mau bersemangat ke sekolah. bangun pagi tadi...sgt susah nak dibangunkan. nangis sakan dia takmo bangun. mandikan pun sambil nangis. hidung dia lak keluar darah. aduihhh...lemah semangat aku jadi nye. alhamdulillah Asha Zahra good mood pagi tadi. sampai taska, Afiq Khair takmo ikut K.nora dan kawan2 ke sekolah. mula nangis. terus aku drive ke sekolah. Turunka Afiq Khair yg nangis2 tu. tinggalkan dgn cikgu dia. doa dan harapan ku moga Afiq Khair cepat baik, cepat sihat, cepat dpt menyesuaikan diri dgn sekolah. amiiiin!!!





* Pjg juga entry kali ni. khas buat Afiq Khair..anakku yg selalu mama sayang.


Labels: , , ,

Tuesday, January 04, 2011

Happy New Year..2011!!

salam Tahun Baru..
Tahun ni memacam yg baru. especially sekolah baru buat Iman dan Afiq Khair. Iman masuk tahun 1 dan Afiq Khair masuk tadika. kemudian, bayaran utk neseri pun, dah berubah kpd new amount.
1 org baby yg usia bwh 3 tahun. (Asha Zahra)
1 anak yg transit tgh hari kejap, dan ptg after KAFA kejap. (Iman)
1 anak yg half day je kat neseri sbb half day lagi sekolah. (Afiq Khair)

transportation utk Iman pun bertukar. dah takde acik mas yg peramah layan anak2 dan selalu memuji Iman. last year, acik mas tolong amik n hantar Iman ..dari neseri ke tadika genius aulad... last sms dari acik mas, kekonon sempena perkhidmatan dia utk Iman tahun lepas dah tamat gituk.."Razan budak baik x pernah buat masalah, sentiasa sabar dan yg kelakarnye dia jadi rebutan budak perempuan".

tahun ni, owner neseri yg tolong amik Iman dari sekolah kebangsaan, hantar p KAFA dan amik dari KAFA. lega sket. tak risau pasal transport. ada kawan2 yg sama neseri akan naik sama dia. kalo tetiba owner neseri ada hal ke...time tu baru le pikir nak buat macam mana.

rutin harian pun berubah gak le. bgn awal pagi. aku berazam nak bgn seawal 5a.m. so, boleh siapkan "bentou" (bekal) utk Iman, ABANG dan aku sekali. tapi setakat ni belum lagi boleh bangun 5am. time aku nak bangun, selalu ada gangguan dari Asha Zahra. dok ngamuk nak mimik la...memacam. target utk membolehkan ABANG dan Iman keluar umah kol 7am belum berjaya dicapai lagi.

emmm...serba serbi berubah. macam2 lagi la. tapi, hati ku tak berubah. still ada CINTA yg mekar sentiasa buat suami tersayang, anak2 yg dikasihi dan keluarga yg dirindui selalu..insya-ALLAH.

Labels: , , , , , ,