Lambat
* Afiq Khair: Acha jgn nangis...kita amik gambar jom!*
* Afiq Khair: ha...senyum macam ni la Acha..*
pepagi bikin hati geram. ABANG dan Iman dah selamat keluar umah. pepagi sebelum kol 7 suku sbb nak berkejar supaya Iman dpt jejak kaki kat pagar sekolah sebelum kol 7 setgh pagi.
kat umah, kalo Asha Zahra dah bangun...mmg bingit le. dia sibuk nak suruh mama nye baring le sbb dia nak mimik sepuas hati. Afiq Khair nak kena dimandikan jugak. Afiq Khair tanak bangun bebaik. dia nangis melalak jugak sbb nak mandi dgn abah kata nye. dia mmg camtu. kalo abah yg kejutkan, nangis2 nak mandi dgn mama. kalo mama yg kejutkan, nangis2 nak dgn abah pulak. letih! siap baring2 kat dlm bilik air tu. aduh...jenuh memujuknye. bila mama kata, kalo Afiq Khair nangis2...nanti lambat keluar umah..pastu mama lambat pegi opis mama nanti kena marah dgn boss...baru le Afiq Khair diam. itu pun kejap2 merengek nak abah..nak abah. sambil tu Asha Zahra melalak nak mama jugak!
mmg kelam kabut. mama pun bersiap siap dgn hati panas. badan pun berpeluh peluh. suruh Afiq Khair abiskan sebotol susu pun susah. lepas tu, terus aje mandikan Asha Zahra sbb dia dah "buat hasil" kat dlm pampers. kalo idak, Asha Zahra mandi kat taska aje le sbb dah lewat camtu. tapi, kerana dia dah "buat hasil", tak sedap hati la pulak. kesian dia tak selesa...busuk lak tu. baik le mama dia mandikan dia wangi2. gosok gigi segala. kalo dah kat bilik air, mmg bersilat silat la kalo nak ajak dia keluar dari bilik air tu. aduih...tension nye..
nak keluar umah, Afiq Khair sibuk nak tepon abah la pulak. ha, dailkan aje nomo tepon abah dia. sambil dia bercakap2 kat tepon, aku pun sibuk mimikkan Asha Zahra la pulak. at last, kol 8 lebih gak le kuar umah. walhal, sekolah mula kol 8am tau!!
sampai dpn sekolah, Afiq Khair tanak turun. dia tanak pakai selipar. dia suruh p taska amik kasut dia yg tertinggal kat sana masa last week. terpaksa le aku p patah balik ke taska. hantar Asha Zahra, hantar beg pakaian anak2 dan amik kasut Afiq Khair. lepas tu, p sekolah dan turunkan Afiq Khair. huhuhu...kol 8.20 baru masuk sekolah. minta maaf le ek cikgu, Afiq Khair lewat dtg sekolah. adoi!!! mmg panas je pepagi tu.
anyway, kerenah anak2 ni mmg memacam le. menguji kesabaran sungguh. tapi aku tak putus harap dan doa moga anak2 semua nye jadi org yg beriman, org baik2, org bertaqwa, org yg kasih kpd ALLAH, Rasul, mama dan abah serta keluarga, jadi org yg tinggi kesabaran nye dan tenang, sejahtera selalu. amiiiin!!! mama sayang sgt kat abang Iman, abang Afiq Khair dan Asha Zahra!!! I love u so much. (of course mama sayang sangat sangat kat abah nye juga!!! :-) )
penangan byk kes "jem" hari ni...aku masuk opis pun agak lambat. dekat kol 9 suku gituk! My dear boss, kaisya ni okurete kite, taihen moushi wake arimasen ne. (I'm really sorry for coming late to the office).
Labels: Afiq Khair, Aku, Asha Zahra, Gambar, Keluarga
2 Comments:
fith faham amat dgn perasaan kak noora,sama ler kita kak.tp fith bila dah marah2 suara pun jd ala2 petir menyabung laa,haha.tensyen bila anak buat hal,nak2 time kita kalut nak cepat.sabar je la kan,moga2 bila besar nanti diorg mendamaikn hati kita...
fith, tu le. mmg panas je pepagi tu kalo nak ngadap kerenah anak2 yg meragam tu. mmmm...mmg kena byk2 sabar, byk2 solawat dan ingat ALLAH. amiin!! moga anak2 kita akan boleh mendamaikan hati kita in future...kan..
Post a Comment
<< Home