Diari Afiq Khair bersekolah
Afiq Khair, awal2 nye mmg bersemangat nak sekolah. beli beg sekolah & pencil colour (even takyah beli pun sebenarnye sbb kat tadika dah sedia ada alat tulis semua tu. tapi dia jeles tengok abang Iman ada colour baru...). masa buat pendaftaran sekolah pada 31 dec 2010 kat Tadika Nur Ummi, Afiq Khair OK aje. ceria dan bersemangat. pegi salam semua cikgu yg ada.
1st day of school, 3 jan 2011. lepas hantar abang Iman ke Sek Keb...aku dan ABANG pegi hantar Afiq Khair pulak ke sek tadika. ABANG tunggu kat kereta. Aku je pegi hantar Afiq Khair ke pintu sekolah. sampai pintu je, Afiq Khair terus peluk2 aku takmo p sekolah kata nye. aduhh..dah bermula drama nye!! aku pujuk, cikgu pujuk...kawan2 taska (neseri) dia yg bersekolah kat situ pun dtg pujuk. tapi Afiq Khair tak mau termakan pujuk2 tu semua. adehhh.. Cikgu kata, kalo nak tinggalkan pun takpe. nanti tau le cikgu2 nak pujuk dia. aku pun terus angkat kaki. Afiq Khair apa lagi...menangis le!! huhu.. dah agak tgh hari, sms cikgu. kata cikgu nye Afiq Khair dah senyap. cuma dok beriba je dgn cikgu nye. uhuk! balik umah...mlm nak tido tu, kami pujuk2 Afiq Khair. Then, Afiq Khair kata...esok nak p sekolah dgn k.siti (kakak taska dia.)
2nd day of school, 4 Jan 2011.Aku hantar Asha Zahra dan Afiq Khair kat taska. Afiq Khair agak ceria dan bersemangat. K.siti nye p hantar ke sekolah...jalan kaki dari taska ke sekolah dgn kwn2 lain. seronok la dia. K.Siti nye sms, kata Afiq Khair OK je. ptg tu, K.siti kata cikgu bagitau, Afiq Khair dah dekat nak waktu balik ..dia termenung je kat sekolah. dok sebut2 "Abang Iman" la.."mama" la.. tapi bila balik taska, dgn kwn2, dia seronok bercerita pasal sekolah. cuma, 2 hari bersekolah ni, Afiq Khair takmo mkn/minum kat sekolah. balik mlm tu, aku pujuk2 supaya Afiq Khair mkn le kat sekolah. Dia mau! angguk2.
3rd day of school, 5 Jan 2011. Afiq Khair p sekolah dgn K.Siti lagi. pagi ni dia tak ceria mcm semlm. sampai sekolah, dia nangis2 nak ikut k.siti balik taska. tapi, kwn taska dia yg ada kat sekolah tu (Danish), pujuk2 dia. alhamdulillah mau diam. tapi, ptg tu, Afiq Khair mula demam. kesian nye.. stress kerana sekolah ke?
4th day of school, 6 Jan 2011. Afiq Khair tak sekolah. kami rehatkan kat taska sbb demam. mlm tu, agak panas badan dia. ABANG bawak p klinik. Afiq Khair dah siap cakap, dia takmo sekolah dah. huhu... kasi ubat demam pun panas badan tak berapa berubah. still panas. aku kejap2 terjaga, lap2 badan, kepala dia dgn tuala lembap.
5th day of school, 7 Jan 2011. Afiq Khair cuti lagi kat taska. ABANG kena p KL sampai Ahad sbb ada conference. ptg tu on the way balik dari keje, Anne (owner taska) telefon...kata nye badan Afiq Khair panas sgt...dan dia menggigil. dah selimut semua pun masih kesejukan. aku panik gak. nak cepat je sampai taska rasa nye. sampai taska, nampak muka Afiq Khair pucat. badan panas sgt. sampai umah, aku cepat2 mandikan dia. Asha Zahra lak sibuk nangis2. ya Allah, Asha Zahra.. sabar le nak. Abang Afiq Khair demam teruk ni. mama sakit kepala memikir nak kena buat semua benda ni. uhuk! semput aku nak uruskan Afiq Khair, dukong Asha Zahra lagi.. Alhamdulillah abang Iman nye ada. abang Iman pun tolong jaga Afiq Khair. Afiq Khair terbaring lesu. berselimut. Aku dan Iman bergilir solat dan melembapkan badan Afiq Khair dgn towel basah...Mlm tu, lps maghrib adikku; Dikyah dtg menemankan. alhamdulillah ada M.Ngah..kan Iman..kan ..alhamdulillah Asha Zahra mau dgn M.Ngah. huhu.. lepas Isya', Afiq Khair dah mau bangun. panas badan dah kurang. dia mau bermain, mkn, minum. lega aku. tapi, tgh mlm aku terjaga...dekat kol 2am, badan Afiq Khair panas sgt. kasi dia mkn ubat. sambil tu aku basahkan kepala, badan dia. aku tak bleh nak lelap. sambil tu aku masukkan baju2 kotor dlm mesin basuh. sampai siap membasuh, aku tak terlena sbb aku dok ulang2 basahkan towel dan lap2 kepala, badan Afiq Khair. dekat kol 5am baru badan dia agak lega.
8 Jan 2011, Sabtu. lepas solat subuh, kejutkan Iman. siap sedia nak p kelas taekwondo. Afiq Khair dan Asha Zahra kat taska. itu pun Afiq Khair nangis2 nak ikut. aku takmo bawak le. serik dah. hari tu bawak semua anak ke orientasi sekolah Iman...hal yg berkaitan tak settle lagi, tapi Afiq Khair dah ngamuk ajak balik. nangis sakan lak tu. huhu...letih. tu yg hari nak mendaftar Iman ke kelab taekwondo aku tak bawak 2 dak kecik tu. sori sayang...aku p dgn Dikyah sekali. so, tau le Dikyah kat mana sekolah Iman. next time kalo ada emergency, boleh mintak tolong Makngah eh Iman eh...Siang ni, Afiq Khair tak demam. ptg, Dikyah nak balik dah sbb dia ada kelas sampai ke pukul 10 mlm. so, tinggal le aku dgn anak2. kol 10pm, badan Afiq Khair jadi panas semula. kasi ubat. tgh mlm dlm kol 12 gitu...aku terjaga dari tidur sbb terdengar Afiq Khair terketap ketap bibir sbb menggigil kesejukan. aku cepat2 bangun. selimutkan dia dan kasi ubat. tak boleh tido lagi aku...dok ulang2 lap kepala dan badan dia dgn towel lembap. sambil tu, aku terlelap le jugak...sbb ngantuk punya hal. tup tup...kol 2am lebih, ABANG sampai umah. ABANG balik awal sbb risaukan Afiq Khair. kesian ABANG. tapi aku lega sbb ABANG ada utk handle Afiq Khair.
9 Jan 2011. Ahad. Afiq Khair nampak sihat. alhamdulillah. anyway, hari ni birthday abah yg hensem la Afiq Khair. pagi masa breakfast...nyanyi sesama lagu happy birthday buat ABANG. takde hadiah special le ABANG...sorry banyak2. but, we love you so much!!! zutto aishiteru yo!
10 Jan 2011. Isnin. Afiq Khair kami pakaikan uniform Iman yg dulu2. agak besar buat Afiq Khair. tapi, ok la. kot2 dia mau bersemangat ke sekolah. bangun pagi tadi...sgt susah nak dibangunkan. nangis sakan dia takmo bangun. mandikan pun sambil nangis. hidung dia lak keluar darah. aduihhh...lemah semangat aku jadi nye. alhamdulillah Asha Zahra good mood pagi tadi. sampai taska, Afiq Khair takmo ikut K.nora dan kawan2 ke sekolah. mula nangis. terus aku drive ke sekolah. Turunka Afiq Khair yg nangis2 tu. tinggalkan dgn cikgu dia. doa dan harapan ku moga Afiq Khair cepat baik, cepat sihat, cepat dpt menyesuaikan diri dgn sekolah. amiiiin!!!
* Pjg juga entry kali ni. khas buat Afiq Khair..anakku yg selalu mama sayang.
* Pjg juga entry kali ni. khas buat Afiq Khair..anakku yg selalu mama sayang.
Labels: Abang, Afiq Khair, Aku, Keluarga
0 Comments:
Post a Comment
<< Home