Monday, August 30, 2010

Balik kampung lagi

Weekend semalam ni...aku sekeluarga balik kg. jumaat dah coti Nuzul Quran. hari Khamis mlm, ABANG dah ajak bertolak balik kg terus ke sabak bernam. umah kg ABANG. Jumaat pagi bersahur di sabak bersama mak abah mentua.





sabtu pagi seawal lps subuh dah bersiap utk balik ke kg aku, sekinchan. mak ABANG dpt tepon, kata nye pakcik sedara kpd mak dah meninggal. sakit kat spital klang. so, mak n abah nak p ziarah jenazah, ajak ABANG sekali. ABANG soh aku siap2, on d'way ke Banting (umah arwah tok sedara tu), ABANG turunkan aku dan anak2 di sekinchan.





so, sepjg hari Sabtu kat sekinchan...aku dgn anak2 tanpa ABANG. alhamdulillah ada mak abah ku serta adikku; dikyah n ida tolong layan anak2. Afiq Khair kalau takde abah dia, elok je. tak ngamuk2 dan tak manja melampau. elok je dia melekat dgn abah aku. bercakap mulutnye tak henti2. tgh hari, time org berehat dan tidur...kedengaran suara Afiq Khair dok bercakap tak henti2. ada je yg dia nak borakkan dgn atuknye. mmg good boy je dia.





Sabtu mlm, dekat kol 9pm gitu ABANG sampai sekinchan. Afiq Khair tgh tidur masa tu. dok terdengar suara ABANG kot, dia terjaga. terus merengek, ngada2 semacam. dia mmg! kalo ada abahnye cenggitu le. tak kasi chance langsung abah dia nak berehat dan berlibur. ngamuk tak sudah2. nak berdukong macam baby sentiasa. sabtu mlm tu gak, adikku; baya sekeluarga sampai. so..kat rumah masa tu yg takde cuma Misa dan Diba je la.





Ahad, lepas solat subuh..seperti yg dirancangkan...aku dan adik beradik dok jalankan projek membuat kuih raya. kami buat biskut "gampir". biskut yg mmg bwk byk kenangan kpd kami adik beradik. dulu masa kecik2, tetiap thn mmg kami akan buat biskut gampir ni. biskut kegemaran kami sekeluarga!! nostalgia nye. dah lama kami tak buat kuih raya beramai ramai, gotong royong cenggitu. seronok tak terkata. selain biskut gampir, sempat gak kami buat cornflakes madu...kuih kegemaran anak2 dan mak budak jugak. ehehhe.. puas hati!! paling aku perasan, mak nampak happy sgt. sambil nyusun kuih2 tu semua ke dlm balang. mak tersenyum bahagia. seronok agaknye, kami adik beradik dpt buatkan kuih kegemaran kami sekeluarga. cuma nye, tak sempat la pulak nak bersihkan rumah seperti yg mak harapkan. sbb, dah tgh hari tu, masing2 dok sedap layan tidur je. huhu... aku kalau dah mimikkan Asha Zahra, mesti terlena sekali. selalu sgt macam tu. harap2 sebelum raya nanti, kami sempat le gotong royong bersihkan rumah dan bilik masing2. sorry ye mak!





Ahad ptg, aku ajak ABANG p kilang kerepek dan bahulu kat parit 7. memborong kerepek, jajan dan bahulu gulung le kami. lepas tu p PARAM kat pasir pjg. beli kuih lopez, air tebu, air tembikai (kegemaran Iman) dan lauk2 sikit (utk juadah sahur aku, ABANG dan Iman pagi tadi). lepas solat tarawikh, aku sekeluarga bertolak balik ke putra heights. jln agak jem kat tg karang. letihnye... dekat pukul 1 am kami sampai rumah. anak2 dah tidur lena... alhamdulillah selamat sampai rumah...






Balik kg mmg seronok. lagi2 dpt jumpa ramai2 sekeluarga. dpt buka puasa , bersahur beramai ramai. mmg meriah. pelbagai juadah yg dpt disediakan secara gotong royong. dpt mkn pucuk ubi masak lemak, bubur lambuk dpt free dari masjid, grg pisang, grg cempedak, kuih kasuwi, keladi masak asam pedas, ayam masak kicap, mi hailam, pecal, dan macam2 juadah lagi. alhamdulillah syukur kpd ALLAH yg melimpahkan rezeqi ke atas hamba2 NYA. selain tu, bila dah berkumpul beramai ramai gitu, macam2 cerita yg nak digossip-kan. masing2 nak bersuara. masing2 nak bercerita. ehhehe... anak2 pun seronok. main tak hingat. riuh! Iman, Afiq Khair, sepupu2 diorg...Nabil dan Najah Hani. balik kg Sabak kali ni, ada Zafri aje le...(anak kak Yu..kakak nomo 2 kpd ABANG). Asha Zahra pun puas dok "tawaf" rumah nenek nye.





next, balik kg lagi..time sambut raya nanti la. tak sampai lagi 2 minggu. insya-ALLAH. moga dipjgkan umur dan kesempatan utk kami berkumpul lagi.

Labels: , , , , , , ,

Thursday, August 26, 2010

Nuzul Quran.

yeayy yeayy...esok coti. 3 hari coti berturut turut. mesti la balik kg. insya-ALLAH. boleh sahur dan buka puasa dgn family. beramai ramai.

anyway, sempena coti Nuzul Quran esok, mari kita sama2 meningkatkan amal ibadah. bukan hari ni saja. bukan esok saja. tapi, moga berterusan sampai bila2... selamat bercoti semua. artikel kat bwh ni utk tatapan dan ingatan semua. termasuk la utk diri cikpuan ume sendiri...yg mudah lupa ini. ni, kira belajar semula la..tentang peristiwa Nuzul Quran.

hasil copy n paste dari:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran

NUZUL QURAN
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Wednesday, August 25, 2010

Susu


aku sgt sedih. pikiran agak tak keruan sebenarnye.
Asha Zahra, dgn usia setahun sebulan seminggu..cukup setakat itu je lah dia dpt aku berikan sepenuhnye "susu mama". semalam, secara rasmi di neseri..terpaksa kasi susu formula dah sbb susu ebm nye sudah abis stok!! hari2 aku dok pumping. tapi, lately, mmg makin berkurangan le jumlah susu ebm yg dpt aku keep stock. kesian Asha Zahra. terkulat kulat agaknye dia nak menelan susu "moo moo" tu. uwerkkkk!! kata penjaga kat neseri, Asha Zahra tanak minum sgt susu "moo moo" tu. dia minum sikit2 je. alahai kesian Asha Zahra..mengenangkan itu, rasa sgt sayu hati aku.
masa Iman dan Afiq Khair, aku kurang ilmu bab2 penyusuan susu ibu secara ekslusif ni. tak study pun cara2 simpan susu ebm..pasal pumping dan sebagai nye. mmg BF-kan diorg sepenuhnye masa 2 bulan lepas kelahiran. bila aku mula masuk kerja semula, aku ikut dan aje pump (tu pun just manually by hand and buat kat umah sahaja bila rasa free dan terasa "tank" penuh)..dan kasi susu ebm ke neseri sikit yg amat. maksudnye, bila mula masuk kerja, Iman dan Afiq Khair dah mula merasa susu "moo moo". utk Iman, aku masih kasi BF bila dia ada bersama aku. sampai usia dekat 2 tahun jugak le. masa Afiq Khair, setakat usia setahun 3 bln aje, aku dpt BF-kan dia, dan bercampur dgn susu "moo moo" sbb masa tu, aku didapati hamil-kan Asha Zahra. doktor advice, better berhentikan penyusuan sbb aku pun ada rasa sakit perut, ala2 macam contraction di rahim. so, terus aje Afiq Khair terpaksa kami kasi dia susu "moo moo" sepenuhnye dlm usia setahun 3 bln itu. kesian, kan???




aku harap, dpt terus BF-kan Asha Zahra sampai dia umur 2 thn..even terpaksa campur dgn susu "moo moo". tapi, aku doa dan berharap sgt supaya kembali dpt hasilkan susu yg byk sangat-sangat byk dan boleh kasi Asha Zahra minum susu mama sepenuhnye kembali!! ganbarou ne, Asha Zahra!!

Labels: ,

Tuesday, August 24, 2010

Cornflakes Madu




Sabtu, 21/8/2010. pagi2 p hantar anak ke neseri. Aku p hantar kereta kancil utk premium service kat perodua, then ikut naik kereta wira dgn ABANG p ronda putra heights. tengok2 mana le branch tadika Genius Aulad yg akan dibuka kat putra heights next year.. pusing abis putra heights, kain rentang nye pun tak nampak. betul ke genius aulad nak dibuka kat putra heights ni? ish...musykil




then, p Giant pulak. shopping bahan2 nak buat Cornflakes Madu. bersemangat lak nak try buat biskut ni. adik2 aku kata simple dan senang bangat. kena cuba ni!! seumur hidup, ni le 1st time nak try buat biskut ala2 kuih raya sendiri.




ahad, 22/8/2010...ABANG kemas rumah, settle-kan laundry etc. anak2 pun elok je perangai termasuk Asha Zahra. maka nye aku pun pepagi tu dok mulakan projek buat kuih cornflakes madu. Iman tolong susun mangkuk kertas kat dlm dulang dan tolong boh "star" serta coklat utk hiasan kat atas cornflakes madu yg telah dibubuh ke dlm mangkuk kertas tu. seronok lak Iman nak tolong mama buat kuih raya.




CORNFLAKES MADU dari resepi baya (adikku yg montel).




Bahan-bahan:-
1 bungkus cornflakes yg isi nye ada 500g.
1/3 bahagian drpd sebuku (250g) butter.
1 cawan madu.

1-2 sudu gula (aku tak bubuh pun).

bahan utk hiasan, ikut suka le. boleh boh coklat rice/ bijan/ kacang/ etc.




Cara-cara:-
1. panaskan butter dlm kuali di atas api dapur.

2. bila butter mencair, masukkan madu. kalo nak boh gula, masuk sekali lah.

3. bila semua bahan nampak dah sebati, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit. tutup api dan kacau rata semua bahan.

4. boleh mula panaskan oven dulu.

5. sudukan campuran cornflakes ke dlm mangkuk kertas. kemudian hiaskan dgn coklat rice atau apa saja yg digemari dan ada dlm simpanan di rumah.

6. bakar dlm oven, suhu 180 darjah celcius, api atas dan bawah, selama 5-7 minit.
7. bila siap dibakar. sejukkan dulu, baru simpan ke dlm bekas kedap udara.
ps: lepas siap dibakar, Afiq Khair dok ulang alik p amik, dan suap ke mulut. sedap sgt ke? tu pun, aku paksa stop dari makan lepas tgk dia mkn bersepah dgn Asha Zahra kat ruang dpn tv. baru le dia berenti mkn. abang Iman nye hot jek nengok. sbb tak bleh join mkn...puasa. Iman takut adik2 nye mkn kasi perabis. ish ish...banyak lagi Iman. sabar ek. buka puasa hari tu, dia pun pulun mkn cornflakes madu..
pst..pst...gambo cornflakes madu yg hodoh tu, ku tepek je le kat sini ek. kasi penuh ini entry. 1st time try buat...mmg senang je rerupa nye ek. tapi, ada 1 trip tu ter-over lama dlm oven. agak "hangut" la...(hangut tu bahasa iman. hasil gabungan hangit dgn hangus kot?). pastu, ada tu, cornflakes nye tak berapa melekat...sbb apa ek? kena biarkan betul2 panas dan lama sket (dlm 5-7 minit le) dlm oven baru dikeluarkan kot ek? sbb, aku punya tu, tak berapa check pun berapa lama aku boh dlm oven. kejap je rasa nye sbb aku takut "hangut"!! ahahha.. tu pun, ada gak yg hangut sbb aku terleka layan anak2 kat dpn tv.
emm...next, nak buat biskut apa pulak...ek???

Labels: , , , , , , ,

Monday, August 23, 2010

Puasa

Mentang2 Ramadhan..maka nye nak cerita kisah dlm bulan Ramadhan je la ek? layan jek la..

Iman dah 6 thn. so, thn ni mmg aku dan ABANG nekad nak paksa Iman mula berlatih berpuasa. hari pertama puasa..kejutkan dia bersahur. cergas je dia bangun dan bersemangat utk bersahur. lps sahur, dia duduk borak2 dgn ABANG. mmg sihat. celik mata. tak tidur pun lepas sahur.

masuk hari ke 2 bersahur, mmg payah sgt nak kejutkan Iman bangun. siap kena pimpin dgn ABANG p cuci muka kat sinki. dah dok kat meja mkn pun...mata masih pejam. at last, ABANG terpaksa suapkan dia nasi. maka nye, mkn, mengunyah le anak teruna ku itu dgn mata terpejam rapat!! nak gelak pun ada. sbb dia mkn sambil pejam mata, aku pun saja je boh sayur kat pinggan dia. letak je le apa2 pun. kang ABANG suapkan ke mulut Iman, Iman pun nganga, kunyah dan telan. kalau mata celik tu, dia pandai pilih2 nak mkn apa...taknak mkn apa. ni, sbb pejam mata, kasi jek kat dia. apa yg disuap, itu yg dia telan. ekekke...tanpa byk soal. padan muka!

adui...sampai ke pagi tadi, Iman masih lagi macam tu. bangun sahur, mkn dgn mata terpejam. ABANG yg suapkan dia mkn. kadang2 je kalo aku abis mkn dulu, aku tolong settle-kan suap Iman mkn. lepas abis mkn nasi, paksa Iman mkn kurma, pastu minum secawan susu, minum air milo panas sket, dan minum air putih. kadang2 dia jadi segar le lepas mkn/ minum tu. pandai lak dia mintak nak mkn coco-crunch dgn dituang susu. lepas abis mkn/ minum sahur, Iman pun layan tidur semula. huhu...

belum lagi kalo p shopping kat PARAM. membeli juadah berbuka puasa tu...byk membeli ikut selera Iman dan Afiq Khair je. mesti dahulukan beli apa yg diorg nak. kalo dah cukup byk, takde le kami nak beli makanan kegemaran kami dah. lauk2 utk sahur pun kami beli siap2. ish, takmo le aku susah payah nak masak2 ni. kang kejap2 Asha Zahra dok ngamuk nak dukong dgn aku. kejap2 terpaksa p menjengah api dapur. kelam kabut. letih la. baik le beli aje. seada nye saja. masak nasi..sudah. pagi nak sahur tinggal panaskan segala nye. siap! so, ada le masa sket utk aku beribadah. Asha Zahra setakat ni, kalo kita solat/ ngaji ..dia boleh nampak yg mama nye ada kat dpn mata nye, OK aje dia. Asha Zahra akan main sendiri dok pusing sana, pusing sini. cuma, kalo dah letih dan dahaga je, dia merengek. tunggu kat tepi aku sampai aku abis solat. lepas je toleh bagi salam lepas solat, terus dia dtg terkam aku mintak "mimik". alhamdulillah.

mlm tadi, lepas solat tarawih...Iman sibuk2 ajak mkn nasi. nak sahur kata nye. aku kata, belum lagi waktu sahur. dia kata, kalo camtu, Iman tanak tidur la. nak tunggu waktu sahur. Abahnye terus kata, "mana boleh! kena tidur dulu sbb lama lagi nak tunggu waktu sahur. kol 5 pagi esok..". adui...agaknye Iman dok pikir, sahur siap2 sebelum tidur. kang tak le sibuk nak bangun pagi utk sahur dah. malas bangun sahur le kot tu...!!! hahaha!!

okey la. selamat meneruskan ibadah di bln Ramadhan yg mulia ini...

Labels: , , , , ,

Thursday, August 19, 2010

Selepas seminggu Ramadhan

alamak!! lama nye tak update. seminggu gituk. cikpuan ume sgt busy le. keje2 kat opis ni berlambak. ditambah pulak last week dari rabu ptg sampai jumaat aku terpaksa amik coti. jaga Asha Zahra kat umah.




rabu tu, 1st ramadhan..kan? 1st day puasa gituk. tgh hari tu dpt sms dari school, kata Asha Zahra meragam. takmo diletak, nak dukong je. pastu nampak tak berapa sihat dan naik chickenpox kat badan nye. terus aku tak senang nak buat keje. baik le aku balik umah. drpd dok opis tapi pikiran dok ingat anak je.




amik Asha Zahra kat school, terus aku p klinik. doktor kata, tu bukan chickenpox, tapi HFMD. Hand Food and Mouth Disease. owh...ye ke. tumbuh bintik2nye mmg kat kaki, tgn, mulut je. byk kat lutut dan siku. kat tapak tgn, tapak kaki, tekak, dlm mulut, tepi mulut pun ada. doktor kasi antibiotik utk dimakan dan ubat sapu.




punca nye, doktor kata..sbb keadaan persekitaran yg tak berapa bersih. tu, yg utama. bila aku sms kasi tau kat pengetua school, dia macam tak tau lak apa itu HFMD. ditanya nye balik kat aku punca nye apa ek? huhu...kawan2 aku dok kata, kalo taska yg prihatin dan bertanggungjwb, depa patut report kat kementerian kesihatan. pastu taska kena tutup buat sementara, dan kena buat kerja2 pembersihan taska sambil di-monitor dek kementerian kesihatan. wallahua'lam.




so, sejak rabu ptg sampai jumaat...aku dok lepak kat umah je le jaga Asha Zahra. mmg jaga anak je. tak buat keje lain. huhu..tak bleh nak buat keje lain. Asha Zahra sibuk nangis kalo mama dia p jauh dari dia. nak bangun p toilet ke, solat ke...pun dia sibuk nangis.




gara2 Asha Zahra kena HFMD gak le, aku tak dpt nak join gathering buka posa dgn adik beradik ABANG dan mak abah ABANG di puncak alam. umah kakak (kaklong ABANG). kebetulan k.akish (kak ipar ABANG) yg ngikut abg jali kat dubai tu balik m'sia sbb ada meeting kat KL. dia balik siap bawak baby Khaleefa tu. khaleefa yg hensem. tapi, agak terkilan le sbb aku tak dpt nak jumpa diorg. ABANG p sana dgn Iman dan Afiq Khair je. aku tinggal kat umah. buka posa dgn Asha Zahra je. tu pun Asha Zahra dok ngamuk2 masa buka puasa tu. hhuh..




sabtu, 14/8/2010, aku sekeluarga balik kg. rindu nye kat kg. jumpa adik beradik dan buka puasa/ sahur bersama sama. tu pun, tak cukup geng sbb adik aku; diba dan ida serta suami nye tak dpt balik kg..on the way balik ke kg tu, kami singgah tg karang. shopping baju raya. dpt beli baju raya anak2 lanang je le. (lanang is in jowo. BM nye ialah lelaki). tu pun jenuh dok handle kerenah diorg. dah la panas terik. Afiq Khair ngamuk2 nak gula2. gula2 nye kami simpan dlm kereta...tak bawak masa turun shopping. selagi tak dpt gula2 dia tu, ngamuk sakan le dia. nak acu-kan baju melayu ke badan dia pun payah. nyampah sungguh. iman pulak, tetiba je ngada2 kata sakit perut. lapar. nak makan. huh!!! geram sungguh. kebetulan masa sampai tg karang tu, kami parked kereta kat area dpn KFC. tu yg ligat Iman dok sibuk nak makan. siap nangis2 teresak tu...masa dlm kereta lps shopping. huhu...Asha Zahra ngamuk sikit2 je.




sampai kat kg...dok tgk tv cerita kartun la..dan cerita apa2 ntah, leka la pulak anak2 tu. dah jumpa sepupu2..main kejar2 lagi tu...boleh pulak Iman lupa kat sakit perut nye tu. lupa gak kat rasa lapar dia tu. huhu...alhamdulillah selamat sampai maghrib puasa Iman hari sabtu tu.




Ahad, 15/8/2010. bertolak balik kg ABANG kat sabak pulak. singgah sg besar. shopping baju raya lagi. dpt le baju utk ABANG. aku yg pada mula nye tanak beli baju raya utk thn ni... tetiba tukar pikiran bila jumpa baju yg kaler nye boleh ngam dgn baju melayu ABANG. ahahha. sabar je le. RM59 je sepasang. ok la tu. tgh shopping kat Pari collection kot, yg dekat2 Arked Man tu, terserempak dgn Rin...member sekolah masa kat mrsm jasin dulu. wahh...dia pun shopping baju raya gak. ehhe..




sebenarnye, jumaat, 13/8/2010, ABANG amik coti. aku pun kebetulan coti jaga Asha Zahra...kan? kami sempat p confirmkan kemasukan darjah 1 Iman ke sekolah utk thn depan. lepas tu p shopping kat PKNS dan SACC kat shah alam. pusing sana, sini pun, tak jumpa baju raya nye. dpt saiz, tapi kaler tak cantik. dpt kaler lawa, jahitan tak kemas pulak.. ish... atlast, utk baju raya kami sekeluarga, dpt settle dgn shopping kat kg sahaja. huhu..alhamdulillah. rege pun ok. tak mahal mana. baju Asha Zahra je takde. pakai skirt atau yukata je la ek? Asha Zahra kecik lagi...tak pakai baju kurung, ok tak? hehhe..




so, ahad tu kami buka puasa di Sabak. dgn MIL dan FIL sahaja. sempat jejak kaki ke PARAM (pasar ramadhan) kat pekan parit baru tu. ramai nye manusia. penuh PARAM. semua org balik kg ke? huhu..




lepas buka puasa, kami terus siap2 dan bertolak balik ke putra heights. jalan pun jem. mmg ramai org dok balik kg kot?!! next, coti nuzul quran pulak nak balik kg. time tu pun, agaknye ramai org balik kg juga. huhu...jln jem lagi!!! takpe. sabar2...sabar.. dpt jumpa family, dah cukup bagus dan amat berbaloi kalo nak bandingkan dgn jalan yg jem tu.




*************************


pagi tadi bgn lambat!!! tu pun ABANG yg kejut pada pukul 5 setgh lebih. cepat2 minum se-mug susu segar, se-mug air putih dan sebiji kurma. huhu...lepas tu baru le kejutkan Iman. takpe le..baru belajar puasa. mkn sahur dah dekat waktu subuh gituk Iman.






Labels: , , , , , , ,

Monday, August 09, 2010

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan 1431H

tak rabu ni, khamis ni le mula Ramadhan 1431H.
ptg esok org p tgk anak bulan. tapi, dlm kalendar dah mmg dok tulis rabu ni la start ramadhan. insya-ALLAH.

so, buat semua sahabat2 muslim di seluruh dunia.. (chehwah! macam le blog aku ni dibaca oleh manusia sedunia ek..).. salam Ramadhan buat semua. moga segala ibadah, amalan dan urusan kita dipermudahkan dan diberkati oleh ALLAH. selamat berpuasa, bersahur, bertarawikh dan melipatgandakan lagi usaha dlm mencari keredhaan YANG MAHA KUASA. mohon maaf banyak2 atas segala salah silap dan patah2 perkataan yg mengguriskan hati semua, sama ada yg sedar atau tak sedar. mohon ampun tau!! betul2 mohon ampun dan maaf nih!!

tahun ni agak gementar nak menghadapi Ramadhan. moga aku kuat dan tabah utk hadapi sebulan puasa yg penuh dgn keberkatan ini. moga asha zahra dan afiq khair tak ngamuk dan tak kacau masa mama, abah dan abg iman nye bgn bersahur. moga mama mudah nak prepare segala nye utk sahur. moga Iman mudah utk dibangunkan bersahur. thn ni 1st time nak ajak iman prektis betul2 ibadah puasa. kalo thn lepas, ikut suka dia saja. puasa masa kat sekolah aje. thn ni, kena prektis betul2. bgn sahur sama2 mama dan abah. tahan puasa dan jauhi perkara2 yg boleh membatalkan puasa hingga ke waktu berbuka. moga asha zahra dan afiq khair tak byk ragam. supaya mama dan abah mudah nak beribadah dgn tenang dan khusyu' serta tawaddhu'.
amin!!!!

Labels: , , , , , ,

Sunday, August 08, 2010

bermain air


IMAN MMG EXCITED NAK P MAIN AIR.afIQ AGAK TAKUT NAK MASUK DLM AIR. ABANG DUKONG N PAKSA RENDAMKAN BDN AFIQ KE DLM AIR. TERJERIT LA DIA. ASHA ZAHRA PUN SERONOK DPT MAIN AIR. MLM TD LPS BERBBQ KAT HOTEL, ABANG BWK KAMI RONDA PD. ALAMAK BAZAAR TU DAH TAKDE. PSR MLM JE  ADA. TP KAMI P KE KEDAI BADEN BADEN BUNDLE! MURAH! SWEATER UTK IMAN N AFIQ KHAIR REGE NYE RM5 SETIAP 1.

Saturday, August 07, 2010

testing

SAJA SUKA2 UPDATE GUNA HENSET..ALAMAK! TAPI SGT MENDOKUSAI LA PULAK...CIKPUAN UME SEKELUARGA DAH DI RESORT KAT PD.EH BUKAN RESORT SGT TAPI FELDA RESIDENCE PD.

Friday, August 06, 2010

Razan Asha Zahra

Minggu ni aku sgt busy. keje opis berlambak. semua nak kena buat urgent. sampai tak tau mana nak capai dulu. tapi, paling sakit hati bila pompuan jepun tu pandai cakap aje. bila aku mintak dia cuba buat dan tunjukkan cara kat aku, dia laaaagi failed. semua dia tak tau. aku pun penat lor!! ada byk lagi belum settle ni.. nak mulakan pasaran product baru!! adoi..





anyway, nak cerita kisah si comel asha zahra yg dah setahun 3 minggu. lepas amik cucuk imunisasi setahun punya on last saturday...dia ok saja. tapi, start awal pagi isnin, 2 aug...dia mula suam2 badan nye. aiseh. demam ke? tapi she looked sihat je dan bertatih sana sini kat dlm umah sebelum kami keluar hantar ke neseri. aku tak berapa sedap hati masa drive p keje pagi tu. tup tup...nak sampai parking kereta kat opis, dak neseri tepon. kasi tau yg asha zahra demam. badan panas dan menggigil badan nye. terus aku kasi tau boss yg aku nak amik coti. balik umah dgn asha zahra. so, isnin tu seharian dok jaga asha zahra je. aku kalo jaga anak2 sakit ni, aku sendri pun tak cukup mkn jadi nye. semua serba tak kena. dgn anak merengek dan nak berdukong je. bila masa aku boleh mkn? sambil dukong asha zahra, aku sempatkan gak le jamah roti, serunding daging dan sempat gak masak bubur nasi buat mkn tgh hari kami. huhu.. tu pun dok kelaparan gak nak nunggu dinner. adoi!

Asha Zahra tgh tido. mama dok pulun lap dia dgn towel lembap pastu balut perut dan kepala dia dgn towel2 tu. kalo dia jaga...mesti dia tolak2 towel2 tu semua. tak suka basah2 kot!!



alhamdulillah..demam dah ok. asha zahra dah sihat. tapi, tinggal manja nye je yg tak hilang lagi. sibuk nak berdukong jugak dgn mama. tak berapa nak dgn abah dia. kesian abah.. kesian gak kat mama sbb tak senang nak buat apa pun. sakit bahu...sakit tgn...sakit badan mama dok dukong dia sambil settle macam2 keje umah. alhamdulillah asha zahra ada abah yg sgt rajin dan ringan tulang. tolong kemas umah, tolong settle-kan laundry, tolong kemas sinki dgn cuci pinggan2 kotor, etc.. alhamdulillah!!! lega sket mama. moga asha zahra membesar jadi anak yg solehah ya.



ps: mlm ni nak p PD lagi. ABANG ada training. kami anak beranak pun ikut jugak.. Felda Residence Port Dickson. selamat berhujung minggu!!

Labels: , , , ,