Thursday, August 26, 2010

Nuzul Quran.

yeayy yeayy...esok coti. 3 hari coti berturut turut. mesti la balik kg. insya-ALLAH. boleh sahur dan buka puasa dgn family. beramai ramai.

anyway, sempena coti Nuzul Quran esok, mari kita sama2 meningkatkan amal ibadah. bukan hari ni saja. bukan esok saja. tapi, moga berterusan sampai bila2... selamat bercoti semua. artikel kat bwh ni utk tatapan dan ingatan semua. termasuk la utk diri cikpuan ume sendiri...yg mudah lupa ini. ni, kira belajar semula la..tentang peristiwa Nuzul Quran.

hasil copy n paste dari:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran

NUZUL QURAN
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home