Tuesday, August 24, 2010

Cornflakes Madu




Sabtu, 21/8/2010. pagi2 p hantar anak ke neseri. Aku p hantar kereta kancil utk premium service kat perodua, then ikut naik kereta wira dgn ABANG p ronda putra heights. tengok2 mana le branch tadika Genius Aulad yg akan dibuka kat putra heights next year.. pusing abis putra heights, kain rentang nye pun tak nampak. betul ke genius aulad nak dibuka kat putra heights ni? ish...musykil




then, p Giant pulak. shopping bahan2 nak buat Cornflakes Madu. bersemangat lak nak try buat biskut ni. adik2 aku kata simple dan senang bangat. kena cuba ni!! seumur hidup, ni le 1st time nak try buat biskut ala2 kuih raya sendiri.




ahad, 22/8/2010...ABANG kemas rumah, settle-kan laundry etc. anak2 pun elok je perangai termasuk Asha Zahra. maka nye aku pun pepagi tu dok mulakan projek buat kuih cornflakes madu. Iman tolong susun mangkuk kertas kat dlm dulang dan tolong boh "star" serta coklat utk hiasan kat atas cornflakes madu yg telah dibubuh ke dlm mangkuk kertas tu. seronok lak Iman nak tolong mama buat kuih raya.




CORNFLAKES MADU dari resepi baya (adikku yg montel).




Bahan-bahan:-
1 bungkus cornflakes yg isi nye ada 500g.
1/3 bahagian drpd sebuku (250g) butter.
1 cawan madu.

1-2 sudu gula (aku tak bubuh pun).

bahan utk hiasan, ikut suka le. boleh boh coklat rice/ bijan/ kacang/ etc.




Cara-cara:-
1. panaskan butter dlm kuali di atas api dapur.

2. bila butter mencair, masukkan madu. kalo nak boh gula, masuk sekali lah.

3. bila semua bahan nampak dah sebati, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit. tutup api dan kacau rata semua bahan.

4. boleh mula panaskan oven dulu.

5. sudukan campuran cornflakes ke dlm mangkuk kertas. kemudian hiaskan dgn coklat rice atau apa saja yg digemari dan ada dlm simpanan di rumah.

6. bakar dlm oven, suhu 180 darjah celcius, api atas dan bawah, selama 5-7 minit.
7. bila siap dibakar. sejukkan dulu, baru simpan ke dlm bekas kedap udara.
ps: lepas siap dibakar, Afiq Khair dok ulang alik p amik, dan suap ke mulut. sedap sgt ke? tu pun, aku paksa stop dari makan lepas tgk dia mkn bersepah dgn Asha Zahra kat ruang dpn tv. baru le dia berenti mkn. abang Iman nye hot jek nengok. sbb tak bleh join mkn...puasa. Iman takut adik2 nye mkn kasi perabis. ish ish...banyak lagi Iman. sabar ek. buka puasa hari tu, dia pun pulun mkn cornflakes madu..
pst..pst...gambo cornflakes madu yg hodoh tu, ku tepek je le kat sini ek. kasi penuh ini entry. 1st time try buat...mmg senang je rerupa nye ek. tapi, ada 1 trip tu ter-over lama dlm oven. agak "hangut" la...(hangut tu bahasa iman. hasil gabungan hangit dgn hangus kot?). pastu, ada tu, cornflakes nye tak berapa melekat...sbb apa ek? kena biarkan betul2 panas dan lama sket (dlm 5-7 minit le) dlm oven baru dikeluarkan kot ek? sbb, aku punya tu, tak berapa check pun berapa lama aku boh dlm oven. kejap je rasa nye sbb aku takut "hangut"!! ahahha.. tu pun, ada gak yg hangut sbb aku terleka layan anak2 kat dpn tv.
emm...next, nak buat biskut apa pulak...ek???

Labels: , , , , , , ,

2 Comments:

At Tue Aug 24, 12:41:00 PM, Blogger JMY said...

wah, awalnya wat kuih, nnt blm raya dah habis..hehehe

 
At Tue Aug 24, 01:42:00 PM, Blogger umeboshi said...

ju...awal ke? dah pertengahan ramadhan tau. ehehhe.. anyway, kalo abis sebelum raya..bior le. asalkan anak2 happy. ehehe

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home