Susu
aku sgt sedih. pikiran agak tak keruan sebenarnye.
Asha Zahra, dgn usia setahun sebulan seminggu..cukup setakat itu je lah dia dpt aku berikan sepenuhnye "susu mama". semalam, secara rasmi di neseri..terpaksa kasi susu formula dah sbb susu ebm nye sudah abis stok!! hari2 aku dok pumping. tapi, lately, mmg makin berkurangan le jumlah susu ebm yg dpt aku keep stock. kesian Asha Zahra. terkulat kulat agaknye dia nak menelan susu "moo moo" tu. uwerkkkk!! kata penjaga kat neseri, Asha Zahra tanak minum sgt susu "moo moo" tu. dia minum sikit2 je. alahai kesian Asha Zahra..mengenangkan itu, rasa sgt sayu hati aku.
masa Iman dan Afiq Khair, aku kurang ilmu bab2 penyusuan susu ibu secara ekslusif ni. tak study pun cara2 simpan susu ebm..pasal pumping dan sebagai nye. mmg BF-kan diorg sepenuhnye masa 2 bulan lepas kelahiran. bila aku mula masuk kerja semula, aku ikut dan aje pump (tu pun just manually by hand and buat kat umah sahaja bila rasa free dan terasa "tank" penuh)..dan kasi susu ebm ke neseri sikit yg amat. maksudnye, bila mula masuk kerja, Iman dan Afiq Khair dah mula merasa susu "moo moo". utk Iman, aku masih kasi BF bila dia ada bersama aku. sampai usia dekat 2 tahun jugak le. masa Afiq Khair, setakat usia setahun 3 bln aje, aku dpt BF-kan dia, dan bercampur dgn susu "moo moo" sbb masa tu, aku didapati hamil-kan Asha Zahra. doktor advice, better berhentikan penyusuan sbb aku pun ada rasa sakit perut, ala2 macam contraction di rahim. so, terus aje Afiq Khair terpaksa kami kasi dia susu "moo moo" sepenuhnye dlm usia setahun 3 bln itu. kesian, kan???
aku harap, dpt terus BF-kan Asha Zahra sampai dia umur 2 thn..even terpaksa campur dgn susu "moo moo". tapi, aku doa dan berharap sgt supaya kembali dpt hasilkan susu yg byk sangat-sangat byk dan boleh kasi Asha Zahra minum susu mama sepenuhnye kembali!! ganbarou ne, Asha Zahra!!
Labels: Aku, Asha Zahra
5 Comments:
Hmmm...syian asya zahra...takpelah ..harap2 dia masih dpt susu ibunya sampai usianya 2 tahun nanti
k.anie...tu le. kesian asha zahra. amin!! thanks k.anie. moga ume dpt susukan dia sampai usia 2 thn..
Ume
cubalah makan apa apa supplement untuk menambah susu
k.pb..thanks. belum amik apa2 supplement pun. cuma, amalkan petua2 yg pelbagai. mkn sayur2, buah2, minum air suam, susu, air longan, etc..huhu..tak berapa berhasil sgt lagi ni.
Kak noora,
mgkn sbb puasa kot susu akak merudum.insyaAllah lps hbs puasa ni boleh gambaru tingkatkan penghasilan susu.aah kak,ambil supplement boleh membantu jugak kdg2.buat sementara waktu ni terpaksa laa asha zahra minum fm kan.yakin boleh kak,insyaAllah boleh nyusu sampai 2thn,gambarou ne!
Post a Comment
<< Home